You are on page 1of 9

Bahagian A

1 A B C D 6 A B C D 11 A B C D
2 A B C D 7 A B C D 12 A B C D
3 A B C D 8 A B C D 13 A B C D
4 A B C D 9 A B C D 14 A B C D
5 A B C D 10 A B C D 15 A B C D

Bahagian B
1 Nyatakan 4 perkara pindaan Perlembagaan Persekutuan yg memerlukan sokongan majoriti
2/3 ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja ( 4 )
a) Kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera mana2 negeri Sabah dan
Sarawak serta Kepentingan sah kaum-kaum lain
b) Kedudukan agama Islam sebagai agama (rasmi) Persekutuan
c) Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
d) Mengubah sempadan mana2 negeri
e) Keistimewaan, kedudukan,kemuliaan dan kebesaran raja-raja
f) Kewarganegaraan
g) Keistimewaan Parlimen
2 Nyatakan 3 syarat pelantikan Perdana Menteri ( 3 )
a) Warganegara secara kuatkuasa undang-undang
b) Ahli Dewan Rakyat
c) Mendapat sokongan sebilangan besar Ahli Dewan Rakyat
d) Mendapat perkenan YDPA
3 Jelaskan 2 perbezaan antara Majlis Perbandaran dengan Majlis Daerah ( 4 )
a) Dari segi jumlah penduduk, Majlis Perbandaran mengurus penduduk melebihi 150,000
orang manakala Majlis Daerah mengurus kurang daripada 150,000 orang penduduk
b) Dari segi jumlah kutipan hasil, jumlah kutipan hasil Majlis Perbandaran adalah melebihi
RM20 juta setahun manakala jumlah kutipan hasil Majlis Daerah adalah kurang daripada
RM20 juta setahun
c) Dari segi keagggotaan, Ahli Majlis Perbandaran adalah antara 8 hingga 24 orang manakala
Ahli Majlis Daerah adalah antara 8 hingga 12 orang
4 Nyatakan 4 kesan sekiranya sistem penyampaian khidmat awam adalah lemah ( 4 )
a) akan menyebabkan kos operasi yang tinggi dan mahal
b) akan mewujudkan budaya kerja negatif yang berleluasa dalam kalangan penjawat awam
c) akan menimbulkan tekanan dan/ banyak aduan dalam masyarakat
d) akan merosakkan hubungan dan kepercayaan antara kerajaan dengan pihak peniaga /
pedagang dan komuniti
e) akan menyebabkan usaha pembangunan negeri dan negara terjejas
f) akan menjejaskan reputasi perkhidmatan awam dan kerajaan
g) akan menyebabkan para pelabur asing kurang yakin sehingga menjejaskan kemasukan
pelaburan asing
Bahagian C

20. e-Kerajaan telah dilaksanakan. Namun pelaksanaan e-Kerajaan tidak mudah dan
terpaksa mengharungi jalan yang berliku. Bincangkan.

A. Kepentingan
Bil. Idea Huraian
1 Mengurangkan  Cukai pendapatan merupakan antara perolehan utama perbendaharaan
kesilapan manusia kerajaan
 Rakyat perlu mentaksir dan membayar cukai pendapatan
 e-Filling Lembaga Hasil Dalam Negeri dapat mengurangkan kesilapan
pentaksiran
 Pentaksiran dan pembayaran dilakukan secara automatik oleh sistem
secara atas talian
2 Memudahkan  Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan portal atau laman
penyebaran dan web kementerian.
pengaksesan  Contoh ialah https://www.moe.gov.my
maklumat  Pelbagai informasi rasmi kementerian terpapar menerusi portal rasmi
KPM
 Maklumat di hujung jari. Masyarakat awam dapat mengakses
maklumat dengan mudah pada bila2 masa dan di mana jua berada.
Carian maklumat menjadi mudah dan cepat
3. Mengelakkan kes2  Jenayah penipuan siber semakin menjadi2. Ramai menjadi mangsa.
penipuan  Kes sering melibatkan urusan perbankan.
 Rakyat dapat memastikan kesahan maklumat dengan melayari laman
web rasmi Bank Negara Malaysia di alamat www.bnm.gov.my
 Dengan itu, kes2 penipuan perbankan dapat dikurangkan.
 Kerugian dan kehilangan wang ringgit dapat diminimumkan
4. Meningkatkan  Abad ke-21 merupakan era siber teknologi ICT
kemahiran ICT  Pelbagai aplikasi dan sistem perkhidmatan atas talian telah
dibangunkan
 Urusan kerajaan telah didigitalkan. Peluang rakyat mempelajari dan
menggunakan aplikasi dan sistem tersebut
 Kadar celik dan kemahiran ICT dalam kalangan rakyat ditingkatkan.
5 Mempermudah  Cadangan kenaikan cukai taksiran Kerajaan Tempatan menimbulkan
urusan dengan protes awam
kerajaan  Petisyen elektronik diperkenalkan. Petisyen dibuat atas talian menerusi
telefon bimbit pintar
 Masyarakat awam hanya dikehendaki mengisi butiran diri dan nombor
rujukan surat pemberitahuan
 Butiran yang siap diisi kemudian dihantar atas talian kepada pihak
berkuasa tempatan.
6 Mengurangkan  Karenah birokrasi wujud apabila urusan awam dijalankan secara
karenah birokrasi manual melibatkan masyarakat dengan pegawai awam
 Masyarakat awam terpaksa berhadapan dengan karenah pegawai awam
 Urusan tertangguh-tangguh serta menjadi rumit dan lambat.
 Pendigitalan urusan awam menerusi e-Kerajaan dapat menangani
masalah ini. Aduan awam dapat dikurangkan.
7. Meningkatkan  Kerajaan melaksanakan pelbagai projek awam demi kepentingan awam
ketelusan  Kementerian Kewangan Malaysia telah memperkenalkan urusan tender
atas talian
 Tender atas talian secara terbuka dijalankan menggantikan tender terus
 Urusan dan perolehan tender menjadi lebih telus. Ketirisan dan
penyelewengan dikurangkan.
8 Meningkatkan  Pelbagai peraturan lalu lintas telah dilanggar lantaran bilangan saman
mutu dan trafik meningkat.
kecekapan  Masyarakat tidak perlu berbaris di kaunter JPJ atau balai polis untuk
perkhidmatan menyemak atau membayar saman
awam  Perkhidmatan semakan dan bayaran saman trafik dapat dilakukan
secara atas talian atau SMS
 Penambahbaikan mutu dan kecekapan perkhidmatan menjimatkan
masa, kos dan tenaga serta memudahkan rakyat
9 Menjimatkan kos  Bilangan kakitangan awam telah mencecah 1.7 juta orang. Bebanan
pentadbiran awam berat terhadap perbendaharaan negara.
 e-Kerajaan mengurangkan kadar guna tenaga manusia. Enrolmen
kakitangan awam dapat dibekukan.
 Selain itu, kadar guna kertas juga dapat dikurangkan
 Dengan itu, perbelanjaan pengurusan dan kos pentadbiran awam dapat
dijimatkan. Perbendaharaan negara diperkukuh
10. Mengurangkan  Kualiti penyampaian sektor awam (KPSA) gagal menepati jangkaan
rungutan awam masyarakat
 Timbul rungutan dan ketidakpuasan hati masyarakat umum
 e-Kerajaan meningkatkan KPSA. Urusan dengan agensi awam telah
menjadi mudah, cepat dan cekap
 Karenah birokrasi dikurangkan. Rungutan awam dikurangkan. Persepsi
negatif awam terhadap KPSA diubah.

B. Kesukaran
Bil. Idea Huraian
11. Gangguan  Urusan e-Kerajaan dijalankan secara elektronik dan atas talian menerusi
perkhidmatan portal atau laman web rasmi
 Urusan sering mengalami gangguan sehingga menyukarkan masyarakat
sukar mengakses dan berurusan
 Antaranya ialah gangguan server; gangguan elektrik; serangan virus;
penggodaman; kesibukan & kesesakan talian; ketidakstabilan sistem dsb
 Gangguan menyebabkan urusan tergendala dan terhalang. Keyakinan
masyarakat terhadap urusan e-Kerajaan terjejas.
12. Kurang kemahiran  Urusan e-Kerajaan berbentuk perkhidmatan atas talian
ICT  Namun ramai rakyat Malaysia tidak mahir ICT
 Kadar celik ICT masih rendah khususnya dalam kalangan warga tua dan
penduduk luar bandar
 Fobia menggunakan peranti dan gajet elektronik seperti telefon bimbit
dan komputer berinternet untuk berurusan dengan kerajaan
13. Kurang  Urusan e-Kerajaan perlu peranti dan gajet elektronik moden
kemampuan  Contoh ialah telefon bimbit pintar dan komputer berinternet
kewangan  Ramai rakyat kurang mampu membeli dan memiliki peranti dan gajet
elektronik moden
 Mereka juga kurang mampu membayar bil langganan talian. Urusan atas
talian dengan agensi kerajaan terhalang.
14. Kemudahan  Urusan e-Kerajaan memerlukan kemudahan infostruktur dan capaian
infostruktur dan internet yang pantas
capaian internet  Namun kemudahan infostrukutr dan capaian internet tidak menyeluruh
tidak menyeluruh  Sesetengah kawasan masih tidak dihubungjalin dengan rangkaian jalur
lebar atau kepantasan jalur lebar masih rendah
 Keadaan ini menghalang urusan atas talian dengan kerajaan
15. Sikap buruk  Sesetengah masyarakat lebih selesa dengan perkhidmatan secara manual
masyarakat  Mereka enggan menerima transformasi dan penambahbaikan terhadap
perkhidmatan awam yang sedia ada
 Bersikap menolak dan enggan mempelajari teknik moden berurusan
dengan kerajaan secara atas talian
 Urusan terpaksa dilakukan melalui bantuan pihak ketiga. Keadaan ini
menghalang usaha kerajaan memperkenalkan dan menggalakkan rakyat
guna perkhidmatan atas talian
16. Kelemahan  Wujud pelbagai kelemahan pada aplikasi dan sistem urusan e-kerajaan
aplikasi dan  Sistem tidak stabil dan tidak mempunyai sistem antivirus yang utuh.
sistem e-Kerajaan Kesannya, sistem senang digodam. Urusan sering mengalami gangguan
dan tergendaha.
 Sistem juga tidak bersepadu dan terpisah-pisah.Keadaan ini menyukarkan
masyarakat pengguna
 Maklumat yang ada dalam sistem tidak dikemas kini.

21. Kes buli dsebabkan kepincangan pihak sekolah. Langkah-langkah tertentu


perludiambil oleh pelbagai pihak untuk membendung masalah ini. Bincangkan.

A.Kepincangan sekolah dan kes buli


Bil. Idea Huraian
1 Kegagalan Unit  Masalah buli di sekolah semakin serius. Pembuli sendiri merupakan
Kaunseling mangsa kes buli pada masa lalu.
menangani  Pembuli mengalami trauma jiwa. Menaruh dendam.
masalah  Membuli mangsa lain untuk menonjolkan keegoan diri & melepas
psikologi pembuli dendam.
 Unit Kaunseling gagal mengenalpasti golongan pelajar ini. Bantuan
kaunseling tidak diberikan untuk menangani masalah psikologi ini.
2. Kecuaian guru  Guru warden cuai melaksanakan tugas sebagai warden asrama.
warden  Bersikap lepas tangan. Tidak ambil peduli terhadap aduan mangsa.
 Tiada siasatan dan tindakan tegas diambil terhadap pembuli
 Pembuli mengambil kesempatan terus melakukan pembulian di asrama.
3. Kelemahan  Kelemahan pengurusan disiplin dan penguatkuasaan peraturan sekolah
pengurusan  Kes disiplin seperti buli dan peras ugut menjadi2 dan tidak terkawal
disiplin  Kes ditutup demi menjaga imej sekolah. Waris tidak dimaklumkan kes.
sekolah  Laporan polis tidak dibuat. Tiada tindakan disiplin diambil terhadap
pembuli.
 Masalah buli menjadi budaya songsang di sekolah.
4. Kegagalan  Setiap sekolah telah ditempatkan seorang anggota polis penjaga sekolah
pegawai polis  Pegawai berkenaan tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
penjaga sekolah Tidak ambil peduli atau ambil tahu masalah disiplin di sekolah
 Tiada usaha gigih membantu pihak sekolah menangani kes disiplin
seperti aktiviti kongsi gelap, kes peras ugut atau masalah gansterisme di
sekolah
 Berlaku kes buli terhadap pelajar yang enggan menyertai kumpulan
kongsi gelap atau membayar wang perlindungan
5. Kegagalan pihak  Pengurusan disiplin dan keselamatan pelajar di sekolah tanggungkawab
sekolah menjalin bersama antara pihak sekolah dengan pihak-pihak berkepentingan lain
rapat dengan  Antaranya ialah ibu bapa, penjaga/waris pelajar, persatuan bekas murid,
pihak-pihak polis, komuniti setempat dsb
berkepentingan  Tiada jalinan rapat dan kerjasama padu antara pihak sekolah dengan
lain pihak2 berkenaan
 Kes disiplin di luar kawalan. Pelajar dibuli. Berlaku kecederaan atau
kematian. Keselamatan pelajar terancam.
6. Kekurangan guru  Kebanyakan sekolah menghadapi masalah kekurangan guru disiplin
disiplin serta guru serta guru B & K
Bimbingan dan  Nisbah guru disiplin serta guru B&K tidak serasi dengan waran sekolah
Kaunseling  Kesannya, masalah disiplin dan masalah psikologi dalam kalangan
pelajar tidak dapat diuruskan dengan baik
 Berlaku kes buli yang tragis disebabkan masalah disiplin dan masalah
psikologi.

B.Pihak-pihak menangani kes buli di sekolah

Bil. Idea Huraian


7 Pihak sekolah  Pihak sekolah perlu menguatkuasakan peraturan sekolah dengan tegas bagi
mewujudkan sekolah yang berdisiplin
 Unit Disiplin serta Unit B & K perlu memainkan peranan penting
 Pelajar yang bermasalah disiplin dan bermasalah psikologi perlu
dikenalpasti
 Tindakan disiplin serta sesi kaunseling diberikan bagi menanganimasalah
disiplin dan masalah psikologi agar kes buli terkawal
8 Pihak ibu  Pihak ibu bapa/waris harus melaksanakan tanggungjawab keibubapaan
bapa/waris dengan baik
 Masalah disiplin anak di sekolah tidak harus dilepas kepada pihak sekolah
semata2
 Pihak ibu bapa/waris perlu mendidik anak dengan nilai2 keagamaan dan
moraliti yang baik. Mereka harus menjadi teladan kepada anak.
 Pihak ibu bapa/waris perlu mengambil berat, ambil peduli dan memantau
kelakuan anak di rumah dan sekolah
9. Pihak PIBG  Kes buli dapat ditangani melalui kerjasama antara pihak PIBG dengan
pihak sekolah
 Pihak PIBG sebagai antara pihak berkepentingan sekolah perlu peka dan
mengambil tindakan proaktif membantu pihak sekolah
 Pihak PIBG harus sentiasa memberi bantuan kewangan, sokongan moral
dan kerjasama padu kepada pihak sekolah
 Dengan itu, pihak sekolah dapat menganjurkan pelbagai p
 rogram kesedaran dan pencegahan bagi menangani kes buli di sekolah

10 Pihak  Tanggungjawab menangani kes buli di sekolah turut melibatkan masyarakat
masyarakat setempat di luar sekolah
 Masyarakat perlu ambil berat, ambil peduli dan prihatin terhadap kes buli di
sekolah
 Teguran harus diberikan kepada pelajar yang bermasalah disiplin
 Masyarakat juga harus melaporkan kes buli kepada pihak sekolah atau
pihak polis agar masalah sosial ini dapat ditangani dengan baik
11 Pihak polis  Pihak polis harus membantu sekolah dengan menempatkan pegawai polis
penjaga sekolah di setiap sekolah
 Sekolah dan pelajar akan menjadi anak angkat kepada pegawai tersebut
 Pegawai berkenaan perlu kerap mengunjungi pihak sekolah dan
memberikan bantuan yang sewajarnya
 Contoh ialah memberi ceramah pencegahan kes buli sempena kempen
kesedaran dan pencegahan kes buli di sekolah
12 Pihak  Pihak berkuasa pendidikan juga patut membantu pihak sekolah dalam
PPD/JPN/KPM menangani kes buli di sekolah
 Pihak PPD/JPN/KPM misalnya boleh menganjurkan kempen kesedaran dan
pencegahan kes buli di sekolah seiring dengan Strategi Lautan Biru Nasional
(NBOS)
 Pegawai pendidikan di PPD/JPN/KPM juga harus memantau masalah
disiplin di sekolah
 Kes2 buli yang dilaporkan oleh pihak sekolah perlu diberi perhatian khusus.
Tindakan susulan diambil bagi menanganinya.
13. Pihak media  Pihak media massa tidak kira media perdana atau media alternatif harus
massa memainkan peranan penting
 Pihak media media boleh membuat liputan meluas terhadap kes buli di
sekolah
 Liputan meluas media massa dapat menarik perhatian kerajaan dan
masyarakat terhadap kes
 Liputan meluas media massa juga dapat meningkatkan kesedaran
masyarakat untuk menangani kes ini bersama2 pihak lain
14. Pihak NGO  Kes buli di sekolah semakin menjadi2. Mangsa telah mengalami kecederaan
dan kematian
 Pihak NGO seperti Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) boleh
memainkan peranan penting
 Pihak NGO boleh menganjurkan aktiviti2 pencegahan kes buli di sekolah
 Antaranya ialah ceramah; pengedaran risalah dan poster serta pameran
untuk mendidik pelajar agar peka dan bijak menghadapi kes
*Wajib tulis perkataan ‘pihak’ di bahagian B
22. Jerebu telah menyelubungi Malaysia dan negara-negara jiran. Bacaan Indeks Pencemar
Udara (API) telah mencapai tahap memudaratkan kesihatan. Sekolah- sekolah terpaksa
ditutup kerana keadaan jerebu semakin parah. Bincangkan.
Bil. Idea Huraian
1. Kemaraudan  Sekitar bulan Ogos-September merupakan musim kemarau di Indonesia
kebakaran hutan.  Kejadian kebakaran hutan semakin menjadi2 disebabkan faktor cuaca
panas dan kering.
 Api kebakaran hutan telah memusnahkan hutan belantara.
 Asap daripada kebakaran hutan telah menyebabkan jerebu melanda
negara2 jiran lain.
2. pembakaran hutan  Indonesia merupakan antara negara perladangan kelapa sawit utama di
dunia
 Syarikat2 perladangan telah membuka hutan belantara untuk dijadikan
ladang kelapa sawit
 Pokok2 yang ditebang dan dibersihkan akan dibakar bagi menjimatkan
kos
 Pembakaran hutan berlaku. Api pembakaran menyebabkan jerebu
melanda negara2 jiran.
3. aktiviti  Aktiviti ini merujuk kepada kegiatan melakukan pembakaran secara
pembakaran terbuka oleh individu/pihak tertentu
terbuka  Dilakukan oleh isirumah yang membakar sampah atau pesawah yang
membakar sawah
 Aktiviti ini melanggar undang2 alam sekitar seperti Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974
 Aktiviti pembakaran terbuka ketika jerebu melanda memburukkan
keadaan
4. pencemaran udara  Pencemaran udara turut menyebabkan jerebu berlaku
 Contoh ialah pelepasan asap oleh kenderaan bermotor dan kilang2
 Asap daripada sumber2 pencemaran udara ini telah membentuk jerebu
 Bacaan API semakin parah dan menjejaskan kesihatan para penduduk
5. amalan pertanian  Sawah dibakar selepas musim menuai untuk memulakan musim
tradisi penanaman baharu
 Amalan pertanian pindah menyaksikan tanah dibakar untuk
menyuburkan tanah
 Pembakaran tanah pertanian merupakan tradisi petani2
 Aktiviti ini telah menjadi amalan tahunan dan turun-temurun. Kesannya,
jerebu berlaku.
6. kelemahan  Syarikat2 perladangan besar melakukan aktviti pembakaran hutan
penguatkuasaan membuka ladang baharu
undang2  Aktiviti ini memang melanggar undang2 perhutanan dan alam sekeliling
 Namun amalan rasuah dan kelemahan integriti anggota penguatkuasa
menghalang penguatkuasaan undang2
 Jenayah alam sekitar ini dibiarkan berlaku. Kesannya, jerebu melanda
negara2 jiran.
7. kegagalan operasi  Kejadian kebakaran dan pembakaran hutan melibatkan keluasan hutan
memadamkan api yang besar
 Indonesia menghadapi masalah kekurangan anggota bomba dan lojistik
memadamkan api
 Kaedah moden seperti operasi pemadaman menggunakan pesawat atau
pembenihan awan tidak diguna
 Kegagalan operasi juga disebabkan cuaca panas dan tiupan angin. Jerebu
menjadi parah
8. kegagalan  Jerebu merupakan masalah serantau yang melibatkan negara serantau
kerjasama serantau  Kerjasama serantau diperlukan. Namun, kerjasama serantau yang
diharap2kan gagal dicapai.
 Kegagalan disebabkan negara pencetus jerebu enggan terima bantuan
negara2 serantau lain
 Negara2 serantau juga tidak komited dan tidak serius menjayakan
kerjasama tersebut.

You might also like