You are on page 1of 3

PROSEDUR PEMBERIAN UBAT (MEDICATION PROCEDURES)

PROSEDUR PEMBERIAN UBAT/ MEDICATION PROCEDURES TASKA GENIUS


PERPADUAN
 Taska Permata Kemas menyediakan prosedur pemberian ubat yang sangat
mudah dan efisien untuk para pengasuh di taska.
 Taska Permata Kemas menyediakan tempat penyimpanan ubat kanak-kanak
yang selamat dan tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak taska.
 Taska permata kemas menyediakan panduan untuk pengasuh memberikan
ubat-ubatan kepada kanak-kanak di taska.
 Taska Permata Kemas menyediakan pengubatan yang lengkap untuk masalah
kanak-kanak yang cedera. (Pembalut luka, ubat luka, pencuci luka dan lain-lain).
 Taska Permata Kemas menyediakan buku rekod ubat-ubatan kanak-kanak serta
borang kebenaran/persetujuan ibu bapa.
 Taska Permata Kemas memastikan tidak ada ubat-ubatan yang disimpan di
dalam beg kanak-kanak.
 Taska Permata Kemas memastikan ubat-ubat yang disimpan sentiasa di
perbaharui dan di semak tarikh luput.

PROSEDUR PEMBERIAN UBAT KANAK-KANAK TASKA PERMATA KEMAS


Pengasuh:
 Memastikan tangan bersih sebelum memberikan ubat kepada kanak-kanak.
 Menggunakan alat pemberian ubat seperti picagari dan cawan.
 Memastikan ubat yang diberi adalah betul dengan dos yang betul.
Ubat cecair (0 hingga 1 tahun):
- Pengasuh memberi ubat yang betul menggunakan picagari ataupun cawan
ubat.
- Masukkan hujung picagari dalam mulut bayi, tekan perlahan-lahan untuk
keluarkan ubat daripada picagari.
- Pastikan posisi semasa memberi ubat kepada bayi adalah posisi yang selesa
dan elakkan bayi muntah selepas minum ubat.
Ubat cecair (1 tahun hingga 3 tahun):
- Memastikan ubat yang diambil adalah betul.
- Mengikut arahan dos pada label ubat.
- Menggunakan picagari ataupun cawan ubat.
- Mengalakkan kanak-kanak minum ubat dengan sendiri.
- Memberi air kepada kanak-kanak selepas minum ubat.
Ubat sapu (ruam/gatal-gatal) (0 – 3 tahun):
- Pengasuh membersihkan tangan terlebih dahulu.
- Memastikan ubat sapu yang digunakan adalah ubat yang betul.
- Mengambil ubat pada kadar yang betul mengikut arahan pada label ubat.
- Menyapu ubat pada bahagian bermasalah kanak-kanak.
- Membasuh tangan selepas menyapu ubat sapu pada kanak-kanak.

You might also like