You are on page 1of 7

Ujian Sains Tahun 6

Kertas 1
Nama:_______________________________ Kelas:_______________________

1. Rajah 1 menunjukkan sistem pembiakan lelaki.

Apakah nama bagi bahagian bertanda X ?

A. Zakar
B. Ovari
C. Testis
D. Faraj

2. Rajah 2 menunjukkan sistem saraf manusia.

Apakah nama bahagian bertanda P?

A. Otak
B. Saraf tunjang
C. Saraf penerima
D. Saraf

Panitia Sains SK2TS


3. Antara berikut, yang manakah bukan merupakan bahagian dalam sistem pembiakan
perempuan ?

A. Testis
B. Ovari
C. Faraj
D. Uterus

4. Antara yang berikut, yang manakah pasangan organ pembiakan manusia yang betul?

Perempuan Lelaki
A Ovari Testis
B Ovari Uterus
C Zakar Testis
D Uterus Faraj

5. Rajah 3 menunjukkan organ pembiakan lelaki.

Apakah fungsi organ pembiakan yang bertanda Z?

A. Menghasilkan sperma
B. Menghubungkan zakar
C. Menghasilkan ovum
D. Persenyawaan

Panitia Sains SK2TS


6. Selepas persenyawaan, zigot akan membahagi dan seterusnya membentuk embrio. Embrio
ini akan melekat pada organ pembiakan perempuan. Apakah organ tersebut?

A. Faraj
B. Uterus
C. Tiub Fallopio
D. Ovari

7. Rajah 4 menunjukkan sebahagian daripada sistem saraf manusia.

Apakah bahagian yang bertanda X ?

A. Otak
B. Rangkaian Saraf
C. Saraf
D. Saraf tunjang

8. Antara berikut, yang manakah TIDAK BENAR tentang kepentingan sistem pembiakan
manusia?

A. Meningkatkan bilangan organisma atau individu


B. Memastikan kemandirian dan kesinambungan suatu spesies
C. Bilangan manusia akan bertambah
D. Menjaga anaknya untuk memastikan kemandirian spesiesnya

9. Antara yang berikut, yang manakah merupakan fungsi sistem saraf periferi?

P Menerima dan menghantar impuls dari organ atau deria ke seluruh badan
Q Mengawal Tindakan automatic dalam badan
R Menghubungkan sistem saraf pusat kepada anggota badan
S Menghasilkan gerak balas apabila berlaku sentuhan

A. P dan R
B. P dan Q
C. Q dan S
D. R dan S

Panitia Sains SK2TS


10. Antara padanan berikut, yang manakah benar?

Organ Fungsi
A. Testis Tempat sperma dihasilkan
B. Faraj Tempat untuk embrio berkembang

C. Ovari Tempat persenyawaan berlaku

D. Tiub Fallopio Tempat ovum dihasilkan

11. Rajah 5 menunjukkan organ pembiakan lelaki.

Bahagian yang manakah berfungsi menghasilkan gamet jantan(sperma)?

A. J
B. K
C. L
D. M

12. Apakah proses yang berlaku di ovari dan tiub Fallopio?

Ovari Tiub Fallopio

A. Penghasilan Ovum Penempatan

B. Penghasilan Ovum Persenyawaan

C. Persenyawaan Penempelan

D. Penempelan Penghasilan Ovum

Panitia Sains SK2TS


13. Rajah 6 menunjukkan satu carta alir yang menunjukkan urutan perkembangan zigot dalam
tempoh 38 minggu.

Zigot X Y Z

Apakah yang diwakili oleh X, Y dan Z?

X Y Z

A. Bayi Fetus Embrio

B. Embrio Fetus Bayi

C. Fetus Embrio Bayi

D. Fetus Bayi Embrio

14. Rajah 6 menunjukkan sistem saraf manusia.

Sistem saraf
manusia

P Q

Saraf Rangkaian
Otak
tunjang saraf

P Q

A. Sistem saraf periferi Sistem saraf pusat

B. Sistem saraf pusat Sistem saraf periferi

C. Sel saraf Neuron

D. Neuron Sel saraf

Panitia Sains SK2TS


15. Bahagian yang manakah mengawal aktiviti seperti menulis, mendengar dan berjalan?

A. Otak
B. Perut
C. Lengan
D. Saraf tunjang

16. Berikut merupakan maklumat tentang sistem saraf manusia.

• Terdiri daripada otak dan saraf


tunjang
• Sistem yang mengawal koordinasi
badan

Nyatakan sistem saraf di atas.

A. Sistem saraf pusat


B. Sel saraf
C. Sistem saraf periferi
D. Rangkaian saraf

17. Antara yang berikut, yang manakah merupakan tindakan luar kawal?

A. Berlari
B. Membaca
C. Bernafas
D. Menari

18. Antara aktiviti berikut, yang manakah akan mendatangkan kerosakan pada sistem saraf
manusia?

A. B.

C. D.

Panitia Sains SK2TS


19. Apakah yang akan berlaku apabila fungsi sistem saraf periferi gagal?

A. Bell’s palsy
B. Serangan jantung
C. Konjunctivitis
D. Influenza

20.

Rangsangan Organ Deria X Gerak balas

Urutan di atas menunjukkan aliran isyarat daripada rangsangan kepada gerak balas.
Antara berikut yang manakah sesuai untuk menggantikkan X di atas?

A. Mata
B. Jantung
C. Otak
D. Saraf Tunjang

Panitia Sains SK2TS

You might also like