You are on page 1of 1

NASKHAH CALON

1103/3 - BAHASA MELAYU KERTAS 3 (UJIAN BERTUTUR)

BAHAGIAN A : INDIVIDU

Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

OBESITI

Kegemukan atau obesiti merupakan penyakit kronik yang sedang menular dalam kalangan
masyarakat dunia. Obesiti di Malaysia telah menjadi suatu tren yang semakin
membimbangkan dalam kalangan rakyat negara ini. Obesiti boleh mendatangkan kesan
penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetis dan kanser. Kini, obesiti di Malaysia
telah meningkat dengan kadar yang tinggi iaitu 16.8 juta bersamaan dengan 60 peratus
daripada 28 juta. Kejadian ini berpunca daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan
pemakanan yang tidak seimbang. Masalah ini juga disebabkan oleh lambakan restoran-
restoran makanan segera dan kemudahan penghantaran makanan tanpa mengira masa. Oleh
itu, masalah obesiti ini perlulah ditangani bagi menjamin kesihatan masyarakat di negara ini.

You might also like