You are on page 1of 2

SK.

KIONSOM,INANAM
` P.O.BOX A-472 No. Tel & Faks : 088 424400
89357 INANAM, KOTA KINABALU E-mel : xba4016@moe.edu.my
SABAH,MALAYSIA Postal : http://www.skkionsom.blogspot.com
__________________________________________________________________________
Ruj.Tuan :
Ruj.Kami :SKK.200-1/3
Tarikh : 26 OKTOBER 2022

Pegawai Pendidikan Daerah,


Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
Tingkat 5,Blok C & D,Bangunan KWSP,
Beg Berkunci 2031,
88000 Kota Kinabalu
(u.p: Tuan Haji Ismail Bin Daim)

Tuan,

NOTIS PENGOSONGAN TANAH MILIK PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN (PTP)


KEGUNAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DAN SEKOLAH KEBANGSAAN
KIONSOM.
Dengan segala hormatnya,memaklumkan perkara diatas.

02. Pihak sekolah telah bertindak memaklumkan kepada pemilik struktur bangunan kediaman yang dibina di
atas tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) untuk mengosongkan tanah tersebut bagi memberikan
laluan kepada pembangunan infrastruktur sekolah.Tindakan ini adalah berdasarkan daripada Laporan audit Unit
Audit Dalam Kementerian rujukan : KPM .400-1/2/8 jld.3 (6) bertarikh 29 Mac 2022 dan Surat daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) rujukan : KPM .200-5/2/18 (28) bertarikh 2 Jun 2022.

03. Pihak sekolah juga telah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin masyarakat serta pemilik bangunan
kediaman tersebut pada 3 Julai 2022 bertempat di Balai Raya Kg.Kionsom Inanam untuk membincang perkara
diatas (Catatan perbincangan dilampirkan).Tindakan seterusnya sekolah telah mengadakan mesyuarat
penyelarasan isu keselamatan sekolah pada 30hb Ogos 2022 bertempat di SK Kionsom.

04. Pemilik bangunan kediaman yang dibina diatas tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) telah
menghantar notis tuntutan melalui ADIGELAM BELACHAMI bertarikh 04 OGOS 2022 kepada pihak sekolah
seperti dalam lampiran.

05. Segala tindakan susulan berhubung perkara ini daripada pihak tuan adalah sangat dihargai dan diucapkan
ribuan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN NEGARA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

BINUKAT @ HAMIDAH BINTI RUMPI


Guru Besar,
SK Kionsom,Inanam
SK.KIONSOM,INANAM
` P.O.BOX A-472 No. Tel & Faks : 088 424400
89357 INANAM, KOTA KINABALU E-mel : xba4016@moe.edu.my
SABAH,MALAYSIA Postal : http://www.skkionsom.blogspot.com
__________________________________________________________________________
Sk :

1. Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,
Aras 10,Wisma Pendidikan Negeri Sabah,
Jalan Punat Tanah,
88450 Kota Kinabalu.

2. Fail Sekolah

You might also like