You are on page 1of 3

MAJLIS PERPISAHAN PN.

DALINA BT MANJIR
SMK DATO HJ HASSAN YUNOS, 25 APRIL 2018 (KHAMIS)

PENGACARA : PN. SITI ZAHARAH BINTI MISROM

BIL ATURCARA TEKS


1 ALU-ALUAN Bismillahirrahmanirrahim ,
Yang Diraikan
Pn. Dalina bt Manjir
Mantan Kaunselor SMK Dato Hj Hassan Yunos

Yang berusaha,
Pn Hjh Zainuriah bt Hj Aman
Pengetua SMK Dato Hji Hassan Yunos.

Yang Dihormati
En. Ahmad Kusaini bin Safri
Penolong Kanan Pentadbiran

Tn. Hj. Ahamad bin Hussin


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn.Rusita Bt Rahmat
Penolong Kanan Kokurikulum

Tn Hji Razali bin Samat


Penolong KananTingkatan 6

Barisan guru-guru kanan,serta rakan-rakan guru yang dikasihi sekalian.


Assalamulaikum dan Salam sejahtera.

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dahannya berduri
Terima kasih daun keladi,
Kerana sudi hadirkan diri

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran, kerana pada


pagi nan permai ini,kita telah diberikan ruang dan kesempatan untuk
bersama-sama meraikan Majlis Perpisahan Mantan Kaunselor sekolah kita,
iaitu Pn Dalina bt Manjir.

2 Doa Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada pagi yang berbahagia ini,
marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
Ustaz Mohd Ridhuan Bin Ahmad. Di persilakan.

****************************************************************

1
Amin amin ya rabbalalamin

3 UCAPAN Hadirin yang dihormati sekalian,


PENGETUA
Majlis diteruskan dengan mempersilakan

Yang berusaha
Pn Hjh. Zainuriah bt Hj Aman
Pengetua SMK DATO HJ HASSAN YUNOS untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan

******************************************************************

Terima kasih puan atas ucpan yang disampaikan itu tadi.

4 UCAPAN YANG Guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian,


DIRAIKAN
Untuk makluman, Pn. Dalina telah berkhidmat di sekolah kita selama lebih
(MANTAN kurang 13 tahun. Dan tanggal 12 April 2018, beliau di arahkan bertugas di
KAUNSELOR) tempat baru, iaitu di Smk Dato Abd Rahman Andak, Simpang Renggam.
Sudah tentu sepanjang tempoh ini, banyak jasa bakti yang telah beliau
curahkan.

Sudah Bisa Kita Dengari


Patah Tumbuh Hilang Berganti
Namun Tak Sama Cikgu Yang Ini
Mana Mungkin Ada Galang Ganti

Hadirin yang di hormati sekalian,

Tibalah saat yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan yang diraikan. Majlis


dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang diraikan

Pn.Dalina Bt Manjir
Mantan Kaunselor SMK Dato Haji Hassan Yunos untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

*************************************************************************
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan
yang disampaikan itu tadi. Moga ukhawah dan jalinan persahabatan yang
pernah terjalin sebagai rakan sejawat kekal selamanya. InsyaAllah.

5 PENYAMPIAN Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata kenang-


CENDERAMATA kenangan. Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan

2
Yang Berusaha
Pn. Hjh Zainuriah bt Hj Aman
Pengetua Smk Dato hj Hassan Yunos

Untuk mengiringi
Yang di raikan
Pn.Dalina Bt Manjir

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*************************************************************************
RUJUK SENARAI NAMA

6 PENUTUP Rakan- rakan guru yang dikasihi sekalian, kita telah pun berada di hujung
acara. Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Untuk
Pn.Dalina kami rakan –rakan guru serta warga sekolah ingin mengucapkan
ribuan terima kasih atas khidmat bakti di berikan, selama puan bersama-
sama kami di sini .Kami disini sentiasa mendoakan semoga Pn.Dalina
gembira dan terus maju jaya di tempat yang baru.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Intailah Kami Jika Rindu Masih Bertamu


Sapalah Kami Andai Mesra Akrab Berpadu
Selamat Bertugas Di Tempat Yang Baru
Semoga Allah Sentiasa Memberkatimu

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

You might also like