You are on page 1of 111

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/301652142

Kajian Sukan

Book · January 2014

CITATIONS READS
0 19,415

1 author:

Aminuddin Yusof
Universiti Putra Malaysia
113 PUBLICATIONS   595 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Leadership in sports View project

Sport volunteerism View project

All content following this page was uploaded by Aminuddin Yusof on 27 April 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Penerbit Universiti Putra Malaysia
Serdang • 2014
© Penerbit Universiti Putra Malaysia 2014
Cetakan Pertama 2014

Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan
semula, disimpan dalam sistem simpanan kekal, atau dipindahkan dalam sistem
simpanan kekal, atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara
elektronik, mekanik, penggambaran semula, rakaman dan sebagainya tanpa
terlebih dahulu mendapat izin daripada pihak Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam Penerbitan

Soh, Kim Geok


KAJIAN SUKAN DI MALAYSIA. Jilid 2 / Soh Kim Geok,
Mohd Rozilee Wazir, Chee Chen Soon.
ISBN 978-967-344-359-8 volume 2
1. Sports and state--Malaysia. 2. Sports--Malaysia.
I. Mohd Rozilee Wazir.
III. Chee, Chen Soon. IV. Judul.
796.09595

Rupa Taip Teks: Times New Roman PS


Saiz Taip Teks: 11/ Auto
Reka Letak Teks: Ku Ida Mastura Ku Baharom
Reka Bentuk Kulit: Mohd Fikri Abu Bakar

Dicetak oleh
Univision Press Sdn. Bhd.
Lot 47&48, 49, 50 Jalan SR 1/9,
Jalan Serdang Raya,
Taman Serdang Raya, Seri Kembangan,
43300 Selangor

Pesanan boleh dibuat terus


Penerbit Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-89468851/8429
Faks: 03-89416172
Emel: penerbit@putra.upm.edu.my
Kandungan

Prakata vii

Bab 1 Kematangan Biologi, Antropometri dan Prestasi Motor 1


dalam Kalangan Kanak-kanak Berusia 12 Tahun
Aris Fazil Haji Ujang, Saidon Amri dan
Mohd Rozilee Wazir Norjali Wazir

Bab 2 Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 80 17


Minit di Sekolah Menengah
Soh Kim Geok, Aminuddin Yusof, Soh Kim Lam,
Zainol Rashidi Md. Noor dan Siti Zarifah Alauddin

Bab 3 Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan Umur dalam 29


Pertandingan Sukan Sekolah-sekolah di Malaysia
Saidon Amri, Aris Fazil Haji Ujang dan
Mohd Rozilee Wazir Norjali Wazir

Bab 4 Kesan Aktiviti Fizikal Ke Atas Tahap Perkembangan 48


Motor Kasar
Borhannudin Abdullah, Saidon Amri, Kok Lian Yee
dan Aris Fazil Haji Ujang

Bab 5 Penggunaan Positif Self-Talk dalam Kalangan Pemain 66


Futsal Universiti di Sebuah Universiti di Malaysia
Jorrye Jakiwa, Soh Kim Geok, Aminuddin Yusof
dan Mohd Sofian Omar Fauzee

Bab 6 Umur Kematangan dan Hubungannya dengan Penglibatan 82


Atlet Wanita dalam Sukan
Mohd Rozilee Wazir Norjali Wazir, Saidon Amri
dan Aris Fazil Haji Ujang
Bab 7 Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 40 89
Minit di Sekolah Menengah
Siti Zarifah Alauddin, Soh Kim Geok, Soh Kim Lam,
Roxana Dev Omar Dev dan Muhammad Fairus Hassan
Prakata

Buku ini merupakan kompilasi penulisan akademik dari pelbagai sub bidang
dalam Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani. Idea ini tercetus melalui
perbincangan sesama pensyarah Jabatan Pengajian Sukan, Universiti
Putra Malaysia. Selain itu, buku ini juga adalah sebagai kesinambungan
hasil daripada penerbitan yang terdahulu dengan membincang isu terkini
dalam bidang Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani.
Setiap bab yang dibincangkan diharap dapat memberi maklumat dan
input berguna sama ada kepada para pendidik mahupun pelajar. Bab di
dalam buku ini merangkumi bidang Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani
seperti kematangan biologi, antropometri dan prestasi motor, kesesuaian
klasifikasi kumpulan umur dalam pertandingan sukan, kesan aktiviti
fizikal ke atas tahap perkembangan motor kasar, umur kematangan dan
penglibatan atlet wanita dalam sukan, penggunaan positif self-talk dalam
kalangan pemain futsal, dan penilaian masa pengajaran pendidikan
jasmani di sekolah menengah.
Bab dalam buku ini sesuai untuk digunakan sebagai rujukan sama
ada di peringkat sekolah, kolej ataupun universiti yang menawarkan
pembelajaran Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani. Diharapkan buku ini
akan dapat memberi maklumat kepada masyarakat mengenai kepentingan
bidang Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani serta sumbangan ahli
akademik terhadap pembangunan sukan di Malaysia.

Editors
2014
Bab 1
Kematangan Biologi, Antropometri
dan Prestasi Motor dalam Kalangan
Kanak-kanak Berusia 12 Tahun
Aris Fazil Haji Ujang, Saidon Amri
dan Mohd Rozilee Wazir Norjali Wazir

PENDAHULUAN
Dalam proses tumbesaran kanak-kanak, terdapat banyak faktor yang
mempengaruhi proses tumbesaran tersebut, antaranya adalah kematangan.
Tumbesaran dan kematangan mempunyai hubungan saling berkaitan
dengan prestasi motor kanak-kanak. Dalam konteks biologikal, kesan
kematangan terhadap prestasi motor kanak-kanak berkemungkinan lebih
besar berbanding kesan yang berkait dengan pendedahan kepada aktiviti
fizikal atau latihan (Baxter-Jones & Sherar, 2007). Faktor kematangan
perlu diambil kira dalam usaha atau kajian yang melibatkan kanak-kanak
terutama yang berkaitan pengukuran prestasi motor remaja (Jones, Hitchen,
& Stratton, 2000; Nedeljkovic et al., 2007). Kematangan bermaksud
kemajuan ke arah kematangan fizikal, keadaan di mana penggabungan
optimum fungsi sistem tubuh badan manusia dan keupayaan untuk proses
pembiakan (Haywood & Getchell, 2005).
Kematangan juga dirujuk sebagai tempo dan tempoh masa
perkembangan ke arah kematangan biologi seseorang individu. Setiap
individu mempunyai masa biologi tersendiri yang mengatur perkembangan
ke peringkat matang (Malina et al., 2004). Permulaan dan masa yang
diperlukan bagi kanak-kanak untuk maju daripada peringkat sebelum
matang ke peringkat matang adalah berbeza bagi kanak-kanak lelaki dan
perempuan sama ada dalam kalangan jantina yang sama ataupun antara
Kajian Sukan di Malaysia

jantina yang berbeza. Selain itu, tumbesaran dan kematangan biologi


kanak-kanak tidak semestinya selaras dengan umur kronologi mereka.
Hal ini bermaksud, dalam kalangan kanak-kanak yang sama jantina dan
umur kronologi akan terdapat variasi bagi umur biologi ataupun tahap
kematangan biologi. Terdapat sebahagian kanak-kanak dalam kumpulan
umur yang sama, mencapai tahap kematangan biologi mendahului umur
kronologi manakala sebahagiannya mengalami kelewatan pencapaian
kematangan biologi berbanding umur kronologi mereka (Malina et al.,
2004).
Pencapaian tahap kematangan biologi bagi kanak-kanak, umumnya
boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu awal matang, purata
matang dan lewat matang. Awal matang adalah bagi kanak-kanak
yang ciri-ciri kematangannya mendahului umur kronologi mereka dan
sebaliknya bagi kanak-kanak yang lewat matang (Gabbard, 2008).
Kanak-kanak yang awal matang berbeza dari segi saiz, susuk tubuh dan
komposisi badan berbanding mereka yang secara purata atau lambat
mencapai tahap kematangan biologi (Malina, 1996; Malina,1998). Kanak-
kanak awal matang, umumnya lebih tinggi dan berat bagi peringkat umur
mereka berbanding kanak-kanak lewat matang. Kanak-kanak lelaki awal
matang lebih mesomorf manakala kanak-kanak perempuan awal matang
lebih endomorf. Kanak-kanak lelaki dan perempuan yang lewat matang
cenderung mempunyai kurang berat badan bagi ketinggian mereka
(Gabbard, 2008). Perbezaan ini lebih ketara semasa mereka melalui
fasa tumbesaran mendadak iaitu antara umur 9 hingga 16 tahun. Dalam
kalangan kanak-kanak lelaki, kematangan awal berkolerasi secara positif
dengan kekuatan dan prestasi motor. Walau bagaimanapun, bagi kanak-
kanak perempuan hubungan kekuatan dan prestasi motor adalah tidak
konsisten. Pada umumnya, kanak-kanak perempuan yang lewat matang
mempunyai prestasi yang lebih baik dan perbandingan antara kumpulan
yang berbeza tahap kematangan lebih ketara pada akhir remaja (Malina
et al., 2004).
Kajian melihat kesan kematangan biologi terhadap saiz badan
dan prestasi motor melaporkan terdapat peningkatan bagi prestasi
yang diukur dengan peningkatan saiz badan bagi kumpulan umur awal
remaja berbanding umur lewat remaja. Kajian ini dijalankan ke atas tiga

2
Kematangan Biologi, Antropometri dan Prestasi Motor dalam Kalangan Kanak-kanak

kumpulan umur pemain bola sepak yang terpilih dan terlatih (n = 478;
umur 12-17 tahun) iaitu awal remaja, remaja dan lewat remaja. Fenomena
ini dijelaskan oleh perbezaan tahap kematangan biologi subjek yang diuji
dalam kalangan kumpulan remaja umur yang sama. Kesimpulannya,
kematangan biologi mengubah kesan saiz badan ke atas pelbagai prestasi
motor. Oleh itu, fenomena ini perlu diambil kira apabila menaksir data
ujian prestasi motor yang dijalankan ke atas subjek remaja (Nedeljkovic
et al., 2007).
Dapatan yang sama juga dilaporkan oleh Jones et al. (2000) dalam
kajian melihat kesan kematangan biologi ke atas prestasi motor. Kajian
ini melibatkan 161 kanak-kanak perempuan dan 152 kanak-kanak lelaki.
Semua subjek diukur dan diuji bagi ketinggian, berat badan, penilaian
kendiri kematangan seksual, lompat menegak, kekuatan genggaman
tangan dan lari ulang-alik (20 meter). Dilaporkan tahap kematangan biologi
berhubung secara signifikan dengan semua pengukuran kecergasan fizikal
yang dijalankan. Dapatan kajian tersebut juga melaporkan, kematangan
biologi memberi pengaruh yang besar dalam pencapaian kecergasan
fizikal bagi kanak-kanak lelaki tetapi kurang pengaruh bagi kanak-kanak
perempuan. Kajian ini mencadangkan, pangkatan dalam kecergasan fizikal
perlu mengambil kira faktor kematangan biologi terutamanya bagi kanak-
kanak lelaki. Kedua-dua kajian ini mencadangkan faktor kematangan
biologi perlu diambil kira dalam pengukuran prestasi motor.
Satu kajian lain telah dijalankan ke atas 494 kanak-kanak (254 lelaki
dan 240 perempuan) yang berumur 8 hingga 16 tahun oleh (Lee et al.,
2006). Kajian tersebut bertujuan menganggar perubahan komposisi badan
dan kecergasan kardiorespiratori berdasarkan tahap kematangan biologi.
Selain itu, kajian ini juga menjelaskan hubungan antara status kematangan
biologi dengan kegemukan badan, kawasan agihan lemak badan dan
kecergasan kardiorespiratori. Dapatan kajian tersebut melaporkan terdapat
perbezaan yang signifikan dalam kalangan kanak-kanak perempuan
berdasarkan tahap kematangan biologi mereka. Walau bagaimanapun,
dalam kalangan kanak-kanak lelaki, hanya berat badan dan ketinggian
didapati berbeza berdasarkan tahap kematangan biologi mereka (Mota
et al., 2002).

3
Kajian Sukan di Malaysia

Kajian yang dijalankan oleh Leone & Comtois (2007) melihat hubungan
antara kematangan biologi, saiz badan, kekuatan otot dan prestasi motor
telah dijalankan ke atas kanak-kanak dengan umur kronologi 7 hingga 12
tahun. Kajian tersebut melibatkan 740 kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Dapatan kajian ini mendapati saiz badan adalah peramal utama bagi
kekuatan otot. Residual piawai kematangan biologi ke atas umur kronologi
adalah peramal terbaik bagi prestasi motor. Dapatan ini menjelaskan,
terdapat satu hubungan saling berkaitan yang kompleks antara saiz badan,
kematangan biologi, kekuatan otot dan prestasi motor. Kesan kematangan
biologi bagi kanak-kanak 7 hingga 12 tahun dipamerkan melalui saiz badan
mereka. Walau bagaimanapun, kematangan biologi dalam kanak-kanak
tersebut lebih mempengaruhi kecergasan motor berbanding kekuatan
otot (Katzmarzyk, Malina, & Beunen, 1997). Prett (1989), melaporkan
terdapat hubungan yang signifikan antara kematangan biologi dan umur
dengan kekuatan otot dan fleksibiliti dalam kajian yang dijalankan ke
atas 84 orang atlet lelaki. Kematangan biologi didapati mempunyai nilai
peramal yang tinggi berbanding umur bagi kekuatan otot dan fleksibiliti.
Dapatan daripada kajian ini jelas menunjukkan kematangan biologi juga
mempengaruhi antropometri selain prestasi motor. Dapatan kajian lampau
menunjukkan hubungan saling berkaitan antara tumbesaran, kematangan
biologi dan prestasi motor. Selain itu, kajian tersebut juga mencadangkan
faktor kematangan biologi perlu diambil kira apabila menaksir atau
pemangkatan prestasi motor bagi kanak-kanak dan remaja.
Bermula tahun 2005, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
memperkenalkan program penilaian Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) dan dilaksanakan
kepada murid tahun 4 hingga tingkatan 5 bagi sekolah rendah dan
menengah mulai sesi persekolahan 2008. Program SEGAK telah
dirancang selari dengan tunjang kecergasan yang terkandung dalam
Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah
Rendah dan Menengah. Matlamat program ini adalah supaya murid
sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan
untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berasaskan
kesihatan yang optimum. Ujian SEGAK mengandungi 2 bahagian iaitu
pengukuran berat dan tinggi bagi memperoleh Indeks Jisim Badan (BMI)

4
Kematangan Biologi, Antropometri dan Prestasi Motor dalam Kalangan Kanak-kanak

dan ujian fizikal bagi mengukur prestasi motor murid. Melalui program
ini, data antropometri dan prestasi motor bagi murid di Malaysia akan
dapat dikumpulkan.
Selain matlamat yang ditetapkan, program ini juga akan dapat
membentuk satu profil antropometri dan prestasi motor bagi kanak-kanak
di Malaysia. Dalam usaha membentuk profil antropometri dan kecergasan
fizikal ini, faktor kematangan biologi perlu diambil kira terutama dalam
pengukuran prestasi motor. Sebagaimana yang diperjelaskan, terdapat
variasi bagi umur biologi atau tahap kematangan biologi walaupun dalam
kalangan kanak-kanak yang sama jantina dan sama umur kronologi.
Sebahagian daripada variasi dari segi saiz, susuk tubuh dan komposisi
badan dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan variasi tahap
kematangan biologi mereka. Hubungan saling berkaitan antara tumbesaran,
kematangan dan prestasi motor dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia
perlu diperjelaskan. Dapatan daripada kajian lampau menunjukkan tahap
kematangan biologi mempengaruhi antropometri dan prestasi motor.
Sehubungan itu, usaha perlu dilakukan bagi menentukan sumbangan
kematangan biologi terhadap antropometri dan prestasi motor dalam
kalangan kanak-kanak berumur 12 tahun. Pengetahuan berkaitan
hubungan kematangan biologi, antropometri dan prestasi motor ini dapat
membantu bagi membentuk satu profil kecergasan fizikal kanak-kanak
dan remaja di Malaysia yang lebih prektikal dan berinformasi. Selain itu,
ia juga akan dapat memberi panduan yang berguna dalam usaha memilih
dan melahirkan atlet-atlet muda yang berpotensi.

PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENGUKURAN


Pelaksanaan pentaksiran, pengujian dan pengkuran telah melibatkan
84 orang murid lelaki (n=43) dan perempuan (n=41) berumur 12 tahun
(min=12.3) dari sekolah rendah di Wilayah Persekutuan. Satu set soal
selidik dan tiga set ujian digunakan untuk mengumpul maklumat diri dan
data-data berkaitan tahap kematangan biologi, antropometri dan prestasi
motor setiap murid yang terlibat. Ujian antropometri dan ujian fizikal yang
dijalankan mengikut prosedur ujian yang terkandung dalam modul ujian
SEGAK. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif (frekuensi dan

5
Kajian Sukan di Malaysia

peratus) dan statistik inferensi (analisis varian multivariat (MANOVA),


analisis kovarian multivariat (MANCOVA) dan Regresi berganda).

Ujian Kematangan Biologi


Kematangan biologi ditaksir menggunakan kaedah Tanner stages of
maturity (Tanner, 1962) yang mentakrifkan pengukuran pertumbuhan
fizikal berdasarkan ciri-ciri luaran seks utama dan sekunder. Bagi mentaksir
kematangan biologi, hanya penilaian peringkat pertumbuhan bulu pubik
bagi kanak-kanak lelaki dan pertumbuhan buah dada bagi kanak-kanak
perempuan digunakan untuk mentaksir tahap kematangan biologi setiap
subjek. Peringkat pertumbuhan bulu pubik dibahagi kepada PH1 hingga
PH5, manakala peringkat pertumbuhan buah dada dari B1 hingga B5.
Bagi tujuan pentaksiran ini, subjek melakukan pemeriksaan kendiri dan
mencatatkan maklumat berkaitan tahap kematangan mereka dalam borang
yang disediakan. Subjek menilai peringkat kematangan biologi mereka
berdasarkan ilustrasi dan penerangan bagi setiap peringkat pertumbuhan.
Beberapa kajian lampau yang mengkaji tahap kematangan biologi
dalam kalangan kanak-kanak telah menggunakan Tanner stages of
maturity (Tanner, 1962) yang ditadbir kepada lelaki dan perempuan yang
berumur antara 8 hingga 18 tahun. Dilaporkan Tanner stages of maturity
mempunyai kesahan Kappa coefficient antara 0.67 hingga 0.75 bagi lelaki,
manakala bagi perempuan 0.75 hingga 0.85 dan kolerasi Spearman antara
0.86 hingga 0.97 (Lee et al., 2006; Leone & Comtois, 2007; Malina et al.,
2005)

Pengukuran Antropometri
Pengukuran antropometri dijalankan untuk menilai komposisi badan
setiap subjek. Dua pengukuran digunakan bagi memperoleh data-data
antropometri yang berkaitan dengan tinggi berdiri (TB) dan berat badan
(BB). Kedua-dua pengukuran ini digunakan bagi memperoleh Indeks Jisim
Badan subjek (BMI). Ketinggian berdiri bagi setiap subjek diukur dari
lantai hingga ke bahagian paling atas kepala semasa posisi berdiri tanpa
beralas kaki. Berat badan pula diukur dengan subjek lengkap berpakaian
sukan tanpa beralas kaki.

6
Kematangan Biologi, Antropometri dan Prestasi Motor dalam Kalangan Kanak-kanak

Ujian Fizikal
Ujian fizikal dijalankan untuk mengukur tahap keupayaan prestasi motor
setiap subjek. Semua subjek menjalani ujian naik turun bangku (NTB),
tekan tubi (TT), bangkit tubi (BT) dan duduk dan jangkau (DJ). Tekan
tubi suaian digunakan bagi murid perempuan. Ujian-ujian ini mengukur
komponen kecergasan fizikal iaitu daya tahan kardiovaskular, fleksibiliti,
kekuatan dan daya tahan otot. Daya tahan kardiovaskular ditaksir
berdasarkan kadar denyutan nadi yang diambil dalam jangkamasa satu
minit sebaik sahaja selesai melakukan ujian naik turun bangku.

SUMBANGAN KEMATANGAN BIOLOGI TERHADAP ANTROPOMETRI


DAN PRESTASI MOTOR
Merujuk Jadual 1.1, usaha mengenal pasti tahap kematangan biologi bagi
lelaki dan perempuan menunjukkan terdapatnya variasi tahap kematangan
bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan walaupun mereka dalam kumpulan
umur yang sama iaitu 12 tahun. Kebanyakan kanak-kanak lelaki berada
pada tahap PH2 manakala kanak-kanak perempuan berada pada tahap B2
dan B3. Tidak terdapat kanak-kanak lelaki pada tahap PH4 dan PH5. Bagi
kanak-kanak perempuan tidak ada yang berada pada tahap B5.

Jadual 1.1 Statistik deskriptif tahap kematangan biologi berdasarkan jantina

Tahap kematangan biologi


Lelaki Perempuan
PH1 PH2 PH3 Jumlah B1 B2 B3 B4 Jumlah
Bilangan 9 30 4 43 2 20 15 4 41
% 20.9 69.8 9.3 100 4.9 48.8 36.6 9.8 100

Taburan tahap kematangan biologi bagi kanak-kanak lelaki adalah pada


tahap PH1 (9, 20.9%), PH2 (30, 69.8%) dan PH3 (4, 9.3%) manakala bagi
kanak-kanak perempuan berada pada tahap B1 (2, 4.9%), B2 (20, 48.8%),
B3 (15, 36.6%) dan B4 (4, 9.8%). Hal ini menunjukkan sememangnya
terdapat perbezaan bagi permulaan dan masa yang diperlukan bagi kanak-

7
Kajian Sukan di Malaysia

kanak untuk maju daripada peringkat sebelum matang ke peringkat matang


bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan sama ada dalam kalangan jantina
yang sama ataupun antara jantina yang berbeza (Malina, 1991). Hal ini
juga menunjukkan bahawa umur kronologi bukanlah petunjuk yang tepat
untuk menjelaskan tahap kematangan biologi kanak-kanak. Kematangan
biologi kanak-kanak tidak semestinya selaras dengan umur kronologi
mereka. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Malina et al. (2004), terdapat
sebahagian subjek dalam kumpulan umur yang sama, mencapai tahap
kematangan biologi mendahului umur kronologi. Manakala sebahagiannya
lewat mencapai kematangan biologi berbanding umur kronologi mereka
(Malina et al., 2004).
Penjelasan ini selaras dengan kajian lampau yang juga melaporkan
dalam kumpulan umur yang sama terdapat variasi bagi tahap kematangan
biologi (Nedeljkovic et al., 2007). Umur kronologi, tumbesaran dan
kematangan biologi adalah saling berkaitan (Haywood & Getchell, 2005).
Kanak-kanak akan cenderung berkembang dari segi saiz dan kematangan.
Walau bagaimanapun, dimensi ini akan bergerak dengan tempo dan
tempoh masa tersendiri. Dua orang kanak-kanak yang sama umur
kronologi berkemungkinan mempunyai tahap kematangan biologi yang
berbeza, seorang mengalami awal kematangan manakala seorang lagi
lewat matang. Begitu juga situasi, dua orang kanak-kanak yang sama saiz
badan tetapi umur kronologi yang berbeza dan mereka berkemungkinan
mempunyai tahap kematangan yang sama ataupun berbeza. Oleh itu, adalah
sukar membuat kesimpulan berkaitan kematangan biologi hanya merujuk
kepada faktor umur atau/dan saiz badan. Menurut Haywood & Getchell
(2005), seseorang kanak-kanak berkemungkinan mempunyai saiz tubuh
yang kecil dan mengalami sedikit tumbesaran tetapi berkemungkinan
secara relatifnya matang bagi umur kronologinya.
Selain itu, wujud perbezaan yang signifikan bagi ciri-ciri antropometri
dan prestasi motor kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan
berdasarkan tahap kematangan biologi mereka sebagaimana yang
ditunjukkan dalam Jadual 1.2. Tahap kematangan biologi menjelaskan
34% (η2=0.34) varian dalam antropometri dan prestasi motor kanak-kanak
lelaki dan menjelaskan 36% (η2=0.36) varian dalam antropometri dan
prestasi motor kanak-kanak perempuan. Analisis univariat F menunjukkan

8
Kematangan Biologi, Antropometri dan Prestasi Motor dalam Kalangan Kanak-kanak

perbezaan signifikan yang wujud bagi kanak-kanak lelaki adalah BB, BMI
dan BT manakala bagi kanak-kanak perempuan adalah TB dan BT.

Jadual 1.2 Analisis MANOVA bagi antropometri dan prestasi motor


berdasarkan tahap kematangan biologi

Tahap kematangan biologi


Lelaki Perempuan
F Eta squared F Eta squared
n=43 n=42
Berat badan (BB) 6.29** 0.24
BMI 5.38** 0.21
Tinggi berdiri (TB) 3.30* 0.21
Bangkit tubi (BT) 5.95** 0.23 3.94 ** 0.24
Multivariat F 2.51** 2.70*
Eta squared 0.34 0.36

* p < 0.05 ** p < 0.01

Ujian Post-Hoc Bonferroni dijalankan bagi mengenal pasti pasangan


min yang menunjukkan perbezaan signifikan dalam min BB, BMI dan BT
bagi kanak-kanak lelaki dan min TB dan BT bagi kanak-kanak perempuan
berdasarkan tahap kematangan biologi. Jadual 1.3, kanak-kanak lelaki
pada tahap PH3 memperoleh min BB dan min BMI yang lebih tinggi
berbanding kanak-kanak lelaki pada tahap PH1. Bagi BT, kanak-kanak
lelaki PH2 memperoleh min BT yang lebih tinggi berbanding kanak-
kanak lelaki pada tahap PH1. Kanak-kanak perempuan pada tahap B4
mempunyai min TB yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak pada tahap
B2. Walaupun wujud perbezaan yang signifikan bagi min BT berdasarkan
tahap kematangan biologi bagi kanak-kanak perempuan, namun perbezaan
min BT antara tahap kematangan biologi tidak begitu ketara.

9
Kajian Sukan di Malaysia

Jadual 1.3 Ujian Post-Hoc Bonferroni bagi perbezaan min antara tahap
kematangan biologi bagi antropometri dan prestasi motor

Pemboleh ubah bersandar Tahap Tahap Perbezaaan min


kematangan kematangan
(min) (min)
Lelaki
Berat badan (BB) PH1 PH3 -26.75**
BMI PH1 PH3 -8.558**
Bangkit tubi (BT) PH1 PH2 -10.29**
Perempuan
Tinggi berdiri (TB) B2 B4 -14.50*

* p < 0.05 ** p < 0.01

Hasil analisis mendapati tahap kematangan biologi yang berbeza


mempengaruhi ciri-ciri antropometri dan prestasi motor bagi kanak-kanak
lelaki dan perempuan. Berdasarkan tahap kematangan biologi, perbezaan
bagi pengukuran antropometri kanak-kanak lelaki adalah berat dan BMI,
manakala bagi kanak-kanak perempuan adalah ketinggian. Sebagaimana
yang dilaporkan dalam kajian Katzmarzyk et al. (1997), kesan kematangan
biologi bagi kanak-kanak 7 hingga 12 tahun dipamerkan melalui saiz
badan mereka. Bagi pengukuran prestasi motor, perbezaan yang signifikan
wujud mengikut tahap kematangan biologi adalah skor ujian bangkit tubi
bagi kedua-dua jantina. Kanak-kanak lelaki pada tahap PH3 memperoleh
min berat dan min BMI yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki
pada tahap PH1. Bagi kanak-kanak perempuan, perbezaan min yang
signifikan wujud antara min ketinggian kanak-kanak perempuan pada
tahap B2 dan B4. Kanak-kanak perempuan pada tahap B4 mempunyai
min ketinggian yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak pada tahap B2.
Perbezaan yang signifikan wujud mengikut tahap kematangan biologi
bagi min skor ujian bangkit menunjukkan kanak-kanak lelaki pada tahap
PH2 memperoleh min skor ujian bangkit yang lebih tinggi berbanding
kanak-kanak lelaki pada tahap PH1. Hal menunjukkan, kanak-kanak
yang tahap kematangan lebih tinggi akan lebih berat dan lebih tinggi

10
Kematangan Biologi, Antropometri dan Prestasi Motor dalam Kalangan Kanak-kanak

berbanding mereka yang mempunyai tahap kematangan yang rendah.


Kanak-kanak lelaki yang berada pada tahap PH2 mempunyai lebih berat
badan berbanding mereka yang berada pada tahap PH1. Kanak-kanak
lelaki PH2 juga didapati mempunyai keupayaan yang lebih baik bagi
skor ujian bangkit tubi berbanding mereka yang berada pada tahap PH1.
Kanak-kanak perempuan yang berada pada tahap B4 didapati lebih tinggi
berbanding mereka yang berada pada tahap B1.
Penjelasan ini selaras dengan kenyataan oleh Malina (1996, 1998)
bahawa terdapat perbezaan dari segi saiz, susuk tubuh dan komposisi
badan bagi kanak-kanak yang awal mencapai tahap kematangan biologi
berbanding mereka yang secara purata atau lambat mencapai tahap
kematangan biologi. Sebahagian daripada variasi terhadap saiz, susuk tubuh
dan komposisi badan adalah disebabkan variasi dalam tahap kematangan
biologi. Umumnya, kanak-kanak awal matang lebih tinggi dan berat bagi
peringkat umur mereka berbanding kanak-kanak lewat matang. Menurut
Gabbard (2008), kanak-kanak lelaki awal matang lebih mesomorf manakala
kanak-kanak perempuan awal matang lebih endomorf. Kanak-kanak lelaki
dan perempuan yang lewat matang cenderung mempunyai kurang berat
badan bagi ketinggian mereka (Gabbard, 2008). Penjelasan yang dbuat
juga sejajar dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Jones et al. (2000)
yang melaporkan, kematangan biologi memberi pengaruh yang besar
dalam pengukuran prestasi motor bagi kanak-kanak lelaki tetapi kurang
pengaruh bagi kanak-kanak perempuan. Walau bagaimanapun, penjelasan
tersebut bertentangan dengan hasil kajian oleh Mota et al. (2002). Mota
et al. (2002) melaporkan dalam kalangan kanak-kanak lelaki, berat badan
dan ketinggian didapati berbeza berdasarkan tahap kematangan biologi
tetapi penjelasan yang dibuat mendapati hanya berat badan kanak-kanak
lelaki yang berbeza manakala ketinggian bagi kanak-kanak perempuan
berdasarkan tahap kematangan biologi.
Bagi menentukan kesan utama kematangan biologi terhadap ciri-
ciri antropometri dan prestasi motor kanak-kanak lelaki dan perempuan,
faktor-faktor lain seperti umur kronologi dan Socio Econmic Status
(SES) perlu diambil kira. Setelah mengambil kira umur kronologi dan
SES murid, perbezaan signifikan bagi ciri-ciri antropometri dan prestasi
motor berdasarkan tahap kematangan biologi hanya wujud bagi kanak-

11
Kajian Sukan di Malaysia

kanak lelaki sahaja (Jadual 1.4). Tahap kematangan biologi menjelaskan


36% (η2=0.36) varian dalam antropometri dan prestasi motor kanak-kanak
lelaki. Perbezaan signifikan berdasarkan tahap kematangan biologi selepas
umur kronologi dan SES diambil kira bagi kanak-kanak lelaki adalah berat
badan (p=0.004), BMI (p=0.011) dan skor ujian bangkit tubi (p=0.009).
Hal ini jelas menunjukkan bahawa perbezaan bagi antropometri (berat dan
BMI) dan prestasi motor (skor ujian bangkit tubi) bagi kanak-kanak lelaki
adalah disebabkan oleh perbezaan tahap kematangan biologi. Perbezaan
ini tidak dipengaruhi oleh kesan umur kronologi dan SES mereka.

Jadual 1.4 Analisis MANCOVA bagi antropometri dan prestasi motor


berdasarkan tahap kematangan biologi, umur kronologi dan SES.

Kematangan biologi Umur kronologi (UK) SES


Lelaki (n=43)
Berat badan (BB) 6.26** 0.47 0.44
BMI 5.12 * 0.16 0.17
Bangkit tubi (BT) 5.29** 0.65 0.63
Multivariat F 2.55** 0.94 0.42
Eta squared 0.36 0.17 0.08
Perempuan (n=41)
Tinggi berdiri (TB) 2.72 0.00 0.10
Bangkit tubi (BT) 2.51 1.45 0.01
Multivariat F 1.57 0.29 0.14
Eta squared 0.26 0.07 0.03

* p < 0.05 ** p < 0.01

Seterusnya, analisis regresi berganda (stepwise) dijalankan bagi


menentukan sumbangan kematangan biologi terhadap faktor berat badan
dan ujian bangkit tubi bagi kanak-kanak lelaki dan faktor tinggi berdiri
bagi kanak-kanak perempuan. Hasil analisis regresi berganda diringkaskan
dalam Jadual 1.5. Keputusan analisis regresi berganda menunjukkan,
kematangan biologi menyumbang kepada BB [R2=0.230, F(1,41)=12.333,

12
Kematangan Biologi, Antropometri dan Prestasi Motor dalam Kalangan Kanak-kanak

p=0.001] dan peramal yang signifikan bagi BT [R2=0.119, F(1,41)=5.557,


p=0.023] kanak-kanak lelaki. Kematangan biologi menyumbang sebanyak
23% varian dalam faktor berat badan dan 12% varian dalam skor bangkit
tubi.

Jadual 1.5 Analisis Regresi Berganda Stepwise bagi kematangan biologi


mengikut jantina.

Jantina Lelaki
b R2 F
N = 43
Analisis regresi Berat badan (BB) 0.48** 0.23 12.33
Bangkit tubi (BT) 0.34* 0.12 5.56

* p < 0.05 ** p < 0.01

Sebanyak 77% varian dalam faktor berat dan 88% varian dalam skor
bangkit tubi yang tidak dapat diramalkan berkemungkinan disebabkan
faktor lain yang tidak dikaji dalam kajian ini. Hal ini bererti, kematangan
biologi memberi sumbangan kepada skor berat (b=0.479, p=0.001) dan
dapat meramal skor bangkit tubi (b=0.345, p=0.023) secara signifikan.
Hal ini juga menjelaskan bahawa variasi bagi berat badan dan skor ujian
bangkit tubi kanak-kanak lelaki adalah disebabkan oleh variasi tahap
kematangan biologi mereka.
Sebagaimana kajian lampau, dapatan kajian ini turut menunjukkan
kematangan biologi juga mempengaruhi antropometri selain prestasi
motor dalam kalangan kanak-kanak. Sebagaimana yang dijelaskan
oleh Jones et al. (2000), tahap kematangan biologi berhubung secara
signifikan dengan pengukuran prestasi motor yang dijalankan. Dilaporkan
kematangan biologi boleh mengubah kesan saiz badan ke atas pelbagai
prestasi motor. Sebagaimana dicadangkan oleh Nedeljkovic et al. (2007),
kematangan biologi perlu diambil kira apabila menaksir data-data
ujian prestasi motor yang dijalankan ke atas subjek remaja. Selain itu,
dicadangkan juga pemangkatan dalam kecergasan fizikal perlu mengambil
kira faktor kematangan biologi terutamanya bagi kanak-kanak lelaki. Oleh

13
Kajian Sukan di Malaysia

itu, sebarang usaha sama ada untuk menilai tahap prestasi motor atau
pemilihan dalam bidang sukan, faktor kematangan perlu diambil kira. Hal
ini disebabkan, selain faktor kemahiran, mereka yang terpilih dalam aktiviti
sukan sebahagiannya adalah disebabkan saiz dan susuk tubuh yang juga
menjadi kriteria dalam sesuatu pemilihan (Malina, 1996). Sebagaimana
yang telah diperbincangkan, sebahagian daripada variasi terhadap saiz,
susuk tubuh dan komposisi badan adalah disebabkan variasi dalam tahap
kematangan biologi. Malina et al. (2004) menjelaskan bahawa kriteria
fizikal adalah faktor terpilih dalam kebanyakan sukan dan kejayaan dalam
sukan pada peringkat umur yang muda sangat dipengaruhi oleh saiz dan
susuk badan. Kanak-kanak lelaki yang selalunya aktif dan berjaya dalam
sukan lebih cenderung mempunyai kelebihan dalam kematangan biologi,
yang diperlihat berdasarkan saiz badan mereka yang besar dan tumbesaran
yang cepat semasa peringkat kanak-kanak dan remaja (Malina, 1998).

KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan, faktor kematangan biologi
perlu diambil kira terutama dalam pengukuran prestasi motor dalam usaha
membentuk profil antropometri dan kecergasan fizikal ini kanak-kanak
di Malaysia. Tindakan ini akan dapat membentuk satu profil kecergasan
fizikal kanak-kanak dan remaja di Malaysia yang lebih praktikal dan
berinformasi terutama dalam mengklasifikasikan tahap prestasi motor
kanak-kanak di Malaysia.

CADANGAN
Kajian untuk melihat hubungan saling berkaitan antara tumbesaran,
kematangan dan prestasi motor dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia
perlu dijalankan dengan skop yang lebih luas. Kajian-kajian masa depan
perlu melibatkan jumlah sampel yang lebih besar yang merangkumi
pelbagai latar belakang. Kajian yang akan dijalankan juga perlu melibatkan
kanak-kanak pelbagai peringkat umur dan terlibat dengan pelbagai jenis
sukan. Faktor-faktor lain yang berkemungkinan boleh mempengaruhi
tumbesaran, kematangan dan prestasi motor mereka juga perlu dikaji.

14
Kematangan Biologi, Antropometri dan Prestasi Motor dalam Kalangan Kanak-kanak

RUJUKAN
Baxter-Jones, A.D.G., & Sherar, L.B. (2007). Growth and Maturation. In. N.
Armstrong (Ed). Paediatric Exercise Physiology, 1, (1-26). China: Elsevier
Limited.
Gabbard, C.P. (2008). Lifelong Motor Development (5th Ed.). San Francisco:
Pearson Benjamin Cummings.
Haywood, K.M., & Getchell, N. (2005). Life Span Motor Development (4th Ed.).
Champaign, IL: Human Kinetics.
Jones, M.A., Hitchen, P.J,. & Stratton, G. (2000). The importance of considering
biological maturity when assessing physical fitness measures in girls and boys
aged 10 to 16 years. Annals of Human Biology, 276(1), 57-65.
Katzmarzyk, P.T., Malina R.M., & Buenen, G.P. (1997). The contribution of
biological maturation to the strength and motor fitness of children. Annals of
Human Biology, 24(6), 493-505.
Lee, K., Valeria, B., Kochman, C., & Lenders, C.M. (2006). Self-Assessment
of height, weight and sexual maturation: Validity in overweight children and
adolescents. Journal of Adolescent and Health, 39(2), 346-352.
Leone, M., & Comtois, A.S. (2007). Validity and reliability of self-assessment
of sexual maturity in elite adolescent athletes. Journal of Sports Medicine and
Physical Fitness, 47(3), 361-365.
Malina, R.M. (1998). Growth and maturation of young athletes. Is training for
sport a factor?. In K.M. Chan & E.J. Micheli (Eds.). Sport and children (133-
161). Hong Kong: Williams and Wilkin.
Malina, R.M. (1996). The young athlete: Biological growth and maturation in a
biocultural. In F.L. Smoll & R.E. Smith (Eds.). Children and youth in sport:
A biopsychosocial perspective (161-186). Madison: Brown and Benchmark.
Malina, R.M., & Bouchard, C. (1991). Growth, maturation and physical activity.
Champaign, IL: Human Kinetics.
Malina, R.M., Bouchard, C., & Bar-Or, O. (2004). Growth, Maturation and
Physical Activity (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.
Malina, R.M., Cumming, S.P., Kontos, A.P., Eisenmann, J.C., Ribeiro, B., &
Aroso, J. (2005). Maturity-Associated variation in sport-specific skills of youth
soccer players aged 13-15 years. Journal of Sports Science, 23(5), 515-22
Malina, R.M., Eisenmann, J.C., Cumming, S.P., Ribeiro, B., & Aroso, J. (2004).
Maturity- associated variation in the growth and functional capacities of

15
Kajian Sukan di Malaysia

youth football (soccer) players 13-15 years. European Journal of Applied


Physiology, 91(5-6), 555-562.
Mota, J., Guerra, S., Leandro, C., Pinto, A., Ribeiro, J.C., & Duarte, J.A. (2002).
Association of maturation, sex and body fat in cardiorespiratory fitness.
American Journal of Human Biology, 14(6), 707-712.
Nedeljkovic, A, Mirkov, DM, Kukolj, M, Ugarkovic, D., & Jaric, S. (2007).
Effect of maturation on the relationship between physical performance and
body size. Journal of Strength and Conditioning Research, 21(1), 245-250.
Pearson, D.T., Naughton, G.A., & Torode, M. (2006). Predictability of
physiological testing and the role of maturation in talent identification for
adolescent team sports. Journal of Science and Medicine in Sport, 9(4), 277-
287
Prett, M. (1989). Strength, flexibility and maturity in adolescent athletes. American
Journal of Diseases of Children, 143(5), 560-563.
Ribeiro, J., Santos, P., Duarte, J., & Mota, J. (2006). Association between
overweight and early sexual maturation in Portuguese boys and girls. Annals
of Human Biology, 33(1), 55-63.
Tanner, J.M. (1962). Growth at adolescence (2nd ed.). Oxford: Blackwell Scientific.

16
Bab 2
Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan
Jasmani Selama 80 Minit
di Sekolah Menengah
Soh Kim Geok, Aminuddin Yusof, Soh Kim Lam,
Zainol Rashidi Md. Noor dan Siti Zarifah Alauddin

PENDAHULUAN
Pendidikan Jasmani (PJ) merupakan satu subjek yang unik. Ini adalah
kerana subjek ini menyentuh kesemua domain dalam pengajaran dan
pembelajaran. Justeru, matapelajaran ini dilihat boleh membentu pelajar
secara menyeluruh meliputi aspek kognitif, psikomotor, dan afektif
(Sebley & Etnier, 2003). Dalam hal ini, guru memainkan peranan yang
penting sebagai medium yang bagi memastikan objektif pengajaran dan
pembelajaran yang pelbagai ini dapat dicapai sepenuhnya (Chow et al.,
2007).
Peranan guru dilihat semakin penting sebagai pembentuk modal insan
di masa hadapan. Walaupun begitu, perdebatan sentiasa berlaku di antara
para pendidik dan komuniti mengenai status mata pelajaran PJ di sekolah.
Walaupun mata pelajaran PJ adalah mata pelajaran wajib di sekolah, namun
mata pelajaran ini dirasakan tidak penting kerana ia bukan mata pelajaran
peperiksaan. Lantaran itu, mata pelajaran PJ sentiasa dianaktirikan di
sekolah dan sedikit demi sedikit masa yang diperuntukkan untuk pengajaran
dan pembelajaran PJ juga berkurangan. Surat pekeliling ikhtisas bilangan
25/1998 memaklumkan bahawa peruntukan masa bagi mata pelajaran
PJ di sekolah menengah adalah sebanyak 60 waktu setahun dan setiap
waktu adalah sebanyak 40 minit (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1995;
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1998). Walau bagaimanapun, pihak
Kajian Sukan di Malaysia

sekolah dibenarkan untuk menggabungkan masa pengajaran kepada


jadual waktu anjal (80 minit) satu sesi per minggu. Surat Pekeliling
Ikhtisas Bilangan 10/1995 memaklumkan penyusunan jadual waktu
hendaklah berdasarkan prinsip memberikan waktu yang lebih panjang dan
bergabung bagi sesuatu mata pelajaran pada hari berkenaan (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 1995; Kementerian Pelajaran Malaysia, 1998).
Sesi pembelajaran PJ juga tidak terkecuali daripada pelaksanaan jadual
waktu anjal ini. Oleh yang demikian, masa pengajaran dan pembelajaran
menjadi 80 minit secara berterusan dan dijalankan sekali sahaja dalam
masa seminggu. Disebabkan mata pelajaran PJ juga dikongsi bersama-
sama dengan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dalam nisbah (3:1).
Maka, ada minggu-minggu tertentu dalam masa sebulan mata pelajaran PJ
tidak dijalankan di sekolah menengah.
Dalam pelaksanaan jadual waktu anjal, sekolah yang mempunyai
sumber manusia terhad telah menggunapakai khidmat guru bukan opsyen
untuk mengajar mata pelajaran PJ. Ini telah mengakibatkan wujud keadaan
yang mana guru bukan opsyen PJ diberi tugas bagi mengajar subjek PJ
di sekolah. Keadaan ini umumnya menyebabkan guru bukan opsyen rasa
tertekan berikutan perubahan dalam persekitaran pengajaran yang mana
masa lebih kerap dihabiskan di padang dan gimnasium berbanding di
bilik darjah. Selain daripada isu persekitaran, guru bukan opsyen juga
menghadapai masalah dalam penyesuaian dengan pelajar kerana cara
berinteraksi juga berbeza ketika berada di padang berbanding dengan di
bilik darjah. Guru yang mempunyai nada suara yang kecil sudah pasti
berhadapan dengan masalah untuk mengawal pelajar kerana kawasan
pembelajaran lebih luas dan memerlukan suara yang lantang dalam
pengawalan kelas. Suara yang lantang amat penting dalam memastikan
pelajar dapat mendengar dengan jelas, memahami arahan dan aktiviti
pengajaran dapat dijalankan dengan lancar. Ini mendatangkan masalah
interaksi antara pelajar dan guru dan jika tiada penyesuaian yang baik
antara guru dan pelajar, hal ini memberi kesan buruk dalam pengalaman
pembelajaran pelajar di dalam kelas PJ di sekolah (Spilt et al., 2011).
Guru bukan opsyen berhadapan dengan situasi yang mana sikap pelajar
juga berbeza ketika di padang berbanding ketika berada di dalam bilik
darjah. Ketika berada dalam bilik darjah, kelakuan dan sikap pelajar lebih

18
Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 80 Minit di Sekolah Menengah

mudah diramal dan dikawal berbanding di luar bilik darjah seperti padang
yang menyediakan ruang lebih besar kepada pelajar untuk bergerak dan
berinteraksi di antara satu sama lain. Masalah tekanan dan interaksi yang
kurang antara guru bukan ospyen dan pelajar dalam kelas PJ adalah
satu isu serius dan perlukan kerjasama daripada pelbagai pihak bagi
mencapai penyelesaian bersama. Hal ini dapat membantu menjamin mutu
pengajaran dan pembelajaran PJ yang dijalankan di sekolah dan sekali gus
mengangkat martabat mata pelajaran PJ ke status yang sepatutnya.
Tugas seorang guru yang efisen adalah apabila ia berjaya
mempengaruhi pelajar untuk belajar dan kekal konsisten terhadap
pembelajaran sepanjang berada di dalam kelas (Klassen et al., 2011). Jika
dilihat, guru opsyen PJ lebih mahir dalam membina konsentrasi pelajar
berbanding guru bukan opsyen (Julismah, 2006). Justeru itu, pentadbir
perlu melihat isu guru PJ ini secara serius. Ini kerana hanya guru yang
bertauliah dalam bidang PJ sahaja mampu untuk memberikan pengajaran
yang berkesan. Seharusnya masa yang diperuntukkan dalam waktu PJ di
sekolah menengah dimanfaatkan sepenuhnya bagi membolehkan pelajar
menguasai kemahiran yang diajar. Dengan ini, diharap pelajar yang telah
memiliki kemahiran ini akan meneruskan aktiviti fizikal yang dipelajari di
sekolah ini sebagai sebahagaian daripada amalan hidup mereka.

DILEMA PELAKSANAAN PJ DI MALAYSIA


Guru opsyen PJ terdiri daripada guru-guru sekolah menengah yang memiliki
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang PJ atau Sains Sukan, manakala guru
bukan opsyen PJ pula terdiri daripada guru-guru sekolah menengah yang
memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang selain PJ atau Sains Sukan
tetapi mengajar mata pelajaran tersebut. Isu kekurangan sumber manusia
dalam bekalan guru opsyen PJ yang tidak mencukupi telah mewujudkan
keadaan yang mana guru yang mengajar PJ di sekolah terdiri daripada guru
opsyen PJ dan bukan opsyen PJ. Dalam hal ini, persoalan sama ada guru
bukan opsyen PJ berkemampuan untuk mengajar mata pelajaran PJ dengan
berkesan sentiasa menjadi persoalan dan perkara ini turut dinyatakan oleh
Julismah dalam penulisan beliau (Julismah, 2006). Tambahan pula, waktu
anjal dilaksanakan bagi mata pelajaran PJ di sekolah menengah menuntut
guru untuk mengajar selama 80 minit bagi satu sesi pengajaran. Justeru,

19
Kajian Sukan di Malaysia

kemampuan guru-guru bukan opsyen ini untuk melaksanakan kelas PJ


yang lebih lama (80 minit) secara berkesan menjadi lebih mencabar hasil
daripada limitasi dari segi latihan dan ilmu konten berbeza yang diterima
semasa pengajian mereka.

Perbezaan Pengajaran Guru Opsyen dan Bukan Opsyen PJ


di Sekolah Menengah
Secara keseluruhan, guru bukan opsyen didapati tidak dapat melaksanakan
pengajaran PJ selama 80 minit dengan baik dan berkesan. Berdasarkan
data yang diperoleh, didapati bahawa guru bukan opsyen PJ kurang mahir
dari segi pengendalian kelas secara keseluruhan, di mana penekanan
hanya tertumpu di bahagian gerak kerja kelas/permainan kecil. Purata
masa yang digunakan oleh guru bukan opsyen PJ adalah jauh lebih lama
berbanding dengan guru opsyen PJ. Masa untuk guru bukan opsyen ialah
37.00 minit atau 46.20% berbanding dengan guru opsyen iaitu 23.00 minit
atau 28.70%. Keadaan ini membuktikan bahawa guru bukan opsyen PJ
sebenarnya tidak memiliki kemahiran dan ilmu konten untuk mengajar
mata pelajaran PJ, di mana guru-guru ini biasanya hanya membiarkan
pelajar seliaan mereka bermain tanpa bimbingan.
Amnya guru bukan opsyen ini menghadapai masalah untuk
mempelbagaikan aktiviti pengajaran mereka. Lantaran itu, banyak masa
diperuntukan kepada pelajar hanya untuk bermain secara total. Sebagai
contoh, dengan memberikan sebiji bola kepada pelajar untuk bermain
sepanjang pengajaran dan pembelajaran tanpa memberi apa-apa maklum
balas terhadap aktiviti yang dijalankan. Keputusan ini adalah selaras
dangan dapatan yang dilaporkan oleh Julismah (2006), di mana, 2.90%
orang guru bukan opsyan PJ dilaporkan mempunyai tahap ilmu konten
pada tahap tinggi. Manakala 94.20% pula mempunyai tahap ilmu konten
sederhana, dan selebihnya 2.90% mempunyai tahap ilmu konten pada
tahap rendah. Situasi yang sebaliknya pula dilaporkan dalam kalangan
guru opsyen PJ di mana 96.00% daripada gurunya dilaporkan memiliki
tahap ilmu pada tahap tinggi, manakala selebihnya 4.00% dilaporkan
memiliki tahap ilmu konten sederhana. Selain daripada itu, Julismah
(2006) juga melaporkan bahawa guru bukan opsyen tidak mengajar

20
Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 80 Minit di Sekolah Menengah

subjek yang berkaitan dengan sukan semasa mengajar mata pelajaran PJ.
Keadaan ini telah menyebabkan pelajar di sekolah tertentu tidak mendapat
ilmu berkaitan dengan pendidikan sukan yang sepatutnya dipelajari oleh
mereka bila berada di bangku sekolah. Akibatnya, wujudlah halangan
bagi menggalakkan pelajar ini untuk menyertai sukan secara sepenuhnya
hasil daripada tiada atau kurang pendedahan awal yang diperoleh di
sekolah. Keadaan ini sudah pasti akan merencatkan mencapai matlamat
Dasar Sukan Negara khususnya sukan massa.
Sebaliknya bagi guru opsyen PJ, perjalanan pengajaran mata pelajaran
PJ didapati lebih tersusun dan seimbang. Guru PJ didapati amat menitik
beratkan aspek memanas dan menyejukkan badan kerana ia adalah
eleman yang penting sebelum memulakan dan mengakhiri kelas PJ. Sesi
memanaskan badan adalah perlu bagi menyediakan otot-otot sebelum
memulakan sesuatu aktiviti, manakala sesi menyejukkan badan yang
mencukupi adalah perlu untuk membantu mengembalikan kandungan asid
laktik di dalam darah ke paras yang normal dan ia wajid dijalankan bagi
mengurangkan risiko kecederaan (Takizawa et al., 2011).
Kajian menunjukkan sesi memanas dan menyejukkan badan oleh
guru opsyen PJ mengambil masa 10.23 minit atau 12.79% dan 4.40 minit
atau 5.50% berbanding guru bukan opsyen PJ iaitu hanya 4.40 minit atau
5.5% (memanaskan badan) dan 1.90 minit atau 2.37% (menyejukkan
badan). Dalam hal ini, peruntukan masa yang mencukupi dan bersesuaian
berpandukan tempoh pengajaran selama 80 minit diperlihatkan oleh
guru-guru opsyen PJ. Selain daripada itu, item lain yang didapati turut
ditititberatkan oleh guru opsyen PJ tapi kurang diberikan perhatian oleh
guru bukan opsyen PJ adalah item lima (demonstrasi), enam (ansur maju),
tujuh (individu/berpasangan/berkumpulan), dan sembilan (penilaian).
Dalam hal ini, kekangan dari segi kemahiran dan ilmu konten untuk
mengajar mata pelajaran PJ dalam kalangan guru bukan opsyen PJ
jelas kelihatan. Kekangan ini diperlihatkan dari segi kelemahan untuk
mempelbagaikan aktiviti demonstrasi, ansur maju, aktiviti individu/
berpasangan/berkumpulan, dan penilaian kemahiran.

21
Jadual 2.1 Perbandingan penggunaan masa 80 minit dalam pengajaran dan pembelajaran PJ
antara guru opsyen dan bukan opsyen PJ

ITEM AKTIVITI OPSYEN PJ (a) BUKAN PERBEZAAN


OPSYEN PJ (b) MASA (a-b)
Minit % Minit % Minit %

1 Pengurusan kelas/ Pelajar 8.90 11.13 12.60 15.75 -3.70 -4.62


2 Penyediaan Peralatan 4.85 6.06 5.40 6.75 -0.55 -0.69
3 Penerangan guru 5.80 7.25 5.40 6.75 0.40 0.50
4 Memanaskan badan 10.23 12.79 4.40 5.50 5.83 7.29

22
5 Demonstrasi 4.30 5.37 1.20 1.50 3.10 3.87
6 Ansur maju 4.40 5.50 1.00 1.25 3.40 4.25
Kajian Sukan di Malaysia

7 Aktiviti individu/ berpasangan /ber kumpulan 5.56 6.95 2.30 2.88 3.26 4.07
8 Gerak kerja kelas/ Permainan kecil 23.00 28.75 37.00 46.25 -14.00 -17.50
9 Penilaian 3.70 4.62 0.80 1.00 2.90 3.62
10 Menyejukkan badan 4.40 5.50 1.90 2.37 2.50 3.13
11 Mengemas peralatan 4.00 5.00 4.80 6.00 -0.80 -1.00
Masa yang digunakan 79.14 98.92 76.80 96.00 2.34 2.92
Masa yang tidak digunakan 0.86 1.08 3.20 4.00 -2.34 -2.92
Jumlah 80 100 80 100 - -
Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 80 Minit di Sekolah Menengah

Umumnya, guru opsyen PJ memperuntukkan masa yang lebih


terhadap aktiviti demonstrasi bagi membolehkan pelajarnya memahami
dan merasai kemahiran yang hendak diajar (Sibley & Etnier, 2003;
Rink, 2002). Manakala, ansur maju pula menekankan aspek pengajaran
secara berfasa dan dijalankan langkah demi langkah bagi membolehkan
pelajar menguasai kemahiran secara berperingkat (Rink, 2002). Ini jelas
dibuktikan dalam dapatan kajian ini di mana guru opsyen PJ mengambil
masa yang lebih lama dan memadai bagi menjalankan aktiviti demostrasi
secara berkesan iaitu 4.30 minit atau 5.37% berbanding dengan guru
bukan opsyen PJ hanya memperuntukan masa yang terlalu singkat iaitu
1.2 minit atau 1.5% untuk item ini. Manakala, bagi item ansur maju pula
peruntukan masa yang lebih singkat lagi dilaporkan dalam kalangan guru
bukan opsyen PJ iaitu 1.00 minit atau 1.25% berbanding dengan 4.40
minit atau 5.50% bagi guru opsyen PJ.
Keadaan yang hampir sama juga dilaporkan bagi item aktiviti
individu/berpasangan/berkumpulan dan penilaian kemahiran. Dalam hal
ini, didapati bahawa guru bukan opsyen PJ tidak menekankan eleman ini,
di mana masa yang diambil untuk kedua-dua aktiviti ini masing-masing
adalah 2.30 minit atau 2.88%, dan 0.80 minit atau 1.00% minit bagi guru
bukan opsyen PJ berbanding dengan 5.56 minit atau 6.95%, dan 3.70 minit
atau 4.62% minit oleh guru opsyen PJ. Menurut Hardman dan Marshall
(2000), penilaian merupakan aspek yang penting dalam pengajaran
PJ kerana ia digunakan bagi mengukur pemahaman pelajar mengenai
kemahiran yang dipelajari.
Akibat dari segi kekangan kemahiran mengajar PJ dan limitasi dari
segi ilmu konten, ramai guru bukan opsyen PJ bergantung kepada item
lapan iaitu gerak kerja kelas/permainan kecil bagi menghabiskan masa
pengajaran mereka. Dalam hal ini, didapati bahawa guru bukan opsyen
PJ memperuntukan masa yang jauh lebih lama iaitu sebanyak 37.00 minit
atau 46.25% berbanding dengan 23.00 minit atau 28.75% dalam kalangan
guru opsyen PJ. Walau bagaimanapun, bila diperhalusi dengan lebih
teliti didapati bahawa aspek pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan
oleh guru bukan opsyen PJ pada item ini amat terhad, di mana pelajar
umumnya dibiarkan bermain secara bebas dengan kawalan yang minimal.
Justeru, wujudlah situasi atau keadaan di mana pelajar yang ramai bermain

23
Kajian Sukan di Malaysia

dengan sebiji bola atau mengejar sebiji bola semasa kelas PJ khususnya
bagi kelas yang dikendalikan oleh guru bukan opsyen PJ. Keadaan ini
bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dalam kajian Julismah (2006),
dilaporkan bahawa 24.50% orang guru bukan opsyen PJ tidak mengajar
tajuk bidang sukan dalam pelajaran PJ. Selain daripada itu, situasi yang
diwujudkan oleh guru bukan opsyen PJ umumnya juga telah menyebabkan
masyarakat yang memerhatikan keadaan ini mempunyai persepsi bahawa
mata pelajaran PJ adalah mata pelajaran “bermain” yang mampu diajar
oleh sesiapa sahaja. Ini telah menyebabkan kredibiliti mata pelajaran PJ
itu semakan merosak di pandangan masyarakat.
Selain daripada itu, guru bukan opsyen PJ juga didapati
memperuntukkan masa yang lebih lama dari segi item satu (pengurusan
kelas/pelajar) dan 11 (mengemas peralatan). Kajian menunjukkan bahawa
guru opsyen PJ memperuntukkan 8.90 minit atau 11.13% bagi pengurusan
kelas/pelajar berbanding guru bukan opsyen yang memerlukan masa
12.65 minit atau 15.75%. Ini menunjukkan bahawa guru bukan opsyen
memerlukan masa yang lebih panjang untuk memulakan dan mengakhiri
sesi pengajaran berbanding dengan guru opsyen PJ. Situasi ini wujud
mungkin disebabkan oleh dua punca utama iaitu pertamanya berkaitan
dengan kekangan dari segi pengalaman dan kemahiran mengurus kelas PJ
dalam kalangan guru bukan opsyen PJ, dan keduanya mungkin disebabkan
waktu pengajaran PJ selama 80 minit itu adalah terlalu lama bagi guru
bukan opsyen PJ, keadaan ini menyebabkan mereka tidak tergesa-gesa
bagi memulakan sesi pengajaran mereka (merasakan ada masa yang lama
untuk kelas PJ), tambahan pula, hanya aspek gerak kerja kelas/permainan
kecil sahaja yang banyak ditekankan bagi menghabiskan masa pengajaran
mereka. Ini dapat dibuktikan bardasarkan dapatan dalam kajian ini dimana
guru bukan opsyen PJ memperlihatkan lebih banyak masa yang tidak
digunakan iaitu sebanyak 3.20 minit atau 4.00% daripada peruntukan
masa 80 minit yang diberikan berbanding dengan guru opsyen PJ yang
hanya melaporkan masa lebihan sebanyak 0.86 minit atau 1.08% daripada
peruntukan masa 80 minit yang diberikan.

24
Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 80 Minit di Sekolah Menengah

KESAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN PJ SELAMA 80 MINIT


DI SEKOLAH MENENGAH
Pada umumnya, objektif mata pelajaran PJ yang dijalankan di sekolah
menengah telah disusun dengan rapi dan membantu pelajar mengenali
fungsi tubuh badan mereka dengan lebih teliti. Keadaan ini seterusnya
diharap dapat memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan pelajar
terhadap pemeliharaan kesihatan dan kecergasan diri secara berterusan
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 1995; Kementerian Pelajaran Malaysia,
1998). Bagi mencapai objektif ini, strategi pengajaran dan pembelajaran
PJ yang amat berbeza berbanding dangan mata pelajaran lain perlu
dirangka. Keadaan ini memerlukan guru PJ menerapkan unsur-unsur
seperti demonstrasi, ansur maju, dan aktiviti individu/berpasangan/
berkumpulan bagi membolehkan ketiga-tiga domain objektif pendidikan
iaitu kognitif, psikomotor dan afektif dicapai (Rink, 2002). Dalam hal
berkaitan, didapati bahawa guru opsyen PJ menggunakan masa yang lebih
banyak bagi menerapkan item berkaitan dengan demonstrasi, ansur maju,
dan aktiviti individu/berpasangan/berkumpulan dalam pengajaran mereka
berbanding dengan guru bukan opsyen PJ yang hanya menggunakan
sedikit waktu dalam penerapan teknik tersebut. Selain daripada itu, guru
bukan opsyen PJ juga didapati kurang menekankan aspek memanas dan
menyejukkan badan dalam sesi pengajaran mereka berbanding dengan
guru opsyen PJ.
Pengurusan masa yang ditunjukkan oleh guru opsyen PJ adalah lebih
cekap dan seimbang berbanding dengan guru bukan opsyen PJ. Dalam
hal ini, guru opsyen PJ didapati lebih bersedia daripada aspek organisasi
kelas, tugasan pelajar dan persediaan untuk memulakan sesi pengajaran
dan pembelajaran. Atas dasar tersebut, sesi pengajaran dijalankan adalah
mengikut langkah pengajaran yang tersusun dan ansur maju. Ini amat
berbeza dengan guru bukan opsyen yang mengamalkan pengajaran PJ
berbentuk “bermain secara total”, di mana penekanan adalah pada bahagian
gerak kerja kelas/permainan kecil bagi menghabiskan masa pengajaran
mereka. Keadaan ini berlaku kerana guru bukan opsyen tidak memiliki
pengalaman dan ilmu konten yang mencukupi bagi mempelbagaikan cara
pengajaran mereka. Justeru, masa pengajaran PJ selama 80 minit yang

25
Kajian Sukan di Malaysia

diperuntukan didapati adalah terlalu lama bagi guru bukan opsyen PJ yang
tidak memiliki kemahiran untuk mempelbagaikan cara pengajaran mereka.

KESIMPULAN
Secara keseluruhan penggunaan masa pengajaran dan pembelajaran bagi
guru opsyen PJ dalam tempoh 80 minit dapat memenuhi pencapaian objektif
pembelajaran dan penggunaan masa yang optimum dan seimbang. Walau
bagaimanapun, kekerapan waktu PJ di sekolah menengah perlu ditambah
kerana bersenam sekali seminggu atau tiga kali sebulan (seminggu lagi
untuk mata pelajaran Pendidikan Kesihatan) adalah tidak mencukupi
(Sharkey, 1990). Disarankan agar kekerapan sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu dapat dipraktiskan di sekolah menengah bagi mengurangkan
risiko menularnya menyakit berkaitan gaya hidup dalam kalangan rakyat
Malaysia (Fox, 2004; Ismail et al., 2002; Robaayah, 2004). Selain
daripada itu, kajian juga mendapati bahawa guru bukan opsyen tidak harus
dibenarkan untuk mengajar mata pelajaran PJ. Guru bukan opsyen bukan
sahaja tidak memiliki pengalaman dan ilmu konten yang mencukupi untuk
mengajar mata pelajaran PJ, tetapi juga boleh menyebabkan masyarakat
sekeliling mempunyai persepsi yang negatif terhadap mata pelajaran PJ
akibat daripada salah faham. Ini berlaku apabila mereka menganggap guru
yang mengajar mata pelajaran PJ yang bukan opsyen PJ itu sebagai guru
opsyen PJ. Justeru, bila guru bukan opsyen ini hanya membiarkan pelajar
dibawah seliaan mereka bermain tanpa bimbingan, masyarakat sekeliling
akan berpendapat bahawa ini adalah tindak tanduk yang ditunjukkan oleh
guru opsyen PJ. Keadaan ini sudah tentu akan menyebabkan imej mata
pelajaran PJ tercalar dan hilang kredibiliti pada pandangan masyarakat.

CADANGAN
Kajian masa depan perlu melibatkan jumlah sampel yang lebih besar.
Selain itu, kajian yang akan dijalankan juga perlu menguji pelbagai
komponen prestasi fizikal seperti tahap keupayaan pelajar dalam
menguasai kemahiran dan minat pelajar terhadap guru yang mengajar
subjek PJ di sekolah. Selain itu, faktor lain yang berkemungkinan boleh

26
Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 80 Minit di Sekolah Menengah

mempengaruhi penggunaan masa seperti kemudahan peralatan, saiz kelas


dan kebolehan sedia ada pelajar juga perlu dipertimbangkan.

RUJUKAN
Chow, J. Y., Davids, K. W., Button, C., Shuttleworth, R., Renshaw, I., & Arauje,
D. (2007). The role of nonlinear pedagogy in physical education, Review of
Educational Research, 77(3), 251-278.
Fox, K. R. (2004). Childhood obesity: The role of physical activity. The Journal
of the Royal Society for the Promotion of Health, 124(1), 34-39.
Hardman, K., & Marshall, J. (2000). The state and status of physical education
in the international context. European Physical Education Review, 6(3), 203-
229.
Ismail, M. N., Chee, S. S., Nawawi, H, Yusoff, K., Lim, T. O., & James, W. T. P.
(2002). Obesity in Malaysia. Obesity Reviews, 3(3), 203-208.
Julismah Jani (2006). Peranan Guru dalam Memacukan Pembangunan Sukan di
Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Konvensyen Sukan Antarabangasa
Teluk Danga. March 2006, Johor, Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1995). Surat Pekeliling Ikhtisas. Bil. 10/1995,
Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal bagi Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala
Lumpur, Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1998). Surat Pekeliling Ikhtisas. Bil. 25/1998,
Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani danPendidikan Kesihatan.
Kuala Lumpur, Malaysia.
Klassen, R. M. & Tze, V. M. C., Betts, S. M., & Gordon, K. A. (2011). Teacher
efficacy research 1998–2009: Signs of progress or unfulfilled promise? Educ
Psychol Rev., 23, 21-43.
Rink, J. E. (2002). Teaching Physical Education for learning (4th Ed.). Boston:
Mc Graw Hill.
Robaayah, Z. (2004). Trends in cardiovascular diseases and risks factors in
Malaysia. International Congress Series, 1262, 446-449.
Sharkey, B. J. (1990). Physiology of fitness (3rd ed.). Champaign, Illinois. Human
Kinetics Books.
Sibley, B., & Etnier, J. (2003). The relationship between physical activity and
cognition in children: A meta-analysis, Pediatric Exercise Science, 15, 243-
256.

27
Kajian Sukan di Malaysia

Spilt, J. L., Koomen, H. M. Y., & Thijs, J. T. (2011). Teacher wellbeing: The
importance of teacher-student relationships. Educational Psychology Review,
23, 457-477.
Takizawa, K., Soma, T., Nosaka, K., Ishikawa, T., & Ishi, K., (2011). Effect
of warm-up exercise on delayed-onset muscle soreness. European Journal of
Sport Science, 12(6), 455-46.

28
Bab 3
Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan
Umur dalam Pertandingan Sukan
Sekolah-sekolah di Malaysia
Saidon Amri, Aris Fazil Haji Ujang
dan Mohd Rozilee Wazir Norjali Wazir

PENDAHULUAN
Dalam usaha untuk mencapai objektif pendidikan, Malaysia telah
menyediakan suatu sistem pendidikan yang memberi penekanan yang agak
besar terhadap aktiviti kokurikulum. Salah satu aktiviti kokurikulum yang
diimplementasikan adalah aktiviti sukan yang sebahagiannya menjuruskan
kepada pertandingan dalam sukan. Sistem pendidikan di Malaysia, secara
umumnya mengandungi sebelas tahun tempoh persekolahan iaitu antara
umur tujuh tahun hingga 18 tahun. Pertandingan sukan yang dilaksanakan
dalam jarak umur tersebut dibahagikan kepada beberapa kumpulan umur.
Klasifikasi kumpulan umur ini sebahagian besarnya berdasarkan struktur
pendidikan dan sistem persekolahan di Malaysia dan kaedah klasifikasi
yang boleh dilaksanakan dengan mudah dan tidak mengambil masa yang
lama. Dengan mengambil kira semua faktor tersebut, murid sekolah
dibahagikan kepada tiga kumpulan umur bagi pertandingan dalam sukan
iaitu bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun berdasarkan
umur kronologi mereka. Pada dasarnya, umur kronologi telah digunakan
sebagai asas bagi klasifikasi kumpulan umur dalam pertandingan sukan.
Dalam hal ini, klasifikasi ini hanya akan adil sekiranya murid dalam
kumpulan umur kronologi yang sama juga mempunyai status kematangan
yang sama, dengan demikian mempunyai prestasi fizikal yang sama.
Peluang murid untuk menyertai dalam pertandingan sukan adalah
berdasarkan prestasi fizikal mereka. Prestasi fizikal ini bergantung pada
Kajian Sukan di Malaysia

keupayaan fizikal yang boleh ditentukan melalui siri ujian prestasi motor.
Umumnya, prestasi fizikal seseorang individu meningkat apabila umur
meningkat (Malina & Katzmarzyk, 2006). Keadaan ini sering dikaitkan
dengan proses tumbesaran yang berlaku apabila berlaku peningkatan
umur dan lonjakan tumbesaran. Menurut Malina, Bouchard, dan Bar-Or
(2004), remaja lelaki mengalami lonjakan tumbesaran bermula pada umur
12 atau 13 tahun dan memuncak pada umur 14 tahun dan beransur-ansur
menjadi perlahan selepas 16 tahun dan berhenti pada umur 19 tahun. Bagi
remaja perempuan, lonjakan tumbesaran bermula seawal 10 atau 11 tahun
dan memuncak pada umur 12 atau 13 tahun dan berhenti ketika umur 18
atau 19 tahun. Proses tumbesaran yang berlaku akan mempengaruhi tahap
prestasi fizikal seseorang individu.
Peningkatan tahap prestasi fizikal akan berlaku seiring dengan
pertambahan ketinggian seseorang individu (Malina & Katzmarzyk,
2006). Dapatan kajian oleh Ekblom, Oddsson, dan Ekblom (2004),
melaporkan kanak-kanak perempuan lebih tinggi daripada lelaki ketika
berumur 13 tahun, namun lelaki lebih tinggi dan lebih berat daripada
perempuan ketika berumur 16 tahun. Dapatan ini menunjukkan bahawa
remaja lelaki mempunyai prestasi fizikal yang berbeza bergantung kepada
tumbesaran dan kematangan mereka. Selain itu, terdapat dua faktor
utama yang mempengaruhi prestasi motor iaitu latihan dan kematangan
biologi (Malina et al., 2004). Kanak-kanak dan remaja yang mempunyai
kelebihan bagi status kematangan didapati mempunyai prestasi motor
yang lebih baik. Walau bagaimanapun, terdapat variasi bagi tumbesaran
dan kematangan yang berlaku antara individu dalam kumpulan umur yang
sama terutama semasa fasa kanak-kanak dan remaja (Leone & Comtois,
2007; Malina et al., 2004; Malina et al., 2007). Sebagai contoh, individu
yang awal matang lebih tinggi, berat dan kuat berbanding individu yang
lewat matang. Hal ini kemungkinan disebabkan hubungan antara kekuatan,
prestasi motor dan status kematangan (Beunen & Malina, 2008).
Memandangkan fizikal kanak-kanak dan remaja akan menjadi lebih
tinggi, lebar dan kuat seiring dengan peningkatan umur, perubahan ini juga
akan disertai oleh peningkatan dalam perkembangan kemahiran motor
asas dan keupayaan fizikal (Branta et al., 1984). Andaian ini disokong
oleh bukti bahawa saiz badan dan kekuatan menyumbang kepada prestasi

30
Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan Umur dalam Pertandingan Sukan

motor. Umumnya bagi remaja dan kanak-kanak lelaki, kekuatan akan


meningkat secara linear dengan umur ketika berusia di antara 13 hingga
14 tahun. Peningkatan ini adalah peningkatan pesat bagi kekuatan semasa
tumbesaran mendadak remaja. Peningkatan bagi prestasi secara relatifnya
adalah tetap daripada umur ke umur bagi ujian kuasa otot seperti lompat
menegak dan lompat jauh berdiri. Dalam kajian yang sama (Branta et
al., 1984) menunjukkan corak yang lebih jelas bagi peningkatan prestasi
kanak-kanak lelaki umur 5 hingga 18 tahun. Peningkatan paling besar bagi
kuasa otot berlaku daripada umur 12 hingga 14 tahun. Bagi kepantasan,
peningkatan paling besar berlaku antara usia 12 hingga 15 tahun.
Merujuk kepada klasifikasi kumpulan umur ini, isunya yang perlu
dikaji adalah kesesuaian kaedah klasifikasi yang diguna pakai ketika
ini. Secara asasnya, klasifikasi yang sesuai akan mengumpulkan murid
yang berbeza umur dengan keupayaan fizikal yang sama. Namun
begitu, keupayaan fizikal sangat dipengaruhi oleh tumbesaran dan status
kematangan biologi (Malina et al., 2004; Ribeiro et al., 2006). Walaupun,
pada umumnya manusia mengalami corak tumbesaran dan kematangan
yang sama berdasarkan umur namun masih terdapat variasi antara individu
dalam kumpulan umur yang sama. Dalam isu ini, variasi tersebut juga
perlu diberi pertimbangan ketika membuat klasifikasi kumpulan umur
bagi pertandingan sukan (Nedeljkovic et al., 2007). Kajian yang dilakukan
oleh Malina et al. (2004) mendapati dalam satu kumpulan umur kronologi,
remaja lelaki yang cepat matang dalam seksual dan skeletal mempunyai
kekuatan, kuasa dan kelajuan yang lebih baik berbanding dengan remaja
lelaki yang lewat matang. Dalam kajian lain, melaporkan perubahan
struktur fizikal inidividu yang disebabkan tumbesaran dan kematangan
boleh mempengaruhi prestasi motor individu. Perubahan pada struktur
fizikal secara tidak langsung akan meningkatkan keupayaan fizikal
individu tersebut (Chiodera et al., 2007) selain daripada meningkatkan
kekuatan dan kelajuan (Patton & Viner, 2007).
Sekiranya aktiviti sukan digunakan bagi tujuan mencapai objektif
pendidikan, maka adalah penting supaya murid diberikan peluang yang
sama untuk menyertai dan bersaing dalam sukan. Peluang ini hanya
akan dipenuhi apabila murid bersaing dalam kumpulan umur yang sama
dan mempunyai keupayaan fizikal yang sama. Persaingan dalam sukan

31
Kajian Sukan di Malaysia

bergantung pada keupayaan fizikal yang boleh diukur melalui bateri


ujian prestasi motor. Oleh itu, kesesuaian klasifikasi kumpulan umur
perlu berdasarkan perkembangan prestasi motor yang berdasarkan umur
kronologi. Kesesuaian itu boleh diperoleh sekiranya murid yang berbeza
umur kronologi dikumpulkan dalam kategori yang sama dengan syarat
mereka mempunyai kapasiti prestasi motor yang sama.
Di Malaysia, kesesuaian klasifikasi kumpulan umur bagi pertandingan
dalam sukan masih belum ditentukan. Sehingga kini, belum terdapat kajian
yang dijalankan terhadap populasi sekolah di Malaysia bagi mencirikan
corak tumbesaran dan kematangan populasi tersebut berdasarkan umur
kronologi. Oleh itu, usaha perlu dijalankan bagi membandingkan prestasi
motor antara tiga kumpulan murid yang berbeza umur yang dikumpulkan
dalam satu kategori umur iaitu bawah 15 tahun. Prestasi motor digunakan
sebagai indikator perbandingan antara kumpulan umur kerana keupayaan
fizikal adalah salah satu daripada komponen yang penting dalam sesuatu
pertandingan sukan. Usaha yang dijalankan dapat memberikan maklumat
berkaitan kesesuaian klasifikasi kumpulan umur bagi pertandingan sukan
kepada pendidik dan pentadbir sukan di Malaysia. Daripada maklumat
ini, keputusan boleh dibuat terhadap keperluan menyemak semula
klasifikasi kumpulan umur yang diguna pakai ketika ini. Hanya klasifikasi
kumpulan umur yang sesuai akan memberi kebanyakan murid peluang
yang sama untuk menyertai dan bersaing dalam sukan. Kesamaan peluang
ini akan menggalakkan ramai murid menyertai sukan, hanya setelah itu
aktiviti sukan akan menjadi cara yang berkesan untuk mencapai objektif
pendidikan kebangsaan.

PENGUKURAN ANTROPOMETRI DAN UJIAN PRESTASI MOTOR


Kajian yang dijalankan telah melibatkan sebanyak 383 murid lelaki
(n=181) dan perempuan (n=202) yang berumur 13 tahun (lelaki, n=53;
perempuan n=61), 14 tahun (lelaki, n=41; perempuan, n=78) dan 15
tahun (lelaki, n=87; perempuan, n=63). Berdasarkan klasifikasi kumpulan
umur pertandingan sukan di Malaysia, murid ini dikumpulkan dalam satu
kategori umur iaitu bawah 15 tahun disebabkan mereka telah melebihi
umur 12 tahun tetapi kurang daripada 15 tahun berdasarkan tahun

32
Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan Umur dalam Pertandingan Sukan

kelahiran mereka. Semua subjek adalah sihat, bebas daripada kecederaan


dan tidak mempunyai ketidakupayaan fizikal semasa kajian dijalankan.
Subjek dikehendaki menulis maklumat diri dalam borang data individu
sebelum menjalani pengukuran antropometri dan ujian prestasi motor.
Pengukuran dan ujian dijalankan bagi memperoleh data berkaitan ciri-ciri
fizikal dan keupayaan motor subjek. Statistik analisis varian multivariat
(MANOVA) digunakan untuk menganalisis data dengan menggunakan
SPSS (versi 16).

Antropometri
Dua pengukuran yang dijalankan ialah berat badan (kg) dan tinggi berdiri
(cm). Semua prosedur pengukuran berdasarkan Manual Rujukan Piawai
Antropometri (Lohman, Roche, & Martorell, 1991). Tinggi berdiri diukur
menggunakan stadiometer mudah alih. Berat badan diukur menggunakan
penimbang digital SECA (Germany-Model 727).
a. Berat badan
Mesin penimbang diletakkan di atas permukaan lantai yang rata.
Subjek dikehendaki berdiri tegak di tengah mesin penimbang dan
memandang ke hadapan. Bacaan berat subjek diambil hampir kepada
0.1kg.
b. Tinggi berdiri
Subjek dikehendaki berdiri dengan kedua-dua tumit rapat dan kedua-
dua belah tangan berada di sisi badan. Berat badan berada di atas
kedua-dua belah kaki. Belakang subjek rapat dan setentang dengan
kedudukan stadiometer. Pelaras ukuran akan diturunkan rapat hingga
ke atas kepala. Ketinggian berdiri diukur dari lantai hingga ke bahagian
paling atas kepala dan diambil hampir kepada 0.1cm.
c. Prestasi Motor
Enam ujian prestasi motor yang dijalankan ialah ujian tekan tubi (TT),
lompat jauh berdiri (LJB), lari pecut 30m (LP), duduk dan jangkau
(DJ), lari ulang alik (LUA) dan ujian bleep (UB). Ujian ini dipilih
kerana mengukur kualiti komponen prestasi motor yang berbeza
seperti daya tahan, kuasa, kepantasan, fleksibiliti dan ketangkasan.

33
Kajian Sukan di Malaysia

Subjek diuji secara individu berdasarkan kondisi ujian yang sama


berdasarkan prosedur yang khusus.
• Ujian tekan tubi
Subjek dalam kedudukan sokong hadapan dengan tangan lurus
ke bawah dan hujung kaki sokong di bahagian belakang (bagi
perempuan: lutut sokong di bahagian belakang). Jarak kedua-dua
belah tangan mengikut kesesuaian subjek. Siku dibengkokkan
sehingga dada hampir menyentuh lantai. Badan subjek kekal lurus
semasa menurunkan badan. Bilangan ulangan diambil dalam
masa 1 minit.
• Lompat jauh berdiri
Subjek dikehendaki berdiri di belakang garis permulaan, melompat
ke hadapan dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki. Subjek
diberi dua percubaan yang dilakukan berturut-turut. Bacaan jarak
lompatan dikira pada bahagian tumit yang paling ke belakang
semasa mendarat dan dicatat hampir kepada 0.1cm.
• Lari pecut 30 m
Subjek berdiri di belakang garisan permulaan. Arahan ‘sedia’
diberikan dan go sebagai tanda mula. Catatan masa diambil sebaik
sahaja subjek melepasi penanda 30 meter dan dicatat hampir
kepada 0.01 saat. Subjek diberi dua percubaan.
• Duduk dan jangkau
Subjek duduk lunjur di atas lantai. Seluruh tapak kaki menyentuh
kotak pengukur dengan lutut tidak diangkat. Subjek perlu menolak
tolok pengukur dengan hujung jari tangan sehingga mencapai
jangkauan maksimum dan skor dicatat hampir kepada 0.5 cm.
• Lari ulang alik
Subjek berdiri di belakang garisan permulaan. Apabila arahan
‘mula’ diberikan subjek berlari mengambil satu ketul blok kayu,
balik semula ke garisan permulaan dan letakkan kayu tersebut
melepasi garisan. Subjek berlari semula untuk mengambil kayu
yang kedua, balik semula ke garisan permulaan bersama blok

34
Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan Umur dalam Pertandingan Sukan

kayu tersebut bagi menamatkan larian. Masa dicatat hampir


kepada 0.01 saat.
• Ujian bleep
Subjek berdiri di belakang garisan permulaan dan mulakan larian
setelah bunyi ‘bleep’ yang pertama. Subjek perlu melepasi garisan
hadapan sebelum bunyi ‘bleep’ yang seterusnya. Jika subjek tiba
sebelum bunyi ‘bleep’, subjek perlu menunggu sehingga bunyi
‘bleep’ yang seterusnya untuk menyambung larian. Skor dikira
berpandukan ‘level’ dan ‘shuttle’ terakhir yang dicapai.

Semua analisis data dijalankan secara berasingan bagi lelaki dan


perempuan. Merujuk Jadual 3.1, analisis deskriptif menunjukkan
peningkatan min bagi tinggi berdiri dan berat badan selaras dengan
peningkatan umur bagi lelaki dan perempuan. Murid yang umur lebih
tinggi mempunyai min tinggi berdiri dan min berat badan melebihi murid
yang umur rendah. Begitu juga dengan min skor prestasi motor. Secara
keseluruhannya, bagi kedua-dua jantina semakin meningkat umur murid,
keupayaan prestasi motor mereka juga akan meningkat, kecuali daya
tahan otot dan ketangkasan bagi lelaki manakala bagi perempuan adalah
kelajuan.
Keputusan analisis multivariat Wilks`Lambda menunjukkan
perbezaan yang signifikan bagi antropometri antara kumpulan umur
bagi lelaki [F(4,352)=13.80, p<0.001, eta squared=.14] dan perempuan
[F(4,392)=4.04, p<0.05, eta squared=.04] (Jadual 3.2). Hasil analisis
menunjukkan terdapat kesan umur terhadap ciri-ciri antropometri bagi
kedua-dua jantina. Faktor umur menjelaskan 14% varian dalam min
gabungan antropometri bagi lelaki. Walau bagaimanapun, faktor umur
hanya menjelaskan 4% varian dalam min gabungan antropometri bagi
perempuan. Analisis ujian univariat F, menunjukkan perbezaan yang
signifikan bagi kedua-dua ciri-ciri antropometri (tinggi berdiri dan berat
badan) bagi lelaki dan perempuan.

35
Kajian Sukan di Malaysia

Jadual 3.1 Analisis deskriptif bagi antropometri dan prestasi motor berdasarkan
jantina dan kumpulan umur

Kumpulan umur 13 14 15
min SD min SD min SD
Lelaki: n=53 n=41 n=87
Tinggi berdiri (cm) 156.3 8.9 159.1 7.7 165.7 6.0
Berat badan (kg) 48.5 13.6 52.0 10.8 56.8 11.8
Tekan tubi (u) 20.4 10.9 17.6 9.9 25.8 9.2
Lompat jauh berdiri (cm) 1.7 0.2 1.8 0.3 1.9 0.3
Lari pecut 20m (s) 4.9 0.7 4.6 0.5 4.4 0.5
Duduk jangkau (cm) 6.2 5.9 7.6 5.0 7.9 7.2
Lari ulang-alik (s) 11.6 1.0 11.4 1.1 12.3 1.4
Ujian bleep (t) 4.9 2.0 5.8 2.2 6.5 2.7

Perempuan: n=61 n=78 n=63


Tinggi berdiri (cm) 151.7 6.0 153.9 5.7 155.5 4.5
Berat (kg) 44.7 9.5 48.4 11.9 49.9 11.0

Tekan tubi (u) 14.6 4.8 15.8 4.0 18.1 5.0


Lompat jauh berdiri (cm) 1.2 0.2 1.2 0.2 2.3 8.9
Lari pecut 20m (s) 6.1 0.7 5.9 0.7 6.2 0.9
Duduk jangkau (cm) 1.9 6.5 4.4 7.6 5.2 6.6
Lari ulang-alik (s) 13.7 1.2 13.3 1.4 13.3 1.1
Ujian bleep (t) 2.8 0.7 3.2 1.2 3.2 1.1

Analisis perbandingan pasangan min dijalankan bagi mengenal pasti


pasangan min yang menunjukkan perbezaan signifikan bagi min TB dan
BB lelaki dan perempuan bagi ketiga-tiga kumpulan umur. Jadual 3.3,
secara signifikan min TB lelaki 15 tahun lebih tinggi berbanding lelaki
13 tahun (perbezaan min=9.38; p<0.001) dan lelaki 14 tahun (perbezaan
min=6.60; p<0.001). Bagi berat badan didapati min BB lelaki 15 tahun

36
Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan Umur dalam Pertandingan Sukan

lebih tinggi berbanding lelaki 13 tahun (perbezaan min=8.37; p<0.001).


Hasil analisis perbandingan pasangan juga menunjukkan, perempuan
15 tahun secara signifikan mempunyai min TB (perbezaan min=3.87;
p<0.001) dan BB (perbezaan min=5.16; p<0.05) lebih tinggi berbanding
perempuan 13 tahun. Perbezaan min bagi TB dan BB antara kumpulan
umur ditunjukkan dalam Rajah 3.1 (lelaki) dan Rajah 3.2 (perempuan).

Jadual 3.2 MANOVA bagi antropometri antara kumpulan umur

Lelaki Perempuan
F Eta squared F Eta squared
n=180 n=200
Tinggi berdiri (TB) 29.67*** .25 7.75** .07
Berat badan (BB) 8.04*** .08 3.65* .04

Multivariat F 13.80*** 4.04*


Eta squared .14 .04

* p < 0.05 ** p < 0.01 *** p < 0.001

Jadual 3.3 Ujian post hoc bonferroni bagi perbezaan min antropometri antara
kumpulan umur

Pemboleh ubah bersandar Kumpulan umur Kumpulan umur Perbezaan min

Lelaki
Tinggi berdiri (TB) 15 13 9.38***
15 14 6.60***
Berat badan (BB) 15 13 8.37***

Perempuan
Tinggi berdiri (TB) 15 13 3.87***

Berat badan (BB) 15 13 5.16*

* p < 0.05 ** p < 0.01 *** p < 0.001

37
Kajian Sukan di Malaysia

Berat badan Tinggi berdiri


70.0
60.0 170.00

Tinggi berdiri (cm)


Berat badan (kg)

50.0 165.00
40.0
160.00
30.0
155.00
20.0
10.0 150.00
0.0 145.00
13 14 15 13 14 15
Umur Umur

Rajah 3.1 Perbandingan min antropometri antara kumpulan umur bagi lelaki

Berat badan Tinggi berdiri


54.0 158.00
Tinggi berdiri (cm)

52.0
156.00
Berat badan (kg)

50.0
48.0 154.00
46.0 152.00
44.0
42.0
150.00
40.0 148.00
38.0 146.00
13 14 15 13 14 15

Umur Umur

Rajah 3.2 Perbandingan min antropometri antara kumpulan umur


bagi perempuan.

Jadual 3.4 menunjukkan analisis perbandingan prestasi motor antara


kumpulan umur. Berdasarkan analisis multivariat Wilks lambda, terdapat
perbezaan yang signifikan bagi min prestasi motor antara ketiga-tiga
kumpulan umur bagi lelaki [F(12,340)=4.00, p<0.001, eta squared=.12]
dan perempuan [F(12,366)=2.80, p<0.01, eta squared=.08]. Hasil analisis
menunjukkan terdapat kesan umur terhadap prestasi motor bagi kedua-
dua jantina. Faktor umur menjelaskan 12% varian dalam min gabungan
prestasi motor murid lelaki manakala bagi prestasi motor perempuan
hanya 8%. Analisis univariat F, menunjukkan perbezaan yang signifikan

38
Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan Umur dalam Pertandingan Sukan

antara ketiga-tiga kumpulan umur bagi lelaki adalah TT, LJB, LP dan
UB. Bagi perempuan, hanya tiga jenis komponen prestasi motor (TT,
LP30, DJ) didapati berbeza antara ketiga-tiga kumpulan umur. Analisis
perbandingan pasangan min dijalankan bagi mengenal pasti pasangan
min yang menunjukkan perbezaan signifikan bagi lelaki dan perempuan
(Jadual 3.5).

Jadual 3.4 MANOVA bagi prestasi motor antara kumpulan umur.

Lelaki (n=178) Perempuan (n=191)


F Eta squared F Eta squared
Prestasi motor:
Tekan tubi (TT) 10.01*** .10 7.28** .07
Lompat jauh berdiri (LJB) 7.42** .08 1.08 .01
Lari pecut 30m (LP30) 14.30*** .14 4.26* .04
Duduk dan jangkau (DJ) 1.07 .01 3.66* .04
Lari ulang alik (LUA) .27 .00 1.60 .02
Ujian Bleep (UB) 7.13** .08 2.33 .02
Multivariat F 4.00*** 2.80**
Eta squared .12 .08

* p < 0.05 ** p < 0.01 *** p < 0.001

Hasil analisis mendapati secara signifikan min TT lelaki 15 tahun


melebihi min TT lelaki 13 tahun (perbezaan min=8.37; p<0.05) dan
14 tahun (perbezaan min=8.37; p<0.001). Lelaki 15 tahun (perbezaan
min=.18; p<0.01) dan lelaki 14 tahun (perbezaan min=.15; p<0.05)
mempunyai min LJB melebihi min LJB lelaki 13 tahun. Secara signifikan,
lelaki 15 tahun (perbezaan min=-.53; p<0.001) dan 14 tahun (perbezaan
min=-.33; p<0.05) mempunyai min LP lebih rendah daripada murid lelaki
umur 13 tahun. Bagi min UB, lelaki 15 tahun melebihi min UB lelaki
13 tahun (perbezaan min=1.60; p<0.01). Perbandingan min bagi keempat-
empat komponen prestasi fizikal antara kumpulan umur bagi lelaki
ditunjukkan dalam Rajah 3.3.

39
Kajian Sukan di Malaysia

Jadual 3.5 Ujian Post Hoc Bonferroni bagi perbezaan min prestasi motor antara
kumpulan umur.

Pemboleh ubah Kumpulan Kumpulan Perbezaaan


bersandar umur umur min
Lelaki
Tekan tubi (TT) 15 13 5.16*
14 7.87***
Lompat jauh berdiri (LJB) 15 13 .18**
14 13 .15*
Lari pecut 30m (LP30) 15 13 -.53***
14 13 -.33*
Ujian bleep (UB) 15 13 1.60**
Perempuan
Tekan tubi (TT) 15 13 3.27**
14 2.03*
Lari pecut 30m (LP30) 15 14 .38*
Duduk dan jangkau (DJ) 15 13 3.41*

* p < 0.05 ** p < 0.01 *** p < 0.001

Bagi perempuan, merujuk kepada Jadual 3.5, analisis perbandingan


pasangan min menunjukkan secara signifikan min TT perempuan 15 tahun
melebihi min TT perempuan umur 13 tahun (perbezaan min=3.27; p<0.01)
dan TT perempuan 14 tahun (perbezaan min=2.03; p<0.05) sebagaimana
yang digambarkan juga dalam Rajah 3.4. Perempuan 15 tahun juga
didapati secara signifikan mempunyai min LP dan min DJ melebih min
LP perempuan 14 tahun dan min DJ perempuan 13 tahun, masing-masing
dengan perbezaan min=.38 (p<0.05) dan min=3.41 (p<0.05).

40
Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan Umur dalam Pertandingan Sukan

Tekan tubi Lompat jauh berdiri


1.95
30.00 1.90

Lompat jauh berdiri


25.00 1.85
1.80
Tekan tubi

20.00 1.75
1.70
15.00
1.65
10.00 1.60
1.55
5.00
1.50
0.00 1.45
13 14 15 13 14 15
Umur Umur

Lari pecut Ujian bleep


6.00 8.00
7.00
5.00
6.00
Ujian bleep
Lari pecut

4.00 5.00
3.00 4.00
3.00
2.00
2.00
1.00 1.00
0.00 0.00
13 14 15 13 14 15

Umur Umur

Rajah 3.3 Perbandingan min prestasi motor antara kumpulan umur bagi lelaki

41
Kajian Sukan di Malaysia

Tekan tubi Duduk jangkau


6.40
7.00
6.30
6.20 6.00

Duduk jangkau
6.10 5.00
Tekan tubi

6.00
5.90
4.00
5.80 3.00
5.70 2.00
5.60
5.50
1.00
5.40 0.00
13 14 15 13 14 15
Umur Umur

Lari pecut
6.40
6.30
6.20
6.10
Lari pecut

6.00
5.90
5.80
5.70
5.60
5.50
5.40
13 14 15

Umur

Rajah 3.4 Perbandingan min prestasi motor antara kumpulan umur


bagi perempuan

KLASIFIKASI KUMPULAN UMUR DALAM PERTANDINGAN


Kesesuaian klasifikasi kumpulan umur bagi pertandingan sukan boleh
diperoleh sekiranya murid yang berbeza umur dikumpulkan dalam
kategori yang sama dengan syarat mereka mempunyai keupayaan
prestasi motor yang hampir sama. Klasifikasi kumpulan umur ini perlu
berdasarkan peningkatan prestasi motor yang juga meningkat selaras
dengan tumbesaran dan kematangan kanak-kanak dan remaja. Bagi
tujuan pertandingan sukan, kesesuaian ini tidak akan tercapai sekiranya
murid berumur 13, 14 dan 15 tahun dikumpulkan dalam satu kategori
umur bawah 15 tahun hanya berdasarkan umur kronologi mereka. Hal ini

42
Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan Umur dalam Pertandingan Sukan

disebabkan terdapatnya variasi status tumbesaran dan kematangan dalam


kalangan kanak-kanak dan remaja yang berbeza kumpulan umur yang
boleh mempengaruhi keupayaan fizikal mereka. Sehubungan dengan itu,
kajian telah membuat perbandingan bagi antropometri dan prestasi motor
antara ketiga-tiga kumpulan umur tersebut.
Hasil kajian mendapati, faktor umur memberi kesan terhadap
antropometri murid lelaki dan murid perempuan dalam kumpulan umur
yang berbeza. Dapatan ini menunjukkan berat badan dan tinggi berdiri
bagi lelaki dan perempuan adalah berbeza antara ketiga-tiga kumpulan
umur. Bagi antropometri, murid dalam kumpulan umur yang lebih tinggi
mempunyai berat dan tinggi yang lebih berbanding kumpulan umur
yang rendah. Lelaki dan perempuan umur 15 tahun didapati lebih berat
dan lebih tinggi berbanding mereka yang berumur 13 tahun. Walau
bagaimanapun, secara keseluruhannya tidak terdapat perbezaan secara
signifikan bagi berat dan tinggi antara lelaki dan perempuan umur 15
tahun dengan umur 14 tahun dan umur 14 tahun dengan 13 tahun. Hanya
lelaki umur 15 tahun didapati lebih tinggi berbanding lelaki 14 tahun.
Perbezaan ini boleh dikaitkan dengan proses tumbesaran terutama semasa
fasa kanak-kanak dan remaja apabila berlaku peningkatan umur dan
lonjakan tumbesaran sebagaimana yang diperjelaskan oleh Malina et al.
(2004). Peningkatan usia dalam kalangan kanak-kanak remaja bukan
sahaja akan mempengaruhi ciri-ciri fizikal tetapi juga prestasi fizikal
mereka. Hal ini diperjelaskan oleh Malina dan Katzmarzky (2006) yang
mendapati prestasi fizikal seseorang individu meningkat apabila umur
meningkat. Selain itu, peningkatan tahap prestasi fizikal juga akan berlaku
seiring dengan pertambahan ketinggian seseorang individu (Malina &
Katzmarzyk, 2006). Berdasarkan hasil kajian ini, klasifikasi bagi ketiga-
tiga kumpulan umur ini lebih sesuai dibuat dengan mengasingkan ketiga-
tiga kumpulan umur tersebut kepada dua kumpulan umur iaitu sama ada
umur 15 tahun dengan 14 tahun atau 14 tahun dengan 13 tahun bagi kedua-
dua jantina. Kesesuaian bagi dua kumpulan umur ini digabungkan adalah
disebabkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi berat badan
dan ketinggian antara kedua-dua kumpulan umur ini.
Dalam kajian ini, selain faktor umur, perbezaan ciri-ciri fizikal antara
kumpulan umur yang disebabkan tumbesaran dan kematangan juga

43
Kajian Sukan di Malaysia

mempengaruhi keupayaan fizikal murid. Didapati keupayaan fizikal murid


lelaki dan perempuan antara ketiga-tiga kumpulan umur adalah berbeza.
Pencapaian prestasi motor murid dalam kumpulan umur yang lebih tinggi
didapati lebih baik berbanding kumpulan umur yang rendah. Umumnya,
lelaki dan perempuan umur 15 tahun mempunyai keupayaan fizikal yang
lebih baik berbanding mereka yang berumur 13 tahun. Bagi lelaki 15 tahun
didapati memperoleh skor lebih tinggi bagi TT, LJB, LP, UB berbanding
lelaki 13 tahun dan skor lebih tinggi bagi TT berbanding lelaki 14 tahun.
Dapatan ini selaras dengan hasil kajian oleh Chiodera et al. (2008) yang
melaporkan bahawa keupayaan seseorang individu akan meningkat secara
tidak langsung disebabkan perubahan struktur fizikal individu tersebut.
Hal yang sama juga dilaporkan oleh Patton dan Viner (2007), perubahan
struktur fizikal individu yang disebabkan oleh peningkatan usia dan
kematangan akan meningkatkan keupayaan fizikal, kekuatan dan kelajuan
individu tersebut. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan bagi
keupayaan fizikal antara lelaki 15 tahun dengan 14 tahun bagi keempat-
empat komponen kecergasan kecuali bagi tekan tubi. Dilaporkan lelaki 14
tahun mempunyai lebih keupayaan dari segi kuasa dan kelajuan berbanding
lelaki 13 tahun. Sekiranya dipertimbangkan perbezaan keupayaan fizikal
antara ketiga-tiga kumpulan tersebut, secara umumnya lelaki 15 tahun
sesuai digabungkan dengan lelaki 14 tahun. Kedua-dua kumpulan umur ini
boleh dikumpulkan dalam satu kategori umur disebabkan secara signifikan
didapati tiada perbezaan dari segi kuasa, kelajuan dan daya tahan antara
kedua-dua kumpulan umur tersebut.
Sebagaimana yang dilaporkan, pencapaian prestasi motor lelaki umur
14 tahun lebih baik berbanding lelaki umur 13 tahun dari segi kuasa dan
kelajuan. Keupayaan fizikal antara kedua-dua kumpulan ini adalah sama.
Perbezaan keupayaan fizikal yang wujud hanya antara umur 14 tahun
dengan 13 tahun. Dapatan ini menunjukkan, murid lelaki umur 15 tahun
mempunyai daya tahan, kuasa dan kelajuan yang lebih baik berbanding
murid lelaki umur 13 tahun dan 14 tahun. Oleh itu adalah tidak sesuai
lelaki 14 tahun dan lelaki 13 tahun diklasifikasikan dalam satu kategori
umur.
Dalam kajian ini juga mendapati perbezaan keupayaan fizikal
antara kumpulan umur bagi murid perempuan. Perempuan 15 tahun

44
Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan Umur dalam Pertandingan Sukan

mempunyai keupayaan fizikal lebih baik berbanding kumpulan umur 13


tahun bagi TT dan DJ, manakala 14 tahun bagi TT dan LP. Dapatan ini
menunjukkan murid perempuan 15 tahun mempunyai keupayaan daya
tahan dan fleksibiliti yang lebih baik berbanding perempuan 13 tahun.
Selain itu, perempuan 15 tahun juga menunjukkan keupayaan daya tahan
dan kelajuan lebih baik berbanding perempuan 14 tahun. Dapatan ini
konsisten dengan dapatan kajian lain yang mengkaji pengaruh faktor umur
terhadap prestasi fizikal seseorang individu (Chiodera et al., 2007; Malina
& Katzmarzky, 2006; Patton & Viner, 2007), Selain itu, dapatan kajian
ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara perempuan umur
14 tahun dengan 13 tahun bagi TT, LP dan DJ. Dapatan ini menunjukkan
keupayaan daya tahan, kelajuan dan fleksibiliti antara perempuan 14 tahun
dan 13 tahun adalah sama. Persamaan bagi komponen kecergasan ini
memungkinkan kedua-dua kumpulan ini sesuai digabungkan dalam satu
kumpulan umur. Perempuan 15 tahun tidak sesuai dikumpulkan dalam
satu kategori umur dengan perempuan 13 tahun dan 14 tahun disebabkan
terdapatnya perbezaan dari segi keupayaan motor mereka.

KESIMPULAN
Kesimpulan daripada kajian yang telah dijalankan menunjukkan
keperluan bagi menyemak semula klasifikasi kumpulan umur murid dalam
pertandingan sukan yang hanya berdasarkan umur kronologi. Hasil kajian
yang dijalankan jelas menunjukkan perbezaan umur antara murid yang
dikumpulkan dalam satu kategori umur bukan sahaja memperlihatkan
perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal malah memperlihatkan juga perbezaan
dari segi keupayaan fizikal mereka. Hal ini disebabkan terdapatnya
faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi dan menyumbang kepada
keupayaan fizikal murid. Klasifikasi kumpulan umur yang dilakukan
perlu mengambil kira faktor-faktor seperti corak tumbesaran dan status
kematangan mereka. Faktor umur masih boleh digunakan bagi klasifikasi
kumpulan umur bagi pertandingan sukan. Manakala, murid yang berbeza
kumpulan umur juga boleh dikumpulkan dalam kategori umur yang sama
tetapi mereka perlu mempunyai keupayaan fizikal yang hampir sama.

45
Kajian Sukan di Malaysia

Sebagaimana diperjelaskan, walaupun manusia mengalami corak


tumbesaran dan kematangan yang sama berdasarkan umur, namun
masih terdapat variasi antara individu dan variasi tersebut perlu diberi
pertimbangan ketika menaksir atau menilai pencapaian prestasi motor
terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja (Nedeljkovic et al.,
2007). Kajian untuk melihat kesesuaian klasifikasi kumpulan umur
pertandingan sukan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja
di Malaysia perlu dijalankan dengan skop yang lebih luas.

CADANGAN
Kajian masa depan perlu melibatkan jumlah sampel yang lebih besar dan
pelbagai peringkat umur. Kajian yang akan dijalankan juga perlu menguji
pelbagai komponen prestasi fizikal bagi membandingkan keupayaan
fizikal mereka yang berbeza kumpulan umur. Selain itu, faktor-faktor lain
yang berkemungkinan boleh mempengaruhi tumbesaran, kematangan dan
prestasi motor kanak-kanak dan remaja juga perlu dipertimbangkan.
Perlu juga diperjelaskan bahawa klasifikasi kumpulan umur yang
sesuai akan memberi peluang yang sama kepada kebanyakan murid untuk
menyertai dan bersaing dalam sukan. Selain itu, akan lebih adil apabila
murid-murid bersaing sesama mereka dalam kumpulan yang mempunyai
keupayaan fizikal yang hampir sama. Kesesuaian klasifikasi kumpulan
umur bagi pertandingan sukan juga akan menggalakkan lebih ramai
murid untuk turut terlibat dalam sukan terutamanya di peringkat sekolah.
Penglibatan lebih ramai murid dalam sukan akan memberi impak yang
positif kepada aktiviti sukan sebagai pemangkin bagi mencapai objektif
pendidikan kebangsaan.

RUJUKAN
Beunen, G., & Malina, R. M. (2008). Growth and biological maturation:
Relevance to athletic performance. In H. Hebestreit & O. Bar-Or (Eds.). The
young athlete,3-17. Massachusetts: Blackwell Publishing.
Branta, C., Haubenstricker, J., & Seefeldt, V. (1984). Age changes in motor skills
during childhood and adolescence. Exercise and Sport Sciences Reviews, 12,
467-520.

46
Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan Umur dalam Pertandingan Sukan

Chiodera, P., Volta, E., Gobbi, G., Milioli, M. A., Mirandola, P., Bonetti, A.,
Delsignore, R., Bernasconi, S., Anedda, A., & Vitale, M. (2008). Specifically
designed physical exercise programs improve children’s motor abilities.
Scandinavia Journal of Medicine and Science in Sports, 18(2), 179-187.
Ekblom, O., Oddsson, K., & Ekblom, B. (2004), Prevalence and regional
differences In overweight in 2001 and trends in BMI distribution in Swedish
children from 1987 to 2001. Scandinavia Journal of Public Health, 32(4), 257-
263.
Gabbard, C. P. (2008). Lifelong motor development (5th ed.). San Francisco:
Pearson Benjamin Cummings.
Lohman, T. G., Roche, A. F., & Martorell, R. (1991). Anthropometric
standardization reference manual. Champaign, IL: Human Kinetics.
Leone, M., & Comtois, A. S. (2007). Validity and reliability of self-assessment
of Sexual maturity in elite adolescent athletes. Journal of Sports Medicine and
PhysicalFitness, 47(3), 361-365.
Malina, R. M., Bouchard, C., & Bar-Or, O. (2004). Growth, maturation and
physical activity (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.
Malina, R. M., Dompier, T. P., Powell, J. W., Barron, M. J., & Moore, M. T.
(2007). Validation of noninvasive maturity estimate relative to skeletel age
in youth football players. Clinical Journal of Sport Medicine, 17(5), 362-268.
Malina, R. M., & Katzmarzyk, P. T. (2006). Physical activity and fitness in an
international growth standard for preadolescent and adolescent children. Food
and Nutrition Bulletin, 27(4), 295-313.
Martin, A. D., Carter, J. E. L., Hendy, K. C., & Malina, R. M. (1991). Segment
lengths. In T. G.Lohman, A. F Roche & R. Martorell (Eds.). Anthropometric
standardization reference manual, 9-26. Champaign, IL: Human Kinetics.
Nedeljkovic, A., Mirkov, D. M., Kukolj, M., Ugarkovic, D., & Jaric, S. (2007).
Effect ofmaturation on the relationship between physical performance and
body size. Journal of Strength and Conditioning Research, 21(1), 245-250.
Patton, G. C., & Viner, R. (2007). Pubertal transitions in health. Lancet.
369(9567),1130-1139.
Ribeiro, J., Santos, P., Duarte, J., & Mota, J. (2006). Association between
overweight and early sexual maturation in Portuguese boys and girls.
Annals of Human Biology, 33(1), 55-63.

47
Bab 4
Kesan Aktiviti Fizikal Ke Atas Tahap
Perkembangan Motor Kasar
Borhannudin Abdullah, Saidon Amri, Kok Lian Yee
dan Aris Fazil Haji Ujang

PENDAHULUAN
Kemahiran motor kasar adalah keupayaan tubuh menggunakan otot-otot
utama yang melibatkan organisasi pergerakan sendi untuk melaksanakan
sesuatu aksi lakuan asas (Williams,1983). Kemahiran motor kasar
diperlihatkan melalui fungsi otot-otot besar yang memerlukan koordinasi
temporal dan spatial dalam pergerakan satu siri segmen secara serentak.
Kemahiran ini diperlukan untuk memindahkan badan dari satu lokasi ke
lokasi lain dan juga memanipulasikan alatan. Kemahiran motor kasar
adalah asas kepada kemahiran pergerakan lanjutan dan kemahiran spesifik
dalam sukan (Gabbard, 2000; Haywood & Getchell, 2001; Payne & Isaacs,
2002).
Perkembangan kemahiran motor kasar pada peringkat kanak-kanak
adalah petunjuk yang baik untuk melihat perkembangan kemahiran
kognitif mereka (Payne & Rink, 1997). Sesuai dengan itu, kanak-kanak
banyak menghabiskan masa berinteraksi dengan persekitaran melalui
aktiviti fizikal dalam permainan dan pergerakan seperti merangkak,
berguling, berjalan, melompat dan sebagainya. Tempoh perkembangan
peringkat ini adalah kritikal kerana sistem biologi sangat sensitif dengan
perubahan yang berlaku. Perkembangan kemahiran motor kasar yang
selari dengan umur kronologi menggambarkan tahap pencapaian mereka
hinggalah mereka melepasi tempoh kritikal, iaitu apabila umur mereka
mencapai enam tahun. Jika perkembangan kanak-kanak ini gagal
Kesan Aktiviti Fizikal Ke Atas Tahap Perkembangan Motor Kasar

dibina dalam tempoh kritikal ini, mereka akan mengalami kegagalan


perkembangan dalam domain motor ini sepanjang zaman kanak-kanak
dan remaja (Gallahue, 1996; Poest et al., 1990). Walau bagaimanapun
tahap pencapaian ini boleh dipertingkatkan melalui prektis dalam aktiviti-
aktiviti fizikal (Ericsson, 2008).
Perkembangan motor kasar kanak-kanak boleh dilihat melalui
penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal seperti mempelajari kemahiran
lokomotor dan manipulatif alatan. Keupayaan kanak-kanak menguasai
kemahiran ini menggambarkan keupayaan motor kasar mereka. Aktiviti
fizikal melalui permainan yang diadaptasikan cuba menentukan adakah
terdapat peningkatan tahap perkembangan motor kasar dalam kalangan
kanak-kanak peringkat awal persekolahan.
Permainan yang diadaptasikan adalah Permainan Tradisional Melayu
iaitu Ketinting, Pukul Berapa Dato Harimau, Galah Panjang, Rounders,
Susun Tin, Kuda Kepang, Bola Sekerap, Mini Bola Keranjang, Main
Monyet dan Pepsi Cola (Shamsul, 2005). Di Malaysia, tiada kajian yang
melibatkan sumbangan adaptasi Permainan Tradisional terhadap tahap
perkembangan motor kasar kanak-kanak. Kajian lampau yang melibatkan
adaptasi elemen tradisional adalah bagaimana tarian tradisional Greek
memberi kesan ke atas kecekapan motor kanak-kanak prasekolah
(Venetsanou & Kambas, 2004). Kesan permainan tradisional terhadap
perkembangan kemahiran motor asas kanak-kanak lelaki tujuh hingga
sembilan tahun (Akbari et al., 2009) dan kesan 10 minggu program tarian
tradisional terhadap kawalan imbangan dinamik ke atas kanak-kanak awal
remaja (Sofianidis et al., 2009).
Sehubungan itu, kanak-kanak di peringkat awal persekolahan
perlu diuji tahap perkembangan motor kasar dalam kalangan mereka
melalui adaptasi permainan tradisional. Objektif kajian ini adalah untuk
menentukan kesan aktiviti fizikal (adaptasi permainan tradisional)
terhadap peningkatan tahap perkembangan motor kasar dalam kalangan
kanak-kanak berumur sembilan tahun.

49
Kajian Sukan di Malaysia

PENGUKURAN TAHAP PERKEMBANGAN MOTOR KASAR


Kajian ini melibatkan kajian quasi experimental dan pre-post intervention
design. Sebanyak 64 murid tahun 3 (L=33, P=31) dari sebuah sekolah
rendah kebangsaan terlibat dalam kajian ini. Peserta kajian dibahagikan
kepada kumpulan kawalan dan rawatan. Kumpulan rawatan (n=32)
mengikuti aktiviti fizikal (adaptasi permainan tradisional) manakala
kumpulan kawalan (n=32) mengikuti Jadual 4.biasa aktiviti Pendidikan
Jasmani di sekolah. Kedua-dua kumpulan menjalani ujian-pre dan ujian-
post sebelum dan selepas intervensi. Ujian Kemahiran Motor Kasar Ulrich
(2000) digunakan bagi mengukur perkembangan motor kasar peserta
kedua-dua kumpulan. Ujian ini mengukur dua aspek kemahiran motor
kasar iaitu ujian kemahiran lokomotor (enam item) dan ujian kemahiran
manipulatif (enam item). Skor mentah setiap sub-kemahiran lokomotor
antara 0 hingga 48 (4 mata untuk berlari, galop, lompat jauh berdiri dan
lari sisi, 3 mata untuk lenting dan 5 mata untuk lompat sebelah kaki).
Skor mentah setiap sub-kemahiran manipulatif adalah antara 0 hingga 48
( 4 mata untuk melantun bola, menendang, membaling dan guling bola,
3 mata untuk menangkap bola dan 5 mata untuk memukul). Percentile
ranks dikira dari kedua-dua skor mentah sub-kemahiran lokomotor dan
manipulatif. Ujian ini sensitif kepada pembelajaran motor kasar kanak-
kanak berumur antara tiga hingga 10 tahun dengan tahap kebolehpercayaan
ujian, r= .96 hingga .97 dan kesahan kandungan yang tinggi (Anastasi &
Urbina, 1997).

Peserta Adaptasi Permainan Tradisional (Kumpulan rawatan)


Seramai 32 murid Tahun 3 (L=16, P=16; min umur 8.28 tahun) mengikuti
20 sesi pengajaran Pendidikan Jasmani yang mengaplikasikan adaptasi
permainan tradisional. Permainan tradisional yang terlibat adalah
Ketinting, Pukul Berapa Dato Harimau, Galah Panjang, Rounders, Susun
Tin, Kuda Kepang, Bola Sekerap, Mini Bola Keranjang, Main Monyet dan
Pepsi Cola. Permainan tradisional ini diubahsuai supaya menyamai tahap
kemahiran peserta kajian dan undang-undang permainan diselaraskan
supaya kanak-kanak boleh bermain dan mencapai objektif kemahiran
yang ingin dikuasai. Jadual 4.1 permainan yang disediakan akan dipatuhi

50
Kesan Aktiviti Fizikal Ke Atas Tahap Perkembangan Motor Kasar

oleh guru yang mengajar di mana pada setiap sesi pengajaran melibatkan
dua permainan tradisional yang dimainkan secara bergilir-gilir oleh dua
kumpulan pelajar. Selama 10 minggu pengajaran setiap peserta berpeluang
bermain sebanyak empat kali bagi setiap permainan yang terlibat dalam
kajian ini.

Peserta Kumpulan Kawalan


Seramai 32 murid Tahun 3 (L=17, P=15; min umur 8.55 tahun) dari satu
kelas yang lain dalam sekolah yang sama mengikuti 20 sesi Pendidikan
Jasmani biasa yang melibatkan pengajaran kemahiran motor kasar
mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kumpulan ini mengikuti sesi pembelajaran pada hari yang sama
dengan kumpulan rawatan tetapi pada masa yang berbeza.

Prosedur Pengumpulan Data


Kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan menduduki ujian pre pada
minggu pertama dan ujian post pada minggu ke-12. Kedua-dua kumpulan
mengikuti pengajaran Pendidikan Jasmani berdasarkan modul terpilih
selama 10 minggu, sebanyak 20 sesi dan setiap sesi mengambil masa 35
minit. Setiap sesi dibahagikan kepada 3 fasa iaitu memanaskan badan
(5 minit), aktiviti fizikal (25 minit) dan menyejukkan badan (5 minit).
Kedua-dua kumpulan diajar oleh guru opsyen Pendidikan Jasmani yang
sama, pada hari yang sama tetapi pada masa yang berbeza.
Ujian pre dan post bagi perkembangan motor kasar dijalankan
mengikut urutan, bermula dengan kemahiran lokomotor dan diikuti
kemahiran manipulatif. Setiap item ujian melibatkan dua percubaan
bagi setiap peserta dan sebelum melakukan aksi ujian, peserta akan
ditunjukkan cara untuk melakukan aksi berkenaan oleh penunjuk ajar.
Peserta diberi dua kali percubaan sebelum aksi lakuan mereka dinilai
dan direkodkan. Demonstrasi terbimbing dilakukan sekiranya peserta
tidak dapat melakukan aksi pada percubaan pertama. Seterusnya, skor
prestasi dinilai berdasarkan kewujudan kriteria dalam aksi peserta semasa
ujian. Perlakuan motor peserta juga dirakam dan dianalisis. Skor 0 atau
1 diberikan kepada setiap lakuan kemahiran yang menepati kriteria yang

51
Kajian Sukan di Malaysia

telah ditetapkan. Skor peserta dicatat pada Jadual 4.1 skor berdasarkan
tahap penguasaan kemahiran mengikut kriteria yang ditentukan. Skor
mentah yang diperoleh dijumlahkan dan dicatatkan dalam bentuk
skor piawai. Setiap peserta mengambil masa antara 15-25 minit untuk
menyelesaikan kedua-dua ujian.

SUMBANGAN KESAN AKTIVITI FIZIKAL KE ATAS TAHAP


PERKEMBANGAN MOTOR KASAR
Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Jadual 4.1
menunjukkan analisis deskriptif bagi ujian-pre dan ujian-post bagi
kumpulan kawalan dan rawatan. Umur peserta kumpulan kawalan dan
rawatan adalah antara 8.05 sehingga 9.03 (M=8.55, SD=.47). Skor ujian-
pre peserta kumpulan kawalan menunjukkan Skor Piawai Lokomotor
(SPL) antara 2 dan 9 (M=3.88, SD=1.68) dengan Skor Persentil Lokomotor
(L.PERSENTIL) antara 1 dan 37 (M=4.31, SD=8.88). Skor Setaraan
Umur Lokomotor (AEL) adalah antara 3.06 hingga 8 tahun (M=4.59,
SD=1.24). Bagi Skor Piawai Manipulatif (SPM) pula, peserta memperoleh
skor antara 1 dan 8 (M=3.19, SD=2.29) dengan Skor Persentil Manipulatif
(M.PERSENTIL) antara 1 dan 25 (M=4.50, SD=6.88). Skor Setaraan
Umur Manipulatif (AEM) adalah antara 3.06 hingga 7 tahun (M=4.65,
SD=1.14). Skor Perkembangan Motor Kasar (GMDQ) menunjukkan
peserta memperoleh skor antara 49 dan 91 (M=61.19,SD=10.36) dengan
Skor Persentil Perkembangan Motor Kasar (GMDQ.PERSENTIL) antara
1 dan 27 (M=2.84, SD=6.35).
Skor ujian-pre peserta kumpulan rawatan pula menunjukkan Skor
Piawai Lokomotor (SPL) antara 2 dan 8 (M=4.16, SD=1.48) dengan
Skor Persentil Lokomotor (L.PERSENTIL) antara 1 dan 25 (M=4.25,
SD=5.90). Skor Setaraan Umur Lokomotor (AEL) adalah antara 3.06
hingga 6.09 tahun (M=4.42, SD= .90). Bagi Skor Piawai Manipulatif
(SPM) pula, peserta memperoleh skor antara 2 dan 8 (M=4.13, SD=2.08)
dengan Skor Persentil Manipulatif (M.PERSENTIL) antara 1 dan 25
(M=6.09, SD=8.25). Skor Setaraan Umur Manipulatif (AEM) adalah
antara 3.09 hingga 7.06 tahun (M=5.08, SD=1.02). Skor Perkembangan
Motor Kasar (GMDQ) menunjukkan peserta memperoleh skor antara 52

52
Kesan Aktiviti Fizikal Ke Atas Tahap Perkembangan Motor Kasar

dan 79 (M=65.22, SD=7.54) dengan Skor Persentil Perkembangan Motor


Kasar (GMDQ.PERSENTIL) antara 1 dan 8 (M=2.06, SD=2.08).
Skor ujian-post peserta kumpulan kawalan menunjukkan Skor
Piawai Lokomotor (SPL) antara 3 dan 9 (M=4.72, SD=1.55) dengan
Skor Persentil Lokomotor (L.PERSENTIL) antara 1 dan 37 (M=6.16,
SD=9.25). Skor Setaraan Umur Lokomotor (AEL) adalah antara 4.03
hingga 8 tahun (M=5.16, SD= .93). Bagi Skor Piawai Manipulatif (SPM)
pula, peserta memperoleh skor antara 2 dan 8 (M=3.94, SD=1.72) dengan
Skor Persentil Manipulatif (M.PERSENTIL) antara 1 dan 25 (M=4.34,
SD=6.09). Skor Setaraan Umur Manipulatif (AEM) adalah antara 4.03
hingga 7.03 tahun (M=5.17, SD=.93). Skor Perkembangan Motor Kasar
(GMDQ) menunjukkan peserta memperoleh skor antara 58 dan 91
(M=65.97, SD=8.64) dengan Skor Persentil Perkembangan Motor Kasar
(GMDQ.PERSENTIL) antara 1 dan 27 (M=3.25, SD=6.42).
Skor ujian-post peserta kumpulan rawatan menunjukkan Skor
Piawai Lokomotor (SPL) antara 5 dan 11 (M=8.34, SD=2.06) dengan
Skor Persentil Lokomotor (L.PERSENTIL) antara 5 dan 63 (M=32.63,
SD=21.99). Skor Setaraan Umur Lokomotor (AEL) adalah antara 5
hingga 10.09 tahun (M=7.41, SD= 1.89). Bagi Skor Piawai Manipulatif
(SPM) pula, peserta memperoleh skor antara 5 dan 12 (M=8.06, SD=1.83)
dengan Skor Persentil Manipulatif (M.PERSENTIL) antara 5 dan 75
(M=28.91, SD=19.29). Skor Setaraan Umur Manipulatif (AEM) adalah
antara 5.06 hingga 10.09 tahun (M=7.17, SD=1.34). Skor Perkembangan
Motor Kasar (GMDQ) menunjukkan peserta memperoleh skor antara 73
dan 103 (M=89.22, SD=8.62) dengan Skor Persentil Perkembangan Motor
Kasar (GMDQ.PERSENTIL) antara 3 dan 58 (M=26.81, SD=17.27).

53
Jadual 4.1 Analisis deskriptif skor ujian-pre dan ujian-post bagi kumpulan kawalan dan rawatan

Ujian-pre Ujian-post
Minima Maksimum Min SD Minima Maksimum Min SD
Kumpulan Kawalan (n=32)
UMUR 8.05 9.03 8.55 .47
SPL 2.00 9.00 3.88 1.68 3.00 9.00 4.72 1.55
L.PERSENTIL 1.00 37.00 4.31 8.88 1.00 37.00 6.16 9.25
AEL 3.06 8.00 4.59 1.24 4.03 8.00 5.16 .93
SPM 1.00 8.00 3.19 2.29 2.00 8.00 3.94 1.72

54
M.PERSENTIL 1.00 25.00 4.50 6.88 1.00 25.00 4.34 6.09
AEM 3.06 7.00 4.65 1.14 4.03 7.03 5.17 .93
Kajian Sukan di Malaysia

GMDQ 49 91 61.19 10.36 58 91 65.97 8.64


GMDQ.PERSENTIL 1.00 27.00 2.84 6.35 1.00 27.00 3.25 6.42

Kumpulan Rawatan (n=32)


UMUR 8.02 9.03 8.28 .39
SPL 2.00 8.00 4.16 1.48 5.00 11.00 8.34 2.06
L.PERSENTIL 1.00 25.00 4.25 5.90 5.00 63.00 32.63 21.99
AEL 3.06 6.09 4.42 .90 5.00 10.09 7.41 1.89
samb. Jadual 4.1

SPM 2.00 8.00 4.13 2.08 5.00 12.00 8.06 1.83


M.PERSENTIL 1.00 25.00 6.09 8.25 5.00 75.00 28.91 19.29
AEM 3.09 7.06 5.08 1.02 5.06 10.09 7.17 1.34
GMDQ 52 79 65.22 7.54 73 103 89.22 8.62
GMDQ.PERSENTIL 1.00 8.00 2.06 2.08 3.00 58.00 26.81 17.27

Nota: SPL=skor piawai lokomotor,L.PERSENTIL=persentil lokomotor, AEL=setaraan umur lokomotor,SPM=skor piawai manipulatif,
M.PERSENTIL= persentil manipulatif,AEM= setaraan umur lokomotor, GMDQ=skor perkembangan motor kasar, GMDQ.PERSENTIL=
persentil skor perkembangan motor kasar.

55
Kesan Aktiviti Fizikal Ke Atas Tahap Perkembangan Motor Kasar
Kajian Sukan di Malaysia

Jadual 4.2 menunjukkan perbandingan min ujian-pre dan ujian-post


bagi kumpulan kawalan dan rawatan. Bagi kumpulan kawalan, min skor
ujian-pre adalah 7.80 (SD= .63) dan ujian-post adalah 8.11 (SD=.51).
Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min
ujian pre dan ujian post bagi kumpulan kawalan [t(31) = 5.11, p<.05].
Nilai eta squared adalah .46, kita boleh merumuskan bahawa terdapat
kesan yang ketara dengan perbezaan yang cukup besar dalam skor
perkembangan motor kasar sebelum dan selepas intervensi. Hasil yang
sama dilaporkan bagi kumpulan rawatan. Hasil analisis menunjukkan
perbezaan yang signifikan antara skor ujian-pre (M=8.06, SD=.47) dan
skor ujian-post (M=9.43; SD=.46) bagi kumpulan rawatan [t(31) = 6.07,
p< .05]. ]. Nilai eta squared adalah .89, kita boleh merumuskan bahawa
terdapat kesan yang ketara dengan perbezaan yang cukup besar dalam
skor perkembangan motor kasar sebelum dan selepas intervensi.

Jadual 4.2 Analisis paired samples test bagi kumpulan kawalan dan rawatan

Kumpulan Min SD t df p
Kawalan (n=32) ujian pre 7.80 .63 5.111* 31 .000
ujian post 8.11 .51
Rawatan (n=32) ujian pre 8.06 .47 16.073* 31 .000
ujian post 9.43 .46

* p < .05

Perbandingan min antara kumpulan kawalan dan rawatan bagi ujian-


pre dan ujian-post ditunjukkan dalam Jadual 4.3. Min skor ujian-pre bagi
kumpulan kawalan adalah 7.80 (SD=.63) dan kumpulan rawatan adalah
8.06 (SD = .47). Hasil analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan bagi min ujian pre antara kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan (t(62) = -1.912, p> .05).

56
Kesan Aktiviti Fizikal Ke Atas Tahap Perkembangan Motor Kasar

Jadual 4.3 Analisis Independent sample t-test bagi ujian-pre dan ujian-post

Kumpulan Min SD T df p
Ujian-pre Kawalan (n=32) 7.80 .63 -1.912 62 .060
Rawatan (n=32) 8.06 .47
Ujian-post Kawalan (n=32) 8.11 .51 -10.989* 62 .000
Rawatan (n=32) 9.43 .46

* p < .05

Bagi min skor ujian-post, kumpulan kawalan adalah 8.11 (SD=.51)


dan kumpulan rawatan adalah 9.43 (SD=.46). Walau bagaimanapun, bagi
min ujian post, didapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi min ujian
post antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan (t(62) = -10989, p<
.05).

PERBINCANGAN
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan aktiviti fizikal (adaptasi
permainan tradisional) terhadap peningkatan tahap perkembangan motor
kasar dalam kalangan kanak-kanak berumur sembilan tahun. Penelitian
dilakukan berdasarkan tahap perkembangan kemahiran lokomotor dan
manipulatif. Indeks Gross Motor Development Quotient (GMDQ)
digunakan untuk membandingkan tahap perkembangan motor kasar kanak-
kanak kumpulan kawalan dan rawatan sebelum dan selepas intervensi.
Kajian ini juga ingin melihat tahap kemahiran lokomotor dan kemahiran
manipulatif berdasarkan setaraan umur.
Kajian ini mendapati kesemua (100%) peserta kumpulan kawalan dan
rawatan memperoleh skor dibawah 50 peratus dalam kemahiran lokomotor
(k=4.31, r=4.25) dan kemahiran manipulatif (k=4.50, r=6.09) semasa ujian
pre. Begitu juga dengan skor GMDQ dimana semua (100%) peserta kajian
memperoleh skor di bawah 50 peratus berdasarkan GMDQ PERSENTIL
(k=2.84, r=2.06). kelewatan perkembangan dalam kemahiran motor
kasar yang dilaporkan dalam kajian ini selari dengan dapatan dari kajian
lampau (Connor-Kuntz & Dummer,1996; Hamilton et al., 1999; Valentini

57
Kajian Sukan di Malaysia

1997). Dalam kajian yang melibatkan kanak-kanak awal persekolahan,


Hamilton et al. (1999) melaporkan preintervention julat persentil antara
18% dan 20% bagi kemahiran manipulasi. Valentini (1997) mendapati
kelewatan perkembangan sangat rendah dalam kemahiran lokomotor (5%)
dan manipulatif (25%). Kedua-dua kajian menggunakan TGMD sebagai
instrumen kajian dan adalah selari dengan dapatan kajian ini. Kelewatan
perkembangan motor kasar dalam kajian ini tidak memeranjatkan kerana
peserta kurang berpengalaman dengan aktiviti fizikal sebelum intervensi.
Laporan anecdotal daripada guru-guru dan peserta menyatakan kanak-
kanak mempunyai peluang yang terhad untuk bermain di luar waktu
sekolah atas beberapa kekangan yang menyebabkan dalam beberapa sesi
pengajaran kanak-kanak tidak biasa dengan kemahiran yang diajar dalam
kajian ini. Kajian di masa depan sepatutnya dilakukan secara longitudinal
bagi menguji kesan jangka panjang terhadap kelewatan perkembangan
motor terutama melalui bentuk aktiviti fizikal yang diberikan kepada
kanak-kanak awal persekolahan. Ini juga memberi kesan kepada kurikulum
fizikal yang dibentuk termasuk guru Pendidikan Jasmani yang berada di
dalam perkhidmatan.

Kesan Aktiviti Fizikal ke atas Perkembangan Motor Kasar


Berdasarkan keputusan ujian post, kumpulan rawatan menunjukkan
peningkatan signifikan yang baik dalam perkembangan motor kasar
daripada ujian pre ke ujian post jika dibandingkan dengan kumpulan
kawalan. Kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan min dari 4.25%
ke-32.63% dalam kemahiran lokomotor dan 6.09% ke-28.91% dalam
kemahiran manipulatif selepas 10 minggu intervensi. Skor GMDQ.
PERSENTIL pula meningkat sebanyak 24.75%. Dapatan daripada
kumpulan kawalan pula menunjukkan penigkatan yang sedikit dalam
kemahiran lokomotor (4.31% ke 6.16%), dan GMDQ.PERSENTIL (2.84%
ke 3.25%) namun berlaku penurunan dalam skor kemahiran manipulatif (
4.50% ke 4.34%).
Kajian ini juga menunjukkan peningkatan skor dalam kesetaraan
umur kemahiran lokomotor, manipulatif, skor GMDQ dan skor GMDQ.
PERSENTIL (rujuk Jadual 4.4). Peningkatan skor dalam kesetaraan umur

58
Kesan Aktiviti Fizikal Ke Atas Tahap Perkembangan Motor Kasar

kemahiran lokomotor kumpulan kawalan adalah 0.57 tahun berbanding


kumpulan rawatan 2.99 tahun. Peningkatan skor dalam kesetaraan
umur kemahiran manipulatif pula menunjukkan kumpulan kawalan
meningkat sebanyak 0.52 tahun berbanding kumpulan rawatan 2.09 tahun.
Peningkatan skor GMDQ pula menunjukkan peningkatan kumpulan
kawalan sebanyak 4.78 berbanding kumpulan rawatan sebanyak 24 dan
peningkatan skor GMDQ PERSENTIL kumpulan kawalan adalah 0.41%
berbanding kumpulan rawatan sebanyak 24.75%.

59
Jadual 4.4 Peningkatan skor bagi AEL, AEM, GMDQ dan GMDQ. PERSENTIL antara kumpulan kawalan dan rawatan
selepas intervensi

Kawalan (n=32) Rawatan (n=32)


Sebelum Selepas Peningkatan Sebelum Selepas Peningkatan
AEL 4.59 5.16 0.57 4.42 7.41 2.99
AEM 4.65 5.17 0.52 5.08 7.17 2.09
GMDQ 61.19 65.97 4.78 65.22 89.22 24
GMDQ. PERSENTIL 2.84 3.25 0.41 2.06 26.81 24.75

60
Kajian Sukan di Malaysia
Kesan Aktiviti Fizikal Ke Atas Tahap Perkembangan Motor Kasar

KESIMPULAN
Kesimpulannya, aktiviti fizikal melalui adaptasi permainan tradisional
dapat membantu meningkatkan skor perkembangan motor kasar kanak-
kanak sembilan tahun dari tahap sangat lemah (65.22) ke tahap Average
(89.22) dalam skor GMDQ. Penemuan ini selari dengan kajian Rine et al.
(2004) yang turut menyatakan bahawa berlaku peningkatan dalam tahap
perkembangan motor kasar kanak-kanak awal persekolahan sekiranya
kanak-kanak diberikan latihan intervensi yang betul dan sesuai.
Berdasarkan analisis inferensi (paired samples T-Test) untuk
menentukan kesan latihan terhadap kumpulan kawalan dan rawatan,
dapat disimpulkan bahawa aktiviti fizikal (Pendidikan Jasmani Biasa)
memberi kesan terhadap perkembangan motor kasar peserta kumpulan
kawalan. Ini merujuk kepada nilai skor min yang lebih tinggi bagi post-
test (8.11) berbanding pre-test (7.80) dalam kalangan peserta kumpulan
kawalan. Keputusan analisis juga menunjukkan bahawa aktiviti fizikal
(adaptasi Permainan Tradisional) memberi kesan terhadap perkembangan
motor kasar peserta kumpulan rawatan di mana min skor ujian-pre bagi
kumpulan rawatan adalah 8.06 (SD=.47) berbanding min bagi ujian-post
adalah 9.43 (SD=.46).
Analisis independent sample T-Test pula dijalankan bagi menentukan
adakah terdapat perbezaan (kesan) antara dua jenis aktiviti fizikal yang
berbeza. Dapatan analisis menyatakan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan dalam skor ujian-pre bagi kumpulan kawalan (M=7.80,
SD= .63) dan kumpulan rawatan [M= 8.06, SD=.47 ; t (62) = -1.912, p=.06
]. Walau bagaimanapun, secara statistik terdapat perbezaan yang signifikan
dalam skor ujian-post bagi kumpulan kawalan (M=8.11, SD=.51) dan
kumpulan rawatan [M=9.43, SD=.46; t(62) =-10.99, p=.000].
Dapatan kajian menjelaskan bahawa perkembangan motor kasar yang
signifikan dalam kalangan kanak-kanak peringkat awal persekolahan
berumur sembilan tahun berlaku bukan pada tahap perkembangan umur
kronologi yang sepatutnya. Kanak-kanak ini ketinggalan hampir tiga
tahun dari tahap perkembangan kemahiran lokomotor dan kemahiran
manipulatif (memberi kesan pada skor perkembangan motor kasar)
berdasarkan umur kronologi.

61
Kajian Sukan di Malaysia

Kemungkinan kegagalan peningkatan perkembangan turut dipengaruhi


oleh penerimaan latihan dan intervensi yang kurang sesuai dalam program
Pendidikan Jasmani yang dijalankan. Tumpuan pendidikan yang diberikan
kepada mereka lebih berfokus kepada aktiviti permainan pertandingan
dan jenis-jenis permainan popular. Ini menyebabkan aktiviti melibatkan
pergerakan dan perkembangan kemahiran motor berlaku di tahap yang
minimum. Kanak-kanak yang rendah tahap perkembangan motor akan
terus ketinggalan jika aplikasi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani tidak dipantau dan diperbetulkan.
Kelewatan perkembangan motor kasar kanak-kanak berkenaan
pada peringkat awal persekolahan sememangnya wujud. Ini bermakna
tahap perkembangan motor kasar kanak-kanak itu tidak mengikut urutan
mengikut umur kronologi. Namun begitu, kajian ini menunjukkan
berlakunya peningkatan dalam perkembangan kemahiran motor kasar
apabila kita mencadangkan satu aktiviti fizikal yang sesuai. Adaptasi
permainan tradisional yang dicadangkan berjaya meningkatkan tahap
perkembangan motor kasar kanak-kanak berdasarkan kesetaraan umur
sehingga 2.99 tahun bagi kemahiran lokomotor dan 2.09 tahun bagi
kemahiran manipulatif. Kejayaan ini adalah disebabkan oleh ciri-ciri yang
terdapat dalam permainan tradisional yang diadaptasikan kepada aktiviti
fizikal itu sendiri. Sebagai contoh, dalam permainan Ketinting, kita berjaya
membina kemahiran motor kasar bagi lompat jauh berdiri dan lompat
sebelah kaki secara serentak. Kanak-kanak secara automatik melakukan
kedua-dua kemahiran kerana peraturan permainan yang memerlukan
mereka melakukan aksi tersebut. Begitu juga dengan permainan Galah
Panjang, kanak-kanak perlu bergerak ke sisi kanan dan kiri yang secara
tidak langsung membina kemahiran lari sisi dalam kalangan mereka. Bagi
permainan Rounders pula, kanak-kanak perlu berjaya melakukan pukulan
statik supaya mereka boleh berlari dan menamatkan larian. Secara tidak
langsung mereka perlu menguasai kemahiran memukul untuk terus
merasai keseronokan bermain permainan Rounders.

62
Kesan Aktiviti Fizikal Ke Atas Tahap Perkembangan Motor Kasar

CADANGAN
Adalah dicadangkan supaya diperbanyakkan aktiviti fizikal berdasarkan
permainan yang diadaptasikan. Kita perlu kembali memikirkan elemen
keseronokan bermain dalam kalangan kanak-kanak supaya dapat menarik
minat mereka untuk melakukan aktiviti fizikal. Melalui aktiviti fizikal
yang menyeronokkan dan kerap, kami percaya secara tidak langsung
akan menyumbang kepada perkembangan kemahiran motor kasar dalam
kalangan mereka.
Adalah dicadangkan juga supaya sistem persekolahan yang ada
sekarang dirombak dari segi peruntukan masa untuk pengajaran mata
pelajaran Pendidikan Jasmani. Kanak-kanak memerlukan sekurang-
kurangnya tiga kali seminggu untuk mata pelajaran ini. Sekiranya tiga
waktu seminggu diperuntukkan, maka kanak-kanak awal persekolahan
akan dapat membuat fizikal pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat yang akan
membantu mereka beraktiviti fizikal dengan mematuhi prinsip latihan dan
akan mengelakkan proses kebolehbalikan.
Dalam menentukan perkembangan motor kasar kanak-kanak
berkembang mengikut umur kronologi mereka, pihak pentadbir pendidikan
perlu memastikan guru-guru opsyen Pendidikan Jasmani melaksanakan
peranan mereka sebagai pemangkin perkembangan motor kasar kanak-
kanak. Perkembangan motor kasar kanak-kanak ini perlu diutamakan
agar mereka boleh terus mencapai tahap perkembangan motor kasar
yang sepatutnya seiring dengan perkembangan umur kronologi dan dapat
menyumbang secara positif kepada prestasi sukan negara.

RUJUKAN
Akbari, H., Abdoli, B., Shafizadeh, M., Khalaji, H., Hajihosseini, S., & Ziaee, V.
(2009). The effect of traditional games in fundamental motor skill development
in 7-9 year-old boys. Iranian Journal of Pediatrics, 19(2), 123-129.
Connor-Kuntz, F., & Dummer, G. (1996). Teaching across the curriculum:
Language-enriched physical education for preschool children. Adapted
Physical Activity Quarterly, 13, 302-315.
Ericsson, I. (2008). To measure and improve motor skills in practice. International
Journal Pediatric Obes, 31, 21-27.

63
Kajian Sukan di Malaysia

Gabbard, C.P. (2000). Lifelong motor development (3rd ed.). Madison Dubuque,
IA: Brown & Benchmark.
Gallahue, D. (1996). Developmental physical education for today’s children.
Dubuque. IA: Brown & Benchmark.
Hamilton, M.L., Goodway, J.D., & Haubenstricker, J. (1999). Parent-assisted
instructions in a motor skill program for at-risk preschool children. Adapted
Physical Activity Quarterly, 16, 415-426.
Haywood, K.M, & Getchell, N. (2001). Lifelong motor development (3rd ed.).
Champaign, IL: Human Kinetics.
Payne, V.G., & Isaacs, L.D. (2002). Human motor development: A Lifespan
approach (5th ed.). Boston: McGraw Hill.
William, H.G. (1983). Perceptual and motor development. Eaglewood Cliffs, NJ:
Prentice-Hall.
Payne, G., & Rink, J. (1997). Physical education in the developmentally
appropriate integrated curriculum. In C. Hart, D. Burts, & R. Charlesworth
(Eds.), integrated curriculum and developmentally appropriate practice-birth
to age eight (145-170). Albany, NY: SUNY Press.
Poest, C., Williams, J., Witt, D., & Atwood, M. (1990). Challenge me to move:
Large muscle development in young children. Young Children, 45, 4–10.
Rine, R.M., Braswell, J., Fisher, D. Jotce, K., Kalar, K., & Shaffer, M.(2004).
Improvement of motor development and postural control following intervention
in children with sensorineural hearing loss and vestibular impairment.
International Journal of Pediatric Otorhinolaryngology,1-7.
Shamsul, A., & Ahmad. S., (2005). Tebang-tebang tebuk. Ampang: Dawama
Sdn.Bhd.
Sofianidis, G., Hatzitaki, V., Douka, S., & Grouios, G. (2009). Effect of a 10-
week tradisional dance program on static and dynamic balance control in
elderly adults. Journal of Aging and Physical Activity, 17: 167-180.
Ulrich, D.A. (2000). Test of gross motor development (2nd ed.) Austin, TX: PRO-
ED.
Valentini, N. (1997). The influence of two motor skill interventions on the motor
skill performance, perceived physical competence, and intrinsic motivation of
kindergarten children. Unpublished master thesis, Auburn University, Auburn,
Alabama.

64
Kesan Aktiviti Fizikal Ke Atas Tahap Perkembangan Motor Kasar

Venetsanou, F., & Kambas, A.( 2004). How can a tradisional Greek dances
programme affect the motor proficiency of pre-school children? Research in
Dance Education, 5(2), 127-138.

65
Bab 5
Penggunaan Positif Self-talk dalam Kalangan
Pemain Futsal Universiti di Sebuah
Universiti di Malaysia
Jorrye Jakiwa, Soh Kim Geok, Aminuddin Yusof dan
Mohd. Sofian Omar Fauzee

PENDAHULUAN
Salah satu kaedah yang selalu digunakan dalam meningkatkan psikologi
atlet adalah dengan menggunakan self-talk (Gould et al., 1993; Thelwell
et al., 2009). Self-talk adalah bahasa dalaman pada diri sendiri dan ahli-
ahli psikologi (Papaioannou et al., 2004; Mamassis & Doganis, 2004;
Hamilton et al., 2007; Hatzigeorgiadis et al., 2009) menyatakan bahawa
self-talk boleh mempengaruhi faktor-faktor seperti keyakinan, semangat,
ketekunan, konsentrasi, kekuatan dan mengurangkan kebimbangan.
Sesetengah individu menggunakan self-talk secara bercakap (verbal) dan
ada juga sesetengah individu hanya melakukan self-talk secara dalaman
(non-verbal) (Theodorakis et al., 2000). Seseorang atlet berkata pada diri
sendiri sebanyak 200 perkataan per minit. Apa yang keluar dalam 200
perkataan tersebut merupakan ayat-ayat yang sangat berkuasa iaitu boleh
meningkatkan keyakinan diri dan juga mengurangkan kebimbangan dalam
diri atlet (Hatzigeorgiadis et al., 2009).
Self-talk mengandungi ayat-ayat yang berfaedah dan merupakan buah
fikiran yang keluar daripada minda yang boleh memberikan arahan dan
motivasi kepada diri (Theodorakis et al., 2000). Buah fikiran tersebut
boleh dikategorikan kepada dua iaitu positif ataupun negatif. Johnson
et al. (2004) menyatakan bahawa apa yang difikirkan oleh minda akan
dilakukan oleh fizikal. Oleh itu, pemikiran yang negatif pada kebiasaannya
akan menjatuhkan prestasi (Van Raalte et al., 1994; Hatzigeorgiadis et
Penggunaan Positif Self-talk dalam Kalangan Pemain Futsal Universiti

al., 2004), manakala pemikiran yang positif akan memberikan kuasa baru
dalam prestasi (Perkos et al., 2002; Hamilton, Scott & MacDoughall,
2007).
Menurut Johnson et al. (2004), apa yang difikirkan oleh minda akan
dilakukan oleh fizikal. Sekiranya, seseorang atlet berfikiran negatif
seperti “pihak lawan terlalu kuat, saya tidak boleh menewaskannya”
maka sudah pasti ia akan menjatuhkan prestasi dan besar kemungkinan
atlet tersebut akan kalah. Jika atlet tersebut berfikiran positif seperti “saya
boleh menewaskan lawan” maka ia akan membantu atlet untuk berkerja
lebih keras untuk menang dan secara tidak langsung akan meningkatkan
prestasi. Jadi, perbezaan yang jelas dapat dilihat antara negatif dan positive
self-talk.
Penggunaan self-talk telah dikesan dalam pelbagai jenis sukan
seperti bola keranjang (Perkos et al., 2002), kriket (Holt, 2003), hoki ais
(Rogerson & Hrycaiko, 2002), bola sepak (Papaioannou et al., 2004),
polo air (Hatzigeorgiadis et al., 2004), sukan papan luncur (Ming &
Martin, 1996), golf (Kirschenbaum et al., 1998; Harvey et al., 2002),
tenis (Mamassis & Doganis, 2004), sukan dart (Van Raalte et al., 1995)
dan boling (Kirschenbaum et al., 1982). Namun, belum terdapat kajian
yang mengkaji penggunaan self-talk dalam permainan futsal setakat ini.
Walaupun pada asasnya setiap atlet menggunakan self-talk dalam pelbagai
jenis sukan namun masih sukar untuk membuat kesimpulan sejauh mana
aplikasi dan kesan self-talk tersebut bagi seseorang atlet terutamanya
dalam sukan futsal ini.
Futsal adalah sejenis permainan bola sepak (indoor football) yang
makin digemari dan popular pada masa ini. Permainan ini berasal dari
negara Uruguay dan telah direkodkan telah bermula sejak tahun 1930.
Futsal boleh dimaksudkan sebagai permainan bola sepak yang dimainkan
di dalam dewan atau keadaan tertutup. Permainan ini berbeza dengan
permainan bolasepak biasa. Oleh kerana bolanya adalah jenis berpantulan
rendah, kecekapan pemain mengawal bola amatlah penting. Kualiti
permainan, kecergesan fizikal dan juga kekuatan mental amat diperlukan.
Ini kerana, sukan ini dikategorikan sebagai sukan yang berintensiti tinggi
iaitu memerlukan kecergeasan yang tinggi, kelajuan, kepantasan dan juga
memerlukan mental yang tinggi (Barbero-Alvarez et al., 2008).

67
Kajian Sukan di Malaysia

Penggunaan self-talk dalam kalangan pemain futsal di Malaysia ini


tidak dapat dipastikan kesahihannya. Kajian lepas menyatakan bahawa
self-talk dapat meningkatkan prestasi atlet (Hamilton et al., 2007). Oleh
yang demikian, tujuan kajian kualitatif ini adalah untuk melihat kesan
penggunaan positive self-talk dalam kalangan pemain futsal universiti di
salah sebuah universiti di Malaysia.

Pentaksiran, pengujian dan pengukuran


Sampel Kajian
Sampel kajian yang telah dipilih merupakan pemain futsal universiti
di sebuah universiti di Malaysia. Seramai lapan orang responden telah
bersetuju untuk ditemubual. Responden berumur dalam lingkungan
21 hingga 24 tahun (22.13 ± 1.13) dan kesemuanya merupakan lelaki.
Para responden telah terlibat dalam sukan futsal ini dan telah mewakili
universiti dengan min penglibatan selama 1.5 tahun. Peringkat tertinggi
penglibatan mereka adalah pada peringkat Majlis Sukan Universiti
Malaysia (MASUM).

Alat kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah kajian kualitatif berbentuk soal selidik
separa struktur. Teknik temubual digunakan bagi mengumpul maklumat
berkenaan dengan kesan penggunaan positive self-talk dalam kalangan
pemain futsal universiti. Soalan temubual ini telah diuji kesahihannya
dengan menemubual seorang pemain dari sukan futsal (bukan dari kalangan
responden) untuk menilai keupayaan dan kebolehpercayaan soalan.
Daripada kajian rintis yang dilakukan segala masalah dan kekurangan
yang ada pada soalan temubual tersebut telah diperbaiki dan diubahsuai
oleh penyelidik mengikut kesesuaian dengan tujuan kajian. Selain daripada
soalan kajian, alat perakam suara juga digunapakai dalam kajian temubual
ini. Ini bagi memastikan segala temubual dengan responden direkodkan
bagi rujukan di masa hadapan.

68
Penggunaan Positif Self-talk dalam Kalangan Pemain Futsal Universiti

Soalan Temubual
Berikut merupakan soalan temubual yang telah digunakan dalam
memperoleh maklumat berkenaan dengan penggunaan positif self talk
dalam kalangan pemain futsal universiti.
1. Bolehkah anda ceritakan serba sedikit penglibatan anda dalam sukan
ini?
2. Secara amnya, apakah pemahaman anda tentang self-talk?
3. Apakah tujuan self-talk ini bagi anda?
4. Bagaimanakah cara anda mengaplikasikan self-talk ini?
5. Bolehkah anda berikan contoh ayat-ayat self-talk yang selalu anda
gunakan?
6. Apakah situasi-situasi yang menyebabkan anda lebih menggunakan
self-talk?
7. Adakah anda yakin yang self-talk dapat meningkatkan prestasi
permainan anda? Cuba jelaskan dengan lebih terperinci?
8. Adakah anda bercadang untuk menggunakan self-talk pada masa akan
datang semasa permainan? Kenapa?

Pengumpulan Data
Responden yang terdiri daripada pemain futsal universiti ini dikenalpasti
dan telah dihubungi bagi mendapatkan persetujuan daripada mereka.
Satu surat persetujuan diberikan dan ditandantangani bagi memastikan
responden benar-benar bersetuju untuk terlibat dalam kajian ini. Soalan
temubual diberikan kepada responden sehari sebelum temubual dibuat.
Ini bertujuan untuk memberikan persediaan awal kepada responden dan
memberikan masa kepada mereka untuk mengimbas kembali pengalaman
mereka yang pernah dilalui dan pengetahuan yang dimiliki. Setiap sesi
temubual bersama responden direkodkan menggunakan alat perakam
suara bagi membolehkan kandungan temubual tersebut diikaji dengan
lebih lanjut. Sebelum sesi temubual dimulakan, pengkaji memastikan
bahawa responden cukup bersedia untuk ditemubual. Sekiranya responden
telah bersedia, maka sesi temubual dengan rakaman suara akan dilakukan.

69
Kajian Sukan di Malaysia

Analisis Data
Setiap temubual yang direkodkan telah ditranskip oleh pengkaji.
Seterusnya, transkrip tersebut diberikan kepada para responden untuk
pengubahsuaian struktur ayat ataupun penambahan dan pindaan yang ingan
dilakukan. Ini merupakan pengesahan yang menandakan bahawa mereka
bersetuju dengan kandungan dalam temubual tersebut. Transkrip yang
telah diperbetulkan dan disahkan oleh responden akan dikodkan. Tujuan
kod ini adalah untuk mencari kekerapan sesuatu ayat atau pernyataan yang
dinyatakan oleh responden. Seterusnya analisis kandungan dilakukan
setelah kod bagi setiap transkrip selesai dilakukan. Dalam analisis
kandungan maklumat yang telah dikod telah dianalisis berdasarkan faktor-
faktor terhadap kesan penggunaan positive self-talk dalam mempengaruhi
prestasi permainan dalam kalangan pemain futsal. Daripada analisis
kandungan ini, maka dapatlah dilihat apakah kesan penggunaan positive
self-talk dapat meningkatkan prestasi permainan ataupun sebaliknya.

sumbangan PENGGUNAAN POSITIVE SELF-TALK DALAM


KALANGAN PEMAIN FUTSAL
Daripada analisis kandungan yang dilakukan, didapati sebanyak 23 tema
data mentah diperolehi berkaitan dengan kesan penggunaan positive self-
talk terhadap pemain futsal (lihat Rajah 5.1). Daripada 23 data mentah ini,
ia dikelaskan pula kepada 11 buah kelas sebagai data kedua mentah. Akhir
sekali ia dikelaskan kepada tiga tema utama iaitu motivasi, prestasi dan
juga mengawal kebimbangan.

Jadual 5.1 Tema utama kesan daripada penggunaan self-talk

Tema utama Data kedua mentah Tema data mentah


Motivasi 4 11
Prestasi 4 10
Mengawal kebimbangan 2 2
Jumlah 10 23

70
Penggunaan Positif Self-talk dalam Kalangan Pemain Futsal Universiti

Jadual 5.1 menunjukkan 13 tema utama iaitu motivasi, prestasi dan


mengawal kebimbangan. Dapat dilihat bahawa tema motivasi mengandungi
tema data mentah yang paling banyak iaitu 11 tema diikuti pula dengan
tema prestasi dan mengawal kebimbangan iaitu masing-masing 10 dan 2
tema.

Tema data mentah Data kedua mentah Tema utama

Meningkatkan semangat
Yakin
Memberikan galakan
Fokus
Meningkatkan semangat pasukan Motivasi
Kekuatan mental
Memberi keyakinan
Persediaan mental
Memberikan rangsangan
Mengekalkan fokus
Mampu melakukan tugasan
Bermain lebih baik
Mengurangkan kesilapan
Meningkatkan kekuatan diri
Bersaing
Berfikiran menang
Semangat
Tanpa tekanan Prestasi
Galakan
Memahami diri
Kurang melakukan kesilapan
Boleh berifkir
Kawal emosi
Berfikir waras
Serius
Berani
Lebih enjoy dan teratur
Tanpa tekanan Mengawal
Tidak berputus asa kebimbangan
Kawal emosi
Melebihi kemampuan
Mengawal situsai
Tetap positif

Rajah 5.1 Positive self-talk dalam kalangan pemain futsal universiti

71
Kajian Sukan di Malaysia

Tema Motivasi
Kesan utama yang dapat dilihat hasil daripada penggunaan self-talk dalam
kalangan pemain futsal universiti adalah meningkatkan motivasi. Dalam
kajian ini terdapat empat faktor yang menyumbang kepada peningkatan
motivasi iaitu kekuatan mental, fokus, keyakinan dan juga persediaan
mental (Jadual 5.2). Menurut Hardy et al. (2001) fungsi motivasi adalah
berkaitan dengan kekuatan mental, fokus, keyakinan dan juga persediaan
mental. Keempat-empat faktor ini adalah penting untuk membantu pemain
supaya lebih bermotivasi dan seterusnya membantu mereka meneruskan
momentum untuk mencapai matlamat.

Jadual 5.2 Faktor yang menyumbang kepada tema motivasi

Tema utama Data kedua mentah


Keyakinan
Kekuatan mental
Motivasi
Persediaan mental
Fokus

Keyakinan
Melalui penggunaan self-talk pemain akan berasa berkeyakinan dan
secara tidak langsung akan meningkatkan motivasi mereka dan seterusnya
akan mempengaruhi cara permainan mereka. Daripada dapatan ini, boleh
dinyatakan bahawa kesemua responden percaya bahawa penggunaan self-
talk akan dapat meningkatkan keyakinan mereka bermain. Dalam kajian
ini, terdapat beberapa orang responden menyatakan bahawa melalui
penggunaan self-talk, ia akan dapat meningkatkan keyakinan diri dan
seterusnya akan menyumbang kepada motivasi diri. Berikut merupakan
antara kenyataan daripada salah seorang responden berkenaan:

“Memberikan keyakinan….. kalau kita bercakap dengan diri kita


contohnya, saya boleh lakukan benda ini” ataupun “saya boleh
bantu pasukan saya untuk menang, ia akan lebih memberikan
keyakinan semasa bermain”.

72
Penggunaan Positif Self-talk dalam Kalangan Pemain Futsal Universiti

Kekuatan mental
Faktor kedua yang menyumbang kepada motivasi ialah kekuatan mental.
Berikut merupakan antara kenyataan daripada salah seorang responden
berkenaan dengan kekuatan mental:

“Bagi saya, mungkin saya akan menggunakan self-talk ini pada


masa akan datang sebab macam yang saya cakap tadi, ianya
banyak memberikan manfaat kepada diri saya sendiri sebab
secara tidak langsung bila menggunakan self-talk ini prestasi akan
meningkat sebab self-talk ini memberikan motivasi dan memberi
penguat kepada saya untuk bermain futsal”.

Persediaan mental
Persediaan mental merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada
motivasi diri. Ini bermaksud apabila pemain melakukan persediaan mental
maka motivasi mereka akan meningkat dan seterusnya akan mempengaruhi
cara bermain. Dalam kajian ini, terdapat responden menyatakan bahawa
melalui penggunaan self-talk, ia akan dapat meningkatkan persediaan
mental dan seterusnya akan menyumbang kepada motivasi diri. Berikut
merupakan antara keyataan daripada responden berkenaan:

“Dengan mempratikkan self-talk ia dapat mempersiapkan mental


saya dalam segala situasi. Contohnya jika diberi kerja. Ertinya self-
talk tu penting untuk saya melakukan tugasan yang diberikan”.

Fokus
Faktor seterusnya yang menyumbang kepada motivasi ialah fokus.
Menurut Hatzigeorgiadis et al. (2004) dalam sukan polo air dan sukan
yang memerlukan kemahiran membaling bola, atlet akan menggunakan
self-talk untuk meningkatkan fokus dan perhatian dalam permainan.
Dalam kajian ini, terdapat beberapa orang responden menyatakan bahawa
melalui penggunaan self-talk, ia akan dapat meningkatkan fokus diri dan
seterusnya akan menyumbang kepada motivasi diri. Berikut merupakan
antara keyataan daripada responden berkenaan dengan tiga tema data
tersebut:

73
Kajian Sukan di Malaysia

“Dalam keadaan menang atau sedang mendahului saya gunakan


self-talk untuk fokus lagi”. Saya akan berfikir “jangan hilang
fokus dalam permainan ini”.

Tema Prestasi
Kesan kedua yang dapat dilihat hasil daripada penggunaan positive
self-talk dalam kalangan pemain futsal universiti adalah meningkatkan
prestasi. Dalam kajian ini terdapat empat faktor yang menyumbang
kepada peningkatan prestasi iaitu bersaing, semangat, galakan dan juga
kurang melakukan kesilapan (Jadual 5.3). Menurut Hatzigeorgiadis et al.
(2008), self-talk merupakan satu strategi kognitif yang mampu memberi
kesan kepada peningkatan prestasi.

Jadual 5.3 Faktor yang menyumbang kepada tema prestasi

Tema utama Data kedua mentah


Semangat
Galakan
Prestasi
Lebih baik
Bersaing

Semangat
Melalui self-talk, ia mampu untuk meningkatkan semangat pemain
dan seterusnya akan meningkatkan prestasi. Self-talk ini tidak hanya
akan membangkitkan semangat diri sendiri sahaja tetapi juga semangat
sepasukan. Berikut merupakan antara temubual yang berkaitan dengan
kesan self-talk dalam membangkitkan semangat permainan dalam sukan
futsal ini.

“Bagi saya self-talk ini adalah kata-kata semangat bagi seorang


pemain tidak kiralah main futsa ataupun sukan-sukan lain, self-
talk ini salah satu kata semangat untuk diri sendiri”.

74
Penggunaan Positif Self-talk dalam Kalangan Pemain Futsal Universiti

“Self-talk ini ia memberikan motivasi, motivasi penting kepada


atlet kerana daripada motivasi itu ia dapat memberikan semangat
baru untuk melakukan sesuatu tindakan yang lebih baik”.

Galakan
Faktor seterusnya yang menyumbang kepada peningkatan prestasi adalah
faktor rangsangan dan juga galakan. Berikut merupakan antara temubual
yang berkaitan dengan kesan self-talk dalam memberikan rangsangan dan
galakan dalam diri pemain.

“Sebelum permainan saya akan gunakan self-talk contohnya


semasa pemanasan badan, sebelum masuk ke gelangang
pertandingan, saya akan memberikan rangsangan kepada badan
saya. Maksudnya memberikan galakan agar permainan yang saya
akan lalui pada masa itu akan menjadi lebih baik”.

Bersaing
Faktor ketiga yang dapat meningkatkan prestasi permainan para pemain
futsal adalah bersaing. Berani, tidak berputus asa dan melebihi kemampuan
merupakan komponen dalam faktor bersaing.

“Bagi saya, self-talk ini merupakan salah satu cara yang dapat
memberi motivasi, memberi peluang untuk diri supaya tidak
gentar dalam menghadapi sesuatu pertandingan dan seterusnya
memberikan keberanian”.

“Ya, saya yakin self-talk ini boleh meningkatkan prestasi


permainan sebab sebagai contohnya, apabila saya bermain dan
mempunyai semangat yang tinggi untuk memenangi perlawanan
itu, saya akan berusaha bersungguh-sungguh. Jadi secara tidak
langsung saya akan lebih serius dan tidak akan berputus asa ketika
menghadapi perlawanan tersebut dan tidak memandang rendah
terhadap pasukan lawan”.

75
Kajian Sukan di Malaysia

Kurang melakukan kesilapan


Faktor terakhir yang mampu meningkatkan prestasi permainan adalah
faktor kurang melakuan kesilapan. Positive self-talk yang diamalkan
bukan sahaja akan memberi galakan, rangsangan semangat dan juga sikap
bersaing tetapi juga mampu mengurangkan kesilapan permainan. Berikut
merupakan temubual salah seorang responden berkenaan dengan positive
self-talk mampu mengurangkan kesilapan permainan dan seterusnya akan
meningkatkan prestasi diri dan sepasukan.

“Self-talk ini biasanya kita akan memberi galakan kepada diri kita
maksudnya, saya boleh melakukan. Kalau dah buat silap boleh
memperbaiki kesilapan yang dilakukan. Jadi secara automaik,
self-talk ini juga mampu meningkatkan prestasi diri saya sebab
saya dah memberikan galakan kepada diri saya bahawa saya
boleh”.

Tema Mengawal Kebimbangan


Faktor ketiga yang dapat dilihat hasil daripada penggunaan self-talk dalam
kalangan pemain futsal universiti adalah dapat mengawal kebimbangan.
Dalam kajian ini terdapat dua faktor yang menyumbang kepada mengawal
kebimbangan iaitu mengawal emosi dan tanpa tekanan (Jadual 5.4).
Menurut Hardy et al. (1996), positive self-talk boleh meningkatkan prestasi
melalui peningkatan keyakinan dan juga pengawalan kebimbangan.

Jadual 5.4 Faktor yang menyumbang kepada tema


mengawal kebimbangan

Tema utama Data kedua mentah


Mengawal Kebimbangan Kawal emosi
Tanpa tekanan

Berikut merupakan antara temubual yang berkaitan dengan kesan self-


talk dalam memberikan kawalan kebimbangan dalam diri responden.

76
Penggunaan Positif Self-talk dalam Kalangan Pemain Futsal Universiti

“Selepas saya memotivasikan diri saya dengan menggunakan self-


talk ini, secara langsung ia akan meningkatkan prestasi permainan
saya dan mampu mengawal emosi saya. Jadi saya boleh bermain
dengan lebih baik dan menonjolkan prestasi permainan saya yang
sebenar”.

Mampu mengawal emosi dalam diri membolehkan pemain dapat


mengurangkan kebimbangan dalan diri mereka dan seterusnya dapat
mempamerkan prestasi pada tahap yang terbaik. Berdasarkan kepada
pernyataan responden ini, beliau menyatakan bahawa dengan menggunaan
self-talk ia bukan sahaja akan dapat meningkatkan prestasi tetapi juga
mampu mengawal emosi dengan lebih sempurna lagi.

“Bagi saya ia (self-talk) dapat meningkatkan prestasi permainan


saya sebab sebagai contoh, bila saya menggunakan self-talk secara
tidak langsung ia akan menberikan semangat, motivasi dan juga
mengurangkan rasa tekanan dalam diri saya jadi, bila tanpa rasa
tekanan sudah tentu saya akan dapat bermain dengan lebih tenang
dan lebih teratur tanpa ada rasa tekanan dalam diri”.

Selain daripada mampu mengawal emosi, mengurangkan rasa tertekan


juga mampu menyumbang kepada pengawalan kebimbangan dalam diri
responden. Seperti dalam pernyataan di atas, responden ini menyatakan
bahawa self-talk bukan sahaja memberikan semangat dan motivasi tetapi
juga mengurangkan rasa tertekan dalam diri.

Kesimpulan
Berdasarkan kepada objektif kajian ini iaitu menilai kesan penggunaan
positive self-talk dalam kalangan pemain futsal universiti di salah sebuah
universiti di Malaysia. Kesan utama yang diperoleh adalah meningkatkan
motivasi diikuti dengan meningkatkan prestasi dan mengawal kebimbangan
seperti yang dapat dilihat pada Jadual 5.2.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa
self-talk mampu meningkatkan motivasi, prestasi dan juga mengawal

77
Kajian Sukan di Malaysia

kebimbangan pemain dalam sukan futsal. Dapatan ini sama dengan


dapatan kajian yang dilakukan oleh Gammage et al. (2001) berkenaan
dengan penggunaan self-talk dalam latihan sukan di mana ia mampu
meningkatkan kemahiran, meningkatkan strategi dan prestasi dan
juga untuk meningkatkan motivasi. Selain itu, dapatan kajian ini juga
menyokong kajian yang dilakukan oleh Hardy et al. (1996), iaitu positive
self-talk mampu meningkatkan prestasi melalui peningkatan keyakinan
dan juga pengawalan kebimbangan
Daripada dapatan kajian ini, tiada satu pun daripada kesan-kesan
yang diperolehi merupakan penemuan yang baru. Dapatan kajian ini
adalah sama dengan dapatan kajian daripada pengkaji-pengkaji lain
(Ming & Martin, 1996; Kirschenbaum et al, 1998; Papaioannou et al.,
2004; Mamassis & Doganis, 2004; Hamilton et al., 2007; Hatzigeorgiadis
et al., 2009). Walaupun begitu, seperti yang telah dinyatakan di dalam bab
pengenalan, masih kurang kajian yang mengkaji kesan self-talk ini dalam
sukan futsal. Jadi, melalui kajian secara kualitatif menggunakan kaedah
temubual ini dapat dinyatakan bahawa self-talk yang diaplikasikan dalam
sukan futsal ini mampu meningkatkan motivasi, prestasi dan juga mampu
mengawal kebimbangan.
Para responden yang juga merupakan pemain futsal universiti di
salah sebuah universiti di Malaysia ini berpendapat bahawa penggunaan
self-talk tidak seharusnya terhad di dalam sukan futsal sahaja. Mereka
berpendapat ianya perlu dilakukan dalam apa juga jenis sukan ataupun
aktiviti fizikal. Ini kerana, setiap sukan tersebut akan melibatkan psikologi
dan fizikal, jadi self-talk akan dapat meningkatkan kekuatan mental
mereka untuk menampilkan prestasi yang jauh lebih baik (Thelwell et al.,
2009; Perkos et al., 2002; Holt, 2003; Harvey et al., 2002; Rogerson &
Hrycaiko, 2002; Papaioannou et al., 2004; Mamassis & Doganis, 2004).
Ada juga responden yang berpendapat bahawa self-talk ini tidak hanya
terhad dalam kegiatan sukan sahaja, ianya juga perlu di luar kegiatan
sukan seperti dalam pembelajaran, percintaan, persahabatan pendek kata
ianya perlu dalam kehidupan seharian manusia (Lane et al., 2009).

78
Penggunaan Positif Self-talk dalam Kalangan Pemain Futsal Universiti

CADANGAN
Justeru, daripada dapatan kajian yang diperoleh pengkaji memberikan
beberapa cadangan untuk kajian seterusnya berkaitan self-talk di dalam
sukan futsal ini. Pertama, kajian ini merupakan kajian kualitatif iaitu
menjalankan kaedah temubual kepada responden jadi, pada masa akan
datang lakukan kajian yang berasaskan kuantatif iaitu menggunakan soal
selidik untuk melihat kesan penggunaan self-talk ini dalam kalangan
pemain futsal universiti. Dan akhir sekali, kajian ini hanya melibatkan
responden lelaki, justeru, pada masa akan datang jalankan kajian berkaitan
dengan self-talk dalam kalangan pemain futsal wanita.

Rujukan
Barbero-Alvarez, J. C., Soto, V. M., Barbero-Alvarez, V., & Granda-Vera, J.
(2008). Match analysis and heart rate of futsal players during competition.
Journal of Sports Sciences, 26(1), 63-73.
Gammage, K. L., Hardy, J., & Hall, C. R. (2001). A description of self-talk in
exercise. Psychology of Sport and Exercise, 2, 233–247.
Gould, D., Finch, L. M., & Jackson, S. A. (1993). Coping strategies used by
national champion figure skaters. Research Quarterly for Exercise and Sport,
64, 453–468.
Hamilton, R. A., Scott, D., & MacDougall, M. P. (2007). Assessing the effectiveness
of self-talk interventions on endurance performance. Journal of Applied Sport
Psychology, 19(2), 226-239.
Hardy, L., Jones, G., & Gould, D. (1996). Understanding Psychological
Preparation For Sport: Theory And Practice Of Elite Performers. Chichester,
UK: Jones Wiley & Sons.
Hardy, J., Gammage, K., & Hall, C. R. (2001). A description of athlete self-talk.
The Sport Psychologist, 15, 306 – 318.
Harvey, D. T., Van Raalte, J. L., & Brewer, B. W. (2002). Relationship between
self-talk and golf performance. International Sports Journal, 6, 84–91.
Hatzigeorgiadis, A., Theodorakis, Y., & Zourbanos, N. (2004). Self-talk in the
swimming pool: The effects of self-talk on thought content and performance
on water-polo tasks. Journal of Applied Sport Psychology, 16, 138–150.

79
Kajian Sukan di Malaysia

Hatzigeorgiadis, A., Zourbanos, N., Goltsios, C., & Theodorakis, Y. (2008).


Investigating the functions of self-talk: The effects of motivational self-talk
on self-efficacy and performance in young tennis players. Sport Psychologist,
22(4), 458-471.
Hatzigeorgiadis, A., Zourbanos, N., Mpoumpaki, S., & Theodorakis, Y. (2009).
Mechanisms underlying the self-talk-performance relationship: The effects of
motivational self-talk on self-confidence and anxiety. Psychology of Sport and
Exercise, 10(1), 186-192.
Johnson, J. J. M., Hrycaiko, D. W., Johnson, G. V., & Halas, J. M. (2004). Self-Talk
and female youth soccer performance. Sport Psychologist, 18(1), 44-59.
Kirschenbaum, D. S., Ordman, A. M., Tomarken, A. J., & Holtzbauer, R.
(1982). Effects of differential self-monitoring and level of mastery on sports
performance: Brain power bowling. Cognitive Therapy and Research, 6, 335–
342.
Kirschenbaum, D. S., Owens, D., & O’Connor, A. (1998). Smart golf: Preliminary
evaluation of a simple, yet comprehensive, approach to improving and scoring
the mental game. The Sport Psychologist, 12, 271–282.
Lane, A. M., Thelwell, R. C., Lowther, J., & Devonport, T. J. (2009). Emotional
intelligence and psychological skills use among athletes. Social Behavior and
Personality: An International Journal, 37, 195-201.
Mamassis, G.,& Doganis, G. (2004). The effects of a mental training program on
juniors’ pre-competitive anxiety, self-confidence, and tennis performance.
Journal of Applied Sport Psychology, 16, 118–137.
Ming, S., & Martin, G. L. (1996). Single-subject evaluation of a self-talk package
for improving figure skating performance. The Sport Psychologist, 10, 227–
238.
Papaioannou, A., Ballon, F., Theodorakis, Y., & Auwelle, Y. V. (2004). Combined
effect of goal setting and self-talk in performance of a soccer-shooting task.
Perceptual and Motor Skills, 98, 89–99.
Perkos, S., Theodorakis, Y., & Chroni, S. (2002). Enhancing performance and
skill acquisition in novice basketball players with instructional self-talk. The
Sport Psychologist, 16, 368–383.
Rogerson, L. J., & Hrycaiko, D.W. (2002). Enhancing competitive performance
of ice hockey goaltenders using centering and self-talk. Journal of Applied
Sport Psychology, 14, 14–26.

80
Penggunaan Positif Self-talk dalam Kalangan Pemain Futsal Universiti

Thelwell, R. C., Greenlees, I. A., & Weston, N. J. V. (2009). The influence of game
location and level of experience on psychological skill usage. International
Journal of Sport & Exercise Psychology, 7(2), 203-211.
Theodorakis, Y., Weinberg, R., Natsis, P., Douma, I., & Kazakas, P. (2000). The
effects of motivational and instructional self-talk on improving motor
performance. The Sport Psychologist, 14, 253 – 271.
Van Raalte, J. L., Brewer, B. W., Rivera, P. M., & Petitpas, A. J. (1994). The
relationship between observable self-talk and competitive junior tennis
players’ match performance. Journal of Sport and Exercise Psychology, 16,
400 – 415.
Van Raalte, J. L., Brewer, B.W., Lewis, B. P., Linder, D. E.,Wildman, G., & Kozimor,
J. (1995). The effects of positive and negative self-talk on dart throwing
performance. Journal of Sport Behavior, 18, 50–58.

81
Bab 6
Umur Kematangan dan Hubungannya dengan
Penglibatan Atlet Wanita dalam Sukan
Mohd Rozilee Wazir Norjali Wazir, Saidon Amri
dan Aris Fazil Haji Ujang

PENDAHULUAN
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kaitan umur kematangan dengan
penglibatan atlet wanita dalam aktiviti sukan. Menurut Malina (1983),
kematangan seseorang individu akan memberi kesan terhadap hubungan di
antara aktiviti fizikal dan kecergasan seseorang. Kematangan merupakan
salah satu faktor yang mempengaruhi peningkatan prestasi kecergasan
fizikal seseorang dan kematangan bagi setiap individu adalah berbeza.
Namun begitu, bagi atlet wanita, gaya hidup dan latihan yang berterusan
amat mempengaruhi kecergasan fizikal mereka.
Umur kematangan digunakan sebagai petunjuk kematangan bagi atlet
wanita. Umur minarki merujuk ke waktu atau usia ketika subjek pertama
kali mengalami haid. Seramai 100 orang wanita terlibat di dalam kajian
ini iaitu 50 orang terdiri daripada atlet kebangsaan dan atlet pelapis
wanita kebangsaan yang terlibat dalam pelbagai sukan (G1). Manakala
50 orang wanita lagi merupakan subjek yang dipilih secara rawak (G2).
Setiap subjek diminta untuk mengisi borang soal selidik tentang umur
kematangan (bila), penglibatan sukan (jenis sukan, tahap penglibatan,
aktif atau tidak aktif), dan juga mengenai penglibatan keluarga mereka
dalam sukan.
Tahap penglibatan remaja perempuan dalam aktiviti fizikal atau
sukan adalah tidak sama dengan tahap penglibatan remaja lelaki. Terdapat
perbezaan yang ketara antara lelaki dan perempuan dari segi bentuk fizikal
seperti rupa tubuh dan rangka tulang serta dari segi fisiologi seperti fungsi
Umur Kematangan dan Hubungannya dengan Penglibatan Atlet Wanita dalam Sukan

khas wanita untuk melahirkan anak tetapi boleh disesuaikan dengan aktiviti
fizikal (Mohd Salleh Aman, 2005). Dari segi fizikal, lelaki dan perempuan
mempunyai keupayaan yang lebih kurang sama sebelum mencapai akil
baligh. Dari segi sosial pula, perempuan seringkali terpaksa mengambil
alih peranan dan tugas seorang wanita.
Secara umumnya, prestasi fizikal seseorang individu meningkat apabila
umur meningkat (Malina & Katzmarzyk, 2006). Oleh yang demikian,
kematangan seseorang remaja merupakan faktor utama yang menentukan
penglibatan seseorang dalam sukan. Menurut Malina, atlet muda biasanya
dipilih berdasarkan kemahiran asas, tetapi saiz dan bentuk badan juga
dinilai dari masa ke semasa (Malina, 1983). Malina dan Bouchard (1991),
menyatakan bahawa kematangan dan tumbesaran seseorang individu akan
mempengaruhi prestasi fizikal seseorang. Kedua-dua pernyataan tersebut
adalah berdasarkan kepada status kematangan seseorang. Menurut Clarke
(1971), umur berkait rapat dengan perubahan prestasi motor. Selain
daripada itu, kita sedia maklum bahawa kanak-kanak lelaki yang melalui
proses kematangan lebih awal akan lebih berjaya dalam bidang sukan
dan aktiviti motor kerana peningkatan jisim otot dan juga kekuatannya.
Tetapi bagi kanak-kanak perempuan pula, mereka yang lewat mengalami
kematangan (age of minarchy), kebiasaannya akan menunjukkan prestasi
yang lebih baik dalam aktiviti sukan berbanding dengan mereka yang awal
mengalami proses kematangan (Malina et al., 1979). Di dalam kajian ini,
fokus adalah kepada kematangan perempuan dalam mempengaruhi tahap
dan penglibatan wanita dalam bidang sukan.
Kematangan biologikal perempuan boleh diukur dengan salah
satu proses kematangan seksual iaitu mengenal pasti umur kematangan
(umur minarki) yang merujuk kepada waktu pertama bagi seorang gadis
remaja mengalami haid. Waktu atau usia ketika gadis tersebut mengalami
haid pertama merupakan petunjuk terbaik kepada kematangan seksual
seseorang gadis (Malina & Bielicki, 1996). Di samping itu, umur minarki
(waktu mengalami haid pertama) merupakan petunjuk terbaik bagi
menentukan kematangan biologikal dan juga sesuai digunakan untuk
melihat perkembangan dan prestasi seseorang (Claessens et al., 2002;
Malina & Beunen, 1996)

83
Kajian Sukan di Malaysia

PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENGUKURAN


Pelaksanaan pentaksiran, pengujian dan pengkuran telah melibatkan 100
orang wanita. Mereka yang telah dibahagi kepada dua kumpulan iaitu
pertama (G1) seramai 50 orang subjek yang terlibat dalam sukan kompetitif
yang merupakan atlet kebangsaan ataupun atlet pelapis kebangsaan yang
bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan mereka sekurang-kurangnya
pernah terlibat atau bermain di peringkat kebangsaan. Manakala bagi
kumpulan kedua (G2) pula melibatkan 50 orang subjek yang dipilih
secara rawak tanpa mengetahui penglibatan mereka dalan bidang sukan.
Kumpulan kedua (G2) merupakan bukan atlet kebangsaan ataupun atlet
pelapis kebangsaan yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza-
beza. Subjek diminta mengisi borang soal selidik bagi mengetahui waktu
pertama mereka mendapat haid dan juga latar belakang sukan subjek.

Instrumen dan Lokasi Kajian


Borang soal selidik diserahkan kepada subjek untuk dilengkapkan bagi
mengetahui maklumat penting seperti usia ketika mengalami haid pertama
(umur minarki); waktu, jenis dan tahap penglibatan dalam sukan; status
penglibatan dalam sukan pada masa kini dan penglibatan keluarga subjek
dalam bidang sukan. Bagi G1, maklumat diperoleh sekitar Sekolah Sukan
Bukit Jalil dan kawasan latihan atlet di Bukit Jalil. Manakala, maklumat
G2 diperolehi secara rawak di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

UMUR KEMATANGAN DAN PENGLIBATAN ATLET


Data kajian dianalisis secara deskriptif. Jadual 6.1 menunjukkan analisis
deskriptif bagi min umur kematangan (umur pertama kali mengalami
haid). Dapatan data menunjukkan min umur minarki bagi G1 ialah 157
bulan dan min umur minarki bagi G2 adalah 149.

84
Umur Kematangan dan Hubungannya dengan Penglibatan Atlet Wanita dalam Sukan

Jadual 6.1 Statistik deskriptif bagi min umur minarki mengikut


kumpulan subjek

Kumpulan Minima (bulan) Maksimum (bulan) Min (bulan) SD


subjek
G1 (n=50) 113 209 157 18.99
G2 (n=50) 109 200 149 15.89

Berdasarkan Rajah 6.1, adalah diandaikan bahawa subjek kumpulan


G1 matang lebih lewat daripada kumpulan G2. Hasil analisis menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan bagi G1 dan G2 iaitu (t(98)=2.25,
p<.05).

Jadual 6.2 Analisis Independent sample t-test bagi umur minarki


dengan status subjek

Kumpulan/Status Min SD t df P

Umur Minarki Atlet kebangsaan 157 18.99 2.25 98 .026*


(n=50)

Bukan Atlet 149 15.85


kebangsaan
(n=50)

* p < .05

Jadual 6.3 menunjukkan analisis regresi umur minarki subjek dan tahap
penglibatan subjek dalam bidang sukan. Merujuk kepada Jadual 6.3, umur
minarki mempunyai hubungan dengan tahap penglibatan subjek dalam
bidang sukan. Umur minarki (R2 =.056) menyumbang sebanyak 5.6%
varian kepada tahap penglibatan wanita dalam bidang sukan. Analisis ini
menunjukkan memang terdapat hubungan di antara umur minarki (umur
pertama kali mendapat haid) dengan tahap penglibatan subjek dalam
bidang sukan.

85
Kajian Sukan di Malaysia

Jadual 6.3 Analisis regresi umur minarki dan tahap penglibatan subjek
dalam sukan

Β R2 F
Umur Minarki Tahap Penglibatan .237 .056 5.83*

*p<.05

KESIMPULAN
Dapatan kajian ini menunjukkan kematangan mempengaruhi penglibatan
wanita dalam sukan. Maka tanggapan boleh dibuat bahawa kematangan
mempengaruhi wanita dalam penglibatan sukan. Kajian yang dilakukan
oleh Malina, Bouchard dan Bar-or, (2007) menunjukkan bahawa individu
yang mengalami proses kematangan awal akan mempunyai prestasi fizikal
yang lebih baik. Namun demikian, tidak semua remaja mengalami proses
kematangan yang sama walaupun mempunyai umur kronologi yang sama.
Analisis data menunjukkan bahawa umur kematangan (minarki) wanita
mempengaruhi penglibatan wanita dalam bidang sukan.
Analisis deskriptif menunjukkan terdapat perbezaan min umur bagi
kumpulan G1 dan juga G2. Kumpulan G1 mencatatkan min 157 bulan,
manakala G2 pula mencatatkan min 149. Ini menunjukkan bahawa G1
merupakan kumpulan yang lambat berbanding dengan G2. G1 merupakan
kumpulan subjek yang terdiri daripada atlet kebangsaan dan atlet pelapis
kebangsaan. Oleh itu, kelewatan mengalami proses kematangan (umur
minarki) mempengaruhi penglibatan atlet dalam bidang sukan. Oleh yang
demikian, semakin lambat seseorang itu mengalami proses kematangan
(umur minarki), semakin lama seseorang itu akan terlibat dengan sukan
kerana perubahan fisiologi badan akan berlaku dengan lambat. Perkara
ini akan memberi peluang kepada atlet untuk melibatkan diri dalam sukan
dengan lebih lama dan peluang untuk menyertai sukan di tahap tinggi
adalah lebih cerah. Dapatan ini selari dengan hasil kajian yang dilakukan
oleh Malina et al. (1979), yang mengatakan remaja yang lewat mengalami
kematangan (age of minarchy), kebiasaannya akan menunjukkan prestasi
yang lebih baik dalam aktiviti sukan berbanding dengan mereka yang awal
mengalami proses kematangan.

86
Umur Kematangan dan Hubungannya dengan Penglibatan Atlet Wanita dalam Sukan

Selain itu, analisis Independent sample t-test bagi umur minarki


dengan status subjek menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi
kajian ini. Nilai p=.026 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan diantara atlet kebangsaan (G1) dan bukan atlet kebangsaan (G2)
dengan umur minarki mereka. Kajian yang dilakukan oleh Malina et al.
(2004), menyatakan dalam suatu kronologi kumpulan umur, remaja yang
cepat matang dalam seksual dan skeletal mempunyai kekuatan, kuasa dan
kelajuan yang lebih baik berbanding dengan remaja yang lambat matang
dari segi seksual dan skeletal. Prestasi kemahiran motor yang baik akan
memberi peluang kepada remaja untuk melibatkan diri dalam tahap sukan
yang lebih tinggi.
Analisis regresi antara umur monarki subjek dan juga tahap penglibatan
subjek menunjukkan bahawa terdapat hubungan diantara umur minarki
subjek dan tahap penglibatan subjek. Nilai β=.237 menunjukkan bahawa
semakin lewat kematangan (haid pertama) semakin tinggi tahap penglibatan
atlet dalam bidang sukan. Menurut Malina (1983), kematangan seseorang
individu akan memberi kesan terhadap hubungan di antara aktiviti fizikal
dan kecergasan seseorang. Oleh itu, dalam kajian ini jelas sekali umur
kematangan mempunyai hubungan dengan penglibatan wanita dalam
sukan.
Kesimpulan daripada kajian ini ialah umur kematangan memainkan
peranan penting dalam penglibatan wanita dalam bidang sukan. Selain
itu, umur kematangan juga mempengaruhi tahap penglibatan atlet wanita
dalam bidang sukan. Perlu diketahui juga bahawa proses kematangan di
antara lelaki dengan perempuan adalah berbeza.

CADANGAN
Selain daripada kematangan, faktor lain seperti gaya hidup, latihan
berterusan dan pengaruh persekitaran juga mempengaruhi penglibatan
wanita dalam bidang sukan. Oleh yang demikian, faktor umur kematangan
perlu diambil kira semasa memilih atlet perempuan dan gaya hidup yang
sihat perlu diamalkan bagi memastikan penglibatan perempuan dalam
bidang sukan akan berterusan.

87
Kajian Sukan di Malaysia

RUJUKAN
Clarke, H. H. (1971). Physical and motor tests in the medford boys growth study.
Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
Claessens. A. L., Bourgois. J., Beunen. G., Phillippaerts. R., Thomis. M., &
Lefevre. J.,
Loos. R. J. E., & Vrijiens. J. (2002). Age at menarche in relation to anthropometric
characteristics, competition level and boat category in elite junior rowers.
Annals of Human Biology, 2003, 30 (2), 148-159.
Malina, R M & Katzmarzyk, P. T. (2006). Physical activity and fitness in an
international growth standard for preadolescent and adolescent children. Food
and Nutrition Bulletin, 27 (4), 35-42.
Malina, R. M., (1983). Menarche in athletes: A synthesis and hypothesis. Annals
of Human Biology, 10, 1–24.
Malina, R. M., & Bouchard, C., (1991). Growth, maturation, and physical activity.
Champaign,IL: Human Kinetics Books.
Malina, R.M., Bouchard, C.,Shoup, R.F., Demirjian, A., & Lariviere, G., (1979).
Age at menarche, family size, and birth order in athletes at the Montreal
Olympic Games, 1976. Medicine and Science in Sports, 11, 354–358.
Malina, R. M., & T. Bielicki (1996). Retrospective longitudinal growth study of
boys and girls active in sports. Human Kinetics Publishers, Inc.
Malina, R. M., & Beunen, G., (1996). Monitoring of growth and maturation.
In the child and adolescent athlete, edited by O. Bar-Or (London: Blackwell
Science), 647–672.
Malina, R. M., Bouchard C., & Bar-or O., (2007). Growth, maturation, and
physical activity (3rd Ed.). United States. Human Kinetics.
Malina, R.M., Eisenmann, J.C., Cumming, S.P., Ribeiro, B., & Aroso, J., (2004).
Maturity-associated variation in the growth and functional capacities of youth
football (soccer) players 13–15 years. 91, 555–562.
Mohd. Salleh Aman (2005). Sukan Dalam Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.

88
Bab 7
Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan
Jasmani Selama 40 Minit
di Sekolah Menengah
Siti Zarifah Alauddin, Soh Kim Geok, Soh Kim Lam,
Roxana Dev Omar Dev dan Muhammad Fairus Hassan

PENDAHULUAN
Secara amnya, proses pengajaran adalah suatu siri aktiviti yang dituju
kepada pelajar dengan tujuan untuk membawa perubahan tingkah laku
yang kekal dalam kalangan mereka. Justeru, perancangan guru merupakan
aspek yang perlu dititikberatkan kerana ia akan menyumbang ke arah
perubahan yang diinginkan. Guru perlu bertanggungjawap terhadap
perancangan pengajaran yang dibuat dan dalam masa yang sama juga
memainkan peranan untuk mengatasi sebarang isu atau masalah yang
dihadapi ketika dalam proses pembelajaran dan pengajaran berlaku
(Donetta & Cothran, 2010).
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui arahan Pekeliling
KPM telah menggariskan bahawa matlamat Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan (PJK) adalah untuk membolehkan pelajar menjadi sihat, cergas
dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan
kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan sehari-harian (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 1995, 1998a, 1998b). Dalam hal ini, dua perkara
khusus ditegaskan iaitu (1) pengajaran kesihatan asas yang merangkumi
langkah-langkah pencegahan awal dan peningkatan kesihatan; dan (2)
kecergasan jasmani keseluruhan menerusi latihan kecergasan, permainan,
olahraga dan pergerakan kreatif. Kedua-dua perkara tersebut diberi
penegasan memandangkan kebanyakan masalah kesihatan yang dihadapi
Kajian Sukan di Malaysia

sekarang adalah berpunca daripada amalan diri sendiri. Oleh itu, kejayaan
dalam pemeliharaan kesihatan diri dan cara hidup yang selamat berkait
rapat dengan sikap, ikhtiar serta amalan hidup seharian. Ini seterusnya
diharap akan membawa kepada kesedaran bahawa pentingnya usaha dalam
memelihara kesihatan yang berpanjangan untuk kesejahteraan masyarakat
dan negara.

PELAKSANAAN PJ DI SEKOLAH MALAYSIA


Dalam Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM), matapelajaran
PJ telah mengalami ketidakstabilan baik dari segi penghayatan pelajar
mahupun dari segi sokongan masyarakat secara umum. Gejala tersebut
muncul terutamanya disebabkan oleh pembaharuan dasar pendidikan yang
telah dicadangkan gagal membangkitkan beberapa isu, dan hal ini telah
melemahkan program PJ di peringkat sekolah menengah. Kegagalan
ini secara keseluruhannya juga telah mengurangkan nilai kepentingan
PJ dalam kurikulum sekolah, baik di peringkat menengah atau rendah
mahupun di peringkat institut pengajian tinggi. Namun, pada tahun PJ
telah mengembalikan kredibilitinya dengan terbentuknya Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). PJ diperkenalkan di Tingkatan
Satu pada tahun 1988 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998b). Dari
segi pengajaran PJ, perubahan ini diharap dapat membantu mata pelajaran
PJ mencapai matlamat PJ dengan lebih menyeluruh. Antara aspek yang
dikenalpasti dalam kandungan kurikulum bari ini adalah (a) pembelajaran
kognitif (b) pemaduan dan (c) penguasaan pembelajaran (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1998b; Yusuff, 1992).

MASA PENGAJARAN PJ DI SEKOLAH


Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil.25/1998 memaklumkan bahawa
peruntukan masa bagi mata pelajaran PJ di sekolah menengah adalah
sebanyak 60 waktu setahun dan setiap waktu adalah sebanyak 40 minit
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998). Masa yang diperuntukkan
dalam Jadual 7.waktu PJ di sekolah menengah hendaklah dimanfaatkan
sepenuhnya dengan masa pembelajaran. Walau bagaimanapun, pihak
sekolah dibenarkan untuk menggabungkan masa pengajaran dalam jadual

90
Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 40 Minit di Sekolah Menengah

waktu anjal. SPI Bil.10/1995 memaklumkan penyusunan jadual waktu


hendaklah berdasarkan prinsip memberikan waktu yang lebih panjang dan
bergabung bagi sesuatu mata pelajaran pada hari berkenaan (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1995).
Sesi pembelajaran PJ juga tidak terkecuali daripada pelaksanaan waktu
anjal ini. Oleh yang demikian, masa pengajaran dan pembelajaran menjadi
80 minit secara berterusan dan diajar sekali seminggu atau masa P&P PJ
menjadi 40 mint dan diajar 2 kali seminggu. Namun begitu, isu sama ada
PJ perlu diajar 40 minit atau 80 minit tetap menimbulkan persoalan seperti
apakah masa pengajaran 40 minit itu sesuai atau terlalu singkat untuk
mengajar mata pelajaran PJ yang memerlukan pelajar untuk menyalin
pakaian, menyediakan peralatan dan perubahan lokasi pengajaran.
Tambahan pula terdapat pelbagai komponen kecergasan dalam PJ yang
perlu diterapkan dalam pengajaran guru dan tempoh masa 40 minit ini.
Jangka masa yang amat terhad ini amat dirasai jika dibandingkan dengan
tindakan sesetengah sekolah yang melaksanakan Jadual 71 .anjal dimana
pengajaran PJ dijalankan selama 80 minit bagi satu sesi pengajaran. Selain
daripada itu, pertikaian sama ada objektif PJ yang melibatkan pelbagai
domain ini mampu dicapai dalam masa yang singkat ini. Umumnya mata
pelajaran PJ adalah satu-satunya mata pelajaran yang memberi fokus
terhadap lebih daripada dua domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor
(Rink, 2002).
Selain masa, kekangan dari segi sumber manusia juga menjadi salah satu
faktor menyebabkan pelaksanaan mata pelajaran PJ di sekolah berhadapan
dengan pelbagai masalah. Dalam hal ini, didapati bahawa terdapat sekolah
yang menggunakan guru bukan ospyen untuk mengajar PJ. Ini memberi
kesan terhadap hasrat dan matlamat pengajaran dan pembelajaran PJ yang
ingin dicapai. Ini seterusnya mengundang spekulasi tentang keberkesanan
mata pelajaran PJ dalam melahirkan pelajar yang cergas dari segi fizikal
dan membawa kepada tanggapan bahawa mata pelajaran ini semakin tidak
relevan untuk dijalankan di sekolah. Keberkesanan guru opsyen PJ sendiri
dari segi pengajaran PJ selama 40 minit masih lagi menjadi persoalan.
Adakah masa selama 40 minit ini mencukupi bagi mencapai objektif
pengajaran yang pelbagai keadaan dirumitkan lagi dengan kehadiran guru
bukan opsyen PJ yang tidak bertauliah serta berkemahiran dalam mengajar

91
Kajian Sukan di Malaysia

mata pelajaran PJ di sekolah. Adakah guru bukan opsyen ini mempunyai


kompetensi dari segi ilmu teori dan praktikal yang diperlukan. Dalam hal
ini, dapatan yang diperoleh berdasarkan kajian yang dijalankan dibawah
bakal memberikan justifikasi yang jelas berkenaan dengan isu ini.

PERBEZAAN MASA PENGAJARAN PJ GURU OPSYEN DAN


BUKAN OPSYEN
Sekiranya diteliti kepada item atau kriteria pengajaran dan pembelajaran
yang dibentuk, aspek penggunaan masa yang berkesan dalam sesi
pengajaran PJ di sekolah adalah ke arah pencapaian matlamat memperoleh
pengajaran berkesan. Penekanan terhadap kepentingan ke arah pengajaran
yang berkesan akan membolehkan matlamat melahirkan pelajar dan
masyarakat sihat dan cergas dalam kehidupan sebenar atau apabila mereka
keluar daripada alam persekolahan dicapai. Ini bersesuaian dengan kajian
lampau yang menunjukkan bahawa apabila kanak-kanak tidak diberikan
pendedahan terhadap aktiviti fizikal, mereka cenderung menjadi individu
yang tidak aktif dan akan mengalami masalah obesiti apabila dewasa kelak
(Rzehak & Heinrich, 2006). Rumusan kajian ini menjelaskan bahawa
perlakuan aktiviti pada zaman remaja atau di peringkat awal tumbesaran
kanak-kanak mempengaruhi perlakuan aktiviti fizikal ketika mereka di
usia dewasa dan tua.
Kaitan antara perlakuan fizikal dan pengalaman yang diterima
oleh setiap pelajar semasa zaman persekolahan dalam pengajaran dan
pembelajaran PJ akan mempengaruhi gaya hidup aktif ataupun sedentari
mereka pada zaman remaja, dewasa dan di usia tua. Faedah pelaksanaan
aktiviti fizikal secara kerap sudah sedia maklum berikutan pelbagai
kajian dilakukan mendapati selain dapat meningkatkan tahap kesihatan
dan kecergasan, individu juga akan mengalami kesan jangka panjang
seperti tulang yang lebih tumpat, kekuatan terhadap komposisi tulang
lebih berbanding individu yang kurang bersenam (Gerdhem et al., 2003;
Nordstrom et al., 2005). Kesan kepada amalan gaya hidup sihat dan
kecergasan selepas para remaja meninggalkan alam persekolahan juga
berkait rapat dengan hasil atau bagaimana pendedahan yang diterima
mereka semasa di sekolah. Ini termasuklah tahap keaktifan mereka semasa

92
Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 40 Minit di Sekolah Menengah

melakukan program fizikal atau aktiviti bercorak kesukanan semasa


mereka bersekolah dahulu. Kesemua ini penting bagi membuktikan
bahawa dengan wujudnya satu sistem PJ yang berkesan di sekolah akan
membawa kepada satu amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat
selepas pelajar meninggalkan alam persekolahan mereka. Keadaan ini
adalah amat penting memandangkan kebanyakan penyakit yang berkaitan
dengan gaya hidup pada masa kini misalnya penyakit jantung, stroke
dan kencing manis adalah berpunca daripada kehidupan yang tidak aktif
ataupun sedenteri (Ismail et al., 2002: Khor et al., 1991; Robaayah, 2004).
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh penulis, memang tidak dinafikan
terdapat perbezaan penggunaan masa di antara guru opsyen dan bukan
opsyen ketika mengajar matapelajaran PJ di sekolah.
Berdasarkan Jadual 7.1, terdapat beberapa kesimpulan awal yang
boleh dibuat dalam menjawab pertikaian bukan opsyen mengajar mata
pelajaran PJ di sekolah. Dalam hal ini, didapati bahawa terdapat perbezaan
yang ketara dari segi mata pelajaran PJ yang diajar oleh guru opsyen
PJ berbanding dengan guru bukan opsyen keadaan ini mengesahkan
lagi pandangan yang mengatakan bahawa mata pelajaran PJ di sekolah
perlu dan sepatutnya hanya diajar oleh guru opsyen PJ sahaja. Guru
opsyen PJ didapati berupaya untuk mengajar dengan lebih konsisten dan
bersistematik jika dibandingkan dengan guru bukan opsyen yang didapati
hanya menekankan aspek permainan kecil semasa sesi pengajaran mereka.
Guru opsyen PJ juga amat menekankan aspek ansur maju dalam pengajaran
mereka yang langsung tidak diberi perhatian oleh guru bukan opsyen.
Perbezaan dari segi pengajaran di antara guru opsyen PJ dan bukan
opsyen PJ ini mengukuhkan lagi kenyataan yang dikemukakan oleh
Julismah (2006) yang mengatakan bahawa guru bukan opsyen tidak
memiliki ilmu konten yang tinggi dan mencukupi untuk mengajar mata
pelajaran PJ di sekolah. Kekangan ini telah menyebabkan mereka
kurang berminat untuk mengajar mata pelajaran PJ dengan bersungguh-
sungguh. Akibatnya, dalam jangka masa panjang pelajar sendiri yang
akan mengalami kerugian kerana tidak didedahkan dengan kemahiran
fizikal dan kemahiran sukan yang sepatutunya mereka kuasai di bangku
sekolah. Keadaan ini mungkin boleh menyumbang ke arah kemerosotan
amalan kesihatan dan kecergasan dalam kalangan masyarakat Malaysia di

93
Kajian Sukan di Malaysia

masa hadapan. Justeru itu, langkah-langkah yang sepatutnya perlu dibuat


awal agar perkara ini dikenalpasti dan diatasi secepat mungkin. Perincian
perbandingan antara pengajaran dan pembelajaran guru opsyen PJ dan
bukan opsyen selama 40 minit ditunjukkan dalam Jadual 7.1.

94
Jadual 7.1 Perbandingan penggunaan masa 40 minit dalam pengajaran dan pembelajaran PJ antara guru opsyen
dan bukan opsyen PJ

Bil Aktiviti Opsyen PJ Bukan OpsyenPJ Perbezaan Masa


Min % Min % Min %
(minit) (minit) (minit)
1 Pengurusan kelas/pelajar 3.64 9.10 5.46 13.65 1.82 4.55*
2 Pengurusan peralatan. 1.66 4.15 2.53 6.32 0.87 2.17
3 Penerangan guru. 2.32 5.80 3.31 8.27 0.99 2.47
4 Memanaskan badan. 4.61 11.52 1.88 4.70 2.73 6.82*
5 Demonstrasi. 2.06 5.15 2.26 5.65 0.20 0.50

95
6 Ansur maju. 4.77 11.92 0.33 0.82 4.44 11.10*
7 Aktiviti berpasangan /individu/kumpulan. 2.06 5.15 2.30 5.75 0.24 0.60
8 Gerak kerja kelas/ permainan kecil. 12.43 31.07 15.34 38.35 2.91 7.28*
9 Penilaian. 2.03 5.07 0.40 1.00 1.63 4.07*
10 Menyejukkan badan. 2.75 6.87 1.92 4.80 0.83 2.07
11 Mengemas peralatan. 1.67 4.17 4.27 10.67 2.60 6.50*
Masa Aktif 30.71 76.75 24.43 61.07 6.28 15.68
Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 40 Minit di Sekolah Menengah
Kajian Sukan di Malaysia

PENGURUSAN MASA GURU BERDASARKAN OPSYEN


Penulis telah menjalankan kajian terhadap guru opsyen dan guru bukan
opsyen yang pernah mengajar mata pelajaran PJ di sekolah. Kajian ini
menunjukkan bahawa guru opsyen PJ memperuntukkan masa bagi
aktiviti aktif selama 30.71 minit (76.77%) berbanding guru bukan opsyen
PJ yang hanya memperuntukkan masa bagi aktiviti aktif selama 24.43
minit (61.07%). Masa aktif merujuk kepada aktiviti seperti set induksi,
ansur maju, demonstrasi, aktiviti berpasangan/ kumpulan, penilaian dan
gerak kendur. Dalam hal ini, didapati bahawa guru opsyen PJ banyak
memberikan fokus pengajaran dan pembelajaran terhadap aspek yang
lebih penting misalnya aspek memanaskan badan, ansur maju dan
penilaian. Manakala, guru bukan opsyen pula banyak menghabiskan masa
pengajaran dan pembelajaran bagi aspek pengurusan peralatan misalnya
menyimpan peralatan dan menguruskan kelas/pelajar.
Penulis juga mendapati bahawa guru bukan opsyen banyak
menjalankan aktiviti gerak kerja kelas/permainan. Masa yang digunakan
oleh guru bukan opsyen bagi aktiviti ini adalah lebih lama berbanding guru
opsyen PJ. Keadaan ini berlaku bukan disebabkan guru bukan opsyen
PJ banyak terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajar, tetapi lebih
kepada membiarkan pelajar bermain secara kumpulan tanpa bimbingan.
Dalam hal ini, didapati bahawa guru opsyen PJ secara keseluruhannya
lebih konsisten dan dapat membahagikan masa antara aktiviti secara lebih
seimbang agar semua elemen yang perlu diterap semasa proses pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan tidak tertinggal.
Semasa melakukan aktiviti memanaskan badan, seorang guru perlu
sedar bahawa aktiviti ini memainkan peranan yang penting kepada tubuh
badan kerana ia memberi kesan terhadap penyediaan tubuh yang stabil
untuk menanggung beban, mengurangkan kebarangkalian kecederaan
dan penyediaan minda untuk menjalani latihan (Gerdhem et al., 2003;
Nordstrom et al., 2005). Sesi memanaskan badan termasuk melakukan
pergerakan aktif yang bertujuan untuk meningkatkan suhu badan,
melakukan aktiviti-aktiviti regangan dan kelonggaran untuk mengurangkan
risiko kecederaan serta melakukan latihan ringan dengan menggunakan
pelbagai kemahiran teknikal bagi meraptai kemahiran-kemahiran yang
akan dihadapi dalam permainan sebenar.

96
Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 40 Minit di Sekolah Menengah

Kajian ini juga melaporkan bahawa guru opsyen PJ menggunakan masa


yang lebih panjang berbanding guru bukan opsyen semasa memanaskan
badan. Sesi memanaskan badan amat penting terutamanya dalam mendidik
pelajar supaya bersedia sebelum melakukan aktiviti fizikal. Kebanyakan
guru tidak menyedari bahawa objektif pengajaran dan pembelajaran PJ di
sekolah menengah yang telah dibentuk adalah memastikan bahawa pelajar
mengenali fungsi tubuh badan, keperluan kesihatan dan kecergasan serta
bertanggungjawab terhadap pemeliharan tahap kesihatan mereka secara
berterusan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1995; Kementerian Pelajaran
Malaysia 1998b). Oleh itu, bagi mencapai objektif, strategi pengajaran dan
pembelajaran memerlukan para guru menerapkan unsur pedagogi seperti
teknik ansur maju.
Kajian yang dijalankan oleh penulis memperlihatkan bahawa guru
opsyen PJ banyak menggunakan teknik ansur maju dalam pengajaran
mereka berbanding dengan guru yang bukan berlatar belakangkan PJ
yang hanya menggunakan sedikit waktu dalam penerapan teknik tersebut
atau tiada langsung. Ansur maju merupakan antara teknik yang penting
dalam pengajaran PJ. Sesuatu kemahiran yang dipelajari melibatkan fasa-
fasa tertentu yang perlu dikuasai mengikut kronologi. Tanpa ansur maju,
adalah sukar bagi seseorang pelajar mempelajari sesuatu kemahiran.
Kajian yang dilakukan oleh Rachel dan Stuart (2010) mendapati
bahawa seseorang individu itu perlu menghabiskan sekurang-kurangnya
60 minit sehari untuk melakukan aktiviti fizikal bagi menjamin tahap
kesihatan dan dalam masa yang sama memupuk dan mengekalkan tahap
kecergasan. Dalam hal ini, didapati masa yang diperuntukkan iaitu 40
minit dan sebanyak dua kali seminggu masih tidak mencukupi. Malah
keadaan ini menjadi semakin kronik apabila banyak masa dalam waktu
40 minit itu difokuskan untuk aktiviti pengurusan berbanding aktiviti
akademik. Kefahaman serta kemahiran berhubung kaedah latihan fizikal
yang bersesuaian yang diperoleh oleh pelajar ketika alam persekolahan
adalah amat penting dan diharapkan akan diteruskan apabila mereka
tamat persekolahan. Guru memainkan peranan penting dari segi menanam
sikap positif untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Selain mengajar,
perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana untuk mengekal

97
Kajian Sukan di Malaysia

atau meningkatkan tahap motivasi di kalangan pelajar bagi meneruskan


gaya hidup yang aktif sepanjang masa (John et al., 2007; Maria, 2003).

MASA DEPAN MATAPELAJARAN PJ DI SEKOLAH


Penggunaan masa yang tidak mencukupi telah mengakibatkan kesan
pelaksanaan PJ di sekolah semakin kurang dirasai. Ini menyebabkan
kepentingan mata pelajaran ini semakin kurang dan pelaksanaan mata
pelajaran ini sudah semakin tidak relevan bagi sesetengah pihak.
Keberkesanan pelaksanaan mata pelajaran PJ semakin dirasai akibat
daripada penggunaan guru bukan opsyen untuk mengajar PJ di sekolah
yang semakin berleluasa. Keadaan ini telah menyebabkan mata pelajaran
PJ hilang kredibiliti di sekolah. Tambahan pula, mata pelajaran PJ adalah
mata pelajaran bukan peperiksaan. Ini telah menyebabkan fokus pelajar
sekolah dan pihak yang cenderung terhadap mata pelajaran peperiksaan
telah mengabaikan mata pelajaran ini.

KESIMPULAN DAN IMPLIKASI


Kajian yang dilakukan oleh penulis menunjukkan bahawa penggunaan
masa yang sistematik di samping tenaga pengajar yang berkemahiran
amat penting bagi memastikan pelaksanaan program PJ di sekolah tidak
seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Pengambilan guru-guru bukan
opsyen bukan sahaja menyebabkan proses pengajaran yang tidak berkesan,
malahan memberi kesan jangka panjang yang negatif terhadap persepsi
pelajar dalam melakukan aktiviti fizikal di sekolah mahupun di luar waktu
sekolah. Selain itu, tanggapan sesetengah pentadbir sekolah mengatakan
mata pelajaran PJ tidak penting seterusnya memberi tugas kepada sesiapa
sahaja untuk mengajar mata pelajaran berkenaan perlu diubah. Bukan
semua guru boleh mengajar mata pelajaran PJ kerana matapelajaran ini
bukan sekadar bermain, tetapi ia melibatkan aspek psikomotor, penerapan
nilai (efektif) dan penggunaan minda (kognitif) dalam menyelesaikan
sesuatu masalah. Ini menuntut guru yang mempunyai ilmu konten dan
berkemahiran sahaja untuk mengajar matapelajaran PJ bagi memastikan
kualiti mata pelajaran PJ tidak merosot. Diharap melalui penggunaan
tempoh masa pengajaran yang sesuai berserta guru yang bertauliah akan

98
Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 40 Minit di Sekolah Menengah

dapat membantu membentuk pelajar menjadi insan yang sihat akal, minda,
rohani, emosi dan jasmani.

CADANGAN
Kajian masa depan perlu melibatkan jumlah sampel yang lebih besar.
Ini dapat membantu dalam mengeneralisasikan sampel kepada populasi.
Kajian yang akan dijalankan juga perlu menguji minat pelajar terhadap
guru bagi membandingkan kesan penggunaan masa dalam pengajaran
PJ terhadap keupayaan pelajar dalam menguasai kemahiran fizikal.
Selain itu, faktor-faktor lain yang berkemungkinan boleh mempengaruhi
penggunaan masa seperti saiz kelas, jenis pelajar dan keupayaan pelajar
juga perlu dipertimbangkan.

RUJUKAN
Donetta, J., & Cothran, P. H. (2010). Classroom teachers and physical activity
integration. Teaching and Teacher Education, 1381-1388.
Gerdhem, P., Akesson, E. K., & Obrant, E. J. K. (2003). Effect of previous and
present physical activity on bone mass in elderly women. Osteoporos Int,
14,208–212.
John S., C., K., John, W., Kevin, M., Mike, M., & Terry, M. (2007). Efects of
motivational climate in Singaporean physical education lessons on intrinsic
motivation and physical activity intention. Personality and Individual
Diferences, 43, 1037–1049.
Julismah, J. (2006). Peranan Guru Dalam Memacu Pembangunan Sukan Di
Malaysia. Johor: Konvensyen Sukan Antarabangsa Teluk Danga, Johor Bharu.
Ismail, M. N., Chee, S. S., Nawawi, H, Yusoff, K., Lim, T. O., & James, W. T. P.
(2002). Obesity in Malaysia. Obesity Reviews, 3(3), 203-208.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1995). Surat Pekeliling Ikhtisas. Bil. 10/1995,
Pelaksanaan Jadual 7.Waktu Anjal bagi Sekolah Rendah dan Menengah.
Kuala Lumpur, Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1998a). Surat Pekeliling Ikhtisas. Bil. 25/1998,
Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Kuala Lumpur, Malaysia.

99
Kajian Sukan di Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1998b). Sukatan Pelajaran Pendidikan


Jasmani. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Khoo, K. L., Tan. H., & Khoo, T. H. (1991). Cardiovascular mortality in Malaysia:
1950-1989. Medical Journal Of Malaysia, 46 (1), 7-19.
Maria, H. (2003). Examining factors associated with intrinsic motivation in
physical education: a qualitative approach. Psychology of Sport and Exercise,
211-223.
Nordstrom, A., Olsson, T. E., & Nordstrom, P. E. (2005) Bone gained from
physical activity and lost through detraining: A longitudinal study in young
males. Osteoporos Int, 16, 835–841
Rachel, M., & Stuart, J. F. (2010). Physical activity, lesson context and teacher
behaviours within the revised English National Curriculum for Physical
Education: A case study of one school. European Physical Education Review.
16, 1, 29–45.
Rink, J. E. (2002). Teaching Physical Education for learning (4th ed.). Boston:
Mc Graw Hill.
Robaayah, Z. (2004). Trends in cardiovascular diseases and risks factors in
Malaysia. International Congress Series. 1262, 446-449.
Rzehak, P., & Heinrich, J. (2006). Development of relative weight, overweight
and obesity from childhood to young adulthood. A longitudinal analysis of
individual change of height and weight. European Journal of Epidemiology,
21, 661–672.
Yusoff, I. (1992). Strategi Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KBSM.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

100
Indeks

aktiviti kematangan 1
demonstrasi 21, 23 rangsangan 75
fizikal 1 fasa tumbesaran 2
pengajaran 18, 20 fokus 71-74
amalan kesihatan 89, 93
anecdotal 58 gaya hidup
antropometri 4-14, 33 aktif 92
atlet 66-68, 73, 75 sihat 92-93
kebangsaan 82, 84, 86-87 gerak kerja kelas 20, 23-25
muda 83 gimnasium 18
pelapis wanita 82 Gross Motor Development Quotient
wanita 82, 87 (GMDQ) 57
guru opsyen PJ 19-26
berfikiran
negatif 67 ilmu konten 20-23, 25-26
positif 67 imbangan dinamik 49
bermain 20, 23-26
secara total 20, 25 kecergasan
diri 25
ciri-ciri fizikal 33, 43, 45 fizikal 3-5, 7, 13-14
kekuatan
Dasar Sukan Negara 21 mental 67, 72-73, 78
daya tahan 33, 35, 44-45 otot 4
kardiovaskular 7 kemahiran
duduk dan jangkau 33 lokomotor 49-51, 57-59, 61-62
manipulatif 50-51, 57-59, 61-62
faktor motor kasar 48
bersaing 75 spesifik 48
Kajian Sukan di Malaysia

kematangan biologi 1-14 peningkatan


kesan self-talk 67, 74-76, 78 kesihatan 89
keupayaan fizikal 30-32, 43-46 keyakinan 76, 78
komposisi badan 2-3, 5-6, 11, 14 pentadbir sukan 32
kriteria fizikal 14 pergerakan
kuasa dan kelajuan 31, 44 aktif 96
kumpulan kreatif 89
kawalan 50-61 permainan
rawatan 50, 58 kecil 20, 23-25
olahraga 89
lari Tradisional Melayu 49
pecut 33 persediaan mental 72-73
ulang alik 33 positive self-talk 67-68, 70, 74, 76-78
latihan kecergasan 89 prestasi 66-71, 73-78
lompat jauh berdiri 31, 33 fizikal 29
lonjakan tumbesaran 30, 43
risiko kecederaan 21
Majlis Sukan Universiti Malaysia
(MASUM) 68 sedenteri 93
MANOVA 33, 37, 39 sesi pengajaran 19, 24-25
mata pelajaran PJ 17-21, 24, 26 sihat dan cergas 92
mengawal kebimbangan 70-71, 76-78 strategi pengajaran 97
meningkatkan suhu badan 96 sukan 21, 24
motivasi 66, 70
tekan tubi 33-34, 44
objektif PJ 91
ujian bleep 33
padang 18-19 Ujian Kematangan Biologi 6
pendidikan umur kronologi 29, 31-32, 42, 45
jasmani 17, 27
sukan 21
penguasaan
kemahiran 52
masa 25
peralatan 96

102

View publication stats

You might also like