You are on page 1of 2

LATIHAN KARANGAN BM 1

Pusat sumber merupakan tempat bagi murid menimba ilmu dan mendapatkan
maklumat tambahan bagi menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru seperti soalan yang
mempunyai tahap penguasaan (TP) seperti yang dilaksanakan di Sekolah-sekolah Amanah dan
sekolah yang lain yang mengikuti pembelajaran abad ke 21 ini.Ciri-ciri sebuah pusat sumber
sekolah yang baik ialah lokasi yang strategik dan suasana yang kondusif.Pusat sumber sekolah
perlulah menyediakan keselesaan dan kemudahan yang mencukupi seperti memasang alat
pendingin hawa kerana suhu di Malaysia yang panas pada sepanjang hari supaya dapat menarik
lebih ramai murid untuk pergi ke pusat sumber sekolah kerana pusat sumber sekolah
menyediakan pelbagai kemudahan bagi keselesaan mereka dan sekali gus ia akan membuatkan
murid berasa teruja untuk menimba ilmu di pusat sumber sekolah.
Selain itu, pengawas pusat sumber sekolah juga perlulah menghebahkan kemudahan
dan perkhidmatan di pusat sumber.Contohnya, pengawas pusat sumber bolehlah menampal
poster mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di pusat sumber sekolah
seperti komputer yang boleh digunakan untuk mencari maklumat atau kerja yang diberi oleh
guru seperti perbentangan yang memerlukan murid menggunakan “powerpoint” bagi
mendapatkan tahap penguasaan yang diinginkan maka bagi murid yang tidak mempunyai
kemudahan tersebut bolehlah pergi ke pusat sumber sekolah setelah tamat waktu
persekolahan bagi menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
Sementara itu,guru pusat sumber juga bolehlah mengadakan pelbagai kemudahan dan
aktiviti.Contohnya,pihak pusat sumber sekolah bolehlah mengadakan pameran yang
bertemakan angkasa maka pihak pusat sumber sekolah akan mengadakan suatu pameran
mengenai angkasa bagi menambahkan pengetahuan murid tentang angkasa supaya mereka
mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai angkasa sebelum mereka mempelajarinya di
dalam kelas.
Akhir sekali,lokasi pusat sumber yang strategik juga memainkan peranan yang
penting.Contohnya, apabila pusat sumber sekolah berada berdekatan dengan tempat
pelupusan sampah maka ia sememangnya akan menyebabkan murid kurang meminati dan
tidak mahu pergi ke pusat sumber kerana berdekatan dengan pusat pelupusan sampah yang
akan menyebabkan pencemaran bau yang tidak menyenangkan.
Kesimpulannya,kita mestilah berganding bahu dengan pihak pusat sumber sekolah
bagi menjadikan pusat sumber sekolah sebuah tempat yang selesa dan diminati oleh semua
murid bagi mereka menimba ilmu dan tempat untuk mereka mencari maklumat.

You might also like