You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI AMAR

JALAN BAWANG, TAMAN SRI AMAR


81100 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TA’ZIM Tel: 07- 3322798
Email:jba1056@moe.edu.my

____________________________________________________________________________________

Ruj. Kami: JBA 1056/700-1/2/Jld.5( )


Tarikh : 21 Mac 2022
Roshita binti Jaffar
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sri Amar

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2 .Sehubungan itu, saya HASAN HILMI BIN MD YUDIN bagi pihak Jawatankuasa Unit Beruniform
Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menubuhkan
Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 ,No. 11,
Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

3. Bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat berikut:

3.1 Draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan


3.2 Senarai ahli jawatankuasa
3.3 Senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini.

5. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: MEMERANGI COVID 19”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

....................................................
(HASAN HILMI BIN MD YUDIN)
Pengerusi,
Unit Beruniform Tunas Kadet
Remaja sekolah (TKRS) ,
SK Sri Amar,
Johor Bahru.
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI AMAR
JALAN BAWANG, TAMAN SRI AMAR
81100 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TA’ZIM Tel: 07- 3322798
Email:jba1056@moe.edu.my

____________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : JBA 1056/700-1/2/Jld.5( )


Tarikh : 28 Mac 2022

HASAN HILMI BIN MD YUDIN


Pengerusi,
Unit Beruniform Pengakap ,
SK Sri Amar,
Guru Besar

Tuan,

KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHAN BADAN BERUNIFORM TUNAS KADET REMAJA


SEKOLAH (TKRS).

Dengan hormatnya surat tuan bertarikh 21 Mac 2022 adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan (4) dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid
42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21hb. Mei 1998, maka saya
dengan sukacitanya meluluskan penubuhan Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS).

3. Pihak tuan perlu mengemukakan kepada saya Pelembagaan dan Peraturan-Peraturan


Persatuan, Senarai Ahli Jawatankuasa, dan Senarai Aktiviti Utama dalam tempoh empat belas hari
daripada tarikh Mesyuarat Penubuhan.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: MEMERANGI COVID 19”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

.........................................
( )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sri Amar,
Johor Bahru.

You might also like