You are on page 1of 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

Nota :
1. Semua murid diminta beratur mengikut kelas.
2. Berikan arahan BARIS… BARIS SEDIA… SENANG DIRI

Bismilahhirahmanirahhim.. ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

Yang Berusaha CIKGU HAMDIL WIRA BIN MAD SAAD


Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Alor Besar,

Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;


- CIKGU AZRIN BIN AMID - Penolong Kanan Pentadbiran.
- CIKGU IZHAM BIN ABD GHANI - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
- USTAZ NOOR HELMI BIN NORDIN - Penolong Kanan Kokurikulum.

Yang Dikasihi lagi disayangi, para guru dan seterusnya rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan
inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini.

1. NYANYIAN
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku . Semua guru dan murid diminta berdiri tegak dan
bersedia .

- SELEPAS NYANYIAN
Terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan atas nyanyian sebentar tadi. Semua guru
dipersilakan duduk.

2. DOA
Bagi memberkati perhimpunan kita pada pagi, majlis mempersilakan saudara

_____________________________________________________ untuk melafazkan doa.


HABIS DOA
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

3. BACAAN IKRAR MURID


Seterusnya majlis dengan ini menjemput ________________________________________ bagi
mengetuai bacaan ikrar murid .
4.UCAPAN GURU BERTUGAS
Majlis diteruskan lagi dengan dengan mempersilakan guru yang bertugas iaitu

Cikgu _______________________________
untuk memberikan ucapan. Dipersilakan.

Selepas Laporan

Terima kasih Cikgu ____________________________________ atas ucapan dan nasihat yang


disampaikan tadi.

5. UCAPAN GURU (JIKA ADA)


Meneruskan kelangsungan perhimpunan minggu ini, majlis dengan segala hormatnya

Menjemput Cikgu ________________________________________ untuk memberikan ucapan.

Habis Ucapan :
Terima kasih Cikgu.

6. UCAPAN PENTADBIR
Seterusnya, majlis mempersilakan
CIKGU HAMDIL WIRA BIN MAD SAAD - Guru Besar SK Alor Besar
CIKGU AZRIN BIN AMID - Penolong Kanan Pentadbiran. SK Alor Besar
CIKGU IZHAM BIN ABD GHANI - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Alor Besar
USTAZ NOOR HELMI BIN NORDIN - Penolong Kanan Kokurikulum. SK Alor Besar
untuk menyampaikan ucapan.

Habis Ucapan
Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh TUAN
GURU BESAR / GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN / HEM / KOKURIKULUM sebentar
tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan panduan untuk ke arah kecemerlangan.

7. NYANYIAN LAGU SEKOLAH


Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Negeri Kedah dan lagu Sekolah . Semua guru dan murid
diminta berdiri tegak dan bersedia .

8. BERSURAI.
Perhimpunan kita sampai dipenghujungnya, Semua rakan murid boleh beredar ke kelas masing-
masing mengikut arahan pengawas yang bertugas.
Sekian, Wabilah hi taufik, wal hidayah, Wasalamualaikum waraoh matullah hi wabarokatuh.

You might also like