You are on page 1of 6

POP SOALAN BAB 7.

0 : PERDAGANGAN ANTARABANGSA MAKRO AE025


Disediakan Oleh : Mdm Norti Hj. Panai
7.1 Perdagangan Antarabangsa

a) Menjelaskan Konsep Perdagangan Antarabangsa (PAB)

i. Definisi Perdagangan Antarabangsa


PAB adalah proses pertukaran atau jual beli barangan dan perkhidmatan
antara dua buah negara atau lebih yang melewati sempadan negara dan
politik. PAB juga merupakan pertukaran barang dan perkhidmatan di antara
negara-negara berlainan melalui kegiatan eksport (X) & Import (M).

ii. Menjelaskan Sebab Wujudnya Perdagangan Antarabangsa


Sebab Wujud PAB :
• Perbezaan anugerah faktor (tanah, buruh & modal).
• Perbezaan teknologi.
• Perbezaan kemahiran buruh.
• Perbezaan iklim.

iii. Menjelaskan Faedah Perdagangan Antarabangsa


Faedah PAB :
• Mendapatkan barang dari negara lain.
• Mempelbagaikan barangan.
• Meluaskan pasaran.
• Kebaikan pengkhususan.
• Perpindahan teknologi.

b) Menjelaskan Teori Faedah Berbanding


Faedah berbanding ialah faedah yang dinikmati oleh sesebuah negara yang
mampu mengeluarkan sesuatu barang dengan KOS LEPAS LEBIH RENDAH
berbanding negara lain dengan jumlah faktor pengeluaran dan tingkat teknologi
yang sama.

i. Andaian Faedah Berbanding


• Terdapat 2 negara sahaja yang berdagang.
• Terdapat 2 barang sahaja.
• Mencapai guna tenaga penuh.
• Tiada sekatan dan kos pengangkutan.

ii. Penentu Faedah Berbanding


• Sebelum Perdagangan/Semasa Autarki.
• Selepas Pengkhususan.
• Menentukan julat kadar pertukaran.
• Selepas Perdagangan Antarabangsa (Laba).
c) Menjelaskan Definisi dan Rumus Kadar Syarat Perdagangan

Definisi Kadar Syarat Perdagangan


Kadar Syarat Perdagangan ialah satu ukuran berapa unit Import diperolehi
daripada satu unit Eksport.

Rumus : Kadar Syarat Perdagangan = Nilai Eksport x 100


Nilai Import

Kadar Syarat Perdagangan > 100 : Nilai Eksport > Nilai Import
Kadar Syarat Perdagangan < 100 : Nilai Eksport < Nilai Import
Kadar Syarat Perdagangan = 100 : Nilai Eksport = Nilai Import

d) Menjelaskan implikasi Kadar Syarat Perdagangan terhadap Imbangan


Dagangan

Kadar Syarat Perdagangan > 100 : Nilai Eksport > Nilai Import

* Memperoleh lebih banyak barang import dengan menukarkan sejumlah


barang eksport yang sama.
* Keadaan ini membawa lebihan terhadap Imbangan Dagangan (X > M).

e) Menjelaskan Dasar Perlindungan Perdagangan Antarabangsa

i. Definisi Dasar Perlindungan


Dasar Perlindungan ialah dasar untuk melindungi industri atau
pengeluar tempatan supaya keluaran industri tempatan dapat bersaing
dengan keluaran negara asing.

ii. Menjelaskan Tujuan Dasar Perlindungan


Tujuan Dasar Perlindungan :
• Melindungi Industri Strategik.
• Melindungi Industri Muda.
• Membaiki Imbangan Pembayaran.
• Mencegah lambakan.
• Mengurangkan pergantungan kepada negara asing.

iii. Menjelaskan Perlindungan Tarif dan kesannya dengan bantuan


rajah:
• Tarif Spesifik
• Tarif Ad-Valorem

iv. Menjelaskan Perlindungan Bukan Tarif :


• Kuota
• Embargo
• Kawalan Pertukaran Asing
• Subsidi Eksport
v. Menjelaskan Kesan Negatif Dasar Perlindungan
• Ketakcekapan dalam jangka panjang.
• Meningkatkan kos barangan.
• Mengurangkan daya saing di peringkat antarabangsa.

7.2 Imbangan Pembayaran


a) Definisi Imbangan Pembayaran.
Imbangan Pembayaran ialah satu penyata kewangan yang merekodkan
segala urusniaga barang dan perkhidmatan dan aliran modal sesebuah
negara dengan negara lain dalam tempoh setahun.

b) Menghitung dan menjelaskan Jenis Akaun Imbangan Pembayaran.

Jenis Akaun Imbangan Pembayaran


• Akaun Semasa.
• Akaun Modal dan Kewangan.
• Akaun Imbangan Keseluruhan.

• Akaun Semasa
Akaun Semasa merekodkan penerimaan eksport dan pembayaran
import bagi barang nampak dan perkhidmatan, pendapatan serta
bayaran pindahan.

Imbangan Akaun Semasa terbahagi kepada:


i) Akaun Dagangan dan Perkhidmatan.
ii) Akaun Pendapatan (Pendapatan Primer).
iii) Pindahan Semasa (Pendapatan Sekunder).

Rumus:
Imbangan Akaun Semasa = Dagangan + Perkhidmatan + Pendapatan
+ Pindahan Semasa

• Akaun Modal dan Kewangan


Akaun Modal merekod pindahan modal dan aset bukan kewangan
bukan pengeluaran seperti perolehan atau penjualan aset tetap dan
jualan pajakan dan lesen serta pemindahan modal antara pemastautin
dan bukan pemastautin.

Akaun Modal terbahagi kepada:


i) Pindahan Modal.
ii) Aset bukan kewangan bukan pengeluaran.

Rumus:
Akaun Modal = Pindahan Modal + Aset Bukan Kewangan Bukan
Pengeluaran
Akaun Kewangan merekodkan semua pergerakan modal dalam bentuk
pelaburan langsung, pelaburan portfolio dan pelaburan lain.

Akaun Kewangan mengandungi 4 komponen iaitu:


i) Pelaburan Langsung.
ii) Pelaburan Portfolio.
iii) Derivatif Kewangan.
iv) Pelaburan lain.

Rumus:
Akaun Kewangan = Pelaburan Langsung + Pelaburan Portfolio
+ Derivatif Kewangan + Pelaburan Lain

Imbangan Akaun Modal dan Kewangan = Akaun Modal +


Akaun Kewangan

• Akaun Imbangan Keseluruhan


Imbangan Keseluruhan merupakan hasil jumlah imbangan akaun
semasa, imbangan akaun modal & kewangan dan kesilapan &
ketinggalan.

Rumus :

Imbangan Pembayaran
= Imbangan Akaun Semasa + Imbangan Akaun Modal dan
Kewangan + Kesilapan dan Ketinggalan.

Imbangan Pembayaran
= (Akaun Dagangan dan Perkhidmatan + Akaun
Pendapatan (Pendapatan Primer) + Pindahan Semasa
(Pendapatan Sekunder) + Imbangan Akaun Modal dan
Kewangan + Kesilapan dan Ketinggalan.

c) Menjelaskan langkah membaiki Imbangan Dagangan dan Perkhidmatan:


i. membaiki Imbangan Dagangan (Barangan).
• Meningkatkan eksport barangan dan mengurangkan Import
barangan melalui :
- Meningkatkan Subsidi Eksport.
- Pengenaan Cukai Import.
- Devaluasi mata wang.
- Kawalan Pertukaran Asing.

ii. membaiki Imbangan Perkhidmatan melalui:


- Menggalakkan pelancongan dalam negeri.
- Meluaskan perkhidmatan tambang dan insurans tempatan.
- Membaiki perkhidmatan lain (Perubatan, Pendidikan dan
Penganjuran Acara/Persidangan)
7.3 Kadar Pertukaran Asing
a) Definisi Kadar Pertukaran Asing.
Kadar Pertukaran Asing adalah harga per unit mata wang asing yang
dinyatakan dalam mata wang tempatan ATAU harga mata wang tempatan
dalam sebutan nilai mata wang asing.

b) Menjelaskan Penentu Permintaan dan Penawaran Mata wang Asing :


i. Penentu Permintaan Mata Wang Asing.
- Import barang dari negara asing.
- Melancong ke negara asing.
- Membuat Pelaburan Langsung ke negara asing.
- Membeli aset kewangan seperti saham, bon dan sekuriti
kerajaan negara asing.
- Jangkaan kejatuhan nilai mata wang tempatan.

ii. Penentu Penawaran Mata Wang Asing.


- Penduduk asing membeli barang tempatan.
- Kemasukan pelancong asing ke dalam negara.
- Kemasukan Pelaburan asing ke dalam negara.
- Pembelian aset kewangan seperti saham, bon dan sekuriti
kerajaan oleh warga asing.
- Jangkaan kenaikan nilai mata wang tempatan.

c) Menjelaskan Penentuan Kadar Pertukaran Asing


i. Sistem Boleh Ubah (Fleksibel/Pasaran Bebas)
Kadar Pertukaran Asing ditentukan apabila permintaan mata wang
asing sama dengan penawaran mata wang asing di pasaran
pertukaran asing.
ii. Sistem Kadar Pertukaran Tetap (Campur Tangan Kerajaan)
Kadar pertukaran yang ditetapkan oleh kerajaan untuk tujuan
membaiki imbangan pembayaran dan memajukan ekonomi.

d) Menjelaskan Kesan Perubahan Kadar Pertukaran Asing terhadap


Eksport, Import dan Imbangan Perdagangan.

 Terlebih nilai USD atau Terkurang nilai RM


Kesannya :
i. Kesan ke atas Eksport :
Harga Eksport (Px) Malaysia menjadi lebih murah, menyebabkan
Eksport (X) Malaysia bertambah.
ii. Kesan ke atas Import :
Harga Import (Pm) Malaysia menjadi lebih mahal, menyebabkan
Import (M) Malaysia berkurang.
iii. Kesan ke atas Imbangan Perdagangan :
Pertambahan X dan pengurangan M mewujudkan lebihan SS mata
wang asing. Imbangan Perdagangan Malaysia bertambah baik.

 Terkurang nilai USD atau Terlebih nilai RM


Kesannya:
i. Kesan ke atas Eksport :
Harga Eksport (Px) Malaysia menjadi lebih mahal, menyebabkan
Eksport (X) Malaysia berkurang.
ii. Kesan ke atas Import :
Harga import (Pm) Malaysia menjadi lebih murah, menyebabkan
Import (M) Malaysia bertambah.
iii. Kesan ke atas Imbangan Perdagangan :
Pertambahan M dan pengurangan X mewujudkan lebihan DD mata
wang asing. Imbangan Pembayaran Malaysia bertambah buruk.

You might also like