You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Jalan SS 22A/1, Damansara Jaya
47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Telefon: 03 – 7729 6018 Faks: 03 – 7729 1880

Rujukan kami : SMKDJ 70011/1/1 ( )


Tarikh : 18 September 2018

Pn Chen Poh Hong


Bendahari
Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Petaling Utama

Tuan/Puan,

SURAT PEMBAYARAN LEWAT YURAN PENYERTAAN PROGRAM JAMBORI


PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) 2018 DAERAH PETALING UTAMA

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuki.

2. Pihak kami telah membuat permohonan untuk membayar yuran penyertaan bagi
program ini melalui PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Damansara Jaya. Permohonan
ini telah diluluskan namun pihak sekolah tidak dapat menyerahkan cek kepada pihak tuan/puan
pada 19 september 2018 (Rabu) kerana Pengetua belum menandatangani cek tersebut.

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon maaf di atas kelewatan ini. Kami akan
menyerahkan cek setelah Pengetua menandatangani cek tersebut. Kerjasama daripada pihak
tuan/puan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………..
SATHIALEKHA A/P BALAKRISHNAN
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SMK Damansara Jaya

You might also like