You are on page 1of 3

TEMPLATE KAJIAN TINDAKAN

Tajuk:

Meningkatkan Minat dan Kefahaman Murid Tahun 5 Cekap dalam Tajuk Sistem
Peredaran Darah Manusia Menggunakan Kaedah InkPen.
Abstrak:

1.0 Refleksi P&P Lalu

Analisis keputusan penilaian pertengahan tahun PBS untuk kelas 5 Cekap amat mengecewakan
dan tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Hanya lima orang sahaja murid yang
menguasai dengan mendapat Tahap Penguasaan 3. Antara sebab tidak menguasai ialah murid
tidak memahami keseluruhan sistem peredaran darah manusia kerana kurang membaca buku,
tidak membuat ulangkaji, tidak mengingati fakta penting serta tidak memahami kehendak
soalan.
2.0 Isu Keprihatinan/Fokus Kajian

Setelah menganalisis punca utama murid tidak menguasai tahap penguasaan yang lebih baik
dalam tajuk sistem peredaran darah, kami mendapati masalah utama yang dihadapi oleh murid
ialah mereka sukar mengingati perkara-perkara penting dalam tajuk tersebut.
3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum


Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan minat dan kefahaman tajuk Sistem Peredaran
Darah Manusia dalam kalangan murid dengan menggunakan Kaedah InkPen.

3.2 Objektif Khusus


i. Meningkatkan minat tajuk Sistem Peredaran Darah Manusia dalam kalangan murid
Tahun 5 Cekap dengan menggunakan Kaedah InkPen .
ii. Meningkatkan kefahaman tajuk Sistem Peredaran Darah Manusia dalam kalangan
murid Tahun 5 Cekap dengan menggunakan Kaedah InkPen .
iii. Meningkatkan amalan pedagogi guru-guru Sains Tahun 5 dengan menggunakan
Kaedah InkPen.
4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini dijalankan ke atas murid-murid Tahun 5 Cekap di SK Luagan, Keningau iaitu
seramai 33 orang yang terdiri daripada 13 orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan.

Jadual 4.0
Kumpulan Sasaran Mengikut Jantina

Jantina Bilangan murid (orang)


Lelaki 13
Perempuan 20
5.0 Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Pemerhatian
Membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses Pdpc berlangsung
sebelum dan selepas kajian.

5.1.2 Ujian
Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan kefahaman dan
ingatan mereka mengenai topik berkaitan.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Analisis pemerhatian


Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran
didapati murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru
secara lisan. Mereka menjawab dengan suara yang lantang dan tidak lagi
menundukkan muka apabila guru menyoal. Suasana pembelajaran lebih
memberangsangkan.

5.2.2 Analisis Ujian Pra dan Pasca


Jadual 5.1
Ujian Pra dan Pasca

Tahap Penguasaan Bilangan Murid (orang)


( TP) Pra Pasca
6
5
4
3
2
1
Jumlah

5.3 Tindakan Yang Dijalankan


Melakukan penilaian yang menyeluruh berdasarkan analisis tinjauan masalah dan
memperkenalkan kaedah InkPen (Inkuiri Penemuan) tersebut. Melalui kaedah ini,
murid akan melakukan carian maklumat secara kendiri melalui pelbagai kaedah
seperti melayari internet, bacaan buku,majalah atau risalah dari pelbagai sumber
berpandukan garis panduan yang diberikan oleh guru.

5.4 Pelaksanaan Tindakan


Kajian tindakan ini akan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu.
Memperuntukkan dua waktu PdPc dalam seminggu untuk membimbing murid
menggunakan kaedah ini dengan menyediakan garis panduan yang perlu dilengkapi
oleh murid. Murid telah menjalani Ujian Pasca. Berdasarkan pemerhatian pula,
kaedah ini berjaya membantu murid meningkatkan pencapaian dalam topik
berkaitan.

5.5 Refleksi Kajian


Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Pasca menunjukkan peningkatan yang agak
ketara dengan menggunakan Teknik/Kaedah ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan
bahawa Teknik/Kaedah ini banyak membantu murid meningkatkan keyakinan diri,
daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang telah dipelajari di samping
menjadikan suasana PdPc lebih ceria dan menyeronokkan.
6.0 Cadangan Kajian Seterusnya

6.1 Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-

a. Mengguna pakai kaedah InkPen ini sebaik sahaja guru sains mengajar topik berkaitan.
b. Mengaplikasikan kaedah yang sama untuk tajuk sains lain yang bersesuaian.
c. Guru boleh menyediakan satu modul khas cara pelaksanaan kaedah InkPen ini dalam PdPc
secara lebih terancang dan teratur.

6.2 Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati terdapat perubahan yang positif dari
segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid/pelajar. Semoga hasil kajian ini
dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses PdPc lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

You might also like