You are on page 1of 8

UCAPAN

YBHG. DATO’ SRI SYED HUSSIEN ALHABSHEE


PENGERUSI
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
DI PERHIMPUNAN BULANAN JAWI JULAI 2019

TARIKH:
16 JULAI 2019M / 13 ZULKAEDAH 1440H

TEMPAT:
DEWAN SERBAGUNA, MASJID WILAYAH

1
Terima kasih Saudara Pengacara Majlis

Ybrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail,


Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Tuan Haji Munir bin Haji Md Salleh,


Timbalan Pengarah Operasi,
JAWI
Tuan Haji Adiratno bin Che Ani
TPP JAWI

Ketua-ketua Bahagian & Pegawai-Pegawai Kanan


Seterusnya warga Jawi yang dirahmati Allah s.w.t sekalian.

2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

1. Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke


hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk bersama-sama
dengan warga JAWI dalam Majlis Perhimpunan Bulanan
JAWI bagi bulan Julai 2019 pada hari ini.

2. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan yang


menyediakan platform ini untuk saya bertemu dengan warga
JAWI buat kali pertama sejak dilantik sebagai Pengerusi
MAIWP yang baharu.

3. Adalah menjadi harapan saya agar sesi pertemuan sebegini


dapat diatur secara berkala bagi membolehkan kita bertemu
dan bersua muka secara langsung.

Hadirin-hadirat sekalian,

4. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, MAIWP


merupakan sebuah agensi Islam yang utama di Wilayah
Persekutuan yang berperanan menasihati Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam di Wilayah-
Wilayah Persekutuan dan membangunkan sosio ekonomi
ummah.
5. Manakala JAWI pila merupakan agensi di bawah MAIWP,
memainkan peranan sebagai pelaksana dasar, program dan
projek yang diluluskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP). Kita harus menyedari tanggungjawab
yang kita pikul, sebesar atau sekecil mana jawatan yang kita
pegang, ingatlah bahawa kita semua mempunyai peranan

3
tersendiri dalam memastikan visi dan misi JAWI serta MAIWP
tercapai dan terlaksana.

6. Saya melihat pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan


oleh JAWI khususnya kepada umat Islam di Wilayah Persekutuan
yang banyak memberi manfaat kepada segenap lapisan
masyarakat pada hari ini. Sesungguhnya dengan komitmen yang
tinggi yang telah diberikan oleh semua warga JAWI inilah yang
menjadi kekuatan kepada kejayaan sesuatu program tersebut.

7. Sehubungan itu, program-program seperti ini harus lebih


diperkasakan lagi agar kedudukan JAWI sebagai agensi yang
mempunyai peranan yang besar lebih besar masyarakat. Perkara
ini sekaligus akan mengatasi dan menjawab persepsi dan
tanggapan negatif masyarakat terhadap JAWI khususnya.

Sidang hadirin yang dirahmati Allah SWT,

8. Dalam amanat kali pertama ini kepada warga JAWI, ingin saya
kongsikan Dua Hasrat yang harus dihayati dan ditekuni bersama.

9. Hasrat pertama, memanfaatkan peruntukan dari MAIWP


degan sebaiknya

Sebagaimana yang semua maklum, hampir keseluruhan


peruntukan yang diterima JAWI adalah daripada MAIWP. Saya
berharap agar peruntukan yang disalurkan ini dapat memberi
manfaat yang yang besar kepada masyarakat keseluruhannya.
Kerana sesungguhnya dana utama yang diterima MAIWP adalah
dari duit pembayar-pembayar zakat di Wilayah Persekutuan.

4
Justeru itu wajiblah peruntukan ini diurus dengan telus dan
amanah bagi mencapai matlamat asalnya. Racanglah program-
program yang dapat memberi impak yang besar kepada mereka
yang memerlukan bantuan khususnya asnaf-asnaf fakir miskin
agar dapat keluar dari belenggu kemiskinan seterusnya dapat
memajukan kehidupan mereka tanpa bergantung pada mana-
mana pihak malahan dapat membantu pula orang lain pada masa
akan datang.

Perancangan yang teliti juga harus dibuat bagi memastikan


program-program yang dirancang mencapai objektifnya yang
sebenar. Ini bagi memastikan setiap duit yang dibelanjakan dapat
memberi impak yang sepatutnya dan mengelakkan pembaziran.

Hadirin-hadirat sekalian,

Sesunggunya saya percaya dan yakin bahawa semua warga


JAWI mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang
tugas masing-masing dalam merangka dan melaksanakan
program yang berkaitan keperluan masyarakat khususnya yang
perlu diberi keutamaan segera.

10. Hasrat kedua, amanah dalam melaksanakan tugas


Kata amanah diertikan sebagai sesuatu yang dipercayakan
kepada orang lain. Definasi amanah tersebut memberikan
pengertian bahawa setiap amanah melibatkan 2 pihak iaitu si
pemberi dan penerima amanah. Lebih jelasnya, hubungan

5
keduanya dapat dijelaskan dalam kehidupan seharian.
Sebagaimana, firman Allah yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman!janganlah kamu


mengkhianati Allah dan Rasul dan(juga)janganlah kamu
mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu,
sedangkan kamu mengetahui"(QS,Al-Anfal:27)

Menerusi dua makna di atas dapat kita simpulkan bahawa ianya


membawa kita kepada hubungan yang saling berkait rapat dalam
melaksanakan sesuatu tugas. Perkara yang dimaksudkan
"peranan pekerja dalam melaksanakan amanah" ialah ciri-ciri
atau sesuatu sifat yang perlu ada dalam setiap diri individu dalam
melaksanakan tugas yang telah diberikan dengan ketelusan dan
kejujuran agar amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dan
mendapat keberkatan serta keredhaan Allah s.w.t.

Amanah dalam diri dapat diukur melalui sejauh mana seseorang


itu dapat menjaga kepentingan serta kerahsiaan syarikat atau
sesebuah organisasi demi menjaga nama baik organisasi dari
sebarang unsur-unsur negatif yang dapat mencemarkan nama
baik sesebuah organisasi. Amanah ke atas setiap waktu yang
telah diperuntukkan untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang
telah diamanahkan tanpa berlengah dan mengamalkan sikap
bertangguh.Terdapat pelbagai keburukan jika amalan bertangguh
dan sambil lewa diterapkan di dalam diri setiap individu yang
bekerja. Hal ini kerana, ianya akan memberikan kesan dari segi
hasil kerja yang tidak berkualiti dan pada diri sendiri pula

6
seseorang itu akan tidak proakif dalam melaksanakan tugasan
yang telah diberikan.

Sebagai individu yang dimanahkan oleh organisasi kita


hendaklah sentiasa meningkatkan mutu serta kualiti dalam
melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan. Namun,
janganlah sesekali kita lupa akan peranan serta etika yang perlu
dimainkan agar tugas sebagai pekerja dalam melaksanakan
amanah dapat dipraktikan semasa melaksanakan tugas tersebut.
Ingatlah bahawa rezeki yang diperolehi adalah kurnian daripada
Allah s.w.t. yang perlu kita sentiasa bersyukur atas nikmat dan
kurniaaNya. Namun biarlah rezeki yang diperolehi tersebut kita
uruskan pada jalan yang diredhai agar sumber pendapatan yang
diperolehi mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada Allah
s.w.t

Hadirin-hadirat sekalian,

11. Itulah hasrat yang saya harapkan pada semua warga JAWI hari
ini dan insyaAllah lebih banyak yang akan kita laksanakan dari
semasa ke semasa. Adalah menjadi harapan saya agar warga
JAWI bermula dari peringkat bawah sehingga ke peringkat
tertinggi sama-sama menghayati dan mendokong hasrat ini.

12. Suka juga untuk diingatkan agar warga JAWI dapat mengekalkan
budaya integriti yang tinggi pada setiap masa. Ingatlah kita
merupakan pemegang amanah kepada masyarakat di luar sana
dan sebarang kesilapan yang kita lakukan akan mencalar
kepercayaan kepada JAWI.

7
13. Sebagai agensi pengurusan Islam yang diletakkan di bawah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid
bin Yusof, warga JAWI khususnya harus benar-benar memahami
dan melaksanakan tiga gagasan agensi pengurusan Islam yang
diletakkan iaitu Islam Rahmatan Lila’lamin, Maqasid Syariah dan
Model Malaysia.

14. Tiga gagasan ini perlu diselarikan dengan visi agensi-agensi


agama iaitu Menjadikan Malaysia Sebagai Model Pentadbiran
Islam Terunggul Yang Progresif Dan Inklusif Menjelang 2025 dan
mendukung misi Menerajui Pengurusan Komprehensif Umat
Islam Bersendikan Maqasid Syariah Dalam Mencapai Cita-Cita
Malaysia Baharu Melalui Gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin.

15. Akhir kata, saya menyeru kepada semua warga JAWI agar dapat
terus memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan dan semoga
Allah SWT membalas segala usaha kita dengan ganjaran pahala
berlipat kali ganda.

Sekian sahaja ucapan saya,


Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan perhimpunan
bulanan warga JAWI pada pagi ini dan saya akhiri dengan Wabillahi
Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum WBT.

You might also like