You are on page 1of 5

SOALAN UJIAN BERTUTUR

A. SENAMAN
1. Nyatakan dua aktiviti senaman yang anda tahu.

2. Apakah faedah-faedah bersenam?

3. Pada pendapat anda, apakah punca-punca masyarakat kurang berminat untuk bersenam?

4. Ibu bapa memainkan peranan besar dalam memupuk minat anak-anak untuk bersenam.
Cadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak
supaya bersenam.
CADANGAN JAWAPAN
1. Nyatakan dua aktiviti senaman yang anda tahu
a)Berlari
b)Berenang
c)Joging
d)Berbasikal
e)Lompat tali

2. Apakah faedah-faedah bersenam?


a)Menurunkan berat badan
b)Membina kekuatan otot/badan
c) Meningkatkan daya tahan kardiovaskular/jantung
d) Mengurangkan stres/tekanan
e) Mendapat tidur yang lebih nyenyak

3. Pada pendapat anda, apakah punca-punca masyarakat kurang berminat untuk bersenam?
a)Kurang motivasi/galakan
b)Sibuk dengan kerja
c)Menghadapi masalah kesihatan seperti asma
d)Berasa malu untuk bersenam
e)Lebih gemar menghabiskan waktu dengan melayari media sosial/permainan dalam
talian
f)Tidak mempunyai kelengkapan/peralatan bersenam

4. Ibu bapa memainkan peranan besar dalam memupuk minat anak-anak untuk bersenam.
Cadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-
anak supaya bersenam.
a)menjadi suri teladan kepada anak-anak/mengajak anak-anak menyertai aktiviti
senaman
b)meluangkan masa untuk bersenam bersama anak-anak
c)menjelaskan tentang kepentingan bersenam
d)memberi motivasi/galakan/ganjaran kepada anak-anak agar rajin bersenam
e)membelikan kelengkapan/peralatan senaman seperti kasut sukan/pakaian
sukan/basikal
f)menghantar/ mendaftarkan anak-anak ke kelas atau acara senaman seperti kelas
renang/Fun run/Fun ride
g)menyediakan jadual senaman untuk anak-anak
B. PELANCONGAN
1. Apakah sumbangan sektor pelancongan di Malaysia?
2. Senaraikan beberapa jenis pelancongan di Malaysia?

3. Apakah tanggungjawab pelancong semasa mengunjungi pusat pelancongan?

4. Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk
memajukan sektor pelancongan di Malaysia?

CADANGAN JAWAPAN

1. Apakah sumbangan sektor pelancongan di Malaysia?


a) Meningkatkan ekonomi negara
b) Membuka peluang pekerjaan
c) Meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat

2. Senaraikan beberapa jenis pelancongan di Malaysia?

a) Ekopelancongan
b) Pelancongan kesihatan
c) Pelancongan pendidikan
d) Pelancongan sukan
e) Pelancongan agro/pertanian.

3. Apakah tanggungjawab pelancong semasa mengunjungi pusat pelancongan?


a) Menjaga kebersihan pusat pelancongan (buang sampah ke dalam tong sampah)
b) Menjaga harta benda awam di pusat pelancongan
c) Menjaga adab dan tingkah laku
d) Tidak melakukan jenayah seperti mencuri

4. Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk
memajukan sektor pelancongan di Malaysia?

a) Pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu yang dapat menarik


minat pelancong asing 
b) Pihak kerajaan menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok dunia 
c) Pihak kerajaan menganjurkan pelbagai acara antarabangsa dengan lebih
kerap  seperti “Monsoon Cup”, perlumbaan Formula 1, kejohanan badminton,
Festival Muzik Dunia yang diadakan di Sarawak pada setiap tahun.
d) Pihak kerajaan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia dengan lebih
berkesan 
e) Pihak kerajaan menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik
yang terdapat di negara ini 
f) Pihak kerajaan memperlengkap kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang
ada untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju

C. MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

SOALAN RANGSANGAN
1. Apakah slogan Gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK)?

2. Mengapakah masyarakat wajar menghayati keindahan bahasa.

3. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan penggunaan bahasa Melayu dipinggirkan?

4. Pelancaran Bulan Bahasa wajar dijadikan amalan oleh pihak sekolah bagi memupuk semangat cinta
akan bahasa Melayu. Jelaskan pendapat anda.

Cadangan jawapan ujian bertutur


1. Slogan BBK
a. Bahasa Jiwa Bangsa
b. Bahasa Kebangsaan Bahasa Perpaduan
2. Mengapakah masyarakat wajar menghayati keindahan bahasa?
a. Agar warisan bahasa tidak dipandang sepi.
b. Keindahan bahasa ini menunjukkan ketinggian nilai dan moral dalam kalangan
masyarakat Melayu pada zaman dahulu.
c. Masyarakat hari ini dapat mempelajari adat dan budaya masyarakat lama.
3. Faktor-faktor penggunaan bahasa Melayu dipinggirkan
a. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat
b. Pengaruh media massa/ bahasa sms
c. Persaingan dengan bahasa asing seperti bahasa Inggeris
d. Masyarakat memandang rendah terhadap bahasa Melayu
e. Murid kurang berminat untuk mempelajari bahasa Melayu
4. Pelancaran Bulan Bahasa wajar dijadikan amalan oleh pihak sekolah kerana
a. murid dapat menghayati keindahan bahasa Melayu dengan lebih mendalam
b. murid lebih bersemangat untuk mempelajari bahasa Melayu
c. murid dapat menyerlahkan/mengasah bakat sedia ada
d. murid lebih menghargai bahasa Melayu
e. dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid

D. OBESITI

SOALAN RANGSANGAN

1. Apakah kesan obesiti?


2. Berikan punca obesiti dalam kalangan masyarakat Malaysia.
3. Sekiranya rakan anda mengalami masalah obesiti, apakah cadangan anda untuk membantu
mengatasi masalah tersebut?
4. Cadangkan ciri-ciri amalan gaya hidup sihat yang boleh diamalkan oleh masyarakat.

Cadangan Jawapan Ujian Bertutur

1. Apakah kesan obesiti?


a. kesan penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetis dan kanser.
2. Berikan punca obesiti dalam kalangan masyarakat Malaysia.
a. amalan gaya hidup yang tidak sihat.
b. pemakanan yang tidak seimbang.
c. Lambakan restoran-restoran makanan segera
d. Kemudahan penghantaran makanan tanpa mengira masa.
3. Sekiranya rakan anda mengalami masalah obesiti, apakah cadangan anda untuk membantu
mengatasi masalah tersebut?
a. Memberikan nasihat
b. Membawa rakan berjumpa pakar pemakanan
c. Mengajak rakan melakukan aktiviti senaman
d. Mengawal pengambilan makanan rakan.
4. Cadangkan ciri-ciri amalan gaya hidup sihat yang boleh diamalkan oleh masyarakat.
a. Mengamalkan pengambilan makanan seimbang
b. Bersenam/ beriadah
c. Tidak terlibat dengan gejala sosial
d. Tidur yang mencukupi.

PERMAINAN TRADISIONAL
SOALAN RANGSANGAN
1. Nyatakan permainan tradisional yang telah anda baca.
2. Apakah tujuan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat dahulu?
3. Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah masyarakat kini kurang meminati
permainan tradisional?
4. Andaikan anda seorang pegawai di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan,
cadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mempopularkan kembali
permainan tradisional pada hari ini.
Cadangan Jawapan Ujian Bertutur

1. Permainan tradisional termasuklah guli, congkak, wau, sepak raga dan gasing.

2. Tujuan permainan tradisional

a) sebagai wahana memupuk semangat ukhuwah antara penduduk


b) mengisi masa senggang dengan perkara berfaedah.

3. Faktor-faktor masyarakat kini kurang meminati permainan tradisional ialah;

a) Permainan moden yang lebih canggih akibat kemajuan sains dan teknologi
(permainan komputer, permainan video, mesin kawalan jauh dan permainan
robot)
b) Sikap masyarakat menganggap permainan tradisional sudah ketinggalan zaman
c) Kurangnya pendedahan kepada generasi muda
d) Kurangnya penganjuran pertandingan permainan tradisional

4. Langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mempopularkan kembali permainan


tradisional pada hari ini ialah;

a) Ibu bapa dan ahli keluarga memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-
anak.
b) Pihak NGO memperkasa pertandingan permainan tradisional.
c) Kerajaan menyalurkan dana secara konsisten.
d) Media massa menjalankan kempen yang lebih komprehensif.

You might also like