You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN JOHOR JAYA 1

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL BIL 3/(2022)

Tarikh : 13 SEPTEMBER 2022

Masa : 12.45 Tengah Hari

Tempat : Bilik Sains SK Taman Johor Jaya 1

Pengerusi : En. Che Wan Ahmad Aiman bin Che Wan Ahmad Shaifuddin

Kehadiran(Bilangan) : 5

Turut Hadir (Jika ada) : -

1 PERUTUSAN PENGERUSI

En. Che Wan Ahmad Aiman selaku Ketua Panitia PSV mengucapkan terima kasih
kepada semua guru kerana hadir pada mesyuarat kali ini.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Tiada

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4 LAPORAN KHUSUS

4.1 EMK dalam Eprema wajib ditanda pada bahagian Kreativiti dan Inovasi.
4.2 PdPC PSV mestilah berteraskan kepada 4 modul iaitu Bahasa Seni,
Kemahiran Seni, Kreativiti dan Inovasi dan Apresiasi Seni. Setiap unit atau
tajuk di dalam buku teks perlulah dijalankan selama 2 atau 3 minggu mengikut
keperluan dan kemahiran yang diajarkan. Selain itu, terdapat empat
komponen seni visual yang perlu diingati oleh guru seni iaitu menggambar,
membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal
kraf tradisional.
4.3 Buku teks merupakan rujukan utama bagi murid-murid manakala DSKP
merupakan rujukan utam bagi para guru.
4.4 Projek Kesenian Pameran Seni yang diberi nama Cultural Village bagi akan
dilaksanakan bagi menghargai segala hasil karya yang telah murid-murid
hasilkan sepanjang tahun ini.
4.5 Cultural Village akan berkolaborasi bersama Panitia Muzik dan
mengutamakan kepada tema tradisional bagi memupuk rasa minat murid-
murid dalam bidang ini agar tidak pupus ditenggelam zaman. Program ini
diterangkan lebih jelas untuk perjumpaan seterusnya.

Makluman: Guru PSV

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

5 HAL-HAL LAIN

Tiada

6 PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.10 petang.

Disediakan oleh,

................................................
(CHE WAN AHMAD AIMAN BIN CHE WAN AHMAD SHAIFUDDIN)
Ketua Panitia PSV,
SK Taman Johor Jaya 1.
Tarikh : (7/11/ 2022)

* Minit mesyuarat tidak perlu ada tanda tangan, no. PK, header dan footer.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00

You might also like