You are on page 1of 4

AGENDA PENERANGAN CATATAN

UCAPAN Bismillahirrahmanirrahim...
ALUAN Assalamualaikum W.B.T
PENGERUSI
Yang Berbahagia,
Ustaz Aiman bin Muhamad, Guru Di SMK Tengku Mahkota, Muar, selaku
Penceramah kita pada hari ini

Yang Berusaha,
Tn Mokhtar Sani Bin Sulaiman, Pengetua SMK Tun Perak

Yang Dihormati,
Tn Hj. Norizan Bin Mahat, Yang Dipertua PIBG SMK Tun Perak,

Yang Dihormati,
Pn Hjh Halijah binti Othman, Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati,
En Wan Mohd Sanusi bin Wan Yusoff , Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati,
En. Mohd Yazid bin Sahid , Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Yang dihormati,
En Abdul Shukor bin Atan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Tingkatan 6

Yang Dihormati,
En Mohd Khaizan bin Khamis, Guru Penolong Kanan Petang

Barisan Ketua Bidang, Barisan guru dan pelajar sekalian

UCAPAN
SELAMAT Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat
DATANG Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya, maka kita
diberikan luangan waktu dan kesempatan, untuk kita sama-sama berkumpul
di dewan Seri Perak yang permai ini, bagi menjayakan majlis ilmu, meraikan
Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.

Buat pengetahuan hadirin sekalian, Sambutan Maulidur Rasul ini bertujuan


menyuburkan rasa cinta dan kasih kita kepada Junjungan kita Nabi
Muhammad S.a.w. Selain itu, matlamat sambutan Maulidul Rasul ini juga
adalah untuk menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat
perpaduan dan silaturahim sesama warga sekolah, selaras dengan tema
sambutan Maulidur Rasul iaitu KELUARGA MALAYSIA PEMANGKIN
KEMAKMURAN.

NASYID DAN Hadirin yang di Rahmati Allah,


SELAWAT
Kita mulakan majlis pada pagi yang nirmala ini dengan persembahan nasyid
daripada kumpulan nasyid Al-Fateh. Mereka akan membawakan dua buah
lagu iaitu Badratim dan Kasih PadaMu. Majlis dengan sukacita
mempersilakan.

***persembahan nasyid***

Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan nasyid Al-Fateh atas


persembahan sebentar tadi.

BERZANJI Hadirin yang dihormati,


DAN
MARHABAN Majlis seterusnya mempersilakan En Anuar bin Aziz bersama-sama pelajar 5
Ibnu Sina untuk memimpin bacaan berzanji dan Marhaban. Majlis
mempersilakan.

***Berzanji dan Marhaban***

majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru dan pelajar atas
pimpinan berzanji dan marhaban sebentar tadi.

BACAAN DOA Hadirin yang dihormati Allah.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk terus memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput saudara
______________________________________________ untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

*** bacaan doa***

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Saudara


________________________ atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN Sungguh permai dipagi hari,


PENGETUA Indah juga diwaktu senja,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa ucapan Tuan Pengetua

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tn Mokhtar


Sani bin Sulaiman, pengetua SMK Tun Perak untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.

***Ucapan***

Majlis merakam ribuan terima kasih kepada Tuan pengetua, atas ucapan
yang diberikan.
CERAMAH Lahirnya Nabi membawa rahmah,
AkhlakInya terpuji buat teladan,
Menjaga pekerti mengamalkan sunnah,
Keluarga Malaysia Pemangkin kemakmuran

Hadirin yang dirahmati Allah

Majlis sambutan maulidur rasul di bawah tema KELUARGA MALAYSIA


PEMANGKIN KEMAKMURAN diteruskan lagi dengan ceramah daripada
tetamu jemputan kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama meminjamkan
sebentar mata, telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal di sampaikan dapat
kita hayati dan manfaatkan bersama. Majlis dengan penuh takzim
menjemput dan mempersilakan Ustaz Aiman bin Muhammad untuk
menyampaikan ceramah beliau. Dipersilakan.

***ceramah***

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Aiman atas ceramah
yang disampaikan. Semoga segala nasihat dan amalan sunnah dapat kita
hayati dan amalkan bersama.

ANUGERAH Hadirin yang diberkati Allah,


TOKOH DAN
PENCERAMA Meneruskan agenda kita pada hari ini ialah penyampaian Anugerah Tokoh
H Maulidul Rasul Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak bagi
tahun 1444 Hijrah. Untuk melancarkan upacara ini, majlis menjemput dan
mempersilakan Tn Hj Norizan bin Mahat untuk mengiringi Tuan Pengetua,
bagi menyampaikan anugerah tersebut. Dipersilakan.

*** baca senarai nama***

Seterusnya pihak majlis menjemput tuan penceramah kita Ustaz Muhammad


Shafie bin Bachok naik ke pentas untuk menerima cenderamata kenang-
kenangan daripada pihak sekolah. Dipersilakan.

*** penyampaian cenderamata***

*** penyampaian pemenang perarakan maulidur rasul***

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas kesudian
menyampaikan anugerah dan cenderamata itu tadi.

Penutup Hadirin yang dikasihi Allah,

Sesuatu yang mula pasti akan ada akhirnya, begitulah juga majlis kita pada
hari ini telah sampai ke penghujungnya. Sebelum melabuhkan tirai, pihak
majlis ingin memohon kemafaan kepada hadirin andai ada keterlanjuran
kata, sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya segala yang baik
datang dari Allah Rabbul Jalil dan segala yang kurang adalah kelemahan kami.
Sebelum melabuhkan tirai, marilah kita bersama-sama membacakan tasbih
kafarah dan surah al-Asr. Kami tutup majlis pada hari ini dengan lafaz suci
Wabillahitaufiq wal hidayah Assalamualaikum WBT.

*** jemput VIP makan***

Dijemput tetamu undangan dan para pentadbir ke kantin untuk menjamu


selera.

You might also like