You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TAWAR

09700 KARANGAN , KEDAH DARUL AMAN


KBA0068
Telefon : 019-4428470
e-Mel : skulutawar0068@gmail.com
“ KEDAH AMAN MAKMUR BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI ”
Tarikh : 27 Julai 2015
Bersamaan : 11 Syawal 1436H

Kepada,
Encik Syukri Bin Yatgol
Kampung Ulu Tawar ,
KEDAH DARUL AMAN

Yang Berhormat ,
MEMOHON SUMBANGAN DANA UNTUK SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara atas dirujuk.

2.         Dimaklumkan kepada pihak Tuan bahawa bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri
ini, pihak Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar telah merancang untuk mengadakan Sambutan
Aidilfitri peringkat sekolah untuk seluruh warga sekolah dan berkerjasama dengan pihak
PIBG . Ia bertujuan memupuk rasa muhibah dan mengeratkan tali silaturahim antara warga
sekolah dan juga dan para waris .

3. Namun begitu , pihak sekolah mempunyai kekangan dari aspek kewangan bagi
menampung kos penyediaan juadah dan persiapan sambutan yang dianggarkan kira-kira
RM 1500.00 ( RINGGIT MALAYSIA : SATU RIBU DAN LIMA RATUS RINGGIT SAHAJA ) .

4. Justeru itu , pihak sekolah dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik dan
keprihatinan daripada pihak Tuan untuk memberikan sedikit sumbangan dana kepada pihak
sekolah bagi merealisasikan matlamat sambutan itu nanti . Pihak sekolah percaya , dengan
adanya sumbangan daripada pihak Tuan , pastinya akan melancarkan urusan persiapan
sambutan itu nanti .

5. Semoga perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya


daripada pihak Tuan . Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak Tuan amatlah pihak
sekolah hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih .

Sekian , terima kasih .

“ PENDIDIKAN BERKUALITI , PELAJAR BESTARI ”

Saya yang menjalankan tugas ,

..........................................................
( CHE NASIRAH BINTI BIDIN )
Guru Besar ,
Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar ,
09700 Karangan , Kedah Darul Aman

You might also like