You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN KUIZ ANTARA KELAB DAN PERSATUAN PERINGKAT SEKOLAH


UNIT KOKURIKULUM SK CONVENT (SBT)
DENGAN KERJASAMA PUSAT SUMBER AL-HIKMAH

1.0 PENGENALAN

Pertandingan Kuiz antara Kelab dan Persatuan adalah satu acara yang
diadakan bagi memantapkan lagi minda murid dengan ilmu yang tidak didapati
secara langsung melalui pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kelas. Selain
itu, ianya juga dapat memberi kesedaran kepada murid-murid supaya aktif, bukan
sahaja dalam bidang kokurikulum, tetapi juga menggalakkan mereka aktif dalam
bidang kurikulum. Aktiviti kuiz yang diadakan bukan sahaja memberi peluang dan
keseronokan kepada murid tetapi juga menguji pengetahuan sedia ada murid dan
menggalakkan murid berfikir.

2.0 MATLAMAT
 

Memantapkan bakat dan pengetahuan am murid di samping mengisi aktiviti kelab dan
persatuan.

3.0 OBJEKTIF

1. Menarik minat murid untuk mendalami pengetahuan dalam subjek Bahasa


Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
2. Meningkatkan kesedaran murid tentang pengetahuan am.

3. Meningkatkan daya berfikir dan sikap berdaya saing dalam kalangan murid

4.0 NAMA PROGRAM

PERTANDINGAN KUIZ ANTARA KELAB DAN PERSATUAN PERINGKAT SEKOLAH SK


CONVENT
5.0 ANJURAN

- Unit Kokurikulum, SK Convent


- Pusat Sumber Al-Hikmah

6.0 TARIKH/ MASA

Tarikh: 30 November 2022


Hari: Rabu
Masa: 2.00 – 4.00 petang

7.0 TEMPAT

Makmal Komputer, SK CONVENT (SBT)

8.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid dalam kelab dan persatuan.

9.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Setiap murid dalam kelab dan persatuan perlu menyertai pertandingan.


2. Pertandingan dijalankan pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
3. Soalan kuiz disediakan oleh guru.
4. Murid perlu menjawab pada kertas jawapan yang disediakan.

10.0 AHLI JAWATANKUASA


JAWATANKUASA

PENAUNG : Pn Norulazmah binti Abdul Manan


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Convent.

PENGERUSI : Pn. Zaimah binti Zakaria


PK Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Convent.

NAIB PENGERUSI 1 : En Wan Ahmad Rashdan bin Wan Husin


PK HEM
Sekolah Kebangsaan Convent

NAIB PENGERUSI 2 :Pn Supiah binti Badin


PK KOKO
Sekolah Kebangsaan Convent

SETIAUSAHA : Pn Nur Ain Rafiqah binti Othman

AJK kerja :

AJK DAN BIDANG TUGAS PERTANDINGAN KUIZ ANTARA KELAB DAN PERSATUAN
PERINGKAT SEKOLAH SK CONVENT

AJK BIDANG TUGAS

SETIAUSAHA - membentuk JK kerja pertandingan kuiz


Puan Nur Ain Rafiqah binti Othman - membuat laporan

MC -menyediakan teks ucapan berkaitan majlis.


En Ahmad Khairul Amin bin Mukhtar -mengendalikan pertandingan.
Pn. Nik Nuramalin bin Nazri

TEKNIKAL DAN SIARAYA -menguruskan PA sistem


YM Raja Mohd Arif bin Raja Mamat

KAWALAN MURID --memastikan murid dalam keadaan terkawal


Semua guru

HADIAH/CENDERAHATI -mendapatkan nama pemenang daripada guru


Puan Norizan binti Hussin penasihat kelab
-menyediakan hadiah kepada pemenang
JURUFOTO -mengambil gambar sepanjang program
Puan Nurul Ibtihal binti Zakaria -memuat naik gambar ke telegram sekolah

PENYEDIAAN BAHAN KUIZ -menyediakan soalan kuiz untuk subjek yang


Pn Nik Nuramalin binti Nazri berkaitan dalam bentuk powerpoint
Pn Nur Syahirah binti Bakar@Ismail -menyediakan kertas jawapan

11.0 ATUR CARA PROGRAM

MASA ACARA
2.00 petang Murid berkumpul di dalam makmal komputer
2.15 petang Kuiz bermula (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
3.00 petang Rehat
3.15 petang Kuiz Matematik dan Sains
4.00 petang Majlis bersurai

12.0 KOS DAN SUMBER PROGRAM

PERKARA JUMLAH SUMBER


Plak RM 240.00
RM10.00 x 24
BKK (tambahan)
Pensil 2B RM10.00
RM2.00 x 5
JUMLAH RM250.00

13.0 PENUTUP

InsyaAllah, kami amat mengharapkan agar program ini dapat dilaksanakan seperti yang
dicita-citakan. Semoga Allah memberkati niat murni kami ini dan seluruh pihak yang terlibat
dalam menjayakannya. Wassalam.
Disediakan oleh,

-----------------------------
(NUR AIN RAFIQAH BINTI OTHMAN)
Penyelaras Program Pertandingan Kuiz Antara Kelab dan Persatuan
Sekolah Kebangsaan Convent (SBT)

Disokong oleh,

-----------------------------
(SUPIAH BINTI BADIN)
Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Convent (SBT)

Diluluskan oleh,

-----------------------------
(NORULAZMAH BINTI ABDUL MANAN )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Convent ( SBT).

You might also like