You are on page 1of 5

Teks Pidato Spontan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih pengerusi majlis, kombinasi intelektual kehakiman bervisi, penjaga


masa yang setia, guru-guru penggerak generasi berwawasan seterusnya para
hadirin pencetus revolusi minda yang saya kasihi.

Alhamdulillah.
Tajuk pidato spontan saya ialah ______________________________________.
Di sini, saya ingin menampilkan dua idea utama untuk menghuraikan tajuk pidato
spontan saya. Pertama, ____________________________________________
dan kedua, _____________________________________________________.

Hadirin sekalian,
Fokus pertama iaitu _______________________________________________
______________________________________________________________
_____________________________________________________________.

Hadirin sekalian,
Fokus kedua pula iaitu _____________________________________________
___________________________________________________________________
________________________________________________________.

Rumusannya, ____________________________________________________
___________________________________________________________________
_______________________________
KEPENTINGAN KEBERSIHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Kata-kata aluan …

Kebersihan bermaksud terhindar daripada sebarang kekotoran sama ada kekotoran


yang nampak seperti najis-najis dan juga kekotoran dalaman seperti perbuatan serta
sikap negatif termasuk sombong, bongkak, iri hati dan sebagainya.

Antara kepentingan kebersihan dalam kehidupan seharian ialah menjaga kebersihan


fizikal termasuk kebersihan diri. Contohnya kebersihan kuku, rambut, pakaian dan
sebagainya. Seseorang yang selalu tampil bersih pasti akan disenangi oleh rakan
dan taulan. Orang yang mementingkan kebersihan akan terhindar daripada
sebarang penyakit seperti wabak H1N1, denggi, chikukunya dan lain-lain.

Selain kebersihan fizikal, kebersihan hati, minda dan rohani juga memainkan
peranan penting dalam kehidupan seharian. Contohnya seorang pelajar yang rajin,
tekun, sering menunaikan perintah Allah, sentiasa bersedia belajar di dalam kelas
serta menghormati ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan pasti akan mencapai
kejayaan cemerlang dalam kehidupannya.

Kesimpulannya, kebersihan itu amat penting dalam kehidupan seharian kerana


kebersihan merupakan cabang iman. Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga
kebersihan kerana kebersihan lambang ketamadunan seseorang. Sekian, terima
kasih.

KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Kata-kata aluan …

Negara kita Malaysia mempunyai sistem perhubungan jalan raya yang sangat
baik. Namun, kadar kemalangan jalan raya di negara kita tidak setanding dengan
kemudahan infastruktur yang ada di negara kita. Mengapa ini terjadi? Persoalannya
bagaimana kita sebagai pengguna jalan raya bertanggungjawab untuk memastikan
jalan raya selamat digunakan?

Sebagai seorang pengguna, kita seharusnya sentiasa mematuhi peraturan yang


telah ditetapkan. Antaranya memandu mengikut had laju yang ditetapkan, memakai
tali pinggang keledar, mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong yang betul dan
banyak lagi. Jika semua pengguna mematuhi peraturan yang ditetapkan, maka
keselamatan di jalan raya sudah pasti dapat ditingkatkan.

Selain itu, para pengguna jalan raya patut mengamalkan sikap bertolak-ansur, saling
menghormati antara satu sama lain dan berhemah ketika memandu. Jika sikap ini
sentiasa diaplikasikan oleh pengguna ketika di jalan raya, pasti tahap keselamatan
dapat dipelihara malahan nyawa dapat diselamatkan.

Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab bersama


baik pejalan kaki, penunggang basikal mahupun pemandu kenderaan. Keselamatan
semua pengguna bergantung kepada keperihatian dan komitmen tinggi para
pengguna. Oleh itu, berhati-hati di jalan raya, nyawa pengguna di tangan
kita. Sekian, terima kasih.
FAEDAH MENABUNG

Kata-kata aluan …

Berapa ramai di antara kita yang suka menabung? Kenapa menabung penting
kepada setiap orang? Orang-orang tua ada menyatakan, Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian. Maksudnya jika hari ini kita berjimat cermat, hasilnya kita akan
memperoleh kesenangan di hari kemudian.

Menabung sangat penting. Melalui wang tabungan, kita dapat membeli barangan


yang diperlukan tanpa mengharapkan pemberian orang lain terutama ibu
bapa. Wang yang disimpan dapat digunakan ketika kita berada di dalam kesempitan
selain membantu ibu bapa terutama untuk membeli keperluan persekolahan.

Menabung juga mengajar kita berjimat-cermat ketika berbelanja. Wang yang


disimpan secara berterusan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan ketika
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana kos untuk menyambung
pelajaran sangat tinggi. Hal ini membolehkan kita membantu ibu bapa daripada
terlibat dengan pinjaman pelajaran dan seterusnya menanggung hutang yang sudah
pasti membebankan.

Kesimpulannya, amalan menabung memberi impak yang positif kepada kita. Oleh itu
marilah kita mula menyimpan dan menabung agar dapat membantu kita di masa
hadapan bak kata pepatah sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Sekian, terima kasih.

KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG

Kata-kata aluan …

Tahukah anda apa yang dikatakan makanan seimbang? Bagaimana untuk


mendapatkan makanan seimbang? Dan apakah kepentingan makanan
seimbang? Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi semua jenis zat
makanan yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat, mineral, protein, zat
besi dan juga vitamin.

Makanan seimbang amat penting untuk semua orang. Kegagalan individu


mengambil makanan seimbang akan mengundang kepada pelbagai gejala penyakit,
menyebabkan pertumbuhan individu terbantut malahan turut menyebabkan organ
badan gagal berfungsi dengan baik.

Makanan seimbang penting terutama kepada para pelajar. Pengambilan makanan


berkarbohidrat pada sebelah pagi akan menyebabkan seseorang pelajar mengantuk
ketika di dalam kelas, pergerakan menjadi tidak cergas malahan daya ingatan
kurang tajam. Malahan makanan seimbang penting untuk mengekalkan daya
tumpuan pelajar di dalam kelas.

Secara keseluruhannya, makanan seimbang amat penting buat semua orang. Tanpa


pemakanan yang seimbang, individu mengundang dirinya ke kancah pelbagai
wabak dan penyakit yang memudaratkan diri sendiri. Oleh itu, pastikan anda
mengamalkan pemakanan secara seimbang untuk kestabilan kesihatan. Sekian,
terima kasih.

KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang disertai oleh para pelajar di luar bilik
darjah dan di luar waktu persekolahan. Antara aktiviti kokurikulum adalah aktiviti
dalam sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta menyertai kegiatan unit
beruniform.

Kegiatan kokurikulum sangat penting kepada para pelajar. Antara manfaatnya


adalah kegiatan kokurikulum dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar
termasuk saling bekerjasama, melahirkan rasa 1 Malaysia terutama bagi kegiatan
berbilang kaum, belajar berdikari malahan memupuk keberanian melalui aktiviti-
aktiviti yang diadakan. Selain itu, para pelajar juga akan sentiasa berwawasan tinggi,
berdaya saing malahan cergas dan cerdas sepanjang masa.

Di samping itu, melalui kegiatan kokurikulum para pelajar dapat memanfaatkan


masa senggangnya dengan melakukan kegiatan berfaedah termasuk bermain,
berkhemah, berekspedisi, berkayak dan lain-lain. Hal ini membantu mereka daripada
terjebak dalam kegiatan tidak bermoral dan bercampur dengan individu yang rendah
akhlak.

Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang sangat baik


terutama kepada para pelajar yang sentiasa berwawasan dan bercita-cita tinggi. Bak
kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kalau tidak
sertai kokurikulum, manakan tahu nilai faedahnya. Sekian, terima kasih.

Teks Pidato Spontan 1


Salam perpaduan dan salam Malaysia baharu. Terima kasih pengerusi majlis,
kombinasi intelektual kehakiman bervisi, penjaga masa yang setia, guru-guru
penggerak generasi berwawasan seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda
yang saya kasihi. Tajuk pidato spontan saya ialah CARA MENANGANI MASALAH
BULI DI SEKOLAH
Di sini, saya ingin menampilkan beberapa idea utama untuk menghuraikan tajuk
pidato spontan saya. Pertama, gejala buli ialah dengan mempelajari seni
mempertahankan diri. Contoh seni mempertahankan diri yang boleh dipelajari oleh
para pelajar di sekolah ialah taekwando, seni silat gayung dan sebagainya.
Apabila seseorang pelajar mempelajari seni mempertahankan diri, mereka akan
dapat mempertahankan diri mereka apabila diserang oleh pembuli. Mereka akan
menggunakan teknik mempertahankan diri yang dipelajari di kelasseni
mempertahankan diri. Dengan itu, pembuli akan berasa takut untuk membuli
Fokus kedua, Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada
pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan
sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.
Hadirin sekalian,Fokus ketiga pula iaitu mengadakan ceramah tentang kes- kes buli
juga patut diadakan disekolah-sekolah.Ini akan meningkatkan kesedaran para
pelajar tentang betapa seriusnya kesbuli, dan kesan burukRumusannya, Bijaklah
dalam memilih kawan, ibu bapa dan guru juga haruslah menunjukkan contoh yang
baik bak kata pepatah Bapak borek anak rintik .Sekian, terima kasih

You might also like