You are on page 1of 2

Assalamualaikum wbt

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, yang saya muliakan tuan


Pegawai Kesihatan Daerah Maran, yang dikasihi Tuan Pengerusi
JKKR dan hadirin yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada PEJABAT KESIHATAN
PERGIGIAN DAERAH MARAN kerana sudi menjemput saya untuk
merasmikan PROGRAM KAMPUNG ANGKAT pada pagi ini.

Saya juga berasa amat bangga dan bertuah kerana dapat


bersama-sama dengan penduduk Felda Jengka 23 dalam
suasana program yang meriah ini. Saya amat gembira melihat
kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan oleh
jawatankuasa penganjur dan penduduk-penduduk semua dalam
menjayakan program ini. Usaha sebegini merupakan satu usaha
yang murni kerana ianya secara langsung dapat memberi
kesedaran kepada semua pihak bahawa menjaga kesihatan gigi
itu sebenarnya adalah hak dan tanggungjawab bersama.

Setiap manusia inginkan kesihatan gigi yang baik dalam


kehidupan masingmasing. Sebagai warganegara Malaysia yang
prihatin, tuan-tuan dan puan-puan haruslah menjaga kesihatan
gigi dengan baik. Ikutilah nasihat para pegawai perubatan yang
hadir pada hari ini dalam menjaga kesihatan gigi anda semua.
Kata pepatah, ’mencegah lebih baik dari mengubati’

Selain itu terdapat beberapa lagi acara menarik yang


dilangsungkan termasuk pertandingan mewarna bagi kanak-
kanak. Diharap juga kepada anda semua supaya mengajak lagi
ahli keluaraga untuk dating ke program ini. Akhir kata, saya
sekali lagi merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada
pihak penganjur, iaitu PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH
MARAN, kerana sudi menjemput saya ke majlis ini. Dengan itu,
saya dengan sukacitanya merasmikan PROGRAM KAMPUNG
ANGKAT anjran PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH
MARAN pada pagi ini. Sekian terima kasih.

You might also like