You are on page 1of 22

EPPA4513 PERCUKAIAN LANJUTAN

PUSAT KEWANGAN
ANTARABANGSA LABUAN
(Labuan International Business and Financial Centre, IBFC)

DR ROSIATI RAMLI
rosie@ukm.edu.my
Which Countries are the Biggest Tax
Havens?
The FSI ranks countries and territories from all over the world
on two criteria: secrecy and scale.
• Secrecy Score: How well the jurisdiction’s banking system
can hide money. This includes analysis of ownership
registration, legal entity transparency, tax and financial
regulations, and cooperation with international standards.
• Global Scale Weight: What is the jurisdiction’s share of the
world’s total cross-border financial services? This metric is
based primarily on the IMF’s Balance of Payments statistics.
By weighing a country’s ability to hide money by its relative
share of offshore financial services, we see the tax havens
with the biggest impact on the global economy.
2
WHICH COUNTRIES ARE THE BIGGEST TAX HAVENS

RANK JURISDICTION REGION RANK JURISDICTION REGION

1 Cayman Islands Caribbean 11 Guernsey Europe

2 United States North America 12 United Kingdom Europe

3 Switzerland Europe 13 Taiwan East Asia

4 Hong Kong East Asia 14 Germany Europe

5 Singapore Southeast Asia 15 Panama Caribbean

6 Luxembourg Europe 16 Jersey Europe

7 Japan East Asia 17 Thailand Southeast Asia

8 Netherlands Europe 18 Malta Europe

9 British Virgin Islands Caribbean 19 Canada North America

10 United Arab Emirates (UAE) Middle East 20 Qatar Middle East

3
Kedudukan
Malaysia di
peta Asia

4
PENGENALAN
• Labuan digazetkan sebagai International Offshore Financial Centre (Labuan
IOFC) pada 1hb Oktober 1990, yang kemudiannya pada Januari 2008 ditukar
menjadi International Business and Financial Centre (Labuan IBFC).
• Penubuhan Syarikat Labuan adalah di bawah Labuan Companies Act 1990,
atau melalui pendaftaran syarikat yang diperbadankan di luar Malaysia ke
Labuan.
• Menggalakkan usahawan antarabangsa jalankan aktiviti perdagangan dan
pasaran modal di Labuan.
5
Kedudukan
Labuan di
peta Sabah
dan Sarawak

6
Kedudukan
Labuan di
peta Sabah

7
Kedudukan
Labuan di
peta Sabah

8
Fakta tentang Wilayah Persekutuan Labuan:
• Telah menyertai Wilayah Persekutuan sejak 1984.
• Ditadbir oleh Gabenor dan Perbadanan Labuan.
• Mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, serta
pelabuhan semulajadi yang terdalam di Malaysia.
• Menjadi tempat singgah kapal-kapal minyak dan kapal
tentera dan menjadi hub minyak dan gas dengan tapak
bekalan terbaik di Malaysia.
• Merupakan pemproses dan penjual minyak mentah (sweet
crude) terbesar di Malaysia serta memiliki kilang methanol
ke 4 terbesar di dunia.
• Menjadi penjana 30% pendapatan negara dalam industri
minyak dan gas.
• Telah menjadi pulau bebas cukai sejak 1956.
• Destinasi pelancongan yang baik apabila memiliki lima lagi
pulau kecil di sekelilingnya dan sesuai untuk aktiviti
penyelaman skuba.
9
10
PERUNDANGAN DI LABUAN
• Sewaktu dikenali sebagai Labuan IOFC dalam tahun 1990:
 Labuan Offshore Business Activity Tax Act 1990.
 Labuan Offshore Financial Services Authority Act 1996.
 Labuan Offshore Trusts Act 1996.
 Labuan Offshore Companies Act 1990.
• Selepas penamaan semula kepada Labuan IBFC dalam tahun 2008, perundangan
dipinda seperti berikut:
 Labuan Business Activity Tax Act 1990.
 Labuan Financial Services Authority Act 1996.
 Labuan Trusts Act 1996.
 Labuan Companies Act 1990.
11
PERUNDANGAN DI LABUAN
• Bagi tingkatkan dayasaing Labuan IBFC dalam menawarkan produk kewangan yang
lebih luas termasuk yang berlandaskan Syariah Islam dan memastikan statusnya
sebagai pusat yang dikawalselia dengan baik, maka diperkenalkan perundangan baru
dalam tahun 2010:
 Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010.
 Labuan Foundations Act 2010.
 Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010.
 Labuan Financial Services and Securities Act 1990.

12
SYARIKAT LABUAN (LABUAN ENTITY)

• Definisi - Seksyen 2 LBATA 1990:


 Ialah syarikat yang ditubuhkan di bawah Labuan Companies Act 1990 termasuk syarikat
asing, bank Malaysia, perniagaan perkongsian luar pesisir, dan amanah luar pesisir.
• Aktiviti perniagaan Syarikat Labuan:
 Perdagangan: Perbankan, insurans, pembarangan, pengurusan dan khidmat runding.
 Bukan perdagangan: Pegangan pelaburan dalam sekuriti, saham, pinjaman, deposit dan
pelaburan dalam ‘immovable properties’.
 Aktiviti campuran dianggap aktiviti perdagangan.

13
SYARIKAT LABUAN (LABUAN ENTITY)

• Matawang yang digunakan bagi setiap urusniaga ialah atas dasar ‘non Malaysia
currency’ dan ‘with non-resident’ kecuali:
 Syarikat insurans dan bank luar pesisir boleh berurusan dengan residen;
 Bank luar persisir boleh menjual-beli matawang asing dengan matawang Malaysia;
 Syarikat induk luar pesisir boleh mempunyai pelaburan dalam syarikat domestik dalam
matawang Malaysia;
 Syarikat broker dan syarikat pajakan luar pesisir.

14
SKOP PENGENAAN CUKAI
(Labuan Business Activity Tax Act 1990 – LBATA 1990)
• Bagi Syarikat Labuan :
 Aktiviti perdagangan:
• Sek 4(1) LBATA 2019 Amendment:
• Dikenakan cukai 3% atas untung bersih yang diaudit.
 Aktiviti bukan perdagangan:
• Sek 9(1) LBATA 2019 Amendment:
• Dikecualikan cukai.
 Aktiviti campuran: Sama seperti aktiviti perdagangan.
 Pendapatan dari aset harta intelek yang dipegang oleh Syarikat Labuan adalah tertakluk pada
kadar cukai pendapatan semasa di bawah ACP 1967.
15
SKOP PENGENAAN CUKAI
• Bagi syarikat bukan Labuan (non-Labuan entity):
 Semua aktiviti perniagaan bagi syarikat bukan Labuan tertakluk kepada kadar normal
cukai syarikat mengikut ACP 1967.
 Bagi individu di Labuan tertakluk pada ACP 1967:
 Jika bermastautin kadar berskala.
 Jika tidak bermastautin kadar tetap.
 Expatriates yang bekerja di bahagian pengurusan di syarikat Labuan biasanya diberi kelebihan
cukai, iaitu pengurangan cukai, namun bergantung kepada pembentangan belanjawan negara.

16
SKOP PENGENAAN CUKAI
• Bagi pendapatan modal (capital gains):
 Jika Syarikat Labuan dan jalankan aktiviti perdagangan, tertakluk pada Sek 7(1) LBATA.
 Pendapatan modal dari jualan saham oleh pemegang saham Syarikat Labuan tidak dicukai jika
tidak memiliki sebarang perniagaan di Malaysia dan bukan peniaga pelaburan.
• Bagi cukai pegangan (withholding taxes):
 Royalti, faedah, dan yuran teknikal atau pengurusan yang dibayar oleh Syarikat Labuan kepada
bukan pemastautin tidak tertakluk pada cukai pegangan.

17
SKOP PENGENAAN CUKAI
• Bagi cukai pegangan (withholding taxes):
 Sewa ke atas harta boleh alih yang dibayar oleh Syarikat Labuan kepada bukan
pemastautin perlu bayar cukai pegangan (tidak termasuk yang berkaitan dengan
perniagaan pemajakan).
 Faedah yang dibayar oleh pemastautin kepada bank Syarikat Labuan tidak dikenakan
cukai pegangan.

18
SKOP PENGENAAN CUKAI
• Bagi cukai tak langsung (indirect taxes):
 Tiada pengenaan cukai tak langsung seperti SST dan duti kastam bagi Syarikat Labuan
dengan Syarikat Labuan, dan dari Syarikat Labuan kepada syarikat tempatan.
 Tiada pengenaan cukai tak langsung seperti SST dan duti kastam juga bagi syarikat
tempatan untuk semua barangan pengguna yang dibawa masuk ke Labuan.
 SST bagaimanapun dikenakan kepada penduduk dan syarikat tempatan bagi
perkhidmatan yang dibawa masuk ke Labuan, seperti Astro, Celcom.

19
SKOP PENGENAAN CUKAI
• Bagi duti setem (stamp duty):
 Syarikat pesisir adalah dikecualikan duti setem atas semua instrumen yang dibuat
berkaitan aktiviti perniagaan pesisiran.
 Jualan saham dan MOA syarikat pesisir juga dikecualikan duti setem.

20
SKOP PENGENAAN CUKAI
• Lain-lain insentif cukai di Labuan :
 Dividen yang dibayar oleh syarikat pesisir dari aktiviti pesisir tidak dicukai di tangan
penerima. Jika penerima adalah syarikat yang tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965 dan
pemastautin di Malaysia, maka dividen yang dibayar kepada pemegang sahamnya juga
dikecualikan cukai.
 Seseorang, termasuk syarikat Labuan yang menyediakan perkhidmatan profesional seperti
perundangan, perakaunan, kewangan, dan setiausaha kepada syarikat Labuan, maka diberi
potongan sebanyak 65% daripada pendapatan berkanun.
 Zakat yang dibayar oleh syarikat Labuan diberi rebat cukai, namun terhad kepada amaun
cukai yang perlu dibayar. Lebihan zakat yang dibayar dari amaun cukai ini tidak boleh diberi
kredit cukai untuk ditolak dari pendapatan tahun seterusnya.
21
SKOP PENGENAAN CUKAI
(LBATA 2020 Amendment)
Under the newly enacted Labuan Business Activity Tax (Amendment) Act 2020
(“LBATA 2020 Amendment”), where Substance Requirements are not complied with,
effective from year of assessment 2020, the Labuan entity will be taxed at the rate of
24% on its net profits for that year of assessment. Therefore, the consequence of not
meeting the Substance Requirements under LBATA 2020 Amendment is that capital
gains and foreign source income would also be taxed at the rate of 24%.

22

You might also like