You are on page 1of 14

SGDJ 3033 SEJARAH DUNIA

SEMESTER KEDUA SESI 2021/2022


KUMPULAN A

TUGASAN INDIVIDU:
ALTERNATIVE ASSESSMENT

TEMA:
PHOTOBOOK

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. YUS’AIMAN BIN JUSOH@YUSOFF

TARIKH:

7 JULAI 2022 (KHAMIS)

NAMA PELAJAR:

NO NAMA MATRIK
1 MUHAMMAD HAEKAL BIN NOORDIN 272476
ISI KANDUNGAN

SOALAN 1

BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENCETUSKAN KONFLIK ANTARA CHINA


DENGAN BARAT PADA ABAD KE-19 ..................................................................................... 1

SOALAN 2

GALURKAN PERKEMBANGAN-PERKEMBANGAN JEPUN SEBAGAI KUASA


KETENTERAAN SEHINGGA TAHUN 1945. ............................................................................. 4

SOALAN 3

HURAIKAN PEMBAHARUAN-PEMBAHARUAN SOSIAL YANG TELAH DILAKUKAN


OLEH BRITISH DI BENUA KECIL INDIA ANTARA 1828 HINGGA 1857. ........................... 7

SOALAN 4

BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR MENGAPA STALIN MELAKSANAKAN


RANCANGAN LIMA TAHUN DI RUSIA................................................................................. 10
SOALAN 1

BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENCETUSKAN KONFLIK ANTARA


CHINA DENGAN BARAT PADA ABAD KE-19

Negara China telah menjalinkan hubungan dengan negara-negara barat bermula sejak
sebelum masihi sewaktu dinasti Han lagi. Jalinan hubungan dengan negara luar ini telah
membantu dalam memperkaya dan memperkuatkan tamadun China sendiri. Dikatakan bahawa
laluan Sutera telah menjadi sebagai laluan utama selain daripada jalan laut. Hal demikian
menunjukkan bahawa negara China bukanlah mengamalkan dasar tertutup sepenuhnya. Lagi,
kawasan bandar-bandar purba seperti Anyang, Changan, dan Loyang telah mengadakan hubungan
dengan negara luar. Lanjutan itu, negara China dikatakan hanya membuka kawasan tertentu sahaja
ketika itu. Justeru itu, pelbagai konflik telah timbul hingga menyebabkan hubungan antara negara
China dan barat terjejas yang akhirnya membawa kepada peperangan serta perjanjian.

Gambar Rajah 1.1: Menunjukkan aktiviti perdagangan

Faktor utama punca konflik negara China dan barat adalah perdagangan. Barat mempunyai
hasrat tinggi untuk berdagang dengan negara China kerana Revolusi Perusahaan pada masa itu.
Akan tetapi, negara China mengamalkan dasar tertutup kerana barat hanya dibenarkan berdagang
di Canton sahaja. Sekatan demi sekatan yang ketat daripada negara China seperti Co-Hong
mengenakan cukai tinggi dan penggunaan mata wang perak telah menyebabkan peperangan tidak
dapat dielakkan antara negara Barat dengan negara China.

1
Gambar Rajah 1.2: Menunjukkan simbolik penyebaran agama Kristian

Seterusnya, kedatangan barat ke negara China bukan lah atas dasar perdagangan semata-
mata tetapi mempunyai hasrat untuk menyebarkan agama Kristian. Mubaligh Kristian kian
bertambanh meskipun mendapat tentangan daripada kemaharajaan China sendiri. Awalnya,
dikatakan mubaligh Kristian kurang menumpukan usaha dakwah setelah abad ke -16 persatuan
Jesus yang diasaskan oleh Ignatius Layola mula aktif mengembangkan ajaran Kristian dengan
lebih bersungguh-sungguh.

Gambar Rajah 1.3: Menunjukkan contoh peperangan Candu

Perang Candu telah tercetus pada 31 Januari 1840. Dikatakan perdagangan antara negara
China dan barat tidak seimbang kerana ekonomi tanah besar ketika itu adalah sistem sara diri.
Justeru itu, negara China beranggapan tidak memerlukan barangan-barangan barat. Hal tersebut
telah menyebabkan barangan pasaran barat sukar menembusi negara China.

2
Hal ini sudah pasti telah menjejaskan ekonomi barat. Kemudian, barat berusaha
memperkenalkan Candu kepada China sebagai alternatif lain untuk mengubah jurang
ketidakstabilan yang terjadi dalam aktiviti perdagangan mereka. Rentetan itu, pada abad ke-18
dan abad ke-19 telah bermulanya penghisapan Candu dengan campuran tembakau. Kemasukan
candu telah menyebabkan ekonomi, politik dan sosial negara China hampir lumpuh. Politik
negaran China berlaku ketidakcekapan dengan dipenuhi rasuah-rasuah. Manakala, ekonomi pula
terjejas ekoran wang mereka terpaksa keluar akibat mengimport candu. Akhir sekali, candu turut
memberi kesan negative terhadap sosial dan akhlak masyarakat termasuklah permasalah kesihatan.

Gambar Rajah 1: Menunjukkan aktiviti perdagangan

Gambar Rajah 1.4: Menunjukkan contoh aktiviti pembukaan bandar

Akhir sekali, pembukaan Pelabuhan di China telah menyebabkan nilai perdagangan di


Canton terjejas. Penduduk tempatan telah menyalahkan barat dalam hal ini. Ekoran rasa tidak
puas hati telah membawa rusuhan kemudiannya memaksa Pelabuhan ditutup. Ch’iying berjanji
akan membuka Pelabuhan Canton semula setelah semua kembali reda. Dalam pada itu, tindakan
Hsu-Kuang Chin yang mempunyai rasa anti orang asing telah menolak permintaan Sir George
Bonham untuk membuka bandar Canton dengaan alasan mendapat tentangan daripada penduduk
tempatan. Ini telah mengeruhkan keadaan dan menjejaskan hubungan antara dua hala.

Kesimpulannya, terdapat banyak faktor berlaku konflik antara China dengan barat. Secara
keseluruhannya, masalah ini terjadi berpunca daripada permasalahan dalam perdagangan. Barat
yang mengamalkan dasar terbuka ingin giat berdagang di negara China. Ekoran amalan dasar
tertutup kerana membuka tempat tertentu telah menyebabkan ekonomi barat telah terjejas. Justeru
itu, berlakulah siri permasalah antara negara China dengan barat.

3
SOALAN 2

GALURKAN PERKEMBANGAN-PERKEMBANGAN JEPUN SEBAGAI KUASA


KETENTERAAN SEHINGGA TAHUN 1945.

Perkataan Jepun berasal daripada sumber matahari. Dalam nama lain mengikut Bahasa
Inggeris pula adalah “the source of rising sun”. Masyarakan Jepun telah menamakan negaranya
sebagai Nihon atau Nippon. Hasil rujukan internet mendapati bahawa kepulauan Jeun terlegtak
sebelah Timur pantai Benua Asia. Kawasan negara matahari terbit itu seluas 377, 708-kilometer
persegi. Pada zaman Keshogunan Tokugawa telah mengamalkan pemerintahan feudal.
Kemudian, Jepun mula zaman imperialism sejak zaman Meiji 1868-1912. Imperrialisme
membawa maksud meluaskan empayar melalui penjajahan ke atas negara lain. Terdapat empat
fasa gerakan imperialisme Jepun. Dalam tugasan Photobook ini akan membincangkan secara
ringkas Zaman Meiji sebelum siri peperangan, kerajaan berparlimen, perang dunia pertama dan
peluasan kuasa Jepun di Asia Timur.

Gambar Rajah 2.1: Menunjukkan Gambaran Zaman Meiji

Meiji Tokugawa telah mengambil alih tampuk pemerintahan Keshogunan Tokugawa.


Meiji merupakan pengasas yang memperkenalkan imperialisme. Dalam pemerintahan Meiji
menekankan tentang kedudukan ekonomi, politik dan ketenteraan. Pada tahun 1868, telah
bermulanya pelaksanaan Pemodenan Meiji. Pada tahun 1900, rakyat Jepun telah berminat
berhijrah ke negara barat bagi meninjau untuk kepentingan pemodenan. Pertambahan penduduk
Jepun di negara barat telah memberikan impak yang baik terhadap negara Jepun.

4
Hal tersebut kerana Jepun dapat mempelajari selok belok teknologi yang diguna pakai oleh
kuasa barat ketika itu. Oleh sebab kehidupan penduduk Jepun bertambah maju ekoran pemodenan
dalam sektor perindustrian besi dan peralatan perang telah memaksa mereka untuk membuka
penempatan baharu. Kemudian, Jepun telah membuat imperialisme ke Taiwan, Manchuria dan
Korea. Permodenan Meiji telah memberi kesan pertambahan penduduk. Dikatakan peduduk
Jepun berjumlah 35 juta orang dan bertambah menjadi 40 juta orang sekitar tahun 1890 dan terus
berkembang menjadi 65 juta orang pada 1930.

Gambar Rajah 2.2: Menunjukkan contoh kerajaan berparlimen

Kedua, kerajaan berparlimen. Dikatakan Perlembagaan Jepun merupakan sebuah


dokumen melibatkan perundangan asas jepun sejak tahun 1947 lagi. Sistem berparlimen dapat
menjamin hak-hak asasi tertentu seperti Maharaja Jepun sebagai lambang dan perpaduan rakyat.

Gambar Rajah 2.3: Menunjukkan contoh Perang Dunia Pertama

5
Jepun pernah terlibat memasuki Perang Dunia pertama. Negara matahari terbit itu telah
mengisytiharkan perang ke atas Jerman pada tahun 1914. Jepun dan sekutu British telah meduduki
Kubu Tsingtao tidak lama selepas itu menyebabkan tentera Jerman menyerah kalah pada 7
Novermber 1914. Jepun turut giat berusaha mengukuhkan kedudukannya di China apabila
menyampaikan 21 permintaan kepada China pada Januari 1915. Sentimen anti Jepun di China dan
kecaman pihak luar telah menyebabkan Jepun menarik balik kumpulan terakhir, tuntutan dan
perjanjian yang pernah ditanda tangani pada Mei 1915.

Gambar Rajah 2.4: Menunjukkan gambaran peluasan kuasa Jepun di Asia Timur

Kelumpuhan Amerika Syarikat di Pearl Harbor telah membuka peluang kepada Jepun
untuk memberi tumpuan empayarnya ke Hong Kong, Malaya, Singapura, Borneo, Indonesia dan
Filipina. Tempat ini telah menjadi pilihan Jepun untuk membentuk Kawasan Kesemakmuran Asia
Timur Raya. Negara-negara ini kaya dengan hasil bumi seperti rempah ratus, bijih timah, bijih
besi dan minyak.

Kesimpulannya, terdapat banyak perkembangan-perkembangan Jepun sebagai Kuasa


Ketenteraan sehingga tahun 1945. Jepun mula memasuki fasa imperialisme sejak Zaman Meiji.
Dalam pada itu, Jepun turut mewujudkan Perlembagaan bagi melindungi hak-hak asasi tertentu.
Kekuatan ketenteraan Jepun dapat dilihat melalui penglibatan mereka dalam Perang Dunia
Pertama dan Perang Dunia Kedua serta Perluasan Kuasa di Asia Timur bagi menjarah hasil bumi
seperti bijih timah, bijih bersi, minyak dan banyak lagi.

6
SOALAN 3

HURAIKAN PEMBAHARUAN-PEMBAHARUAN SOSIAL YANG TELAH


DILAKUKAN OLEH BRITISH DI BENUA KECIL INDIA ANTARA 1828 HINGGA 1857.

Kedatangan Kuasa Barat di India telah membawa perubahan dalam sosial tempatan. Oleh
hal yang demikian, pada tahun 1857 telah tercetus Dahagi India yang menentang pihak British.
Masyarakat India beranggapan perjuangan ini sebagai membebaskan mereka daripada
pemerintahan Inggeris. Dahagi dikatakan berlaku setempat di beberapa buah tempat sahaja.
Sebahagian penduduk lain tidak terlibat dalam penentangan terbabit. Asasnya, masyarakat India
menolak pihak British kerana membawa pembaharuan sosial dengan berusaha menghapuskan Stte,
Thugge, melaksanakan Pendidikan Barat termasuklah membenarkan janda kahwin semula.

Gambar Rajah 3.1: Menunjukkan gamabaran pengharaman Sutte 1829

Mengikut budaya masyarakat India mementingkan kesetiaan dan kesucian wanita terhadap
suami mereka. Hal demikian telah mendatangkan suatu tradisi yang tidak masuk akal. Seorang
isteri akan membakar dirinya bersama-sama jenazah suami sendiri. Sati ini melambangkan
kesetiaan Si isteri kepada Si suami. Penyerahan nyawa sebegini akan menjadikan wanita
mendapat penghormatan. Mereka beranggapan dan mempercayai bahawa pengorbanan diri
sebagai ukuran terbaik dalam menilai kemuliaan wanita. Sebagai isteri perlu sedih sewaktu suami
bersedih, dan gembira apabila suami gembira. Begitu juga apabila suami mati, isteri pun perlu
mati. William Bentick telah berusaha mengharamkan tradisi tidak keperimanusiaan ini.

7
Gambar Rajah 3.2: Menunjukkan gambaran pengahapusan Thuggee 1930

Perkataan Thugge berasal daripada “thug”. Thugee merupakan kumpulan perompak di


kawasan Utara India. Mereka mula wujud sejak zaman pemerintahan Mughal. Dalam lembaran
sejarah, thugee aktif dalam pembunuhan pada kurun ke-13 hingga kurun ke-19 di India. Mereka
juga dikatakan kumpulan mafia pertama di dunia. Amalan thugee ini juga dilakukan oleh
kumpulan agama yang bersenjata terhadap pengembara dan saudagar. Lord William Bentick turut
mengharamkan thugee sehingga menimbulkan kemarahan golongan agama yang menyokong
thugee.

Gambar Rajah 2.4: Menunjukkan gambaran pelaksanaan Pendidikan barat 1835

Kedatangan pihak barat ke India telah menjadikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa
pengantar. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam bidang pentadbiran dan kehakiman. Tujuan barat
adalah untuk menjadikan Orang India mampu mendapat peluang pekerjaan.

8
Gambar Rajah 2.4: Menunjukkan gambaran kebenaran janda kahwin semula 1856

India berhadapan masalah perkahwinan bawah umur. Misalnya, budak perempuan 5 tahun
berkahwin dengan lelaki dewasa. Malangnya, apabila Si suami mati, kanak-kanak perempuan
tersebut akan menjadi janda di usia muda. Lagi, budak perempuan tersebut tidak diberi peluang
untuk berkahwin semula. Seumur hidup akan menjadi hamba kepada keluarga mentua. Hal ini
telah mewujudkan permasalahan sosial masyarakat India. Terjadi kes pembunuhan diri akibar
tekanan yang dihadapi. Dalam masalah ini, terdapat tokoh Mahatma Gandhi yang
memperjuangkan hak keadilan bagi bangsanya dan pihak barat untuk campur tangan bagi
menyelesaikan permasalahan ini di India.

Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa kedatangan pihak Barat ke India telah membawa
pembaharuan sosial. Sebelumnya, masyarakat hidup dalam amalan tradisi yang dapat dikatakan
sebagai ekstrim kerana membakar janda hdup-hidup. Seharusnya wanita kematian suami perlu
diberi ruang akan tetapi mereka di paksa masuk ke dalam api bersama jenazah suami sebagai tanda
pengabdian diri terhadap pasangan. Lagi, masyarakat mereka juga telah lama timbul permasalahan
rompakan. Lebih-lebih lagi, golongan agama terlibat. Barat tutur membuka peluang kepada
masyarakat India untuk mempelajari Bahasa Inggeris untuk meningkatkan potensi bagi mendapat
pekerjaan di masa akan datang. Mereka telah menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar dalam bidang penting seperti kehakiman.

9
SOALAN 4

BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR MENGAPA STALIN MELAKSANAKAN


RANCANGAN LIMA TAHUN DI RUSIA.

Joseph Stalin dikatakan mewarisi dari Vladimir Lenin usaha menegakkan Dasar Ekonomi
Baru (DEB). Setiap rancangan lima tahun merangkumi pelbagai aspek. Antaranya adalah faktor
idealogi Revolusi Rusia 1917, mengatasi persaingan musuh politik, keadaan politik dan ekonomi
antarabangsa, sosialisme, penentangan terhadap Dasar Ekonomi Baru dan ancaman luar. Dalam
faktor tersenarai, cuma empat daripada faktor tersebut akan dikupas dalam tugasan ini.

Gambar Rajah 4.1: Menunjukkan gambaran idealogi Revolusi Rusia 1917

Pertama, idealogi Revolusi Rusia 1917. Empayar Rusia dikatakan berada di ambang
kemusnahan akibat daripada pemberontakan komunis Bolshevik dan penggulingan Tsar Nicholas
2. Pihak komunis di bawah pimpinan Vladimir Lenin telah menghasut rakyat Rusia bagi
menentangan kerajaan sehingga membawa kepada sebahagian besar rakyat termasuk polis dan
tentera turun menyertai demonstrasi. Rentetan itu, keadaan Rusia ketika itu pula terjadi kerosakan
harta benda awam serta berlaku pembunuhan ekoran menentang puak komunis. Bukan setakat itu
sahaja, Lenin turut menubuhkan pasukan rahsia bernama “Cheka” untuk mengesan pengikut
nasionalisme Rusia dan sesiapa yang membenci komunisme. Ejen “Cheka” telah membunuh
wanita, orang tua termasuklah kanak-kanak. Kemudian, Rusia telah menyaksikan pertembungan
di antara puak putih dan puak merah bagi mendapatkan tampuk pemerintahan Rusia. Komunisme
telah menyebabkan rakyat Rusia terpaksa hidup di bawah kekejaman Joseph Stalin.

10
Gambar Rajah 4.2: Menunjukkan gambaran persaingan musuh politik

Kedua, persaingan musuh politik. Joseph Stalin dan Nikolai Bukharin telah
mengemukakan teori sosiolisme dalam satu negara pada tahun 1924. Kemudian telah diadaptasi
sebagai dasar negara. Kemunculan teori ini adalah selepas kekalahan semua revolusi komunis di
Eropah sekitar tahun 1917 hingga 1923 kecuali negara Rusia. Oleh itu, kesatuan Soviet perlu
memperkuatkan diri mereka secara dalaman. Ianya kemudian beralis kepada komunisme nasional
selepas pergeseran kedudukan dengan Marxisme. Teori tersebut turut bertentangan dengan Leon
Trotsky serta teori komunis kiri dunia.

Falsafah politik, Marxisme–Leninisme merupakan gagasan Marxisme dan Leninisme yang


bertujuan mengasaskan negara sosialis. Seterusnya, dimajukan lagi kepada sosialisme dan
akhirnya menjadi komunisme. Sebuah sistem sosial tanpa kelas di mana segala cara pengeluaran
adalah hak milik bersama setaraf sepenuhnya.

Gambar Rajah 4.3: Menunjukkan keadaan politik dan ekonomi antarabangsa

11
Ketiga, keadaan politik dan ekonomi antarabangsa. Merujuk internet, mencatatkan
bahawa Rusia merupakan satu-satu negara dengan revolusi pekerja yang membuahkan hasil.
Kelas kapitalis kehilangan kuasa. Oleh itu, mereka mempercayai dapat mengambil semula kuasa
dengan bantuan kuasa imperialis barat. Mereka yang membenci revolusi proletariat telah
melancarkan serangan dengan bantuan British, Perancis dan Amerika Syarikat.

Gambar Rajah 4.4: Menunjukkan gambaran sosialisme dalam satu bab

Keempat adalah sosialisme dalam satu bab. Sosialisme memerlukan asas kebendaan
seperti sumber kekayaan yang mampu berkembang. Dikatakan lagi, kekurangan sumber kerana
peperangan dan sistem ekonomi belum cukup maju akan menyebabkan pembangunan ekonomi
sosialisme menjadi terhalang. Kesatuan Soviet menghadapi kesukaran dalam memberi makanan
yang mencukupi serta menjamin kesejahteraan rakyat kerana kekurangan asas material yang boleh
membina ekonomi sosialisme.

Kesimpulannya, terdapat faktor-faktor mengapa Stalin melaksanakan Rancangan Lima


Tahun. Disini, menceritakan tentang kemusnahan empayar Rusia akibat pemberontakan dan
penggulingan Tsar Nicholas. Dalam pada itu, musuh politik turut mempunyai perbezaan pendapat
dalam hal sosialime dalam satu negara dan sosialisme tulen oleh Bukharin. Lagi, terdapat serangan
yang telah dibuat oleh kuasa imperialisme barat terhadap Rusia ketika itu. Akhir sekali, sosialisme
dalam satu bab. Sosialisme dikatakan memerlukan sumber kekayaan untuk terus berkembang.
Sistem ekonomi yang belum cukup maju boleh menjadi penghalang kepada pembangunan
ekonomi.

12

You might also like