You are on page 1of 9

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

MAJLIS ANUGERAH KHAS SEKATA 2020


 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2020
SEKOLAH KEBANGSAAN KAJANG UTAMA

MASA ATURCARA UCAPAN


10.40 am Para tetamu mengambil Pohon perhatian. Majlis akan dimulakan sebentar lagi.
tempat Dipohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan untuk
mematikan telefon atau meletakkannya dalam ‘silent
mode’. Terima kasih.

10.50 am Ketibaan Tetamu & Hadirin yang dihormati sekalian,


Penerima Anugerah
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha En Abdul Samad
bin Abdul Ghani, Guru Besar Cemerlang SK Kajang
Utama diiringi oleh barisan Pentadbir & Jawatankuasa
Tertinggi BKGK. Para hadirin diminta berdiri.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Kata-kata aluan Sayang pesanan terlupa sudah;
Pengerusi Majlis Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Melati kuntum tumbuh melata


Sayang merbah di pohon cemara
Assalammualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

Mencari timba si anak dara


Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Sayang kumbang mencari makan


Terbang seiring di tepi kali
Selamat datang kami ucapkan
11.00 am Moga diiring restu Illahi

Yang Berusaha, En Abdul Samad bin Abdul Ghani, Guru


Besar Cemerlang, SK Kajang Utama
Yang Dihormati En Ruzaimie bin Razak, Penolong Kanan
Kurikulum
Yang Dihormati En Zainuddin bin Mohd Tajar, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid
Yang Dihormati En Jamil bin Mat Nor, Penolong Kanan
Ko kurikulum
Yang Dihormati Pn Hajah Wahidah binti Muhildin,
Penolong Kanan Petang

Yang diraikan Penerima Anugerah Perkhidmatan


Cemerlang dan Anugerah Khas SEKATA bagi sesi 2020.
Seterusnya, para hadirin sekalian.
Assalamualaikum Warohmatullah hiwabarokatuh,  Salam
Sejahtera dan Salam SEKATA.

Majlis mengucapkan Selamat Datang dan mengalu-alukan


kehadiran Yang Berusaha Tuan Guru Besar serta sidang
hadirin sekalian ke Majlis Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang 2020.

Sidang hadirin sekalian,

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada hari ini,


akan turut disertakan dengan penyampaian anugerah lain
iaitu Anugerah Khas SEKATA 2020.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Bacaan Do’a Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Encik
Nurulakmal bin Shuhaimi untuk memimpin bacaan doa.
11.05 am
Majlis mempersilakan.
BACAAN DOA
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik
Nurulakmal bin Shuhaimi atas bacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis kita diberkati dan dilimpahi rahmat
hendaknya. Amin2 Ya Rabbal Aalamin

Bukan rumput sebarang rumput,


Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan sepatah dua kata oleh


Ucapan oleh wakil wakil Penerima Anugerah Kecemerlangan 2020.Untuk itu,
11.10 am Penerima Anugerah majlis menjemput  Yang dihormati Pn. Rashidah binti Abd
Rahim untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

(Ucapan wakil Penerima Anugerah)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian


Puan Rashidah menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Ucapan alu-aluan Hadirin sekalian,
Pengerusi Badan Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Badan
11.15 am Kebajikan Guru & Kebajikan Guru & Kakitangan SEKATA. Untuk itu, majlis
Kakitangan SEKATA menjemput Yang dihormati En Mohd Faizul Azli bin Mohd
Halil untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis
mempersilakan.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Ucapan Perasmian oleh
Kepada tuan sembah diberi,
Tuan Guru Besar
11.20 am Mohon rasmikan majlis kami.

Hadirin dan hadhirat yang dirahmati sekalian,


Majlis seterusnya menjemput Yang Berusaha En Abdul
Samad bin Abdul Ghani,Guru Besar Cemerlang SK Kajang
Utama untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Sekolah Kebangsaan Kajang Utama 2020. Majlis dengan
penuh takzim, mempersilakan.

(Ucapan Tuan Guru Besar)


Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian
Yang Berusaha Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan
perasmian sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,


11.30 am Acara Selingan
Pergi Ke Kuala Menaiki Sampan,
Menyusur Sungai Perlahan-lahan,
Berehat Sebentar Untuk Hiburan,
Persembahan selingan buat Santapan.

Ayuh kita rehatkan minda seketika. Kami tampilkan kepada


anda Persembahan selingan yang pastinya sangat istimewa.
Untuk itu majlis mempersilakan En Mustakim bin
Burhanuddin untuk mengemudi acara.Dipersilakan.

(Persembahan selingan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada ...................................dengan persembahan yang sungguh
menyentuh perasaan sebentar tadi.Semoga semua terhibur.

Bertanam Lada berbatas Rimbun,


Tumbuh di kali lebat buahnya
Berkat usaha disulam tekun
Penyampaian Anugerah Sumur digali terbitlah airnya
Khas SEKATA 2020
Hadirin sekalian,

Majlis seterusnya berbesar hati menjemput Yang Berusaha


En Abdul Samad bin Abdul Ghani, Guru Besar Cemerlang SK
Kajang Utama bagi menyampaikan Anugerah Khas SEKATA
2020. Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan.

Seramai 11 orang guru telah terpilih untuk menerima


Anugerah Khas SEKATA bagi tahun 2020. Anugerah ini
diberi sebagai menghargai jasa dan sumbangan guru-guru
11.40 am SEKATA yang berdedikasi & sentiasa cemerlang dalam
melaksanakan tugas. Majlis dengan sukacitanya menjemput
Penerima Anugerah Khas SEKATA 2020 untuk naik ke
pentas. Di jemput,

1)    Pn. Azimah binti Abdul Samat

2)    Encik Mohd Ariff bin Ismail

3)    Pn. Siti Norlida binti Mohamed

Seterusnya dijemput :

4)    Encik Amran bin Abdul Lateh

5)    En Mustakim bin Burhanuddin

6)    Pn Zarifah binti Ismail

Pn Hanisah binti Ahmad


5)    
En Cik Nurin Izwa binti Mohd Zulkifli &

6)    Pn Kasnani binti Ismail

Untuk makluman hadirin sekalian, seramai 2 orang


penerima Anugerah Khas SEKATA bagi tahun 2020 tidak
dapat bersama-sama pada hari ini kerana 2 orang rakan
guru yang dimaksudkan iaitu Pn. Norzila binti Omar baru
sahaja selsesai menjalani pembedahan dan Cik Mazni binti
Mesri dalam tempoh kuarantin. Sama-sama kita doakan agar
kedua-dua rakan guru tersebut kembali sembuh & sentiasa
dipermudahkan segala urusan. Aaamin2 Ya Rabbal Aalamin.

Tahniah diucapkan kepada Penerima-penerima anugerah


Khas SEKATA. Semoga dengan pengiktirafan ini akan
memberi suntikan dan semangat yang lebih membara
kepada semua penerima Anugerah untuk terus berkhidmat
dengan lebih cemerlang di masa akan datang.

Anugerah Pekerja  Berketrampilan
Semoga terus gemilang
Inilah saat yang dinanti-nantikan,
Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

  Sidang hadirin sekalian,


Bagi tahun 2020, seramai 8 orang pegawai Perkhidmatan
Pendidikan daripada SK Kajang Utama telah menerima
Penyampaian Anugerah
12.00 tgh Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Anugerah ini diberi
Perkhidmatan Cemerlang
sebagai menghargai komitmen, jasa dan sumbangan mereka
2020
dalam melaksanakan tugas-tugas yang telah
dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi dan
cemerlang.
 
Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput,Penerima
Anugerah Kecemerlangan 2020 untuk naik ke pentas.
Dimulakan dengan;

1) Encik Ruzaimie bin Razak


2) Penolong Kanan Kurikulum, SK Kajang Utama

Seterusnya dijemput :
2)    Puan Hajah Wahidah binti Muhildin
Penolong Kanan Petang

Encik Zainuddin bin Mohd Tajar


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Seterusnya Dijemput :
1)    Pn Azlinda binti Amran
Encik Abdul Hafiz bin Mamat
Pn Nor Fazilah binti Abd Razak
Pn. Nurul Hidayah binti Ayob &
  Pn. Rashidah binti Abd Rahim

Dipohon Yang Berusaha Tuan Guru Besar untuk terus


berada di atas pentas bagi sesi fotografi. Untuk itu,
dijemput  penerima-penerima anugerah perkhidmatan
cemerlang dan penerima anugerah Khas 2020 & juga Encik
Jamil bin Mat Nor, Penolong Kanan Kokurikulum untuk naik
ke atas pentas bagi sesi fotografi. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berusaha Tuan Guru Besar atas kesudian menyempurnakan
majlis sebentar tadi. Bagi menghargai Tuan Guru Besar atas
kesudian beliau hadir pada hari ini, majlis menjemput Pn
Hajah Wahidah binti Muhildin untuk menyampaikan
cenderamata tanda kenangan buat Tuan Guru Besar.
Dipersilakan.

Tahniah diucapkan kepada Penerima-penerima anugerah


perkhidmatan cemerlang & Penerima Anugerah Khas
SEKATA 2020. Semoga dengan pengiktirafan ini akan
memberi suntikan dan semangat yang lebih membara
kepada semua penerima anugerah untuk terus berkhidmat
dengan lebih cemerlang di masa akan datang.

.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Sayang selasih bunganya wangi,


Ia cantik tapi berduri,
Terima kasih sekalung budi,
Moga berjumpa di lain hari.

Alhamdulillah, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang


2020 tamatlah sudah. Kami selaku pihak urusetia majlis
memohon kemaafan di atas segala kekurangan atau
keterlanjuran sepanjang majlis ini dijalankan.

Yang Berusaha Tuan Guru Besar & barisan pentadbir, majlis


mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan
terima kasih kerana sudi bersama-sama kami di dalam
majlis pada hari ini.
Di kesempatan ini juga majlis merakamkan penghargaan
kepada semua urus setia yang telah menjayakan majlis ini.

Sehingga itu sahaja daripada kami,


Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.
Wabillahitafik walhidayah Wassalamualaikum WBT.

12.30 tgh
Jamuan
 

You might also like