You are on page 1of 13

Biodiversiti

Konsep Biodiversiti
Diversiti Genetik
Merujuk kepada variasi gen individu di dalam
suatu populasi yang berbeza bagi spesies yang
sama.
Tiada dua individu yang serupa dalam spesies
yang sama.
Diversiti Spesies
Merujuk kepada variasi dan kepelbagaian
organisma di muka bumi.
Merangkumi jumlah bilangan spesies dalam
komuniti dan taburan spesies dalam komuniti.
Diversiti Ekosistem
Merujuk kepada pelbagai habitat komuniti
biosis dan proses ekologi dalam ekosistem
persekitaran daratan, lautan dan di
persekitaran akuatik yang lain.
Pokok Filogeni
Sejarah evolusi suatu spesies atau
sekumpulan spesies organisma.

Pokok Filogeni Invertebrata dan


Vertebrata
Pokok Filogeni
Satu rajah becabang yang mewakili hipotesis
tentang hubungan evolusi sekumpulan
organisma.
Pengelasan filogeni merupakan satu sistem
pengelasan yang menunjukkan hubungan
evolusi dan mencerminkan sejarah evolusi
bagi organisma yang dikaji.
Struktur Homolog
Merupakan struktur anggota badan atau
anatomi yang serupa dalam pelbagai organisma
yang mempuyai leluhur yang sama, namun
struktur yang dibandingkan pada organisma
menjalankan fungsi yang berlainan.
Pokok Filogeni
Tumbuhan
Tumbuhan darat dipercayai berevolusi
daripada alga hijau

Lumut
Tumbuhan

Tumbuhan darat bermula daripada tumbuhan


yang tidak mempunyai tisu vaskular seperti
lumut.
Kepentingan Biodiversiti
Membekalkan sumber makanan kepada manusia dan organisma
hidup lain

Mengekalkan keseimbangan alam semula jadi

Menjana ekonomi (tempat rekreasi, pelancongan, bahan mentah


industri)

Sumber perubatan

Pendidikan
Kaedah Memelihara dan
Memulihara Biodiversiti
Pemuliharaan in situ (mengekalkan spesies di habitat asal)
Mewujudkan hutan simpan dan taman negara
Menanam semula pokok selepas ditebang
Pemuliharaan ex situ (memelihara spesies diluar habitat)
Membuat taman botani dan zoo
Mewujudkan pusat konservasi hidupan liar dan pembiakbakaan
dalam kurungan komersial

You might also like