You are on page 1of 2

Tan Pei Qin

SJK(C) Maran,
Jalan Berkat,
26500 Maran,
Pahang.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Maran,


Unit Prasekolah dan Rendah,
Pejabat Pendidikan Daerah Maran,
Tingkat 1, Bangunan Persekutuan Maran,
26500 Maran,
PAHANG.
(U/P: Encik Raziman bin Jailani) 6 Disember 2021

PERMOHONAN PEMBATALAN PERTUKARAN KE KUALA LUMPUR DAN


PERMOHONAN PERTUKARAN BARU ANTARA DAERAH

Tuan,

Merujuk kepada perkara di atas, saya Tan Pei Qin No. K/P 930728065482 selaku
Guru Bahasa Inggeris SJK(C) MARAN, PAHANG, ingin memohon jasa baik tuan
dalam membatalkan pertukaran antara negeri (dari Pahang ke Kuala Lumpur) bagi
sekolah rendah. Nombor siri pertukaran (Egtukar): C20210820.

2. Saya amat merayu kepada pihak tuan agar membatalkan pertukaran saya ini
supaya saya dapat ditempatkan bawah PPD Bera, Pahang. Hal ini demikian kerana
kesihatan ibubapa saya semakin teruk dan amat memerlukan penjagaan saya di
kampung.

3. Untuk makluman pihak tuan, ayah saya menghidapi penyakit buah pinggang
pada tahun 2020 dan menjalankan dialisis sepanjang masa ini. Dengan cara
pemakanan yang tidak baik, pengambilan ubat yang sentiasa dilupa dan perubahan
emosi yang kadang-kala menjadi sedih dan marah, kesihatan badan beliau semakin
dijejas. Mengikuti pesanan daripada doktor, penjagaan terutamanya pemakanan
amat perlu diberi perhatian untuk mengelakkan dijangkiti penyakit kronik yang lain
seperti penyakit sakit jantung atau strok.

4. Tambahan pula, pada 2 Disember 2021, ibu saya telah disahkan bahawa dia
mendapat penyakit kanser usus, Peringkat IV. Pembedahan bahagian usus, hati
dan hempedu akan dijalankan segera, dan kimoterapi akan dijalankan selepas
pembedahan secara berterusan sepanjang 6-12 bulan. Penjagaan makanan,
perubatan dan emosi ibu saya semasa di rumah amat perlu diperhatikan.

4. Tunang saya juga telah berpindah balik dari Kuala Lumpur ke kampung
dengan membuat keputusan untuk menetapkan kehidupan kami berdua di Triang,
Bera untuk penjagaan kesihatan ibubapa saya sepenuhnya. Pertukaran ini sangat
penting atas kecemasan penjagaan kesihatan mereka.

5. Sehubungan dengan itu, besar harapan saya agar pihak tuan dapat memberi
pertimbangan dan perhatian yang serius terhadap permohonan pembatalan dan
permohonan baru saya ini. Saya berjanji akan sentiasa berusaha bersungguh-
sungguh demi meningkatkan kualiti pendidikan Malaysia dengan menjadi seorang
anggota perkhidmatan awam yang professional, berprestasi dan cemerlang.

6. Bersama-sama ini disertakan dokumen berkaitan untuk perhatian dan


tindakan pihak tuan selanjutnya.

6.1 Borang Egtukar Permohonan Pertukaran Tempat Bertugas


(No. Permohonan (C20210820)
6.2 Laporan Patologi Ayah (TAN CHOR SENG)
6.3 Laporan Histopatologi Ibu (EYU MENG HOAY)

Segala jasa baik, perhatian dan pertimbangan dari pihak tuan saya dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………..
(TAN PEI QIN)
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Maran,
Jalan Berkat,
26500 Maran,
Pahang, Malaysia.

You might also like