You are on page 1of 2

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Sarjan Muhammad Fitri bin Husin dan Koperal Mohd

Azroy Asraf bin Kamaruddin, barisan pentadbir diiringi cikgu-cikgu SJKT Ladang Nigel Gardner masuk
ke dewan.

Salam sejahtera,

Yang dihormati Sarjan Muhammad Fitri bin Husin dan Koperal Mohd Azroy Asraf bin Kamaruddin
IPD…………………………………….., Encik Damodaran Perumal AMN, guru besar SJKTNG,guru-guru dan
murid-murid dikasihi sekalian. Selamat dating ke Majlis Pelancaran Program Sekolahku Sejahtera
Peringkat Sekolah Tahun 2022.

Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga buah lagu, iaitu Lagu
Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolahku Sejahtera. Sidang hadirin dipersilakan berdiri.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih. Sidang dewan dipersilakan duduk.

Hadirian yang dihormati sekalian,

Bagi pengetahuan semua, program ini merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dimana
Konsep Sekolahku SEJAHTERA dirangka berteraskan prinsip dan hasrat bagi mewujudkan suasana
sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai
kesejahteraan masyarakat. Konsep Sekolahku Sejahtera digagaskan sebagai satu kerangka yang
memayungi pelbagai tema, inisiatif dan program sedia ada KPM berteraskan penerapan nilai murni.

Dengan itu Seterusnya, majlis menjemput Encik Damodaran Perumal A.M.N selaku guru besar
SJKTLNG untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

Seterusnya dipersilakan yang berhormat ..................................................................... untuk tampil


menyampaikan ucapan beliau serta merasmikan program sekolahku sejahtera peringkat sekolah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan beliau tadi.

Sekarang marilah kita sama-sama menyaksikan Siaran Langsung Pelancaran Program Sekolahku
Sejahtera.

Hadirin sekalian,
Maju Bangsa Kerana Bahasa,

Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;

Ingatan Diberi Tidak Seberapa,

Penghargaan Tanda Pernah Bersua.

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan guru besar untuk menyampaikan
cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang Berbahagia ............., dipersilakan....... dan
seterusnya kepada Yang Berbahagia......................, dipersilakan........Majlis merakamkan jutaan
terima kasih.

Dengan ini berakhirlah majlis kita pada pagi ini.

You might also like