You are on page 1of 49

PENGUASAAN KONSEP DAN FAKTA ASAS DARAB

MELALUI PENGGUNAAN GRIDOT DI KALANGAN MURID


TAHUN DUA

Norazlin binti Mohd Rusdin

Universiti Pendidikan Sultan Idris

2015
PENGUASAAN KONSEP DAN FAKTA ASAS DARAB
MELALUI PENGGUNAAN GRIDOT DI KALANGAN MURID
TAHUN DUA

Norazlin binti Mohd Rusdin

Tugasan ini adalah sebahagian daripada kerja kursus bagi kursus


Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan (UKP 6013 & GRU 6014)
yang perlu diserahkan untuk memenuhi syarat lulus kursus ini

Universiti Pendidikan Sultan Idris

2015
SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN i

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 : Pendahuluan 1
1.2 : Latar Belakang Kajian 4
1.3 : Pernyataan Masalah 7
1.4 : Kerangka Konseptual 9
1.5 : Objektif Kajian 10
1.6 : Soalan Kajian 10
1.7 : Kepentingan Kajian 10
1.8 : Batasan Kajian 11
1.9 : Definisi Pembolehubah 12
1.10: Rumusan 16

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR

2.1 : Pendahuluan 17
2.2 : Teori dan Konsep Berkaitan 17
2.3 : Kajian-kajian Lepas 24
2.4 : Rumusan 27

BAB 3 : METODOLOGI

3.1 : Pendahuluan 29
3.2 : Rekabentuk Kajian 29
3.3 : Persampelan 30
3.4 : Instrumen Kajian 30
3.5 : Analisis Data (Deskriptif) 32
3.6 : Rumusan 32

RUJUKAN 34

LAMPIRAN 36

2
BAB 1 : PENGENALAN

1.1 : Pendahuluan

Di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah, mata pelajaran Matematik merupakan


salah satu daripada Modul Teras Asas dengan peruntukan masa perlaksanaan pengajaran
dan pembelajaran sebanyak 180 minit seminggu. Di bawah bidang Nombor dan Operasi,
tajuk Darab merupakan tajuk keempat yang perlu dipelajari oleh murid selepas tajuk
Nombor, Tambah dan Tolak. Dalam kurikulum Matematik yang dterbitkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Dokumen Standard, Tahun 2 merupakan
tahun pertama di mana murid mengenal operasi dan konsep darab dengan tumpuan pada
fakta-fakta asas sifir 0, 1, 2, 4, 5 dan 10 sahaja. Sifir-sifir yang lain iaitu 3, 6, 7, 8 dan 9
perlu dikuasai semasa di Tahun 3. Adalah sangat penting bagi murid-murid menguasai
konsep dan fakta asas sepertimana yang telah ditetapkan oleh Pusat Pembangunan
Kurikulum (BPK). Ia adalah berdasarkan standard kandungan yang mengkehendaki
murid agar berupaya melengkapkan ayat matematik darab yang melibatkan sifir dua,
lima, sepuluh, empat, satu dan sifar. Dengan penguasaan fakta asas, murid akan berupaya
untuk menguasai standard pembelajaran yang berikutnya iaitu menyatakan secara
spontan sifir dua, lima, sepuluh, empat, satu dan sifar. Seterusnya, penguasaan ini
memungkinkan murid berkebolehan untuk menyelesaikan masalah berkaitan darab pada
standard kandungan yang berikutnya. Malah, penguasaan fakta asas darab akan
memudahkan murid mendarab nombor-nombor yang lebih besar serta menggunakannya
dalam pembelajaran tajuk Bahagi juga pada peringkat pembelajaran Matematik yang
lebih tinggi.
Pembelajaran Matematik yang berfikrah dijelmakan dalam amalan pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan adalah berpandu kepada
prinsip pembelajaran masteri dan pembelajaran berlaku secara akses dan terarah kendiri
serta mengikut kadar kemampuan individu murid itu sendiri. Ini bermaksud murid perlu
menguasai sesuatu kemahiran atau topik pada tahap yang ditetapkan oleh guru (biasanya

3
dengan skor 80% dan ke atas) sebelum beralih ke kemahiran atau topik berikutnya.
Dalam konteks skop kajian ini, murid sepatutnya menguasai konsep dan fakta asas darab
sebelum boleh meneruskan ke hasil pembelajaran seterusnya iaitu menyatakan secara
spontan sifir darab dan seterusnya menyelesaikan masalah harian melibatkan sifir darab.
Rujuk Jadual 1 di bawah untuk perincian standard kandungan dan standard pembelajaran
tajuk Darab bagi silibus KSSR Matematik Tahun 2 yang diterbitkan oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jadual 1: Perincian Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Tajuk Darab Bagi
Silibus KSSR Matematik Tahun 2
4. DARAB Tahun 2
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Murid dibimbing untuk … Murid berupaya untuk …
4.2 Melengkap ayat matematik (i) Membina sifir dua, lima, 10 dan empat dengan
darab. berpandukan:
(a) objek konkrit,
(b) gambar,
(c) garis nombor.
(ii) Menentukan nilai bagi sifir satu dan sifar.
(iii) Melengkapkan ayat matematik darab yang
melibatkan sifir dua, lima, 10, empat, satu dan
sifar.

4.3 Menyatakan secara spontan (i) Menyatakan secara spontan sifir dua, lima, 10,
sifir darab. empat, satu dan sifar mengikut:
(a) tertib menaik,
(b) rawak,
(c) salah satu daripada dua nombor yang didarab
untuk memberi hasil darab tertentu.
(ii) Menunjukkan hasil darab dengan
menggunakan abakus 4:1.

4.4 Menyelesaikan masalah harian (i) Menggunakan sifir dua, lima, 10 dan empat

4
yang melibatkan sifir darab. bagi:
(a) Mereka cerita berdasarkan ayat matematik
darab yang diberi.
(b) Menyelesaikan masalah harian yang
melibatkan pendaraban dua nombor.

Menurut BPK lagi, strategi pengajaran dan pembelajaran haruslah berpusatkan murid
bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui
pengalaman sendiri. Pendekatan inkuiri penemuan berpusatkan murid dengan
berbantukan teknologi yang bersesuaian, tuntas dan berkesan digunakan secara meluas
untuk menjadikan pengalaman pembelajaran matematik menyeronokkan, bermakna,
berguna dan mencabar. Dalam kajian ini juga, murid akan belajar secara inkuiri
penemuan di mana murid membuat penambahan bilangan tertentu dot pada GriDot yang
disediakan, mencatatkan ayat matematik darab setiap kali satu kumpulan dot ditambahkan
dan akhirnya murid akan mendapat suatu sifir yang lengkap. Penekanan diberikan kepada
pembentukan konsep darab daripada penambahan berulang supaya ia lebih realistik
kepada murid berbanding jika guru terus memperkenalkan konsep darab. Melalui
penambahan berulang, murid akan dapat melihat bagaimana suatu sifir darab dibina satu
persatu dengan perkaitan yang jelas antara dua fakta asas yang berturutan.

1.2 : Latar Belakang Kajian

Kajian ini akan dijalankan terhadap 20 orang murid Tahun 2 Bijaksana di Sekolah
Kebangsaan Sungai Rokam yang tidak menguasai fakta asas sifir dua, lima dan empat.
Murid-murid ini tidak dapat menjawab soalan-soalan berdasarkan fakta asas sifir dua,
lima dan empat sama ada secara lisan mahupun bertulis. Sesetengah daripada mereka
langsung tidak menguasai sifir-sifir ini sama ada melalui pengiraan menggunakan jari
atau teknik hafalan berlagu yang diikuti secara rutin di dewan sekolah pada hampir setiap
hari, sebelum sesi PdP bermula. Isu ini dilihat sebagai sesuatu yang sangat serius kerana
jika bahagian paling asas sudah tidak dapat murid kuasai, bagaimana mungkin murid
menguasai kemahiran-kemahiran matematik yang lebih sukar seperti mendarab 2 nombor

5
yang lebih besar atau mendapatkan jawapan bagi penyelesaian masalah melibatkan
operasi darab.
Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik telah mengkaji isu ini berdasarkan dua teori
utama iaitu Teori Perkembangan Kognitif Bruner dan Fasa-fasa Penguasaan Fakta Asas
Baroody (2006), supaya langkah penyelesaian yang efektif dapat dicetuskan. Menurut
Teori Perkembangan Kognitif Bruner, melalui Nani dan Rohani (2004), urutan
perkembangan pembelajaran Matematik melalui tiga tahap iaitu tahap konkrit, gambar
dan seterusnya tahap simbol. Ini selaras dengan Teori Perkembangan Kognitif Bruner
yang mempunyai tiga peringkat iaitu enaktif, ikonik dan simbolik. Namun begitu,
kebanyakkan guru-guru lebih cenderung mengajar kanak-kanak terus ke tahap ke-3 iaitu
simbolik tanpa memberi pengalaman di kedua-kedua tahap yang sebelumnya (Nani &
Rohani, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat pengalaman perkembangan
Matematik yang kukuh. Murid-murid Tahun 2 juga memerlukan pembelajaran berasaskan
Teori Perkembangan Kognitif Bruner untuk menguasai konsep dan fakta asas darab
dengan mendalam dan realistik. Bersandarkan kepada teori yang diyakini ini, suatu
inovasi dalam penguasaan fakta asas darab diperkenalkan iaitu Gridot. GriDot
mengaplikasikan peringkat ikonik secara optimum sebelum membawa murid ke peringkat
simbolik. Gridot merupakan sekeping kad yang mempunyai satu grid 10 x 10 yang dibina
dengan menggunakan perisian PowerPoint, dicetak dan kemudiaannya dilapisi plastik
(laminate) supaya ia boleh digunakan berulang kali. Ia digunakan bersama-sama sebarang
alat tullis yang boleh dipadam semula seperti marker pen untuk papan putih. Konsep
darab dalam Gridot merupakan konsep darab yang paling asas iaitu melibatkan kumpulan
dan ahli kumpulan serta penambahan berulang suatu set kumpulan objek atau nombor.
Setiap baris mewakili satu kumpulan manakala setiap lajur yang digunakan pula
merupakan bilangan ahli kumpulan. Cara-cara penggunaan GriDot diajar kepada murid-
murid melalui dua cara iaitu menggunakan PowerPoint beranimasi dan juga secara
penulisan biasa menggunakan papan GriDot sebenar bersama-sama marker pen.
Kepelbagaian persembahan cara penggunaan GriDot ini adalah bertujuan untuk menarik
minat murid. Malah, cara penggunaan GriDot menggunakan PowerPoint beranimasi akan
dikongsikan di blog Dunia Matematik Sekolah Rendah di pautan
http://norazlinrusdin.blogspot.my/, kumpulan Facebook Bahan PdP Tahap 1 di pautan
https://www.facebook.com/groups/746095198734096/ serta pada site Frog VLE yang
dapat diakses oleh semua pelajar bagi membolehkan murid membuat rujukan berulang
kali mengikut keperluan mereka.
6
Fasa-fasa Penguasaan Fakta Asas Baroody (2006), terdiri daripada 3 fasa iaitu
i. Fasa 1: Pemodelan dan/atau membilang untuk mendapatkan jawapan
Contoh: Menyelesaikan 6 x 4 dengan melukis 6 kumpulan empat-empat dot dan
langkau aktiviti membilang dot itu.
ii. Fasa 2: Menerbitkan jawapan menggunakan strategi penaakulan berasaskan fakta-
fakta yang diketahui.
iii. Contoh: Menyelesaikan 6 x 4 dengan memikirkan 5 x 4 = 20 dan menambah satu
lagi kumpulan empat-empat.
iv. Fasa 3: Masteri (perolehan jawapan secara efisien)
Contoh: Tahu bahawa 6 x 4 = 24

Seperti mana kajian yang dilaksanakan oleh Gina and Jennifer (2015), fasa-fasa di atas
juga boleh dilakukan dengan menggunakan GriDot kerana penggunaan GriDot
membolehkan murid membuat pendaraban melalui penambahan berulang yang beransur-
ansur. Malah, murid diajar terlebih dahulu membina keseluruhan sifir 2, 4 dan 5
menggunakan GriDot sebelum menggunakannya untuk menjawab fakta asas sifir 2, 4 dan
5 secara rawak.
Berdasarkan dapatan daripada pemerhatian sepanjang sesi pentaksiran pada
penghujung waktu pengajaran dan pembelajaran, didapati punca utama murid tidak
berjaya menguasai fakta asas sifir adalah kerana beberapa sebab iaitu tidak memahami
konsep darab yang melibatkan penentuan bilangan kumpulan dan bilangan objek dalam
kumpulan serta tidak berupaya mengingati fakta asas sifir dengan berkesan. Punca utama
ini disokong pula dengan kurangnya inisiatif murid untuk membuat ulangkaji dan latihan
tambahan di rumah berkaitan fakta asas darab.
Bagi membantu murid yang belum mencapai tahap menguasai ini, penyelidik
mengambil inisiatif untuk menyediakan bahan bantu belajar Gridot yang diberikan
kepada setiap murid di mana murid akan memilikinya dan boleh menggunakannya bukan
sahaja semasa dalam bilik darjah tetapi untuk tujuan latih tubi di rumah bagi
meningkatkan penguasaan fakta asas murid pada tahap maksimum. Penyelidik akan
mentaksir murid dengan menggunakan ujian pos sebanyak dua kali. Kali pertama
melibatkan murid menggunakan gridot secara langsung semasa menjawab soalan. Ujian
pos kedua pula akan diadakan 2 minggu (iaitu 12 waktu pengajaran dan pembelajaran)
selepas ujian pos pertama iaitu tanpa murid menggunakan GriDot semasa menjawab
tetapi setelah diberikan dengan latih tubi yang dijangkakan mencukupi untuk murid

7
menguasai konsep dan fakta asas darab dengan berkesan. Kedua-dua ujian pos ini
diadakan untuk melihat sama ada ia mampu memberikan impak positif terhadap
penguasaan isi pelajaran sampel kajian dan adakah impak positif itu sedikit atau bersifat
signifikan. Ujian pos pertama bertujuan melihat keberkesanan penggunaan gridot secara
langsung semasa murid menjawab item-item yang diberikan. Ujian pos kedua pula
diadakan bertujuan untuk menentukan sejauh mana keberkesanan Gridot membantu
murid menguasai fakta asas darab secara tekal iaitu kemampuan mereka untuk
menggunakan fakta asas sifir tanpa perlu menggunakan Gridot secara langsung.
Jika penyelidik mendapati kesan yang positif dari segi keberkesanan GriDot ini, guru
akan membudayakannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran fakta-fakta asas sifir-
sifir lain serta memperluaskannya kepada murid-murid Tahun 2 yang lain.

1.3 : Pernyataan Masalah

Semasa fasa penilaian dalam sesi pengajaran standard pembelajaran 4.2(iii)


Melengkapkan ayat matematik darab yang melibatkan sifir dua, lima, sepuluh, empat,
satu dan sifar, didapati seramai 20 orang murid Tahun 2 Bijaksana yang tidak melepasi
sasaran penguasaan yang ditetapkan oleh guru iaitu 80% dan ke atas. Rujuk Lampiran 1
untuk item-item yang dimuatkan dalam lembaran kerja yang digunakan untuk menguji
pencapaian standard pembelajaran murid pada sesi PdP tersebut. Melalui temubual tidak
formal di penghujung sesi PdP tersebut, didapati masih ramai murid tidak memahami
maksud setiap kedudukan ketiga-tiga nombor dalam ayat matematik darab dan tidak
boleh melakukan pendaraban yang diingini. Ada juga murid yang boleh mengira fakta
asas darab dengan menggunakan jari tetapi melakukan kesilapan kerana kecuaian semasa
mengira. Pengajaran yang menegaskan konsep darab sebenarnya telah dilakukan di mana
penggunaan bahan konkrit dan kad-kad gambar objek telah digunakan sebelum itu tetapi
dapatan ini menunjukkan ia tidak membantu murid menguasai konsep darab dengan baik.
Ia mungkin berlaku kerana pengulangan aktiviti tersebut yang sangat terhad
menyebabkan murid tidak dapat mengingati apa yang dipelajari dengan baik. Oleh yang
demikian, GriDot diciptakan bagi tujuan mengatasi masalah ini. Gridot digunakan bagi 2
tujuan yang saling berkaitan antara satu sama lain iaitu pertama, GriDot untuk
penguasaan konsep darab dengan adanya set nombor sisi menegak sebagai kumpulan dan
set nombor sisi melintang mewakili bilangan objek dalam kumpulan. Kedua, GriDot
digunakan untuk membina sifir dengan menambah kumpulan dot secara beransur-ansur

8
sehingga ada 9 kumpulan dot. Penggunaan GriDot secara konsisten dipercayai mampu
membantu murid menguasai konsep dan fakta asas darab dengan baik.

1.4 : Kerangka Konseptual


Teori Perkembangan Kognitif Fasa-Fasa Penguasaan Fakta
Bruner Asas (Baroody, 2006)
Peringkat Enaktif Fasa 1: Pemodelan dan/atau
Peringkat Ikonik membilang untuk mendapatkan
Peringkat Simbolik jawapan
Fasa 2: Menerbitkan jawapan
menggunakan strategi penaakulan
berasaskan fakta-fakta yang
diketahui.
Fasa 3: Masteri (perolehan
jawapan secara efisien)

GriDot

Konsep
Lajur menegak mewakili kumpulan dan
jalur melintang mewakili ahli dalam Penambahan berulang
kumpulan

Penggunaan

Penggunaan sebagai alat mengira hasil darab

Penggunaan secara latih tubi

Hasil

Murid memahami konsep asas darab (bilangan kumpulan x bilangan ahli dalam
kumpulan)

Murid menguasai fakta asas darab bagi sifir 2, 4 dan 5

9
1.5 : Objektif Kajian

Guru menjalankan kajian ini untuk:


i. Mengatasi masalah murid tidak menguasai konsep dan fakta asas darab yang
bertepatan dengan Tajuk Darab dalam silibus Matematik Tahun 2.
ii. Menilai kemampuan Gridot sebagai teknik dan bahan bantu untuk murid
Tahun 2 menguasai fakta serta konseP asas darab.

1.6 : Soalan Kajian

i. Adakah penggunaan GriDot mampu membantu murid memahami konsep asas


darab?
ii. Adakah penggunaan GriDot secara latih tubi mampu membantu murid
menguasai fakta asas darab secara berkesan dan tekal?

1.7 : Kepentingan Kajian

Melalui kajian ini pengkaji berharap dapat melihat satu teknik baru dalam mengajar
konsep darab untuk murid tahun 2 menggunakan GriDot dan juga menjawab soalan-
soalan berkaitan dengan konsep asas darab. Sejauh manakah ianya memberi makna
kepada pembacanya. Penyelidik berpendapat bahawa teknik ini akan memberi kesan
positif dalam amalan pembelajaran sifir darab berasaskan GriDot kepada murid-
murid khususnya kepada murid-murid berpencapaian rendah. Walaupun pelbagai
kajian dibuat sebelum ini mengenai konsep darab dan fakta asas darab, kajian ini
mempunyai keistimewaannya tersendiri di mana kajian ini bukan berbentuk
penghafalan sifir darab semata-mata. Keadaan ini yang mendorong penyelidik untuk
mengisi kekosongan tersebut. Selain itu, ianya dijangkakan akan diminati oleh
individu yang menyukai konsep darab. Kajian ini diharapkan mampu memberikan
banyak manfaat bagi para pendidik. Oleh itu kepentingan kajian ini disenaraikan
seperti berikut:-
(i) Memberikan sumbangan dalam perkembangan ilmu kepada murid dalam
mempelajari dan memahami penggunaan GriDot dalam pengusasaan fakta
asas darab dengan lebih terperinci.

10
(ii) Bagi penyelidik, kajian ini dapat memberi inspirasi dan panduan untuk
mencipta satu teknik atau kaedah pendaraban yang lebih kreatif, berkualiti,
menarik dan tidak menjemukan.
(iii) Hasil kajian ini diharap dapat membantu pembaca dalam mempelajari dan
memahami struktur darab dengan lebih mudah dan mendalam melalui
penggunaan GriDot tanpa penghafalan sifir
(iv) Hasil kajian ini juga akan memberikan satu kesedaran kepada orang ramai
tentang keberkesanan darab GriDot dalam membantu pencapaian dan
penguasaan murid terhadap penguasaan konsep dan fakta asas darab.
Pencapaian yang baik akan mendorong minat murid untuk mendalami sifir dan
seterusnya mempertingkatkan tahap kecemerlangan mereka dalam mata
pelajaran matematik.
Pengkaji berharap kajian ini, boleh menjadi rujukan ilmiah utama kepada pengkaji-
pengkaji yang ingin mengkaji konsep pendaraban GriDot. Diharap kajian ini akan
menjadi panduan kepada kajian-kajian seterusnya dalam bidang ini.

1.8 : Batasan Kajian

Ketepatan dapatan kajian bergantung kepada maklum balas sampel kajian dari aspek
kesungguhan, ketelitian dan kejujuran sampel menjawab item-item dalam ujian pra,
ujian pos 1 dan ujian pos 2 serta temubual ringkas yang dikemukakan. Batasan bagi
kajian ini adalah seperti senarai berikut
i. Kajian hanya melibatkan murid Tahun 2 Bijaksana yang tidak mengusai
konsep dan fakta asas sebagai sampel. Ini bermaksud dapatan kajian ini tidak
boleh digeneralisasikan kepada murid yang tidak menguasai fakta asas dari
kelas-kelas Tahun 2 yang lain.
ii. Kajian hanya terhad kepada penguasaan sifir 2, 4 dan 5 berdasarkan silibus
Matematik Tahun 2 KSSR. Ia tidak merangkumi sifir-sifir lain iaitu sifir 3, 6,
7, 8 dan 9.
iii. Dalam kajian ini, wujud kesukaran dalam mengawal pembolehubah luar yang
memesong dari tujuan kajian iaitu berkemungkinan adanya maklumat palsu
atau tidak tepat daripada sampel kajian.

11
1.9 : Definisi Pembolehubah dan Takfiran Istilah

1.9.1 darab

Menurut Nesher (1988) dan Vergnaud (1988), situasi pendaraban boleh diklasifikasikan
berdasarkan bentuk kuantiti dan perkaitan antara kuantiti tersebut. Konsep Darab
mempunyai pertalian rapat dengan tambah, iaitu tambah berulang-ulang. Misalnya, tiga
set 2 diertikan sebagai 3x2 dan lima set 4 diertikan sebagai 5x4 . Darab bermakna ” kali
ganda”. Jika ayat seperti 3x6=18 boleh disebut ” tiga kali ganda enam menghasilkan
lapan belas”. Nombor 3 dan 6 dipanggil faktor darab, tanda ”x” merujuk kepada operasi
ganda, tanda”=” merujuk kepada hasil dan nombor 18 mewakili hasil darab atau nombor
terbitan operasi darab. Cara menulis operasi darab adalah dengan cara menegak dan cara
mendatar. Antara model bagi menjelaskan konsep darab ialah model gandaan set, model
turus, model turutan garisan bernombor dan model hasil Cartesian.

1.9.2 fakta asas darab

Fakta Asas darab ialah fakta yang mempunyai faktor pendarab satu angka atau satu digit,
misalnya daripada 0 x 0 hingga 9 x 9.

1.9.3 GriDot

Inovasi yang dibina berasaskan grid (petak) dan dot (titik) yang digunakan
untukpenguasaan fakta asas darab. GriDot yang direkacipta dan digunakan adalah seperti
dalam ilustrasi di bawah.

12
Ilustrasi GriDot yang Direkacipta dan Digunakan

x =
Bilangan Bilangan
kumpulan Objek dalam
kumpulan
Bilangan
kumpulan

Bilangan
Objek
dalam
kumpulan

NMR Jadual 10x10

1.9.4 Standard Kandungan

Menurut BPK, standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid
patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai.

1.9.5 Standard Pembelajaran

Menurut BPK, Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk
(indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard
kandungan.
Bahan pentaksiran yang diberikan kepada murid untuk mengesan penguasaan murid
dalam topik konsep dan fakta asas sebelum penggunaan GriDot.

13
1.9.6 Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Menurut BPK, Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan
dilapor oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar.
Pentaksiran Sekolah dilaksana dalam bentuk pentaksiran yang dijalankan seiring dengan
formatif proses pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran sumatif di akhir unit
pembelajaran, semester atau tahun.

1.9.7 melepasi sasaran penguasaan

Mencapai skor minimum yang ditetapkan oleh guru yang mengajar, menyediakan evidens
dan mentaksir murid.

1.9.8 keberkesanan

Keberkesanan adalah melibatkan sesuatu kegiatan hasil atau pengaruh akibat daripada
didorong oleh atau menyaksikan sesuatu kejadian. Ia merujuk kepada sejauh manakah
pengajaran yang dijalankan oleh guru-guru (Teuku Iskandar, 1970). Kamus Dewan pula
mendefinisikan keberkesanan sebagai perihal berkesan atau tidak berkesannya sesuatu
tindakan dan perubahan. Hornby (1989) pula menyatakan bahawa perkataan kesan
membawa makna perubahan yang disebabkan oleh suatu tindakan dan keberkesanan
sebagai keupayaan atau kebolehan untuk membawa serta mewujudkan hasil yang
diingini. Chang Song Huat & Lai Choy (1997), menyatakan ‘kesan’ bererti perasaan atau
akibat daripada menyaksikan sesuatu dan keberkesanan pula sebagai satu perihal bagi
kesan atau berkesannya suatu tindakan.
Seseorang akan menerima sesuatu kesan apabila wujudnya suatu rangsangan atau
tindakan. Rangsangan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah penggunaan GriDot.
Kesan pula meliputi tindak balas, reaksi atau tahap pencapaian murid terhadap fakta asas
darab melalui penggunaan GriDot. Oleh itu, keberkesanan GriDot dalam pembelajaran
konsepa dan fakta asas darab dinilai dengan mengukur tahap penguasaan murid dan
dibandingkan dengan pencapaian sedia ada.

14
1.9.9 Penilaian

Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia perlu


dirancang dengan baik dan dijalankan berterusan sebagai sebahagian aktiviti bilik darjah.
Dengan berfokuskan kepada aktiviti Matematik yang pelbagai, kekuatan dan kelemahan
murid boleh dinilai. Kaedah penilaian yang berbeza boleh dijalankan dengan
menggunakan pelbagai teknik penilaian termasuk kerja lisan dan bertulis dan juga tunjuk
cara. Ia boleh dijalankan dalam bentuk temuduga, soalan terbuka, pemerhatian dan kajian.
Berdasarkan kepada keputusan, guru dapat memperbetulkan salah tanggapan dan
kelemahan murid dan dalam masa yang sama memperbaiki kemahiran mengajar mereka.
Guru boleh mengambil langkah yang berkesan dalam menjalankan aktiviti pemulihan dan
pengayaan untuk meningkatkan keupayaan murid.

1.9.12 Microsoft PowerPoint

Microsoft PowerPoint merupakan satu perisian bagi membantu menghasilkan sesuatu


persembahan. PowerPoint merupakan salah satu dari jenis aplikasi persembahan yang
paling banyak digunapakai. Di dalam PowerPoint, setiap persembahan boleh terdiri
daripada satu paparan atau lebih dari satu paparan. Paparan yang dimaksudkan di sini
merupakan satu muka surat atau lembaran yang membantu memaparkan material
persembahan yang ingin ditayangkan.

1.10: Rumusan

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui secara jelas sejauh mana keberkesanan
penggunaan GriDot dalam menangani isu berkaitan penguasaan konsep dan fakta asas
darab 20 orang murid Tahun 2 Bijaksana, Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh,
Perak. Penyelidik membuat rumusan berdasarkan pemerhatian bahawa murid ini sukar
untuk menguasai konsep darab dan mengingati serta menggunakan fakta asas darab
dengan betul. Berlandaskan pada Teori Perkembangan Kognitif Bruner dan Fasa-fasa
Penguasaan Fakta Asas Baroody (2006) dan pelbagai inovasi berkaitan penguasaan
konsep dan fakta asas darab, GriDot telah dicipta. Penyediaan GriDot yang amat mudah,
boleh disediakan dalam jumlah yang banyak dan sesuai untuk penggunaan berulang kali
membuatkan penyelidik yakin akan kemampuannya dalam mengatasi isu ini. Murid akan

15
menggunakan GriDot untuk dua aktiviti pembelajaran darab yang sangat penting iaitu
pertama, menguasai konsep darab melibatkan bilangan kumpulan dan bilangan ahli
kumpulan. Kedua pula ialah membina 1 set fakta asas bagi suatu sifir melalui
penambahan berulang kumpulan dot. Penyelidik menaruh harapan tinggi dan yakin
penggunaan GriDot secara konsisten dapat memberikan impak postif terhadap
penguasaan tajuk Darab.

16
BAB 2 : KAJIAN LITERATUR

2.1 : Pendahuluan

Suatu tinjuan ilmiah telah dilakukan ke atas beberapa perkara yang berkaitan dengan isu yang
dikaji iaitu penguasaan konsep dan fakta asas darab di kalangan murid. Tumpuan diberikan
kepada pencarian maklumat berkaitan konsep asas darab, teknik pengajaran dan
pembelajaran bagi fakta asas darab serta teori-teori yang menyokong kajian ini iaitu teori
pembelajaran kognitif Bruner dan Fasa-fasa Penguasaan Fakta Asas Baroody.

2.2 : Teori dan Konsep Berkaitan

Berikut adalah teori dan konsep yang digunakan dalam kajian ini.

2.2.1: Konsep Darab

Konsep darab yang ditekankan dalam Dokumen Standard Matematik Tahun 2 dimulakan
dengan pengenalan kepada kumpulan sama banyak. Kumpulan sama banyak yang dibentuk
mestilah melibatkan ahli yang homogen iaitu sama dari segala segi. Daripada kumpulan sama
banyak ini, penambahan berulang dilakukan sebelum konsep darab diterbitkan. Dalam modul
Abakus dan Aritmetik Mental Edisi Ketiga yang diterbitkan oleh Bahagian Pembaangunan
Kurikulum, konsep pendaraban ditakrifkan sebagai algoritma yang melibatkan penambahan
berulang bagi beberapa nombor yang sama. Pada peringkat awal, murid mempelajari konsep
darab dengan melakukan penambahan objek konkrit berulang, diikuti dengan penambahan
kumpulan gambar objek yang berulang dan pada peringkat akhir barulah murid menambah
nombor-nombor yang sama secara berulang. Perincian konsep darab adalah seperti dalam
gambar rajah di bawah.

17
Berdasarkan Gambar rajah di atas, konsep darab terbentuk dengan adanya kumpulan tomato
sama banyak. 4 kumpulan tomato yang dilonggokkan tiga-tiga seperti di atas dipanggil 4
kumpulan tiga-tiga. 4 kumpulan tiga-tiga yang sama memberikan jumlah tomato sebanyak 12
biji. Jadi, 4 kumpulan tiga-tiga sama dengan 12. Jika ditulis dalam bentuk ayat matematik
darab, ia akan membentuk suatu konsep seperti dalam penerangan di bawah

4 x 3 = 12

Bilangan Bilangan tomato dalam satu Jumlah tomato


kumpulan tomato kumpulan

Secara umumnya, konsep darab adalah seperti berikut

x =

Bilangan Bilangan objek dalam satu Jumlah objek


kumpulan objek kumpulan

18
Dari segi penambahan berulangan pula, ayat matematik darab diterbitkan mengikut tetapan
berikut

x =

Berapa kali nombor Nilai nombor yang Hasil tambah semua


diulang diulang nombor yang diulang

GriDot direkacipta dengan mengadaptasikan kedua-dua konsep penambahan berulang dan


bilangan kumpulan-bilangan ahli kumpulan. Dot ditambah secara berulang dalam nilai
tertentu untuk membentuk fakta-fakta asas bagi suatu sifir. Misalnya, dot ditambah dalam
nilai dua-dua untuk membentuk fakta-fakta asas sifir 2.

Dalam GriDot juga konsep bilangan kumpulan dan bilangan ahli dalam kumpulan diterapkan
di mana baris –baris melintang pada GriDot mewakili bilangan kumpulan manakala turus-
turus menegak pada GriDot setara dengan bilangan ahli dalam kumpulan.
GriDot direkacipta sedemikian rupa adalah dengan objektif ingin memastikan murid-murid
menguasai konsep dan fakta asas darab dengan tepat juga secara bermakna, bukan sekadar
pada hafalan semata-mata.

2.2.2 Konsep Penguasaan Fakta Asas Darab

Aplikasi fakta asas kira darab tidak terhad dalam topik darab itu sendiri sahaja sebaliknya ia
digunakan secara meluas dan amat penting dalam menyelesaikan masalah topik-topik lain di
dalam matematik seperti pecahan, perpuluhan, ukuran panjang, aplikasi matematik harian,
wang, timbangan, masa dan waktu jika silibus sekolah rendah dijadikan penanda aras. Jika
silibus peringkat lebih tinggi dilihat, keperluan terhadap penguasaan konsep darab adalah
lebih signifikan dan ketara. Lantaran itu, seharusnya semua murid di sekolah rendah perlu
menguasai matematik terutamanya fakta asas kira darab untuk mereka mengaplikasikan
kemahiran matematik dalam bidang ilmu yang lain pada masa kini dan masa hadapan.
Keberkesanan GriDot ini juga selari dengan teori yang dikemukakan oleh Skemp (1971),
yang menyatakan untuk mempelajari matematik murid itu haruslah mempunyai kebolehan

19
membina idea-idea yang abstrak. Jadi kaedah ini adalah mengubah cara iaitu dari bentuk
hafalan kepada bentuk pembinaan sifir secara bermakna. Ini juga disokong oleh David P.
Ausubel dari Amerika Syarikat yang David Ausubel adalah seorang ahli psikologi
pendidikan. Menurut Ausubel bahan subjek yang dipelajari kanak-kanak mestilah bermakna
(meaningful). Pembelajaran bermakna merupakan suatu proses mengaitkan informasi baru
pada konsep-konsep relevan yang terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Struktur
kognitif ialah fakta-fakta, konsep-konsep, dan generalisasi-generalisasi yang telah dipelajari
sebelumnya. Pembelajaran bermakna juga adalah satu proses pembelajaran yang mana
informasi baru dihubungkan dengan struktur pengertian yang sudah dimiliki seseorang
kanak-kanak yang sedang melalui proses pembelajaran. Pembelajaran bermakna terjadi
apabila seorang kanak-kanak dapat mengaitkan fenomena baru ke dalam struktur
pengetahuan mereka. Ini bererti bahan subjek itu mestilah sesuai dan relevan dengan struktur
kognitif yang dimilikinya. Selanjutnya Ausubel mengatakan bahawa ada dua jenis
pembelajaran, iaitu pembelajaran bermakna (meaningful learning) dan pembelajaran
menghafal (rote learning). Bahan pelajaran yang dipelajari haruslah bermakna. Pembelajaran
menghafal adalah tidak bermakna kerana kanak-kanak memperoleh pengetahuan baru tanpa
mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif mereka. Seseorang
kanak-kanak seharusnya belajar dengan mengoganisasikan fenomena, pengalaman dan fakta-
fakta baru ke dalam skema yang telah dipelajari. Ausubel juga mendakwa bahawa faktor
paling penting yang mempengaruhi pembelajaran adalah apa yang kanak-kanak telah ketahui.
Oleh itu, mengenalpasti pengetahuan sedia ada kanak-kanak adalah satu tugas yang penting
sebelum guru memulakan sesuatu pengajaran. GriDot juga bertepatan dengan pernyataan
yang dikeluarkan oleh Ausubel ini kerana GriDot tidak menggalakkan murid menghafal sifir
sebaliknya mengajar murid membina sendiri sifir secara bermakna dengan menggunakan
pengetahuan sedia ada berkaitan pola nombor seperti membilang dua-dua, empat-empat,
lima-lima dan sepuluh-sepuluh, kumpulan sama banyak serta melakukan penambahan
berulang. Ini bermakna GriDot membolehkan murid memantapkan penguasaan beberapa
kemahiran secara serentak. Penguasaan sifir secara hafalan semata-mata tanpa murid
mengetahui makna setiap ayat mamtematik darab itu tidak banyak membantu murid
menguasai soalan-soalan berkaitan fakta asas darab dengan baik. Biasanya, murid lemah
gagal menggunakan sifir yang telah dihafal untuk menjawab soalan berkaitan darab dengan
tepat. Ini adalah bertepatan dengan aktiviti pembelajaran konsep dan fakta asas darab yang
bermula dengan pengetahuan sedia ada murid iaitu dan penambahan secara berulang.

20
Susan O’Connel dan John SanGiovanni (2011), dalam buku mereka yang bertajuk ‘
Mastering the Basic Math Facts in Multiplication and Division’ menyatakan guru selalu
menjangkakan murid-murid dapat mengingati semula fakta tanpa memerlukan strategi
nombor dan manipulatif. Murid perlu diberikan pelbagai peluang untuk meneroka fakta asas
matematik sebelum mereka diminta menghafalnya. Pendekatan pengajaran seharusnya
menggalakkan murid menyiasat maksud bagi fakta-fakta tersebut melalui aktiviti-aktiviti
hands-on dan perbincangan berfikrah, meneroka strategi-strategi untuk menyokong
pemahaman mereka terhadap nombor dan seterusnya melibatkan mereka dalam amalan-
amalan yang strategik untuk mengingati fakta-fakta. Dengan cara ini murid mempunyai asas
yang kukuh dan seimbang untuk mencapai tahap masteri. Strategi membantu murid
mendapatkan jawapan walaupun dalam keadaan mereka lupa apa yang telah dihafal.Strategi-
strategi untuk fakta Matematik mestilah memberikan tumpuan pada number sense, operasi,
pola, ciri-ciri dan lain-lain konsep nombor kritikal.

2.2.3 Teori Bruner dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Ahli psikologi kognitif, Bruner (1973) pula memberi definisi seperti berikut: “Pembelajaran
adalah satu proses aktif dimana pelajar membina idea baru atau konsep-konsep yang
berasaskan pengetahuan sedia ada dan pengetahuan semasa mereka”. Menurut teori
pembelajaran mazhab kognitif, pembelajaran merupakan satu proses pembentukan struktur
kognitif dan perwakilan minda yang aktif. Pembelajaran kognitif menekankan cara belajar
seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori
membelajaran dan resepsi. Ilmu pengetahuan yang diperoleh bukan berhasil daripada latih-
tubi dan peneguhan semata-mata, tetapi lebih merujuk kepada proses interaksi antara skema
minda, pengalaman sedia ada dan keadaan baru, yang juga melibatkan pengharapan
seseorang individu tersebut. Dengan perkataan lain, sekiranya seseorang tidak dapat
mengenal pasti hubungan perkara dan ertinya yang dipelajari, pembelajaran tidak akan
berlaku walaupun diberikan latihan berulang-ulang. Teori kognitif menerangkan bahawa
pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori. Teori
kognitif ini bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang atau
perubahan pada skema atau struktur pengetahuan.

21
Peringkat-peringkat perwakilan dalam teori Perkembangan Kognitif Bruner menawarkan
peningkatan secara beransur-ansur bagaimana idea boleh dipersembahkan untuk membantu
pelajar mendapatkan pengetahuan dan berkomunikasi dengan maklumat baru. Dalam teori
Bruner, terdapat 3 peringkat yang boleh digunakan untuk mewakilkan konsep-konsep yang
dipelajari; peringkat enaktif, peringkat ikonik dan peringkat simbol (Bruner, 1966). Pertama,
peringkat enaktif adalah bentuk persembahan di mana idea diwakilkan dengan objek-objek
sebenar yang terdapat di persekitaran pelajar. Objek-objek konkrit boleh digunakan untuk
mempersembahkan konsep-konsep khusus sementara pelajar untuk memodelkan pemikiran
mereka. Pada peringkat awal, kanak-kanak kebiasaannya belajar melalui peringkat enaktif.
Peringkat ini adalah serupa dengan peringkat deria motor iaitu untuk memahami berinteraksi
dengan persekitarannya. Banyak aktiviti yang dilakukan adalah berdasarkan kepada
pergerakan anggota kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak mudah mempelajari apa sahaja
pada peringkat ini. Pada peringkat ini, kanak-kanak haruslah diberi pengalaman yang kukuh
tentang sesuatu pembelajaran supaya semua aktiviti yang dipelajarinya tersimpan dalam
jangka masa yang panjang. Menurut Nicole (2001), pada peringkat enaktif kanak-kanak
seharusnya mempunyai pengalaman konkrit untuk memahami sesuatu konsep seperti
memegang, meneroka bahan dan mengubahsuai bahan.

Kedua, peringkat ikonik yang mana memerlukan lukisan dan gambar rajah yang
mensimulasikan perwakilan enaktif, mengambilnya daripada menjadi objek konkrit sebenar
semata-mata untuk penyetaraan. Peringkat ikonik juga merupakan peringkat seterusnya
dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Bagi peringkat ikonik pula, ia adalah selaras
dengan urutan perkembangan pembelajaran Matematik iaitu tahap gambar. Menurut Robert
(2004), peringkat ikonik adalah lebih kepada konsep gambar dan visual.

Kanak-kanak belajar memikirkan sesuatu melalui imej dan gambarajah. Menurut Richard
Overbaugh (2004), kanak-kanak dapat menyatakan bilangan objek yang ditunjukkan. Sebagai
contoh, nombor 3 dikaitkan dengan objek yang mempunyai nilai 3. Manakala dalam
peringkat simbolik pula kanak-kanak boleh memahami dan belajar melalui simbol dan
konsep yang lebih meluas. Bruner (1966) berpendapat bahawa ketiga-tiga peringkat
perkembanagan kognitif itu tidak boleh terpisah antara satu sama lain, tetapi terus
berkembang dalam kehidupan seseorang itu.

Peringkat ketiga dalam teori perkembangan Bruner ialah perwakilan simbol, yang mana
merupakan maksud formal bagi mewakilkan idea-idea abstrak. Notasi dan bahasa lisan

22
adalah contohnya. Di dalam peringkat simbolik, kanak-kanak akan mengenali simbol
matematik dan simbol operasi yang lain (Robert, 2004)

Jika teori Bruner diaplikasikan dalam penguasaan fakta asas, pelajar akan dilibatkan dengan
aktiviti pemodelan fakta dan strategi-strategi fakta menggunakan fizikal/konkrit, model-
model enaktif seperti pembilang dan mozek. Mereka juga akan dicabar untuk mencari
contoh-contoh pengumpulan dan susunan/jujukan (penyusunan baris dan lajur secara segi
emapat tepat) yang mana memodelkan masalah darab dalam persekitaran mereka (contohnya:
susunan tingkap-tingkap, mozek-mozek lantai atau baris-baris kerusi) (Barmby, Harries,
Higgins, & Suggate, 2009).

Setelah meneliti perwakilan enaktif bagi darab, pelajar kemudiannya akan melukis gambar
rajah ikonik dengan notasi berbentuk simbol. (Contoh: istilah-istilah dan simbol-simbol
matematik). Pelajar akan dilibatkan dengan latihan berfokuskan simbol iaitu sama ada
mereka membincangkan strategi-strategi fakta dengan rakan sebaya secara lisan atau
mengikuti latihan fakta-fakta asas darab menggunakan kad-kad untuk membantu mereka
mengingat semula dan notasi berbentuk simbol digunakan bagi menerangkan idea-idea
mereka.

2.2.4 Prinsip Penguasaan Fakta Asas Baroody

Kebanyakan kanak-kanak, termasuklah pelajar lemah mendapati pendaraban dengan 2, 5 dan


10 lebih mudah untuk diingat berbanding fakta asas darab yang lain (Baroody & Dowker,
2003). Oleh itu, pembelajaran seperti menggunakan 8x5 sebagai asas untuk menghubungkan
8x6, 8x7 atau 8x4 ke dalam rangkaian skema mental murid akan menjadi matlamat
pembangunan kelancaran fakta berasaskan kognitif. Bagaimanapun, untuk membina dan
membangunkan skema pelajar, pelajar perlu ditempatkan dlam situasi di mana pengetahuan
dan idea dikongsikan bersama-sama rakan sebaya (misalnya, dua orang murid
membincangkan fakta berkaiatan yang masing-masing gunakan untuk mengingati 8x7) dan
idea-idea mestilah dihubungkan menerusi simbol-simbol dan perwakilan-perwakilan yang
membolehkan semua pelajar mengenalpasti strategik kelancaran fakta yang telah
dikongsikan. Bagi membina skema dalaman ini, imej dan model ikonik yang mewakili
pendaraban telah menjadi satu keperluan (Bruner, 1996; Gray et al., 2000; Speiser et al.,
2012).

23
2.3 : Kajian-kajian Lepas

Kajian tentang keberkesanan pelbagai teknik dalam membolehkan murid menguasai fakta
asas darab telah banyak dibuat dan dihasilkan di kalangan guru-guru Matematik sama ada
guru Matematik Tahap 1 mahupun Tahap 2. Keadaan ini berlaku kerana penguasaan sifir
memberikan impak besar terhadap pencapaian murid dalam Matematik secara
keseluruhannya. Banyak kajian telah dijalankan mendapati wujudnya hubungan yang
signfikan antara penguasaan topik darab dengan pencapaian Matematik dalam Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pendidikan matematik bererti boleh memahami sebanyak-banyaknya tentang sesuatu idea


yang abstrak. Idea matematik selalunya disampaikan oleh guru dengan menggunakan banyak
contoh melalui latihtubi. Walaupun guru memberikan banyak contoh, selalunya hanya
terdapat satu perspektif ataupun gambaran yang khusus pada contoh yang banyak itu. Murid
akan hanya memperoleh idea ataupun pengalaman matematik yang menjadi pilihan gurunya
itu. Lebih banyak perspektif ataupun gambaran yang dibincangkan dalam kelas, maka lebih
banyak peluang untuk murid memahami dan menambah idea serta pengalaman matematik
mereka. Mutu pembelajaran matematik boleh ditingkatkan melalui kepelbagaian gambaran
yang diperolehi dalam bilik darjah.

Kepelbagaian gambaran boleh diadakan dalam bilik darjah. Pelbagai gambaran matematik
boleh diperhatikan oleh murid melalui pencerapan pola matematik. Pola matematik yang
mentakrifkan Sifir 9 ialah gandaan 9: 9, 18, 27, 36,...... . Pola takrifan selalunya menjadi
fokus pada pengajaran-pembelajaran sifir darab. Kefahaman terhadap Sifir 9 boleh
dikembangkan jika pengajaran-pembelajaran tentang fakta asas ini dikukuhkan dengan
kepelbagaian pola.

Kaedah Mokhdar bermula pada 1989. Ia dikatakan meningkatkan ingatan, daya berfikir dan
kecepatan berfikir. Asas Kaedah Mokhdar ialah sebutan terhadap nombor-nombor. Pelaziman
terhadap sebutan-sebutan berkenaan mempermudahkan ingatan terhadap fakta-fakta asas
dalam matematik. Kaedah ini dikatakan boleh meningkatkan kuasa otak dalam menyimpan,
memproses dan mengakses maklumat di dalam minda untuk menghasilkan kemampuan
minda yang optimum, bagi semua perkara yang berbentuk, bersifat atau mempunyai sifat-
sifat angka dan simbol. Sebagai contoh, kecekapan menyimpan maklumat sifir asas (sifar
24
hingga sembilan) dan seterusnya kecekapan memproses dan mengakses maklumat tersebut di
dalam minda menyebabkan sifir seperti 68x62 boleh dicongak olah anak sekecil tujuh atau
lapan tahun menggunakan masa sepuluh malah dua puluh kali lebih cepat daripada
menggunakan kalkulator, alat tulis, alat bantuan mengira atau sebagainya. Kesan daripada
penggunaan kaedah ini boleh dilihat serta-merta dalam banyak kes. Terdapat antara 20% ke
30% peserta berusia antara enam hingga tujuh tahun, yang dibudayakan dengan Mokhdar
advance dalam masa enam hingga tujuh hari (dalam masa tersebut, fakta asas matematik
iaitu jadual asas bagi darab dan tambah, dimantapkan ke dalam minda peserta, juga
menggunakan Mokhdar). Setelah mengikuti program susulan selama enam atau tujuh hari
berikutnya, peserta mampu memahami dan menyelesaikan dengan pantas masalah fact and
figure di dalam subjek pecahan dan sebagainya.

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik
Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor. Zainudin Bin Abu Bakar &
Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, dapat
dijadikan panduan dan kaedah baru di dalam penghafalan sifir. Pelajar yang selama ini tidak
nampak akan kaedah lain untuk menguasai fakta asas darab sudah mempunyai alternatif yang
baru. Dengan pengetahuan kira tambah yang sudah sedia ada kepada pelajar itu boleh
dikembangkan kepada bentuk kira darab. Pelajar tidak lagi terikat dengan satu cara sahaja
iaitu hafalan semata-mata. Guru matematik mempunyai pilihan pengajaran yang sesuai
dengan tahap pencapaian murid yang berlainan. Dengan ini masalah fakta asas darab ini
dapat dihapuskan ataupun setidaktidaknya dapat dikurangkan.

Mempelbagaikan Pendekatan untuk Membantu Murid-murid Tahun 5 Menguasai Sifir Darab


1 Hingga 10 oleh Janting anak Ringkai dari Sekolah Kebangsaan Sg. Mengap, 94750 Serian,
Sarawak, dalam Koleksi Laporan Penyelidikan Tindakan tahun 2005 KPKM MP Batu
Lintang, Kuching & Pej. Pelajaran Daerah Kecil Serian, Sarawak, mendapati pola nombor
(pola hasil darab) juga memainkan peranan penting dalam membantu murid menguasai sifir
darab. murid-murid memerlukan pelbagai teknik yang mudah dan ringkas untuk menguasai
sifir. Bahan maujud perlu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana murid-murid
sekolah rendah (umur 7 hingga 12 tahun) memerlukan sesuatu yang konkrit untuk
memudahkan pemahaman murid.

25
Di negara-negara Barat seperti United Kingdom, mereka menggunakan istilah kelancaran
(fluency) bagi keupayaan murid menguasai fakta asas dengan mantap, iaitu bukan sahaja
murid mampu mengingati semula fakta-fakta, malah boleh menggunakannya secara
bermakna dalam pembelajaran Matematik. Analisis terhadap tinjauan literatur yang berkaitan
mendapati kelancaran (fluency) di kalangan murid dapat ditingkatkan jika pemahaman
konseptual dan fleksibiliti dijadikan matlamat dan diberikan penekanan dalam pengajaran.
(Fuson, 2003; Star & Madani, 2004; Steffe, 1979; Van Amerom, 2003).

Kelancaran didefinisikan sebagai kebolehan untuk mengingat kembali fakta asas dengan tepat
dan cepat dan ia boleh diukur ujian masa di mana seseorang dikatakan lancar jika mengingat
semula fakta asas dengan kadar sama dengan atau kurang daripada 3 saat/fakta (Van Putten,
van den Brom-Sniiders & Beishuizen, 2005). Fleksibiliti pula ditakrifkan sebagai keupayaan
menyelesaikan masalah dalam pelbagai cara, meggunakan pengetahuan sedia ada untuk
menyelesaikan masalah yang tidak diketahui dan kemampuan dalam menentukan kaedah
yang paling berkesan yang patut digunakan apabila berhadapan dengan masalah yang
mencabar (Beishuizen & Anghileri, 1998). Adalah perlu bagi murid menguasai fakta asas
darab melalui penaakulan yang bersifat fleksibel agar mereka dapat mengingati semula fakta
asas dengan lebih lancar.

Kajian mereka mendapati kebanyakan kajian sebelum ini memberikan tumpuan kepada
teknik latih tubi semata-mata dan bukannya melibatkan melibatkan dengan latihan yang
bersifat konseptual atau fleksibel. Teknik latih tubi ini hanya mampu meningkatkan
penguasaan darab di kalangan murid terutamanya murid lemah untuk tempoh jangka pendek
sahaja (Geary, 2004; Jordan, Hanich & Kaplan, 2003; Nelson et al., 2013). Sebaliknya, ia
tidak mampu diterjemahkan untuk kegunaan yang lebih fleksibel dalam penyelesaian masalah
atau dalam keperluan matematik yang lain (Geary, Hoard, Byrd-Craven, Nugent & Numtee,
2007).Dalam meta-analisis, Coding et al (2011) mendapati latihan berserta pemodelan
merupakan rawatan terbaik bagi membolehkan murid-murid lemah menguasai kelancaran.

Jonathan L. Brendefur, Keith W Thiede & Sam Strother (2015), dalam kajiannya
menggunakan perwakilan-perwakilan dalam teori Brunner dan pembangunan formalisasi
(Freudenthal, 1973, 1991; Gravemeijer, 1999; Treffers, 1986) melalui interaksi sosial
(Carpenter & Lehrer, 1999), sebagai satu kerangka pengajaran untuk membangunkan proses
formalisasi pemikiran pelajar. Mereka menggalakkan pelajar menerangkan model enaktif
masing-masing dan kemudiannya membangunkan formalisasi berdasarkan pemahaman

26
mereka dengan meminta mereka menghasilkan model ikonik seperti jujukan mahupun garis
nombor. Apabila pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada mereka dan digabungkan
dengan perwakilan simbolik juga jujukan, pencapaian pelajar didapati lebih baik (Young-
Loveridge and Mills, 2009). Implikasi akhir bagi kajian ini adalah asas bagi membina
pemahaman untuk pendaraban digit lebih besar. Sekali pelajar sudah mempunyai pemahaman
yang kukuh dan fleksibiliti terhadap pendaraban digit tunggal, maka wujudlah kebolehan
untuk menggunakan model yang berbeza bagi mewakili situasi yang berbeza dan keupayaan
untuk menyatakan dengan jelas dan lancar mengapa model itu berjaya digunakan, hipotesis
menyatakan yang pelajar bersedia untuk mula membina pemahaman yang lebih mendalam
terhadap pendaraban dan ini membolehkan mereka menyelesaikan jenis-jenis masalah
kontekstual yang berbeza, bergerak lebih lancar ke arah pemikiran perkadaran, dan
memahami struktur-struktur algebra seperti prinsip-prinsip kesamaan, hubungan, kalis tukar
tertib, kalis sekutuan dan kalis agihan (Baek, 2006; Young-Loveridge & Mills, 2009)

Menyedari kepentingan kelancaran fakta dan menentukan kaedah paling berkesan dalam
meningkatkan kelancaran fakta pelajar adalah dua perkara yang berbeza. Pendekatan
behaviorisme yang menekankan pada hafalan dan pengulangan dibuktikan dalam kajian
tersebut sebagai kurang berkesan berbanding pendekatan yang dibina berdasarkan teori-teori
yang menekankan pemikiran secara rasional dan pembinaan skema mental fakta-fakta
tersebut dimana pelajar dapati ia lebih mudah untuk diingat.

2.4 : Rumusan

Tinjauan ilmiah tehadap beberapa perkara penting telah dilakukan bagi memastikan kajian
yang bakal dijalankan mampu memberikan impak positif sepertimana yang disasarkan.
Berpegang kepada keberkesanan penguasaan fakta asas darab secara bermakna berpandukan
Teori Perkembangan Kognitif Bruner dan Prinsip Penguasaan Fakta Asas Baroody, kajian ini
diyakini mampu meningkatkan penguasaan fakta asas murid secara lebih bermakna. Murid
tidak lagi terpaksa menghafal sifir-sifir darab tanda memahami maksud di sebalik sifir-sifir
yang disebutnya secara berulang-kali. Ini adalah bagi memastikan murid bukan sahaja dapat
mengingati semula fakta-fakta asas darab dengan cepat dan tepat, malah berupaya
menggunakannya secara bermakna dalam skop pembelajaran Matematik yang lain seperti
dalam penyelesaian masalah melibatkan operasi darab.

27
Seperti mana kajian yang dijalankan oleh Jonathan L. Brendefur, Keith W Thiede & Sam
Strother (2015), GriDot juga menekankan kepada Aplikasi peringkat-peringkat
Perkembangan Kognitif Bruner terutamanya peringkat ikonik kerana penggunaan Dot yang
signifikan dalam GriDot bagi mewakili objek-objek yang didarabkan. Ini bukanlah
bermaksud peringkat enaktik dan peringkagt simbolik tidak diaplikasikan dalam GriDot.
Kedua-duanya juga diaplikasikan dan memainkan peranan penting dalam keberkesanan
penggunaan GriDot. Sebelum penggunaan GriDot, pelajar terlebih dahulu akan menjalankan
aktiviti membina sifir menggunakan objek konkrit dengan bantuan bahan inovasi yang
dipanggil Poket Ajaib. Daripada itu, barulah pelajar menggunakan GriDot dan penekanan
diberikan pada aktiviti ini kerana ia lebih mesra murid, boleh dijalankan secara latih tubi dan
murid boleh melakukan aktiviti ini walau di mana mereka berada. Berlandaskan kajian
mereka juga, GriDot mementingkan penguasaan fakta asas secara bermakna dan bukan
hafalan semata-mata. Pelajar akan tahu, faham dan ingat maksud di sebalik setiap fakta asas
yang mereka kuasai.

Daripada Prinsip Penguasaan Fakta Asas Baroody pula, pelajar akan mengenalpasti satu fakta
asas dala sesuatu sifir untuk dijadikan titik rujukan bagi mendapatkan fakta-fakta asas yang
lebih sukar untuk diingati dalam sifir tersebut. Sebagai contoh, dalam sifir 4, pelajar akan
menggunakan 5 x 4 = 20 sebagai titik rujukan kerana kebanyakan pelajar dapat menguasai
sebarang pendaraban dengan 5 dengan mudah. Daripada titik rujukan ini, pelajar akan
mendapatkan jawapan bagi 6 x 4 dan sebagainya dengan melakukan penambahan empat-
empat.

Dengan asas yang kukuh bagi kajian ini, penyelidik amat yakin bahawa GriDot akan menjadi
satu inovasi baru dan efektif dalam membantu murid menguasai fakta-fakta asas darab
dengan lebih bermakna.

28
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.1 : Pendahuluan

Penyelidikan yang bakal dijalankan ini adalah berbentuk kajian kuantitatif di mana ia
dijalankan sebagai tindakan susulan untuk mengatasi masalah murid tidak menguasai konsep
dan fakta asas darab dan melihat keberkesanan GriDot yang dibina dengan mengaplikasikan
Teori Perkembangan Kognitif Bruner dan Prinsip Penguasaan Fakta Asas Baroody.

Terdapat dua kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan data iaitu soal selidik dan ujian
pra juga ujian pos yang terdiri daripada ujian pos 1 dan ujian pos 2. Instrumen yang sesuai
disediakan bagi setiap kaedah. Daripada analisis data yang dikumpul bagi ketiga-tiga kaedah,
penyelidik akan dapat melihat tiga perkara iaitu sejauh mana penerimaan murid terhadap
penggunaan GriDot dalam pembelajaran konsep dan fakta asas darab dan keberkesanan
GriDot dalam membantu murid menguasai konsep dan fakta asas darab.

3.2 : Rekabentuk Kajian

Penyelidikan ini akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif jenis


deskriptif. Menurut Mohamad Najib (1999) dalam Johari Hassan & Fazliana Rashida (2011),
pengukuran afektif boleh dilaksanakan melalui dua kaedah, iaitu cara pemerhatian dengan
catatan menggunakan rekod atau senarai semak, dan cara ujian melalui kaedah tinjauan atau
proses temubual. Dari segi teknikal, data yang dimanipulasikan melalui ujian atau soal selidik
mudah diuruskan setelah dibina dengan baik dan data juga senang diproses, dianalisis dan
ditaksir.

Bentuk kajian ini membolehkan data diukur secara objektif dan digeneralisasikan kepada
dunia luar (Mohamad Najib, 1999). Kaedah soal-selidik dipilih kerana ia mudah ditadbir dan

29
data-data yang diperolehi juga senang diproses dan dianalisis. Soal selidik yang digunakan
ialah Soal Selidik Tertutup Dichotomous yang mana skalanya mempunyai dua pilihan sahaja
iaitu Ya/Tidak, Benar/ Salah, ada/ Tiada dan Setuju / Tidak Setuju.. Data-data yang
diperlukan untuk kajian ini dikumpul melalui borang soal selidik yang ditadbir oleh
penyelidik sendiri di tempat kajian dan skor ujian (sama ada menguasai konsep dan fakta asas
darab atau tidak) bagi setiap ahli dalam sampel sebelum dan selepas pengajaran
menggunakan GriDot dilaksanakan. Perlaksanaan soal-selidik dan ujian ini boleh dijalankan
dalam suatu tempoh pendek yang ditetapkan. Borang soal-selidik dan instrumen ujian pra,
ujian pos 1 dan ujian pos 2 akan digunakan. Masa dapat dijimatkan dengan pengumpulan
data dapat dilakukan pada jangka masa yang singkat.

3.3 : Persampelan

Populasi merupakan cerapan ke atas sekumpulan individu atau objek. Individu atau objek
yang dicerap mestilah mempunyai sekurang-kurangnya ciri atau sifat yang sama antara satu
dengan yang lain (Majid Konting, 1990). Seorang pengkaji mungkin tidak menggunakan
semua anggota dalam populasinya. Oleh itu, wakilan atau contoh populasi yang dikenali
sebagai sampel sahaja digunakan dalam kajian (Mohamad Najib, 1999). Menurut Mohamad
Najib (1999), pemilihan sampel mestilah mengikut syarat kebarangkalian, iaitu setiap ahli
sampel mewakili ahli populasi.

Bagi kajian ini, sampel dipilih berdasarkan persampelan bertujuan. Ini berdasarkan kepada
pendapat Chua Yan Piaw (2012) bahawa persampelan bertujuan (Purposive sampling)
merujuk kepada prosedur persampelan di mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri
tertentu dipilih sebagai responden kajian. Oleh yang demikian, penyelidikan ini
menggunakan persampelan bertujuan yang mana hanya 20 orang murid dalam kelas 2
Bijaksana yang tidak menguasai konsep dan fakta asas darab yang telah dikenalpasti melalui
pencapaian hasil pembelajaran dalam kelas akan dipilih sebagai sampel kajian.

3.4 : Instrumen Kajian

Berikut merupakan instrumen kajian yang digunakan.

30
3.4.1 Soal Selidik

Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif tinjauan, maka borang soal selidik telah digunakan
sebagai instrumen kajian utama kerana ianya adalah lebih mudah dan efektif (Mohamad
Najib, 1999). Borang soal selidik merupakan alat pengumpulan data yang banyak digunakan
oleh para penyelidik. Ini disebabkan oleh kaedah soal selidik mampu mengumpul data secara
terperinci, tersusun dan standard. Selain daripada itu, soal selidik mudah ditadbir,
menjimatkan tenaga, masa, dan kos pennyelidik dalam menjalankan penyelidikan ini.
Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah berkaitan dengan minat, sikap dan
tanggapan murid terhadap dua perkara iaitu pertama, pembelajaran konsep dan fakta asas
darab dan kedua, penggunaan GriDot dalam pembelajaran tajuk Darab. Hasil daripada soal
selidik ini, penyelidik akan dapat menilai sejauh mana penerimaan murid terhadap GriDot
yang digunakan. Soal selidik ini memerlukan sampel menandakan ( √ ) pada kotak jawapan
pilihan. Terdapat 12 soalan yang dikemukakan di Bahagian 1 yang berkaitan dengan
pandangan murid terhadap pembelajaran konsep dan fakta asas darab dan 11 soalan di
Bahagian 2 yang berkaitan dengan pandangan murid terhadap penggunaan GriDot. Item-item
di dalam soal selidik menggunakan skala ringkas ‘YA’ atau ‘TIDAK’ sahaja sesuai dengan
tahap perkembangan murid Tahun 2. Borang soal selidik yang akan digunakan adalah seperti
dalam Lampiran 1. Penyelidik menerangkan maksud bagi setiap item semasa soal-selidik
dijalankan bagi membolehkan sampel memahami item-item tersebut dan memilih skala yang
tepat.

3.4.2 Ujian Pra dan Ujian Pos

Bagi melihat kejayaan sebenar penyelidikan yang dijalankan, pentaksiran pra dan pos
dijalankan. Ujian pra ialah ujian awal yang dijalankan sebelum penggunaan GriDot
diperkenalkan kepada murid dalam pembelajaran konsep dan fakta asas darab.

Ujian pos pula di bahagikan kepada 2 bahagian. Ujian pos yang pertama akan diberikan
kepada murid dengan diminta menggunakan GriDot semasa menjawab soalan untuk melihat
keberkesanan GriDot dalam membantu murid mendapat hasil darab dengan tepat. Ujian pos
kedua diadakan dua minggu selepas ujian pos pertama. Pada ujian pos 2, murid tidak lagi
menggunakan GriDot semasa menjawab. Ini bertujuan untuk melihat sejauh mana

31
kemampuan penggunaan GriDot membantu murid mengingati fakta asas darab yang telah
dipelajari dengan menggunakan GriDot.
Instrumen ujian pra, ujian pos 1 dan ujian pos 2 ini hanya melibatkan sifir 2, 4 dan 5 sahaja
sesuai dengan silibus Matematik Tahun 2. Instrumen bagi ketiga-tiga ujian ini adalah seperti
dalam Lampiran 2, Lampiran 3 dan Lampiran 4.

3.5 : Analisis Data (Deskriptif)

Data-data mentah direkodkan dalam jadual seperti pada Lampiran 5, Lampiran 6, Lampiran 7
dan Lampiran 8. Perisian SPSS 11.00 (Statistical Package for Social Science 11.00) akan
digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi. Data dianalisis dengan statistik
deskriptif. Statistik digunakan untuk menganalisis kemahiran fakta asas darab bagi
mendapatkan frekuensi, sisihan piawai dan min. Analisis Ujian-T digunakan untuk perbezaan
antara skor ujian pra, skor ujian pos 1 dan skor ujian pos 2. Dengan ini, penyelidik akan dapat
melihat hubungan antara ujian pra, sebelum penggunaan GriDot dengan ujian pos 1 di mana
murid menggunakan GriDot semasa menjawabnya. Hubungan kedua yang ingin dilihat ialah
antara ujian Pos 1 dan ujian Pos 2 untuk mengukur kesignifikanan penggunaan GriDot dalam
membantu murid mengingati fakta asas darab secara lebih tekal.

3.6 : Rumusan

Pendekatan kuantitatif jenis tinjauan dipilih perlaksanaan kajian ini. Pendekatan ini
melibatkan pemerhatian, soal selidik serta pentaksiran pra dan pentaksiran pos.. Soal selidik
akan memberikan maklumat kepada penyelidik berkenaan tahap penerimaan murid terhadap
penggunaan GriDot. Pentaksiran pra dan pos akan menentukan sejauh mana keberkesanan
penggunaan GriDot dalam membantu murid menguasai konsep dan fakta asas darab yang
menjadi isu dalam pengajaran penyelidik.

Setiap data yang dikumpul bagi kedua-dua pendekatan dikumpulkan dalam bentuk jadual.
Data-data ini dianalisis dengan menggunakan Perisian SPSS menggunakan statistik deskriptif
dan Ujian-T.

Daripada dapatan analisis data yang dibuat, guru dapat menentukan sama ada tindakan
menyediakan dan menggunakan GriDot dalam pengajaran dan pembelajaran konsep dan
fakta asas darab adalah tepat atau sebaliknya. Ini akan membolehkan penyelidik menentukan

32
tindakan seterusnya. Jika dapatan analisis menunjukkan kegagalan, penyelidik perlu
memikirkan langkah penyelesaian yang lain. Jika dapatan analisis data menunjukkan
kejayaan, penyelidik mungkin boleh meluaskan penggunan GriDot kepada kumpulan murid
lain terutamanya murid yang lemah menguasai konsep dan fakta asas darab.

33
RUJUKAN

Abdul Rahman Abdul Majid Khan. (2008). Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing.

Amir Hasan Dawi. (2009). Sekolah dan Masyarakat. Tanjong Malim. Prospecta Sdn. Bhd.

Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang. (2008). Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan.
(2004). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisa & Interpretasi
Data. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Azizi Yahya et. al. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
PTSProfessional Publishing Sdn. Bhd.

Chua Yan Piaw. (2006a). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Buku 1.
Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

Ee Ah Meng. (2000). Pedagogi 1: Kurikulum Bilik Darjah (Semester II). Shah Alam: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Gerring, John. (2007). Case Study Research: Principles and Practices. Cambridge University
Press.

Mazila Abdul Rashid, (2000), Persepsi Pelajar Tingkatan 2 Terhadap Keberkesanan


Penggunaan Program Microsoft PowerPoint Dalam P&P Matematik. Latihan Ilmiah.
Fakulti Pendidikan . UKM. Bangi.

May 2015 • teaching children mathematics | Vol. 21, No. 9 www.nctm.org Numbers and
operations; Multiplication and division; Games/puzzles; Activities Appendix of
additional games Copyright © 2015 The National Council of Teachers of
Mathematics, Inc. www.nctm.org.

Merriam, S. B. (2009). Qualitative Research: A Guide To Design nad Implementation.


Jossey-Bass Higher & Adult Education Series.

34
Mohd Kajid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Monica Wong and David Evans. 2007.. Improving Basic Multiplication Fact Recall for
Primary school Students. Mathematids Education Research Journal. Vol 19, No. 1, 89-
106.

Muhammad Nor Ahmad. (2002). Perbandingan antara Teknik Pengajaran yang


Dilaksanakan dan Teknik Pengajaran yang Diingini Dalam Pembelajaran Sains Dari
Perspektif Pelajar . Kertas Projek, Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nelson, P. M., Burns, M. K., Kanive, R., & Ysseldyke, J. E. (2013 ). Comparison of a math
fact rehearsal and a mnemonic strategy approach for improving math fact fluency.
Journal of school psychology, 51(6), 659-667.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill.

Patton, M. Q. (2002). Qualititative Research and Evaluation Methods. Thousand Oaks, CA:
Sage.

Robin J. Ittigson, Edd and John G. Zewe. (2004). Challenges of Teaching with Technology
across the Curriculum. GI Publishing Hershey, PA, USA.

Speiser, R., Schneps, M. H., Heffner-Wong, A., Miller, J. L., & Sonnert, G. (2012). Why is
paper-and-pencil multiplication difficult for many people?. The Journal of
Mathematical Behavior, 31(4), 463-475.

Wong, M., & Evans, D. (2007). Improving basic multiplication fact recall for primary school
students. Mathematics Education Research Journal, 19(1), 89-106.

Young-Loveridge, J., & Mills, J. (2009). Teaching multi-digit multiplication using array-b
ased materials. Crossing divides, 635-642.

Nelson, P. M., Burns, M. K., Kanive, R., & Ysseldyke, J. E. (2013). Comparison of a math
fact rehearsal and a mnemonic strategy approach for improving math fact fluency.
Journal of school psychology, 51(6), 659-667.

35
LAMPIRAN 1

BORANG SOAL-SELIDIK MENGENAI PANDANGAN MURID TERHADAP


PENGGUNAAN GRIDOT DAN PENGUASAAN FAKTA ASAS DARAB

Nama: ___________________________________________

Kelas: ________________

Arahan: Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang berkenaan.

Bahagian A: Penguasaan Fakta Asas

SKALA
PERNYATAAN
YA TIDAK

1 Saya meminati mata pelajaran Matematik

2 Saya suka belajar tajuk darab

Saya tahu penambahan berulang dapat


3 digunakan untuk mendapatkan jawapan bagi
soalan darab

Saya faham maksud sesuatu ayat matematik


4
darab

Saya perkaitan antara bilangan kumpulan dan


5 bilangan ahli dalam setiap kumpulan dengan
ayat matematik darab

6 Saya suka menghafal sifir

7 Saya dapat mengingat sifir 2 dengan baik

8 Saya dapat mengingati sifir 4 dengan baik

9 Saya dapat mengingati sifir 5 dengan baik

36
Saya boleh menjawab soalan darab secara lisan
10
dengan baik

Saya boleh menjawab soalan darab secara


11
bertulis dengan baik

Saya yakin untuk menjawab soalan darab dalam


12
soalan berbentuk ayat

Bahagian B: Penggunaan GriDot

PERNYATAAN SKALA

YA TIDAK

1 Saya suka menggunakan GriDot untuk belajar


darab

2 Saya tahu menggunakan GriDot untuk belajar


darab dengan bimbingan guru

3 Saya tahu menggunakan GriDot untuk belajar


darab tanpa bimbingan guru

4 Saya menggunakan penambahan berulang dot-


dot untuk mendapatkan hasil darab

5 Saya menggunakan GriDot untuk membina sifir 2,


4 dan 5

6 Saya mengingati sifir 2, 4 dan dengan lebih baik


selepas menggunakan GriDot dengan kerap

7 Saya menggunakan GriDot semasa

37
mengulangkaji tajuk darab di rumah

8 Saya menggunakan GriDot untuk menjawab


soalan darab

9 Saya dapat menjawab soalan darab dengan


baik jika menggunakan GriDot

10 Saya dapat menjawab soalan darab dengan


baik walaupun sudah tidak menggunakan
GriDot

11 Saya mendapat skor lebih tinggi dalam ujian


darab selepas belajar darab menggunakan
GriDot

38
LAMPIRAN 2

Nama: .............................................................. Kelas: ............................

INSTRUMEN UJIAN PRA

1. Lengkapkan ayat matematik fakta asas darab berikut.

a. 1 x 2 = ______ k. 3 x 2 = ______

b. 2 x 4 = ______ l. 5 x 4 = ______

c. 5 x 2 = ______ m. 2 x 5 = ______

d. 4 x 4 = ______ n. 7 x 2 = ______

e. 3 x 5 = ______ o. 6 x 4 = ______

f. 6 x 2 = ______ p. 8 x 5 = ______

g. 7 x 4 = ______

h. 5 x 5 = ______

i. 9 x 2 = ______

j. 7 x 5 = ______

2. Kirakan hasil darab bagi 3 dan 4. _____________________________

3. Hasil darab bagi 4 dan 5 ialah ________________________________

4. 6 kali 5 sama dengan ________________________________________

5. Kirakan hasil bagi 9 kali 4. ____________________________________

39
LAMPIRAN 3

Nama: .............................................................. Kelas: ............................

INSTRUMEN UJIAN POS 1

1. Lengkapkan ayat matematik fakta asas darab berikut.

a. 2 x 2 = ______ k. 5 x 2 = ______

b. 3 x 4 = ______ l. 4 x 4 = ______

c. 4 x 2 = ______ m. 4 x 5 = ______

d. 5 x 4 = ______ n. 6 x 2 = ______

e. 5 x 5 = ______ o. 6 x 5 = ______

f. 7 x 2 = ______ p. 9 x 5 = ______

g. 6 x 4 = ______

h. 7 x 5 = ______

i. 8 x 2 = ______

j. 8 x 4 = ______

2. Kirakan hasil darab bagi 9 dan 2. _____________________________

3. Hasil darab bagi 7 dan 4 ialah ________________________________

4. 8 kali 5 sama dengan ________________________________________

5. Kirakan hasil bagi 9 kali 4. ____________________________________

40
LAMPIRAN 4

Nama: .............................................................. Kelas: ............................

INSTRUMEN UJIAN POS 2

1. Lengkapkan ayat matematik fakta asas darab berikut.

a. 3 x 2 = _______ k. 7 x 2 = _______

b. 2 x 4 = _______ l. 6 x 4 = _______

c. 1 x 5 = _______ m. 7 x 5 = _______

d. 4 x 2 = _______ n. 8 x 2 = _______

e. 3 x 4 = _______ o. 8 x 4 = _______

f. 4 x 5 = _______ p. 9 x 5 = _______

g. 5 x 2 = _______

h. 4 x 4 = _______

i. 6 x 2 = _______

j. 5 x 5 = _______

2. Kirakan hasil darab bagi 9 dan 2. _____________________________

3. Hasil darab bagi 7 dan 4 ialah ________________________________

4. 8 kali 5 sama dengan ________________________________________

5. Kirakan hasil bagi 9 kali 4. ____________________________________

41
LAMPIRAN 5

DATA MENTAH MENGENAI PANDANGAN MURID TERHADAP PENGGUNAAN


GRIDOT DAN PENGUASAAN FAKTA ASAS DARAB

Nama: ___________________________________________

Kelas: ________________

Arahan: Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang berkenaan.

Bahagian A: Penguasaan Fakta Asas

SKALA
PERNYATAAN JUMLAH
YA TIDAK

1 Saya meminati mata pelajaran Matematik

2 Saya suka belajar tajuk darab

Saya tahu penambahan berulang dapat


3 digunakan untuk mendapatkan jawapan
bagi soalan darab

Saya faham maksud sesuatu ayat matematik


4
darab

Saya perkaitan antara bilangan kumpulan


5 dan bilangan ahli dalam setiap kumpulan
dengan ayat matematik darab

6 Saya suka menghafal sifir

7 Saya dapat mengingat sifir 2 dengan baik

8 Saya dapat mengingati sifir 4 dengan baik

9 Saya dapat mengingati sifir 5 dengan baik

42
Saya boleh menjawab soalan darab secara
10
lisan dengan baik

Saya boleh menjawab soalan darab secara


11
bertulis dengan baik

Saya yakin untuk menjawab soalan darab


12
dalam soalan berbentuk ayat

Bahagian B

PERNYATAAN SKALA JUMLAH

YA TIDAK

1 Saya suka menggunakan GriDot untuk


belajar darab

2 Saya tahu menggunakan GriDot untuk


belajar darab dengan bimbingan guru

3 Saya tahu menggunakan GriDot untuk


belajar darab tanpa bimbingan guru

4 Saya menggunakan penambahan berulang


dot-dot untuk mendapatkan hasil darab

5 Saya menggunakan GriDot untuk membina


sifir 2, 4 dan 5

6 Saya mengingati sifir 2, 4 dan dengan lebih


baik selepas menggunakan GriDot dengan
kerap

43
7 Saya menggunakan GriDot semasa
mengulangkaji tajuk darab di rumah

8 Saya menggunakan GriDot untuk menjawab


soalan darab

9 Saya dapat menjawab soalan darab


dengan baik jika menggunakan GriDot

10 Saya dapat menjawab soalan darab


dengan baik walaupun sudah tidak
menggunakan GriDot

11 Saya mendapat skor lebih tinggi dalam ujian


darab selepas belajar darab menggunakan
GriDot

44
LAMPIRAN 5

DATA MENTAH PENGUASAAN MURID DALAM UJIAN PRA

Bil. Peserta Kajian Skor (x/20) % Menguasai/ Tidak Menguasai

1 Murid A

2 Murid B

3 Murid C

4 Murid D

5 Murid E

6 Murid F

7 Murid G

8 Murid H

9 Murid I

10 Murid J

11 Murid K

12 Murid L

13 Murid M

14 Murid N

15 Murid O

16 Murid P

17 Murid Q

18 Murid R

19 Murid S

20 Murid T

45
LAMPIRAN 6

DATA MENTAH PENGUASAAN MURID DALAM UJIAN POS 1

Bil. Peserta Kajian Skor (x/20) % Menguasai/ Tidak Menguasai

1 Murid A

2 Murid B

3 Murid C

4 Murid D

5 Murid E

6 Murid F

7 Murid G

8 Murid H

9 Murid I

10 Murid J

11 Murid K

12 Murid L

13 Murid M

14 Murid N

15 Murid O

16 Murid P

17 Murid Q

18 Murid R

19 Murid S

20 Murid T

46
LAMPIRAN 7

DATA MENTAH PENGUASAAN MURID DALAM UJIAN POS 2

Bil. Peserta Kajian Skor (x/20) % Menguasai/ Tidak Menguasai

1 Murid A

2 Murid B

3 Murid C

4 Murid D

5 Murid E

6 Murid F

7 Murid G

8 Murid H

9 Murid I

10 Murid J

11 Murid K

12 Murid L

13 Murid M

14 Murid N

15 Murid O

16 Murid P

17 Murid Q

18 Murid R

19 Murid S

20 Murid T

47
LAMPIRAN 8

DATA MENTAH SKOR MURID DALAM UJIAN PRA, UJIAN POS 1 DAN UJIAN
POS 2

Bil. Peserta Kajian UJIAN UJIAN UJIAN


PRA POS 1 POS 2

1 Murid A

2 Murid B

3 Murid C

4 Murid D

5 Murid E

6 Murid F

7 Murid G

8 Murid H

9 Murid I

10 Murid J

11 Murid K

12 Murid L

13 Murid M

14 Murid N

15 Murid O

16 Murid P

17 Murid Q

18 Murid R

19 Murid S

20 Murid T

48

You might also like