You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BERAYA

98000 MIRI SARAWAK

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


KALI PERTAMA 2020

Tarikh : 12 Januari 2020


Hari : Rabu
Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Guru

KEHADIRAN:

1. En. Yazid bin Isa (Ketua Panitia)


2. En. Baderuzaman Azahari

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab


1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran
guru-guru pada mesyuarat kali ini.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat sebelum ni diterima dan disahkan dengan sebulat suara.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


3.1 Perkara 5.1
Pengerusi menyatakan bahawa semua guru PJK telah mendapat Sukatan
Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Tahunan.
Tindakan: Makluman
3.2 Perkara 5.2
Pengerusi menerangkan dan menunjukkan sekali lagi cara membuat
Rancangan Pengajaran Harian dengan betul.
Tindakan: Makluman
3.3 Perkara 4.3
Ketua Panitia akan mencerap dan memantau guru-guru PJK dan guru
bukan opsyen semasa aktiviti PJK.

1
Tindakan: Ketua Panitia

4.0 AGENDA BARU

4.1 SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

4.1.1 Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah diasingkan


mengikut pecahan waktu yang telah ditetapkan.
4.1.2 Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah dipisahkan
menjadi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
4.1.3 Agihan waktu Pendidikan Jasmani 2 kali seminggu dijalankan
selama 30 minit setiap waktu.
4.1.4 Masa Pendidikan Jasmani tidak boleh ditukarkan kepada
Pendidikan Kesihatan dan tidak boleh digunakan untuk mengajar
subjek lain.
4.1.5 Guru-guru subjek Pendidikan Kesihatan boleh meminjam alat
bantu mengajar di bilik PJ dengan merekodkan dalam buku
pinjaman yang telah disediakan oleh Encik Latif selaku Ketua
Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Tindakan: Semau guru PK

4.2 RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN


4.2.1 En. Yazid menerangkan tentang rancangan pengajaran harian
(RPH) yang perlu dibuat setiap guru. Cara penulisan RPH perlulah
selaras bagi tujuan penyelarasan apabila dipantau pihak atasan.
4.2.2 Bagi rancangan pengajaran untuk tahun 1, 2 ,3 dan 4 terdapat
perbezaan sedikit kerana telah menggunakan sukatan pelajaran
baru iaitu Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR).
4.2.3 En. Yazid telah menerangkan serba sedikit tentang rancangan
pengajaran harian KSSR dengan menunjukkan beberapa contoh.
4.2.4 En. Yazid juga menerangkan bahawa rancangan pengajaran harian
untuk KSSR mempunyai standart kandungan, pembelajaran,
elemen EMK dan refleksi hendaklah jelas serta teliti dan beberapa
penekanan elemen iaitu keusahwanan.

Tindakan: Semau guru PK

4.3 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH


4.3.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah untuk Subjek Pendidikan
Kesihatan masih belum mendapat apa-apa maklumat daripada
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Puan Yazid
memaklumkan jika ada maklumat tentang PBS, beliau akan
maklumkan kepada guru-guru secepat mungkin.

2
Tindakan: Makluman

4.4 SEGAK

4.4.1 Ujian SEGAK kali kedua boleh dijalankan mulai bulan Ogos.

Tindakan: Ketua Panitia dan guru PJK Tahap 2

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Bilik PJ perlulah dikunci sentiasa dan guru yang ingin menggunakan
alatan perlulah berjumpa dengan Ketua Panitia, Setiausaha Sukan atau
pihak pentadbiran.
5.2 Guru hendaklah mengiringi murid semasa mengambil dan menghantar
alatan PJ.
5.3 Pakaian bagi guru PJK perlulah berpakaian sukan sewaktu menjalani
aktiviti PJ sama ada guru lelaki atau guru perempuan.
5.4 Selesai sahaja aktiviti PJK, pastikan alatan PJ disusun kemas dan teratur.

Tindakan: Semua guru PJK

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang dengan bacaan surah Al-
Asr.

Disediakan oleh:

…………………………

(YAZID BIN ISA)


Ketua Panitia PJPK

You might also like