You are on page 1of 14

PRAKTIKUM 3 (Muhammad Syafiq Firdaus) 2011

IN0VASI PEDAGOGI 1 YANG DIHASILKAN SENDIRI NAMA INOVASI : PERMAINAN MUZIK BERBICARA PENERANGAN DAN PERINCIAN TENTANG INOVASI: Inovasi ini berteraskan konsep main yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Penerapan konsep main sambil belajar ini telah dipraktikkan sejak baru-baru ini. Namun begitu, saya mempraktikkan konsep ini untuk mengatasi beberapa masalah iaitu : 1. Penglibatan murid dalam P&P agak pasif 2. Peluang untuk murid menjawab pertanyaan guru agak bias kerana asyik orang yang sama mengangkat tangan untuk menjawab setiap pertanyaan. 3. P&P bosan kerana tiada keseronokan. Pada praktikum 1, saya telah memperkenalkan bekas pusaka yang menggunakan botol sebagai medium menggantikan kotak beracun. Walaupun idea ini amat menarik dan mendapat sambutan tetapi inovasi perlu dilakukan agar idea ini dapat dipraktikkan dengan lebih efisen. Pada praktikum 2, Kitar semula adalah satu aspek kreatif yang dapat menjana pemikiran murid. Oleh itu saya mendapat idea menggunakan penapis udara kereta sebagai medium permainan saya pada praktikum kali ini. Konsepnya ialah sama dengan konsep music box . Pada semester 3, saya merangka satu kaedah cabut nombor tetapi dendanya ditayangkan atau terletak pada sekeping kertas yang dapat dilihat oleh murid-murid.

11 1
Nombor cabutan akan dimasukkan kedalam sebuah bekas tetapi cabutan pertama akan dicabut guru untuk pemilihan senarai hukuman.

PRAKTIKUM 3 (Muhammad Syafiq Firdaus) 2011

Idea bekas pusaka (praktikum 1)

Idea Muzik Berbicara (praktikum 2)

PENILAIAN KEBERKESANAN INOVASI : Murid-murid amat seronok bermain permainan tersebut disamping mencapai objektif P&P yang dirangka. Terdapat murid yang tidak puas hati kerana tempoh permainan sekejap. Inovasi ini amat berkesan dan murid berasa amat teruja setiap kali bermain permainan ini dan permainan ini dapat membantu guru mencapai objektif secara tidak langsung. Murid juga tertanya-tanya bahan yang saya gunaka dan terkejut apabila menyangka ianya bahan terbuang. Yang lebih memeranjatkan ialah permainan ini boleh merentas mata pelajaran dan bukan hanya sekadar mata pelajaran muzik dan alat bantu mengajar ini mesra alam, selamat dan yang penting ialah ia mampu menarik minat murid dari pelbagai aras.

PRAKTIKUM 3 (Muhammad Syafiq Firdaus) 2011


INOVASI PEDAGOGI YANG DIHASILKAN SENDIRI 2

Nama Inovasi

: Who wants to be a Star?

Penerangan dan perincian tentang inovasi

Peneguhan

positif

dan

negatif

merupakan

cara

memotivasikan

murid-murid

untuk

melaksanakan tugas-tugas dalam proses pengajaran dan pembelajaran di blik darjah. Ia juga digunakan untuk mendisiplinkan para murid supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.

Guru-guru perlulah menggunakan kedua-dua peneguhan positif dan negatif secara berkesan seperti yang dicadangkan oleh Teori Peneguhan Skinner. Peneguhan positif dapat memberi galakan kepada murid-murid untuk mencapai matlamat. Sementara, peneguhan negatif pula dapat membantu guru mengelakkan gangguan tingkah laku murid yang boleh menghindari kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

Pada praktikum kali ini, saya menyediakan replika bintang yang akan dibagi kepada setiap kumpulan mengikut syarat dan kriteria yang telah ditetapkan iaitu kumpulan yang berjaya menyelesaikan kerja dengan cepat dan betul semua akan diberi 1 atau 2 bintang untuk kumpulan yang memberi kerjasama yang erat dan mempunyai sahsiah yang terpuji. Saya akan

PRAKTIKUM 3 (Muhammad Syafiq Firdaus) 2011


menarik 1bintang bagi kumpulan yang tidak memberi kerjasama dan berbuat bising. Jika kumpulan tersebut tiada lagi duit, kumpulan tersebut dikira berhutang dengan saya. Buku hutang akan saya sediakan. Kumpulan yang mengumpul paling banyak bintang akan diberi saguhati pada akhir praktikum.

Penilaian keberkesanan inovasi Saya melihat motivasi ekstrinsik murid makin meningkat. Walau bagaimanapun, dalam jangka masa yang panjang, jika motivasi enstrinsik dilihat dapat bertukar kepada motivasi instrinsik, maka pengimplementasi sistem token ekonomi ini dikurangkan sedikit demi sedikit.

PRAKTIKUM 3 (Muhammad Syafiq Firdaus) 2011


IN0VASI PEDAGOGI YANG DIHASILKAN SENDIRI 3 NAMA INOVASI : Aktifkan Diri mu PENERANGAN DAN PERINCIAN TENTANG INOVASI: Inovasi ini berteraskan Menurut Teori Rational Emotive Theraphy ;RET ( Albert Ellis : 1979)
A: Activating Event (Perkara yang berlaku) B: Belief System (Sistem Kepercayaan) C: Consequence (Akibat) D: Dispute (Sangkal) E: Effect ( hasil) ; kesan baru

Dari teori ini saya dapat mengatasi beberapa masalah seperti : 1. Saya dapat menarik minat murid dalam focus kepada aktiviti 2. Peluang untuk murid menjawab pertanyaan guru tidak bias kerana sistem cabutan diterapkan. 3. P&P yang bosan menjadi seronok kerana murid aktif. 4. Murid dan guru menjadi erat kerana guru bersikap bias budaya dapat disangkal sama sekali. 5. P&P dapat dilakukan dengan baik disamping budaya murid bersedia dapat diterapkan. Saya akan membahagikan murid kepada 4 mengikut warna dan setiap murid dalam kumpulan akan memakai tag nama dan akan memakai tag tersebut setiap kali kelas diadakan. Nombor tag tidak boleh ditukar. Saya akan menyediakan senarai semak dan saya akan aktifkan mereka dengan memanggil nama dan kumpulan mereka. Setiap kerjasama akan mendapat markah untuk kumpulan.kumpulan terbaik akan diberikan ganjaran apabila mengumpul 3 bintang kumpulan. Penilaian keberkesanan inovasi Inovasi ini amat berkesan dalam dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Penggunaan tanda nombor bukan sahaja untuk aktiviti kumpulan tetapi saya gunakan juga dalam pemilihan untuk penutup dan rumusan setiap kali pengajaran. Saya juga mengaplikasikan kaedah ini dalam mata pelajaran minor iaitu bahasa inggeris dan kemahiran hidup. Saya dapat melihat murid sentiasa bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Saya berharap murid-murid ini lebih berkeyakinan dan meningkatkan cara mereka berkomunikasi antara satu sama lain malah dapat menghasilkan sesuatu yang baik atas kerjasama ini.

PRAKTIKUM 3 (Muhammad Syafiq Firdaus) 2011


TEORI PERIBADI/SENDIRI NAMA TEORI : The Wizard Musician PENERANGAN TEORI: Teori peribadi saya adalah gabungan beberapa teori seperti : 1. Motivasi Ekstrinsik Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini dapat dirangsang dalam bentuk-bentuk seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk suasana dan iklim persekitaran yang kondusif bagi mendorongkan pelajar belajar. Contohnya, pujian yang diberikan oleh guru kepada seseorang pelajar kerana kerjanya yang baik akan menyebabkan daya usaha pelajar itu meningkat. Peneguhan adalah suatu motivasi ekstrinsik yang boleh memberi kesan kepada tingkahlaku seseorang pelajar. Menurut Kazdin(1984), peneguhan lebih berkesan sekiranya diberikan dengan kerap pada peringkat pembelajaran baru. Oleh itu, semasa pelajar mula mempelajari sesuatu tugasan yang baru, mereka sebaik-baiknya diberikan pujian dan sokongan dengan kerap. Hukuman ataupun deraan adalah suatu bentuk peneguhan negatif dan ia sebaik-baiknya tidak diberikan.

2 Teori Pengasingan Murid yang bermasalah akan diasingkan dari kumpulan atau kelas agar murid tersebut tidak berupaya mengganggu rakan mahupun proses P&P. Kelazimannya, murid yang diasingkan adalah murid yang tidak mengikut arahan,melanggar disiplin, mengganggu ketenteraman murid lain dan menjejaskan P&P. TEORI The Wizard Musician Saya akhirnya mencipta teori dimana pengasingan murid dapat dijalankan dengan menggunakan peneguhan positif iaitu murid yang tidak dapat dikawal akan diasingkan dan akan duduk ditempat khas dan dijadikan The wizard Musician.

PRAKTIKUM 3 (Muhammad Syafiq Firdaus) 2011

SUDUT PERSPEKTIF MURID: y y y Murid merasa segan Murid akan menunjukkan reaksi ingin melakukan aktiviti dari duduk sebagai Wizard. Murid merasa bangga menjadi Wizard.

PENEROKAAN TERHADAP KEPERCAYAAN DIRI DALAM KONTEKS PENGALAMAN PERIBADI: y Pada mulanya, saya merasakan murid akan bangga dan akan berasa ingin menjadi Wizard lagi kerana peneguhan positif berlaku.

BERDASARKAN KEPERCAYAAN DIRI: y Setiap orang ingin menjadi wizard kerana akan dihormati.

PENEROKAAN NILAI YANG BERCANGGAH DENGAN NILAI YANG DIPEGANG: y Reverse psikologi berlaku iaitu murid tidak mahu menjadi raja kerana berasa disisih.

PANDANGAN DALAM MEMAHAMI TINGKAH LAKU DALAM BILIK DARJAH: y Murid-murid lebih suka bermain permainan dalam P&P berbanding menjadi wizard dalam kelas yang tidak membuat apa-apa pun

PENGAPLIKASIAN PENGALAMAN DALAM BILIK DARJAH: y Murid yang menjadi wizard untuk pertama kali pada mulanya amat gembira tetapi apabila satu masa berlalu. Reaksi muka murid tersebut berubah kerana reverse psikologi berlaku iaitu dia merasakan pangkat tidak bermakna tanpa kawan untuk berkongsi kegembiraan.Kemudian, murid tersebut meminta izin guru untuk mengikuti P&P dan pada mulanya saya menolak. Kemudian ,murid tersebut berkata dia berjanji akan berkelakuan baik dan saya izinkan. Insiden ini berlaku dalam setiap kelas yang saya ajar pada minggu kedua semasa saya mengaplikasikan teori ini.

MASALAH/ISU/PERISTIWA YANG TIMBUL: y Isu yang timbul ialah tercetusnya reverse psiologi dimana murid lebih rasa tersisih walaupun dipuji atau diberi ganjaran.

PRAKTIKUM 3 (Muhammad Syafiq Firdaus) 2011

PENAMBAHBAIKAN: y y y Perlu menekankan aspek reverse psikologi Kostum raja perlu dipertingkatkan Berikan keistimewaan kepada wizard

PERUBAHAN SIKAP GURU: y y y y Guru lebih peka akan perwatakan murid Guru perlu lebih bijak mengawal situasi kelas Timbul kesedaran dalam membentuk sahsiah murid Guru perlu bersikapseperti pendidik bukan sekadar pengajar

KESIMPULAN: Guru perlu sedar akan penggunaan psikologi dalam pendidikan . Jangan terlalu menggunakan konsep denda atau hukuman kerana akan meninggalkan kesan negative terutamanya pada mentality murid di masa akan datang. Oleh itu, teori Wizard dapat membuktikan bahawa pendekatan psikologi adalah baik dan berkesan.

PRAKTIKUM 3 (Muhammad Syafiq Firdaus) 2011


TEORI PERIBADI/SENDIRI 2 NAMA TEORI : EFFECTORISME PENERANGAN TEORI: Teori peribadi saya adalah gabungan beberapa teori seperti : 1. Teori Gelombang Bunyi: Asas-asas gelombang bunyi, bagaimana ianya dihasilkan dan bagaimana ia bergerak melalui medium tersebut perlu diketahui bagi memahami mekanik ultrasonik.Bunyi ialah pergerakkan vibrasi melalui apa-apa sahaja medium iaitu pepejal,cecair dan gas.Penghasilan gelombang bunyi berlaku apabila bunyi kerap kali dihasilkan melalui medium konduktor bunyi contohnya ialah penghasilan gelombang bunyi oleh gelombang radio.Udara yang berada didepan akan dimampatkan dan ditekankan menjadi gelombang bunyi yang akan hilang ke udara.Terdapat juga gelombang bunyi yang terhasil akibat keadaan yang mengejutkan.Contohnya guruh yang terhasil akibat keadaan apabila kilat berlaku.

2 Terapi Realiti merupakan satu bentuk terapi yang agak baru dalam dunia kaunseling. Ianya telah diasaskan oleh William Glasser iaitu seorang psikologis dari California pada tahun 1965 ekoran daripada ketidaksetujuan Glasser terhadap teori psikoanalitik. Kottler dan Brown( )menyatakan bahawa terapi realiti merupakan suatu pendekatan mengajar yang menekankan kepada penyelesaian masalah, tanggungjawab peribadi dan keperluan untuk menangani atau mengatasi keperluan realiti seseorang individu. Menurutnya lagi terapi realiti adalah berdasarkan kepada assumsi atau andaian bahawa setiap individu perlu untuk membina identiti sama ada berjaya atau gagal. John J. Pietrofesa(1984), berpendapat bahawa terapi realiti berasaskan kepada andaian terhadap sesuatu tingkah laku sama ada menolong atau menghalang untuk memenuhi keperluan asas manusia. Keperluan tersebut merupakan keperluan untuk disayangi dan menyayangi orang lain dan keperluan merasa dihargai dan menghargai orang lain. Tingkah laku yang dapat dipenuhi dikatakan bertanggungjawab dan yang gagal adalah sebaliknya. Tingkah laku yang tidak bertanggungjawab akan membina identiti gagal dan seterusnya akan menghadapi kegagalan. Maka kaunselor adalah membina identiti individu itu ke arah kejayaan.

PRAKTIKUM 3 (Muhammad Syafiq Firdaus) 2011


TEORI EFFECTORISME Saya akhirnya mencipta teori dimana kesan bunyi dapat menjadi penghubung dalam merealisasikan terapi reality seperti membukaminda murid akan hal-hal yang berlaku disekeliling mereka

SUDUT PERSPEKTIF MURID: y y y Murid menghargai kehidupan Murid akan menunjukkan reaksi saying akan kehidupan. Murid merasa rendah diri.

PENEROKAAN TERHADAP KEPERCAYAAN DIRI DALAM KONTEKS PENGALAMAN PERIBADI: y Pada mulanya, saya merasakan murid akan bersyukur atas apa yang ada kerana peneguhan positif berlaku semasa proses effectorisme berlaku

BERDASARKAN KEPERCAYAAN DIRI: y Setiap orang ingin disayangi.

PENEROKAAN NILAI YANG BERCANGGAH DENGAN NILAI YANG DIPEGANG: y Murid merasakan bunyi menyampaikan perasaan atau mud.

PANDANGAN DALAM MEMAHAMI TINGKAH LAKU DALAM BILIK DARJAH: y Murid-murid lebih suka peka dan focus apabila ada kesan bunyi.

PENGAPLIKASIAN PENGALAMAN DALAM BILIK DARJAH: y Murid dapat merasakan suasana seperti semasa bercerita ,kesan bunyi digunakan supaya murid dapat merasa mud cerita tersebut dan ada yang menangis apabila sesi renungan memainkan lagu sedih sebagai kesan bunyi. MASALAH/ISU/PERISTIWA YANG TIMBUL: Isu yang timbul ialah murid terlalu bergantung pada kesan bunyi untuk merasai suasana.

PRAKTIKUM 3 (Muhammad Syafiq Firdaus) 2011


PENAMBAHBAIKAN: y y Perlu menekankan aspek psikologi Kesan bunyi perlu dipertingkatkan

PERUBAHAN SIKAP GURU: y y y y Guru lebih peka akan perwatakan murid Guru perlu lebih bijak mengawal situasi kelas Timbul kesedaran dalam membentuk sahsiah murid Guru perlu bersikapseperti pendidik bukan sekadar pengajar

KESIMPULAN: Bunyi adalah sesuatu yang indah dan unik.Ia boleh menarik perhatian dan boleh memusnahkan minat. Ia bergantung pada pengguna kesan bunyi itu.

PRAKTIKUM 3 (Muhammad Syafiq Firdaus) 2011


TEORI PERIBADI/SENDIRI 3 NAMA TEORI PENERANGAN TEORI : Star Collector :

Teori peribadi saya adalah gabungan dua teori iaitu: 1. Teori Peneguhan - Teori pelaziman Operan Skinner positif dan negatif merupakan cara memotivasikan murid-murid untuk

Peneguhan

melaksanakan tugas-tugas dalam proses pengajaran dan pembelajaran di blik darjah. Ia juga digunakan untuk mendisiplinkan para murid supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Guru-guru perlulah menggunakan kedua-dua peneguhan positif dan negatif secara berkesan seperti yang dicadangkan oleh Teori Peneguhan Skinner. Peneguhan positif dapat memberi galakan kepada murid-murid untuk mencapai matlamat. Sementara, peneguhan negatif pula dapat membantu guru mengelakkan gangguan tingkah laku murid yang boleh menghindari kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Teori Motivasi Pencapaian Atkinson

Atkinson (1965) mengemukakan Teori Motivasi Pencapaian yang beliau rumuskan dalam beberapa aspeks yang utama iaitu pertama ialah, individu mempunyai minat mengejar kejayaan sama ada terhadap perkara benda, ataupun orang lain. Kedua ialah apabila mereka menghadapi situasi mengejar sesuatu, terdapat dua jenis motivasi yang saling bertentang akan timbul pada masa yang sama iaitu mengejar kejayaan dan mengelak kegagalan. TEORI Star collector Saya akhirnya mencipta teori dimana motivasi pencapaian murid untuk mengejar kejayaan dan mengelak kegagalan dengan menggunakan peneguhan positif iaitu murid-murid berlumbalumba mengumpul bintang yang saya berikan untuk bergelar star collector kerana sudah naluri manusia ingin akan kepuasan dalam mencapai tahap penghargaan kendiri untuk menyempurnakan diri dan menangani kekurangan. Doa Usaha Iltizam Tekun untuk mencapai kejayaan dan bergelar jutawan disemai dalam diri murid-murid.

PRAKTIKUM 3 (Muhammad Syafiq Firdaus) 2011


SUDUT PERSPEKTIF MURID: y y y Murid merasa teruja untuk bergelar kumpulan terbaik. Murid akan berlumba-lumba untuk menyiapkan kerja kumpulan dengan cepat dan betul. Murid akan cuba sedaya upaya menjaga kelakuan dan sahsiah untuk mengelak duit kumpulan hilang diambil guru yang bertindak sebagai penguatkuasa bintang.

PENEROKAAN TERHADAP KEPERCAYAAN DIRI DALAM KONTEKS PENGALAMAN PERIBADI: y Saya merasakan murid begitu teruja mengumpul bintang untuk berjaya.

BERDASARKAN KEPERCAYAAN DIRI: y Setiap orang ingin berasa megah dan dihormati.

PENEROKAAN NILAI YANG DIPEGANG: y Bintang yang dikumpul sedikit demi sedikit akhirnya menjadi bukit.

PANDANGAN DALAM MEMAHAMI TINGKAH LAKU DALAM BILIK DARJAH: y Murid-murid lebih suka bermain permainan dalam P&P dan adanya aplikasi seperti kehidupan sebenar. y Murid suka bermain dengan bintang kerana ganjaran kepada pemenang.

PENGAPLIKASIAN PENGALAMAN DALAM BILIK DARJAH: Saya menyediakan kad bintang yang akan dibagi kepada setiap kumpulan mengikut syarat dan kriteria yang telah ditetapkan iaitu kumpulan yang berjaya menyelesaikan kerja dengan cepat dan betul semua akan diberi 2 bintang untuk kumpulan yang memberi kerjasama yang erat dan mempunyai sahsiah yang terpuji. Saya akan menarik 1 bintang bagi kumpulan yang tidak memberi kerjasama dan berbuat bising. Jika kumpulan tersebut tiada lagi bintang, kumpulan tersebut dikira berhutang dengan saya. Buku hutang akan saya sediakan. Kumpulan yang mengumpul paling banyak bintang akan diberi saguhati pada akhir praktikum. Tabung bintang yang dibuat daripada bekas biskut raya amat disukai oleh murid. Di samping itu, untuk menjaga segala alatan saya, saya membuat kontrak penjanjian dengan murid. Sesiapa yang merosakkan tabung saya, maka setiap ahli kumpulan perlu membayar pada saya 1 bintang. Maka wujudlah peneguhan positif dan negatif dalam inovasi saya ini. Selain itu, saya melihat guru-guru selalu mengaplikasikan sistem token jadi saya telah mengubah dengan membuat

PRAKTIKUM 3 (Muhammad Syafiq Firdaus) 2011


inovasi pemberian bintang. Saya selalu memberitahu murid bahawa ilmu ibarat bintang. Lebih banyak ilmu kita ada, lebih banyak hasil bintang yang kita perolehi. Murid tidak nampak jika hanya belajar untuk berjaya mendapat A, tetapi jika guru memberitahu bahawa jika belajar hingga berjaya akan menggapai bintang yang tinggi maka murid nampak mengapa mereka perlu belajar. MASALAH/ISU/PERISTIWA YANG TIMBUL: y Murid-murid tidak dibenarkan melihat atau mengira bintang mereka sehingga habis atau tamat untuk tidak menjatuhkan semangat mereka serta memberi kejutan kepada hujung pengajaran atau semester. PENAMBAHBAIKAN: y Perlu menekankan kepada aktiviti kumpulan yang aktif dan timbulkan semangat kerjasama. y y Bintang dipelbagaikan warnanya untuk menarik minat murid. Carta bintang ditayangkan untuk mengingatkan murid setiap hari.

PERUBAHAN SIKAP GURU: y y y y Guru lebih peka akan perwatakan murid Guru perlu lebih bijak mengawal situasi kelas Timbul kesedaran dalam membentuk sahsiah murid Guru perlu bersikap seperti pendidik bukan sekadar pengajar

KESIMPULAN: Melalui model dan teori ini saya dapati, semangat belajar dalam kelas agak meningkat. Dan semangat bekerja dalam kumpulan juga telah mula menjadi dengan adanya kerjasama dan reinforcement itu tadi. Kumpulan murid yang bising itu tadi sudah mula menunjukkan sikap aktif menjawab soalan yang ditanya semasa P&P, malah bukan sekadar murid yang bising, tetapi murid yang pasif juga turut menunjukkan minat terhadap P&P kerana mereka bersaing secara sihat untuk memperoleh ganjaran yang direbut oleh semua murid.

You might also like