You are on page 1of 19

Isu Perpaduan

Kaum secara Umum

NAMA : Muhammad Solahuddeen bin Mohamad Zaki


KELAS : 3 Ibnu Sina
GURU SUBJEK : Puan Azibah binti Ismail
NAMA SEKOLAH : SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail
Guru Subjek Sejarah

Puan Azibah binti Ismail


Penghargaan

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya dapat melaksanakan

kajian kes ini dengan sempurna sekali. Ucapan terima kasih kepada ibu

bapa saya, Wan Afifah binti Wan Adnan dan Mohamad Zaki bin Muda

yang telah memberi sokongan sepenuhnya tanpa mengenal erti penat lelah.

Tidak lupa juga kepada guru mata pelajaran Sejarah, Cikgu Azibah binti

Ismail yang memberikan tugasan ini. Terima kasih juga kepada sokongan-

sokongan luar yang membantu saya menyempurnakan kajian kes ini.

Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih

sekali lagi kepada pihak-pihak yang menyokong sama ada secara langsung

atau tidak langsung. Sesungguhnya, tanpa sokongan-sokongan tersebut

pasti tugasan ini tidak dapat disiapkan.


Objektif Kajian

Setelah meyiapkan kajian kes ini, saya dapat megaplikasikan beberapa aktiviti
seperti berikut :

 Memahami isu-isu perpaduan kaun secara umum

 Menjelaskan kepentingan perpaduan kaum

 Menyelidik faktor-faktor yang menyumbang kepada perpaduan kaum


 Mengetahui cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum

 Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan


perpaduan kaum di Malaysia
Kaedah Kajian

1. Melayari Internet

- Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini, Internet adalah satu
gerbang limpahan pelbagai sumber bagi saya mendapatkan maklumat yang spesifik dan
sahih dengan melayari laman sesawang yang dipercayai.

2. Analisis dokumen

- Saya telah merujuk kepada dokumen dan laporan berita daripada laman sesawang
yang berautoriti iaitu Portal Rasmi Sinar Harian bagi memastikan fakta yang digunakan
dalam kajian ini sahih dan tepat.

3. Bimbingan guru

- Tanpa bimbingan guru, sudah tentu saya tidak akan berjaya melaksanakan tugasan
yang telah diberikan. Oleh itu, saya mendapat bimbingan daripada guru iaitu Puan
Azibah binti Ismail.
Isi Kandungan

BIL . TAJUK M/S


1 1.0 Pengenalan

2 2.0 Kepentingan Perpaduan Kaum

3 3.0 Faktor-faktor yang mengukuhkan perpaduan kaum


3.1 Peristiwa hitam 13 Mei 1969
3.2 Konsep 1 Malaysia
3.3 Pendidikan

4 4.0 Cabaran mengekalkan perpaduan kaum

5 5.0 Langkah-langkah mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia

6 6.0 Rumusan

7 Rujukan

8 Lampiran
1.0 Pengenalan

Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang

diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk

mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Malaysia merupakan salah

satu negara yang dipanggil “Negara Majmuk” yang bermaksud negara yang

mempunyai masyarakat berbilang kaum. Oleh sebab itu, semestinya akan ada

isu-isu yang berkaitan dengan perkauman (racisme). Pengenalan Isu-isu

Perpaduan Kaum Secara Umum boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang

menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi

negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan

nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka.


2.0 Kepentingan Perpaduan Kaum

i. Menjamin Kestabilan Ekonomi

- Kestabilan politik dalam setiap jabatan amat perlu bagi menjamin


keutuhan struktur pentadbiran Malaysia. Fungsi pentadbiran
Negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik kerana banyak
negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia.
Impak positif yang berlaku ialah Negara Malaysia dapat melebarkan
ruang lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan bagi
mencakupi arena global.

ii. Menjamin Negara Malaysia

- Pemimpin-pemimpin yang dahulu seperti Tunku Abdul Rahman,


Tun Tan Cheng Lock,Tun Sambathan serta ramai pemimpin
berwibawa yang lain telah berunding dan bertolak ansur untuk
mencapai perpaduan demi sebuah negara yang tercinta. Oleh
sebab itu, sudah menjadi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia
untuk bersama-sama memelihara perpaduan kaum agar dapat
mencapai keharmonian dan
keamanan.

iii. Mengekalkan Keharmonian Negara

- Dengan memupuk semangat perpaduan kaum, keharmonian


negara dapat dicapai kerana mempunyai masyarakat yang bersatu-
padu dan saling prihatin sesama sendiri. Akibat daripada itu, nama
Malaysia dapat diharumkan sekaligus membantu ekonomi negara
dengan menarik perhatian pelancong asing terhadap budaya di
Malaysia.
iv. Mewujudkan Masyarakat yang Prihatin

- Apabila perpaduan kaum telah tercapai, kita secara tidak langsung


akan mengambil berat tentang keadaan orang lain walupun berlainan
kaum. Oleh itu, sifat tolong-menolong dapat diwujudkan sekaligus
merapatkan hubungan. Akhirnya, permusuhan atau perselisihan
faham dapat dielakkan agar tidak berlaku pergaduhan yang akan
mengganggu keharmonian masyarakat.
3.0 Faktor-faktor yang menyumbang
kepada perpaduan kaum

3.1 Peristiwa Hitam 13 Mei 1969

- Insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di


Malaysia.

- Berkaitan dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969".

- Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik
dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia
berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa
orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.

- Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA,
dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih berjaya
membentuk kerajaan persekutuan.

- Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya


telah meraikan kemenangan mereka dengan berarak pada 11 Mei 1969. Perarakan
tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman.

- Namun, terdapat segelintir pengikut perarakan telah mengeluarkan slogan-slogan


bersifat sensitif berkenaan isu perkauman.

- Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Parti Tindakan
Demokratik dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan
kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.
- Perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan
Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.

- Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan


sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur.

- Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan


kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka.

- Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa


perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul
7.30 malam, 13 Mei 1969.
3.2 Konsep 1 Malaysia

- Konsep 1 Malaysia telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib


pada 3 April 2009. Konsep 1 Malaysia ini memberi aspirasi untuk
memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat
menjalin perpaduan yang lebih erat.

- Konsep ini juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang


mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat
sebagaimana slogan Perdana Menteri iaitu “Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan”.

- Untuk mencapai kemajuan bagi negara,sikap penerimaan antara kaum


membawa kepada perpaduan yang utuh perlu diamalkan. Apabila
perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan
dengan lebih lancar.
3.3 Pendidikan
- Sekolah wawasan merupakan tempat yang terbaik untuk
memulakan proses integrasi antara kaum. Sekolah wawasan
menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum
berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi kantin,
padang permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah. Malah,
setiap sekolah juga didedahkan dengan pendidikan sivik ilmu
berkaitan tatarakyat dan bagaimana menggerakkan seseorang
warganegara itu supaya bertanggungjawab terhadap masyarakat
dan negara.
4.0 Cabaran untuk mengekalkan perpaduan
kaum

i. Kewujudan sistem pendidikan yang berbeza

- Sistem persekolahan pelbagai aliran hanya akan menambahkan lagi


jurang perpaduan kaum. Contohnya, wujudnya sekolah tamil dan sekolah
cina yang mengasingkan pelajar India dan Cina.

ii. Politik negara

- Perbezaan Parti yang menyebabkan timbulnya isu sensitif yang


melibatkan perkauman. Perbezaan kaum selalu dijadikan hujah utama
oleh ahli politik untuk memenangi pilihanraya.

iii. Laman sosial dan media massa

- Kemudahan tekonologi pada hari ini telah mendatangkan banyak


kebaikan malah keburukan juga. Penyebaran fitnah dan berita palsu
semakin menular terutama apabila isu tersebut menyentuh perihal
perkauman atau agama.

iv. Sikap individu

- Wujud individu yang terlalu memupuk semangat sesama kaum juga


antara cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum. Sikap individu
sedemikian hanya menjarakkan lagi jurang perkauman di Malaysia yang
terdiri daripada masyarakat majmuk. Contohnya, individu yang berbangsa
Melayu tidak bergaul dengan bangsa Cina dan India kerana merasakan
tidak bersefahaman atau sehaluan.
5.0 Langkah-langkah mengekal dan
memantapkan perpaduan kaum di
Malaysia

1. Memperbanyak aktiviti kejiranan


- Ini secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan di antara penduduk
setempat dan mewujudkan kejiranan yang saling membantu. Contohnya,
mengadakan aktiviti gotong-royong atau kempen kebersihan.

2. Megurangkan masa dengan media sosial


- Perkara ini dapat mengelakkan diri sendiri daripada membaca atau berkongsi
berita-berita yang palsu atau isu sensitif yang akan mengundang perpecahan kaum.

3. Membudayakan amalan kunjung-mengunjung


- Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus
dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling
menghormati. Contohnya, menyertai jamuan atau perayaan berlainan kaum yang
tidak melanggar syarak

4. Menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan


- Penglibatan pelajar pelbagai kaum dalam usaha menjayakan program-program
sekolah mampu melahirkan semangat berpasukan dan seterusnya memupuk
semangat perpaduan yang kental. Natijahnya, isu-isu perkauman dapat dielakkan
kerana sudah dididik untuk bergaul dengan masyarakat yang berlainan kaum sejak
kecil lagi.
6.0 Rumusan

Tidak lain dan tidak bukan, terbuktilah bahawa perpaduan kaum


amatlah penting untuk kebaikan sejagat dan memberikan banyak
manfaat. Jika tiada kaum yang berbilang, maka tiadalah nama
Malaysia yang dikenali pada hari ini.

Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia


untuk menjaga hubungan dan perpaduan sesama kaum agar
keharmonian dapat dicapai dan mengelakkan daripada peristiwa 13
Mei 1969 berulang.
Rujukan

1. https://pdfcoffee.com/pengenalan-isu-perpaduan-kaum-pdf-free.html
2. http://mekanikaldtp2.blogspot.com/2014/08/faktor-yang-membawa-
kepada-perpaduan_18.html
3. https://www.sinarharian.com.my/article/27800/BERITA/Nasional/
Peristiwa-13-Mei-Pengajaran-perlunya-masyarakat-bersatu-padu
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
Lampiran

Rajah 1: Ilustrasi peristiwa 13 Mei 1969 Rajah 2: Perpaduan Kaum

Rajah 3: Masyarakat Malaysia yang


Rajah 4: Masyarakat menjalankan aktiviti
berbilang kaum gotong-royong bersama-sama
Rajah 5(a) & 5(b) : Sekolah kebangsaan yang merangkumi murid-murid
yang berbilang kaum

Rajah 6 : Menyambut Tahun Baru Cina dengan jiran yang


berlainan kaum

You might also like