You are on page 1of 1

Ikatan Buku Sila

Ikatan pertama ialah ikatan buku sila.

Ikatan ini digunakan untuk menyambung dua tali yang sama besar. Ia selalunya digunakan untuk
mengikat atau mematikan anduh dan mengikat bungkusan.

Ikatan Simpul Manuk

Ikatan kedua ialah ikatan simpul manuk.

Ikatan ini selalunya digunakan pada permulaan dan pengakhiran sesuatu ikatan. Ia selalunya
digunakan untuk mengikat tali pada batang kayu, hujung pancang khemah dan sebagainya.

Ikatan Pengail

Ikatan ketiga ialah ikatan pengail.

Ikatan pengail selalunya digunakan untuk menyambungkan dua tali yang halus seperti tali tangsi.
Ikatan ini sesuai digunakan untuk aktiviti lasak seperti mendaki bukit dan abseiling kerana ikatannya
yang kuat dan kukuh.

Ikatan Tindih kasih

Ikatan terakhir ialah ikatan tindih kasih.

Ikatan tindih kasih digunakan untuk menyelamatkan mangsa yang tersangkut atau binatang yang
sakit. Ikatan ini sesuai digunakan untuk menyelamat kerana ianya tidak akan menjerut leher
binatang.

digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya
tidak terjerut. Ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan
mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.

You might also like