You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN

D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LIMBANG,


TINGKAT 1, WISMA PERSEKUTUAN,
JALAN MUHIBBAH,
98707 LIMBANG,
SARAWAK.
E-MAIL:

Ruj.Kami :
Tarikh :

Tuan,

PEMAKLUMAN PENERIMAAN SUMBANGAN PERALATAN HISENSE 58” UHD 4K SMART TV DARIPADA YANG BERHORMAT
DATUK DR.HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ISMAIL, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N79 BUKIT KOTA

Dengan segala hormatnya , perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Kebangsaan Batu Empat telah menerima sumbangan peralatan kegunaan
pengajaran dan pemudahcaraan iaitu Hisense 58” UHD 4K SMART TV 58A6100G sebanyak 8 unit daripada Yang Berhormat
Datuk Dr.Haji Abdul Rahman Bin Haji Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak
(M-FICORD) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N79 Bukit Kota. Sumbangan yang diberikan oleh pihak Yang Berhormat
kepada pihak sekolah adalah hasil usaha dan inisiatif pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Batu Empat dalam
membantu meningkatkan tahap kecemerlangan akademik murid-murid SK Batu Empat.

3. Untuk makluman pihak tuan, pihak sekolah mengemukakan surat makluman berkaitan sumbangan peralatan ini untuk
perhatian Unit ASET Pejabat Pendidikan Daerah Limbang dengan tujuan sumbangan peralatan ini untuk pengetahuan dan
makluman pihak PPD Limbang untuk menjalankan tindakan selanjutnya berkaitan pemprosesan hak milik aset ini mengikut
prosedur yang sepatutnya.

4. Oleh itu, beserta dengan surat ini pihak sekolah melampirkan salinan invois untuk rujukan dan penelitian pihak tuan.

Segala kerjasama , keprihatinan dan perhatian tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………….................
(SUFIAN BIN MOHAT)
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Batu Empat

“FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH”

You might also like