You are on page 1of 8
CONTOH 1 1. PERNYATAAN MASALAH / PERSOALAN KAJIAN * ...an important monument for the future of our country...people of all races who inhabit this fair land will mix together without any barrier whatsoever and it is here that much of the groundwork of building a united Malayan nation will be carried out.” Tun Abdul Razak, Pengerusi Lembaga Penguasa Stadium Merdeka Sumber: Stadium Merdeka & Stadium Negara: Meniti Sejarah Kegemilangan Stadium Merdeka yang dibina sempena perisytinaran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu menyimpan satu memori yang amat bermakna kepada pembinaan negara kita. Bincangkan. a. Dengan merujuk pelbagai sumber, jelaskan asal usul pembinaan Stadium Merdeka. b. Secara kronologi, tunjukkan kegunaan Stadium Merdeka sejak 31 Ogos 1957 sehingga tahun 2003. ¢ Berdasarkan kata-kata Tun Abdul Razak di atas, nilaikan mengapakah perlunya kita memelihara warisan kebangsaan seperti bangunan Stadium Negara, Stadium Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, Tugu Negara dansebagainya. 2. JADUAL KERJA BIL TARIKH 1. 2: 3. 26/8/2021 2718/2021 28/8/2021 28/8/2021 29/8/2021 30/8/2021 30/8/2021 30/8/2021 31/8/2021 1/9/2021 1/9/2021 3/9/2021 3/9/2021 4/9/2021 4/9/2021 PERKARA T. TANGAN Mendengar penerangan tentang Kajian Kes daripada guru sejarah di kelas dan perbincangan dengan kawan-kawan. Membina Objektif Kajian dan Kaedah Kajian berdasarkan pemyataan masalah dan persoalan kajian. Berjumpa guru sejarah bagi menunjukkan objektif dan kaedah kajian yang dibina. Mengunjungi perpustakaan sekolah bagi mengumpul maklumat kategori buku atau majalah atau laporan. Melayari internet di rumah bagi mengumpul maklumat berkaitan, mencetak, membaca dan membuat catatan isi yang bersesuaian. Mengumpul gambar berkaitan untuk persoalankajian. Mula menulis laporan bagi persoalan kajian (a). Menghubungj guru sejarah melalui aplikasi whatsapp untuk menunjukkan penulisan laporan bagi(a). Membuat pembetulan selepas perbincangan dengan guru. Membaca bahan-bahan cetakan bagi mendapatkan idea bagi persoalan kajian (b). Menyediakan rangka penulisan bagi persoalan kecil (b).. Menunjukkan hasil kerja kepada guru untuk mendapat pengesahan dan kemudian membuat penambahbaikan. Menunjukkan hasil kerja kepada guru dikelas. Memulakan penulisan bagi menjawab persoalan kajian (c) dan berbincang dengan guru untuk penambahbaikan. Melengkapkan jadual kerja dan menulis rujukan mengikut format yang diberi. 7 Menyemak semula semua hasil penulisan dan menunjukkan kepada guru sejarah. Membuat Rumusan bagi hasil laporan Menyemak semula hasil laporan dan melengkapkan muka hadapan, rujukan dan lampiran Menghantar tugasan yang telah siap kepada gurusejarah 3. OBJEKTIF KAJIAN ‘Sayamelaksanakan kajian kes ini dengan beberapa objektif. Antaranya adalah untuk mengetahui sejarah pembinaan Stadium Merdeka. Ini telah membolehkan saya mengetahui siapakah jurutera yang terlibat, tempoh masa pembinaan dan kos yang dibelanjakan. Selain itu objektif kajian saya yang kedua adalah untuk membolehkan saya menyediakan satu garis masa kegunaan Stadium Merdeka selepas peristiwa perisytinaran kemerdekaan pada tahun 1957 sehinggalah tahun 2003. Terdapat banyak acara bersejarah lain yang pernah berlangsung di stadium ini ketika itu. Akhimya, objektif kajian saya yang ketiga adalah untuk menilai mengapakah perlunya bangunan-bangunan warisan kebangsaan seperti stadium ini dipeihara. 4. KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian adalah cara atau usaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat bagi menjawab semua persoalan kecil dalam kajian kes ini. Antara kaedah kajian yang telah saya laksanakan adalah sepertiberikut: Saya telah metayari internet di rumah saya untuk mengetahui maklumat awal tentang sejarah pembinaan stadium Merdeka. Saya telah menyimpan semua alamat URL bagi memudahkan saya merujuk semula nanti. Kaedah kedua ialah saya telah menganalisis dokumen seperti laporan tahunan Perbadanan Stadium 2004 dan membuat bacaan terhadap dua buah buku seperti yang dinyatakan dalam sumber rujukan. Selain buku dan laporan tahunan, saya juga membaca keratan akhbar berkaitan dengan stadium ini, Melalui kaedah ini saya dapat mengetahui maklumat yang lebin terperinci tentang pembinaan stadium ini seperti aspek reka bentuk dan kapasiti penonton. Selain itu saya juga telah menggunakan kaedah audio visual dengan menonton video berkaitan stadium dari saluran YouTube bagi mengetahui maklumat lain seperti kegunaan stadium dan kepentingan memelihara warisankebangsaan. 5. HASIL DAPATAN (@) Dengan merujuk pelbagei sumber, jelaskan latar belakang pembinaan Stadium Merdeka. Pada tanggal 31 Ogos 1957, Stadium Merdeka telah menjadi saksi peristiwa pengisytinaran kemerdekaan Tanah Melayu oleh almarhum YTM Tuanku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan Negara. Stadium yang memiliki keupayaan 25,000 penonton dengan 10,000 tempat duduk ini terletak di Bukit Petaling, Kuala Lumpur. Sebelum Stadium Merdeka dibina, kawasan sekitar adalah padang golf tertua Kuala Lumpur dan sebelum itu ialah tanah perkuburan Cina. Padang golf ini telah ditinggalkan sejak tahun 1921. Pada tahun 1937 kawasan ini dijadikan "Coronation Park" sempena pertabalan King George ke VI sebagai Raja England. Pada tahun 1958 ditukar menjadi Taman Tunku Abdul Rahman sebagai memperingati dan menghormati Perdana Menteri pertama TanahMelayu. Menurut Dr Azmy Bin Morshidi dan Mohd Bakri Jaafar (2007), pembinaan Stadium Merdeka adalah hasil dari cetusan idea alMarhum YTM Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj sejak tahun 1951 lagi apabila beliau masih lagi menjadi Pegawai Kerajaan semasa pemerintahan British dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pada awalnya keperluan membina sebuah stadium adalah untuk pembangunan sukan bola sepak di negara ini. Oleh yang demikian, ketika Tunku Abdul Rahman memegang jawatan Presiden Bola Sepak Malaya, beliau telah melipatgandakan usaha untuk mengadakan sebuah stadium yang hebat. Adnan Nawang dan Jatswan Sidhu (1999) dalam bukunya berjudul Stadium Merdeka dan Stadium Negara pula menyatakan bahawa berikutan pelantikan Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri PTM pada tahun 1955, beliau telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Penasihat yang dipengenusikan oleh E. M.McDonald pada 15 September 1955. Jawatankuasa inilah yang telah diberikan mandat untuk meneliti penubuhan sebuah stadium dan mengkaji pelan serta kos pembinaannya. Kerja-kerja pembinaan seterusnya dimulakan pada 25 September 1956. Stadium ini dijangka siap menjelang pertengahan Ogos 1957. Pada 15 Februari 1957, Tunku meletakkan batu asas pembinaan stadium baru ini. Berikutnya pada 11 Mac 1957, Tunku menubuhkan Lembaga Penguasa (Board of Control) yang akan mengambil alih pengendalian pembinaan stadium daripada Jawatankuasa Perancangan Pembinaan Stadium. Lembaga Penguasa (Board of Control) mengambil alih pengendalian Stadium Merdeka secara rasminya pada 23 Ogos 1957, jam 10.00 agi daripada pihak Jabatan Kerja Raya Persekutuan Tanah Melayu. Ini diikuti dengan penubuhan sebuah Sekretariat Stadium Merdeka yang mula beroperasi pada 24 Ogos 1957. Stadium Merdeka dibuka kepada orang ramai buat pertama kalinya antara 24 hingga 29 Ogos 1957. Dalam pada itu pula, Badan Penguasa mengadakan mesyuarat, perlamanya di Stadium Merdeka pada 30 Ogos 1957 untuk membincangkan beberapa isu. Perbincangan utamanya mengenai perasmian Stadium Merdeka dan persiapan bagi mengadakan upacara menyambut Kemerdekaan Tanah Melayu. Pada 30 Ogos 1987, Stadium Merdeka yang menelan kos pembinaan sebanyak RM2.3 juta dibuka secara rasmi oleh Tunku Abdul Rahman dan pada 31 Ogos 1957, Stadium Merdeka menjadi tuan rumah upacara paling gemilang sekali dalam sejarah negara ini apabila kemerdekaan Tanah Melayu disambut di tempattersebut. () —_ Secara kronologitunjukkan kegunaan Stadium Merdeka sejak 31 Ogos 1957 sehingga tahun 2003. 30 Ogos | Upacara Pembukaan Rasmi Stadium Merdeka oleh YTM Tunku Abdul 1957 | Rahman Putra al-Haj. 31Qgos __Perisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh YTM Tunku 1957 Abdul Rahman Putra al-Haj. 1957-1995 | Sambutan Kemerdekaan Negara 41957-1994 Stadium Merdeka yang penuh bersejarah ini dulunya pernah menjadi stadium tuan rumah bagi pasukan bola sepak Selangor selama 38 tahun. 1959-2001 | Pesta Bola Merdeka dilangsungkan setiap tahun di Stadium Merdeka. 1960 _| Majlis Tilawah Al Quran Antarabangsa Kali Pertama. 1965 | Southeast Asian Peninsular Games 1971 Southeast Asian Peninsular Games 1977 _| Menjadi tuan rumah Sukan SEA 1979 _| Menjadi tuan rumah Sukan SEA 1979 | Perlawanan tinju di antara Muhammad Ali menentang Joe Bugner 1989 | Southeast Asian Games 1996 | Michael Jackson, History World Tour 27 & 29 October 1999 | The Malaysia Cup final between Sarawak and Brunei 2002 _| Kelly Chen, Dynacamival World Tour 2003 | Beyond 20th Anniversary World Tour Live 03, 2003 | Linkin Park, Meteora World Tour ©) Nilaikan mengapakah perlunya kita memelihara warisan kebangsaan seperti bangunan Stadium Negara, Stadium Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, Tugu Negara dan sebagainya. Antara kepentingan memelihara warisan kebangsaan adalah menjadi daya tarikan pelancong sama ada pelancong domestik mahupun antarabangsa. Pengekalan bahan-bahan tinggalan penjajah telah menggamit hati para pelancong untuk melihat sendiri tentang keunikan ciptaan masyarakat terdahulu. Senario ini dapat dibuktikan menerusi peningkatan bilangan pelancong di bandar warisan seperti Georgetown, Melaka dan Kota Bahru yang amat ketara dalam tempoh 1990 hingga 1997. Ini bermakna, warisan kebangsaan merupakan salah satu penyebab utama industri pelancongan begitu rancak sekaligus menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Warisan negara juga dapat memupuk semangat patriotik dalam jiwa generasi pada masa kini, Semangat ini akan lahir dengan sendirinya apabila generasi muda dapat merasakan semangat perjuangan pahlawan-pahlawan negara dalam mempertahankan tanah air yang tercinta. Nama-nama pejuang yang telah terkorban ada tercatat di Tugu Negara untuk tatapan semua. Justeru, generasi muda tidak akan menjadi seperti kacang lupakan kulit kerana mereka akan sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan pejuang dalam mempertahankan negara. Oleh itu, pemeliharaan warisan negara ini sangat penting untuk melahirkan generasi yang berjiwa patriotik dan cinta akan tanah air. Di samping itu, nilai seni dan estetika juga berupaya dikekalkan. Bangunan- bangunan lama seperti Stesen Keretapi Kuala Lumpur mempunyai nilai seni yang tinggi dan tidak terdapat pada bangunan-bangunan sekarang. Adnan Nawang dan Jatswan Sidhu (1996) menjelaskan bahawa seni binanya sangat unik dan indah serta menggambarkan cita rasa arkitek pada ketika itu. Oleh itu, bangunan-bangunan lama ini mungkin menjadi sumber inspirasi kepada arkitek baharu untuk membina bangunan-bangunan yang bukan sahaja indah malah mempunyai nilai seni yang sangat mengagumkan. Lebih penting lagi, usaha memelihara warisan negara ini dapat mengenang sejarah penting yang berlaku di negara kita. Bangunan lama yang diberi nafas baru dapat mengembalikan nostalgia yang sungguh bermakna buat semua. Contohnya, Stadium Merdeka telah menjadi saksi bisu terhadap kemerdekaan negara. Laungan kemerdekaan yang diketuai oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31 Ogos 1957 telah berlangsung di stadium ini. Sekiranya bangunan ini tidak dipelihara kemungkinan besar generasi muda akan melupakan sejarah-sejarah penting negara. Tuntasnya, masyarakat Malaysia perlu peka akan kepentingan pemeliharaan warisan kebangsaan. Justeru, segala usaha perlu dipergiat untuk memastikan khazanah negara ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Boleh dikatakan bahawa pemeliharaan dan pengekalan warisan ini dapat mempertingkatkan imej dan identiti negara di persada dunia. 6. KESIMPULAN DAN CADANGAN Pembinaan Stadium Merdeka bagi Tuanku Abdul Rahman adalah ibarat mimpi yang menjadi kenyataan. Ini adalah kerana tujuan asal adalah untuk pembangunan sukan tetapi ia dapat disiapkan untuk kegunaan hari yang lebih bermakna dan bersejarah iaitu perisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Namun seiring dengan peredaran waktu dan zaman, Stadium Merdeka perlu cikekalkan sebagai satu monumen bagi memperingati peristiwa paling bersejarah dalam negara. Sebagai generasi muda saya amat berharap, para pemimpin mampu mengunakan kuasa mereka dengan sebaiknya bagi mengekalkan warisan kebangsaan ini untuk tatapan generasi seterusnya. Pengekalan stadium ini sudah pasti memudahkan pemahaman dan penjelasan peristiwa yang pernah dilangsungkan dengan gilang-gemilang. Selain itu ia dapat member peluang generasi muda menjiwai semangat patriotik yang pernah subur ketikaitu. 7, RUJUKAN a Intemet 1, _bitps://bm.cari,com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=26429&extr a=6orderlype=1&page=1&mobile=2 2. _hitps:/www.iproperty.com.myflfestyle/kisah-5-binaan-bersejarah- malaysia- ang-tidak-diketahui-ramai/ 3, _https:/ww.scribd.com/doc/268805534/Kepentingan-Memelihara- warisan-Negara b Buku 1. Dr.Azmi Morsidi dan Mohd Bakari, 2007. Menjejak Warisan Kita. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia 2. Adnan Haji Nawang dan Jatswan S. Sidhu, 1999. Stadium Merdeka & Stadium Negara; Meniti Sejarah Kegemilangan. Kuala Lumpur: Perbadanan Stadium Merdeka & Akhbar 1, New Strait Time, 31 August 2015, hal 8 d. Lain-tain 1 2 3. https ://www. youtube. com/channeVUCKCLEBLD-XxUgUrJNPVEGOQ 4. Final Year Project:Ahmad Ashraf et. al., Taylors University. SPORT E Menicka ‘Stadium to g » 0? Z07 ‘Stadium Negara could fl too I EM deal goes tous

You might also like