You are on page 1of 35

LOGO

AMALAN
KEJURUTERAAN
ELEKTRIK

CAW. KEJ. ELEKTRIK, IP JKR MALAYSIA


Amalan Kejuruteraan Elektrik

 Merangkumi perlaksanaan kerja-kerja elektrik


yang merangkumi aspek undang-undang,
peraturan dan standard seperti :
1) Peraturan Pendawaian IEE
2) Akta Bekalan Elektrik & Peraturan-Peraturan
Elektrik
3) Spesifikasi Jabatan

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
 Peraturan Pendawaian IEE merangkumi :

a) Pengenalan Peraturan Elektrik


b) Perlindungan Arus Lebihan
c) Pemilihan Kabel
d) Pemilihan Peralatan, Pengasingan &
Pensuisan
e) Pemeriksaan & Pengujian

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Pengenalan Peraturan Elektrik

 IEE merupakan singkatan bagi Institution Of


Electrical Engineers (Institut Kejuruteraan
Elektrik)
 Peraturan IEE ini sentiasa mengalami beberapa
perubahan bagi disesuaikan dengan kemajuan
teknologi pembuatan/teknik.
 Bermula dari Edisi 1 (1882) sehingga Edisi 16
(1992)
 Peraturan IEE digabungkan dengan peraturan
lain, antaranya
a) British Standard Code of Practise
b) Peraturan kejuruteraan di negara
berkenaan.
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
Peraturan Pendawaian IEE
Pengenalan Peraturan Elektrik

Tujuan :

- Untuk menjamin keselamatan kepada


pemasangan dan kelengkapan elektrik.

- Untuk memberi perhatian kepada


keselamatan pengguna daripada bahaya
kebakaran dan renjatan elektrik sama ada
dalam atau luar bangunan.

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Pengenalan Peraturan Elektrik
 Aspek yang dititikberat dalam Peraturan IEE
a) Voltan bekalan.
b) Pemilihan bahan atau alat tambah yang sesuai
c) Rekabentuk litar
d) Semasa pembinaan seperti :
i) Pemasangan tidak mewujudkan kesan sampingan
ii) Mengadakan penyenggaraan pemasangan
iii) Mengikut piawaian British/kod
iv) Penyambungan kabel yang baik
v) Pemasangan peralatan di tempat yang sesuai dan
mudah dikendalikan.
vi) Mengadakan ruang kerja yang mencukupi

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Pengenalan Peraturan Elektrik

e) Pemeriksaan dan pengujian seperti :


 Memastikan pemasangan dan kelengkapan
ini benar-benar baik dan sesuai digunakan.
 Mematuhi kehendak peraturan IEE dan penguasa
tempatan.

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Perlindungan Arus Lebihan

Apakah tujuan perlindungan ?


Perlindungan bertujuan untuk
mengelakkan seseorang daripada
sebarang perkara yang
membahayakan yang mungkin
wujud dan mengganggu pengguna
elektrik.

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Perlindungan Arus Lebihan
Maksud perlindungan bagi suatu pepasangan elektrik
terdiri daripada :
a) Perlindungan daripada bahaya renjatan iaitu
sentuhan secara terus(langsung) dan tidak
langsung.
b) Perlindungan daripada bahaya arus lebih.
c) Perlindungan daripada arus litar pintas.
d) Perlindungan secara penyampukan bekalan
utama.
e) Perlindungan daripada kesan terma.
f) Perlindungan daripada pengaruh luaran.

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Perlindungan Arus Lebihan
Sentuhan secara terus (langsung) – Direct Contact
Renjatan yang berlaku apabila kita tersentuh
pada bahagian hidup seperti apabila terpegang
pengalir hidup atau punca hidup suis.

Sentuhan secara tidak langsung – Indirect Contact


Renjatan yang berlaku apabila terdapat
sentuhan pada bahagian logam yang terdedah
dimana pada keadaan normal logam tersebut
tidak bawa arus, tetapi bahagian ini akan
menjadi hidup pada masa berlaku kerosakkan
atau kebocoran arus dalam litar.

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Perlindungan Arus Lebihan

Bagaimana sentuhan langsung dilindungi ?

Sentuhan Secara Langsung :


a) Menebatkan kesemua bahagian hidup.
b) Menggunakan penutup atau sawar.
c) Perlindungan secara halangan.
d) Perlindungan secara meletakkan bahagian
hidup jauh dari jangkauan/ capaian.

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Perlindungan Arus Lebihan

Bagaimana sentuhan tidak langsung dilindungi ?

Sentuhan Secara Tidak Langsung :


a) Perlindungan dengan menggunakan
pengikatan pembumian sama upaya dan
pemotongan bekalan secara automatik.
b) Perlindungan dengan menempatkan
pengalir hidup pada tempat berpenebat.
c) Perlindungan dengan menggunakan
pengikat sama upaya tanpa bumi.

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Perlindungan Arus Lebihan
Amalan Pembumian Suatu Pepasangan
Alat perlindungan bocor ke bumi sangat bergantung
kepada pengalir bumi dimana :
 Pengalir bumi- menyambungkan terminal
utama bumi ke elektrod bumi.
 Pengalir perlindungan litar – Menyambungkan
terminal bumi DB ke terminal bumi utama.
 Pengalir ikatan sama upaya utama
– Menyambungkan bahagian logam ke terminal
utama bumi.
 Pengalir ikatan sama upaya tambahan
– Menyambung bhg. logam tambahan ke terminal
utama bumi.

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Perlindungan Arus Lebihan

Punca berlaku arus lebihan (Overload) :

a) Arus beban lebih


i) Beban Lampau
ii) Arus Beban Permulaan

b)Litar pintas.

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Perlindungan Arus Lebihan

Arus Beban Lebih (Overload Current)

Terbahagi kepada :

Beban lampau
 Disebabkan oleh penambahan beban lebihan atau
salah kira faktor kepelbagaian.
Arus permulaan beban
 Arus Beban yang naik secara mengejut pada
peringkat permulaan penghidupan seperti motor.
 Biasanya arus ini tidak merbahaya kerana ianya
berlaku dalam tempoh yang singkat.

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Perlindungan Arus Lebihan

Litar Pintas(Short Circuit)

 Berlaku jika galangan antara pengalir


hidup/fasa dan pengalir neutral menghampiri
sifar.
 Ketika ini susut voltan tempat berlakunya litar
pintas adalah sifar.
 Pada amnya litar pintas berlaku disebabkan
oleh kerosakkan peralatan atau penebatan litar
dan bukan disebabkan oleh pertambahan beban.

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Perlindungan Arus Lebihan
Peraturan IEE bagi arus beban lampau :

1)Alat perlindungan mestilah mampu memutuskan


sebarang arus beban lampau yang mengalir dalam
pengalir litar sebelum ia mengakibatkan suhu
tinggi pada penebat, sambungan atau pengalir.

2)Alat perlindungan arus beban lampau mestilah


mempunyai ciri-ciri :
a) Arus nominal(arus maksimum yang
boleh melalui kabel) tidak kurang dari
arus rekabentuk litar.
b) Arus nominal tidak melebihi kapasiti membawa
arus yang terkecil bagi sebarang pengalir
dalam litar.
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
Peraturan Pendawaian IEE
Perlindungan Arus Lebihan

Peraturan IEE bagi perlindungan arus litar pintas :


 Alat perlindungan mestilah mampu memutus sebarang
arus litar pintas dalam setiap litar sebelum arus tersebut
boleh mengakibatkan kesan kepanasan dan kerosakkan
mekanikal ke atas pengalir.
 Kadar kapasiti pemutusan mestilah tidak boleh kurang
dari arus litar pintas.
 Alat perlindungan untuk arus beban lampau yang
mematuhi ciri-cirinya dan mempunyai kapsiti pemutusan
tidak kurang dari arus litar pintas yang digunakan.

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Perlindungan Arus Lebihan
Diskriminasi :
 Istilah diskriminasi digunakan untuk
menunjukkan litar yang membawa arus beban
berlebihan contoh fius berkadaran rendah terlebih
dahulu cepat putus berbanding dengan fius
berkadaran tinggi.
 Juga ditakrifkan sebagai kebolehan fius atau
pemutus litar untuk memutuskan(menyampuk)
bekalan ke litar yang mengalami kerosakkan
tanpa mengganggu sumber bekalan litar yang lain
dimana fius berkadaran tinggi dipasang
berhampiran dengan sumber bekalan dan fius
berkadaran rendah dipasang dengan beban yang
hendak dilindungi.

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Perlindungan Arus Lebihan

Peranti/peralatan yang digunakan


sebagai perlindungan arus lebihan :
a) Fius
b) Pemutus litar (Circuit Breaker)

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Perlindungan Arus Lebihan

Jenis fius

1. Fius dawai, BS 3036


2. Fius catridge, BS 1362
3. Fius HRC (High Rupturing Capacity), BS 1361
dan BS 88

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Kabel

Kabel

 Media pemindahan arus dari satu tempat ke


tempat yang lain

 Bagi suatu pemasangan rekabentuk - pemilihan,


penyokongan dan pendawaian sesuatu jenis kabel
perlu diketahui dengan jelas.

 Setiap kabel mempunyai fungsi tersendiri dan


tidak boleh disalahgunakan.

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Kabel

Peraturan IEE bagi kabel :


 Kadaran voltan kabel mestilah tidak kurang
dari voltan bekalan.
 Kapasiti membawa arus mestilah tidak kurang
dari arus maksimum yang mengalir dalam
kabel.
 Susutan voltan tidak melebihi 4% dari voltan
bekalan
 Setiap pengalir kabel yang disambung selari
dari satu litar akhir mestilah sama jenis, luas
keratan rentas, panjang & kedudukan
pendawaian.

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Kabel

Jenis Kabel :

1. Kabel berpenebat PVC


2. Kabel penebat PVC bersalut PVC
3. Kabel PVC berperisai
4. Kabel Cross Link Polyethelene

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Kabel

Faktor pemilihan sesuatu kabel :


a) Jenis kabel
b) Kemampuan membawa arus
c) Kaedah pemasangan (jenis pendawaian)
d) Faktor kumpulan (Cg)
e) Suhu ambien (Ca)
f) Penebat haba (Ci
g) Susut voltan (Voltage drop) tidak lebih 4%
voltan bekalan
h) Harga pasaran

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Pemilihan Peralatan, Pengasingan & Pensuisan
PERALATAN
Peraturan mengkehendaki :
“Semua peralatan hendaklah dibina, dipasang dan
dilindungi supaya mengelakkan bahaya”
Pertimbangan dalam peralatan yang hendak
digunakan :
1) Tujuan ia digunakan.
2) Pengaruh luaran.
3) Kesesuaian (compatibility).
4) Senggaraan.
5) Alat ganti.
6) Mematuhi piawaian tempatan atau berkaitan.
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
Peraturan Pendawaian IEE
Pemilihan Peralatan, Pengasingan & Pensuisan

Pengenalan & Notis

 Pengenalan alat hendaklah jelas dengan guna


label yang sesuai, mudah dilihat & jelas
 Cth Notis
– “BAHAYA – VOLTAN TINGGI”
- “ SUIS BOMBA”
- “ON / OFF”

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Pemilihan Peralatan, Pengasingan & Pensuisan

PENGASINGAN & PENSUISAN

Dalam peraturan, mengkehandaki :


“Pengasingan dan pensuisan tidak automatik
hendaklah disediakan untuk mengelakkan atau
menghilang bahaya berkaitan dengan
pemasangan, peralatan dan mesin elektrik”

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Pemilihan Peralatan, Pengasingan & Pensuisan

Jenis pengasing:

 Pengasing (Isolators/Disconnector)
 Suis pengasing(Isolating switch)
 Plug dan suis alur keluar
 Fius penyambung(Fuselink)
 Penyambung (link)
 Pemutus litar(bukan tujuan perlindungan)

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Pengujian & Pemeriksaan

Tujuan Pengujian & Pemeriksaan

 Bertujuan bagi memastikan pemasangan &


peralatan yang digunakan memenuhi
Peraturan IEE
 Pengujian dan Pemeriksaan mesti dilakukan
bagi:
a) Setiap pendawaian baru
b) Pendawaian tambahan
c) Pendawaian yang diubah suai
d) Pemasangan elektrik yang sedia ada yang
telah tamat tempoh penggunaannya.

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Pengujian & Pemeriksaan

Tujuan pemeriksaan penglihatan :

a) Untuk memastikan bahan dan alat yang


dipasang mengikut piawaian British
(BS) atau kelulusan SIRIM
b) Untuk memastikan pemasangan mematuhi
peraturan IEE, TNB dan JKR.
c) Untuk memastikan kerosakkan yang nyata
(boleh dilihat) ke atas pemasangan atau
kelengkapan

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Peraturan Pendawaian IEE
Pengujian & Pemeriksaan
Jenis Ujian yang dicadangkan oleh IEE untuk
sesebuah pemasangan :

 Ujian keterusan pengalir pelindung.


 Ujian keterusan litar gelang.
 Ujian rintangan penebatan.
 Ujian penebatan lantai atau dinding.
 Ujian penebatan bagi bahan struktur pemasangan
pembinaan.
 Ujian kekutuban.
 Ujian galangan litar rosak ke bumi.
 Ujian rintangan elektrod bumi.
 Ujian kendalian peranti bocor ke bumi.

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Spesifikasi Jabatan
Spesifikasi Jabatan :
 LS 1 – Specification for Low Voltage Internal
Electrical Installation
 LS 2 – Specification for Low Voltage Automatic
Power Factor Correction Equipment
 LS 3 - Specification for Low Voltage Undergroung
Cable
 LS 4 - Specification for Low Voltage Overhead Line
Distribution System
 LS 5 - Specification for Three Phase Standby
Diesel Gen. Set
 LS 6 - Specification for Three Phase Diesel Gen Set
 LS 7 - Specification for Single Phase Diesel Gen.
Set

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


Spesifikasi Jabatan
 LS 8 - Specification for Lightning Protection
System (using stranded GI wires)
 LS 9 - Specification for Lightning Protection
System
 LS 10 - Specification for 11KV Distribution
Transformer (Oil-Immersed Hermitacally Sealed)
 LS 11 - Specification for 11KV High Voltage Oil
Circuit Breaker
 LS 12 - Specification for 11KV Ring Main Unit
Distribution Switchgear
 LS 13 - Specification for 11KV Voltage
Underground Cable
 LS 14 - Specification for 11 KV SF6 Ring Main Unit
 LS 15 – Specification for 11KV Circuit Breaker
Equipment
 LS 16 - Specification for Telephone Installation

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA


LOGO

CAW. KEJ. ELEKTRIK, IP JKR MALAYSIA

You might also like