You are on page 1of 8

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

TEKS UCAPAN

YB MENTERI PENDIDIKAN

SEMPENA

SIDANG MEDIA KHAS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PADA

15 DISEMBER 2022
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Sejahtera

1. Bersama-sama saya pada petang ini adalah Timbalan


Menteri Pendidikan YB Lim Hui Ying, Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Datuk Yusran Shah Mohd Yusof
dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Pkharuddin
Ghazali.

2. Saya memahami harapan dan denyut nadi hasrat seluruh


rakyat Malaysia, khususnya murid dan guru terhadap
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan peneraju yang
baharu dilantik oleh YAB Perdana Menteri. Justeru, sidang
media pada petang ini bertujuan memaklumkan aspirasi
KPM dan menjelaskan beberapa keprihatinan yang sering
diutarakan oleh pihak-pihak berkepentingan dan juga
masyarakat umum.

3. Proses membangun modal insan bermula sejak dari umur


prasekolah hingga lepasan menengah. KPM merupakan
kementerian yang sangat menitikberatkan pembangunan
adab, akhlak dan integriti bagi melahirkan Anak yang Baik
lagi Cerdik (ABC) dalam memastikan generasi waris masa
1
depan mempunyai jati diri yang kukuh untuk menghadapi
cabaran masa mendatang.

4. Selepas tempoh satu minggu saya berjumpa dan


mendengar taklimat daripada barisan pengurusan
kepimpinan KPM, saya berkeyakinan tinggi dengan adanya
sokongan dan kerjasama semua warga KPM, kita mampu
mencari titik kesatuan untuk membahagiakan semua
khususnya dalam isu belajar, mengajar dan sesi
pembelajaran.

5. Saya mendapati ada beberapa penambahbaikan daripada


aspek proses penyampaian dan perkhidmatan pendidikan
yang perlu dilaksanakan. Aspirasi KPM sudah cukup jelas,
oleh itu, setiap perkara yang hendak diputuskan perlu diteliti
dan dikaji secara berhemah dan budaya ini akan terus
dibawa oleh Kementerian Pendidikan. Sehubungan dengan
itu, kementerian akan meneruskan dasar-dasar yang sedia
ada dan pada masa yang sama menambah baik proses
penyampaian bagi menjamin kecekapan dan
keberkesanannya.

6. Justeru, saya akan mengambil pendekatan yang lebih


holistik melalui proses konsultasi dan musyawarah dengan
rakan strategik serta semua pihak yang berkepentingan.
Saya juga akan memastikan keseluruhan ekosistem
2
pendidikan dilaksanakan mengikut proses yang ditetapkan
dan berlandaskan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-
peraturan yang berkaitan. Saya akan mengaktifkan semula
Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) seperti
yang termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996. Dengan
adanya MPPK ini nanti diharapkan akan dapat menyumbang
idea dan pandangan kepada Kementerian Pendidikan
dalam merangka dan menambah baik hala tuju pendidikan
negara. Perkara ini termasuklah memikirkan
kesinambungan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia yang akan berakhir pada tahun 2025.

7. Adalah menjadi hasrat saya untuk melihat murid ceria,


guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera. Ini
akan menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan. Oleh itu,
KPM akan mempertingkatkan kerjasama dengan semua
pihak seperti Persatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan Malaysia (NUTP), Majlis Pengetua Sekolah
Malaysia (MPSM), Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM),
Pelibatan Ibu Bapa Komuniti dan Swasta (PIBKS) serta
pihak berkepentingan lain untuk mendapatkan pandangan
serta input bagi memastikan hasrat ini tercapai.

3
8. Ketika ini, negara masih menghadapi cabaran ekonomi dan
juga kos sara hidup yang tinggi. Warga pendidikan turut
merasai impaknya. Justeru, kementerian akan memastikan
pelbagai inisiatif yang disediakan akan dikekalkan serta
ditambah baik mengikut keperluan.

9. Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan kepada


tujuh teras utama, iaitu:

Pertama, menjadikan komunikasi antara kementerian dan


sekolah lebih cekap dan telus. Oleh itu, bagi mengurangkan
kesenjangan birokrasi dalam urusan guru dan murid maka
aduan, cadangan dan pertanyaan boleh dikemukakan terus
melalui pelbagai saluran rasmi yang disediakan oleh KPM
termasuklah Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA),
AduBuli dan Kaunter Khidmat Pelanggan. Saya akan
pastikan laporan berkaitan akan diambil tindakan.

Kedua, memberi penekanan kepada aspek karamah


insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti.
Kementerian Pendidikan yakin akan mewujudkan suasana
harmoni yang akan menghindari gejala negatif seperti
gangguan seksual, buli, ekstremisme, gengsterisme dan
vandalisme.

4
Ketiga, memberi perhatian terhadap isu kemiskinan
multidimensi murid daripada keluarga B40 termasuklah dari
aspek malnutrisi, peranti dan ruang pembelajaran. Saya
akan bekerjasama rapat dengan kementerian yang
berkaitan dalam memastikan isu kemiskinan keluarga yang
memberi impak langsung kepada pendidikan anak-anak
dapat dibantu dengan wajar.

Keempat, memberi perhatian kepada isu keciciran


pendidikan serta masalah literasi dan numerasi supaya
kesenjangan pendidikan yang wujud dapat dirapatkan.

Kelima, memberi fokus kepada kebajikan guru kerana guru


adalah teras utama keberkesanan penyampaian
pendidikan. Oleh itu saya akan memastikan mereka diberi
sokongan profesional berterusan yang sewajarnya dan
memberi tumpuan kepada kebajikan termasuk tekanan yang
dihadapi oleh guru disebabkan beban tugas dan berjauhan
daripada pasangan.

Keenam, memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk


mengubahsuai dan menaik taraf sekolah-sekolah yang
mempunyai bangunan daif, terutamanya di Sabah dan
Sarawak.

5
Ketujuh, meningkatkan keupayaan pendidikan digital di
sekolah. Kementerian akan membuat libat urus bersama
dengan agensi pusat bagi meningkatkan keupayaan
pendidikan digital di institusi pendidikan bawah KPM. Saya
akan mengarahkan KSU untuk melihat perkara ini. KPM
akan mengemukakan cadangan yang bersesuaian untuk
pertimbangan Jemaah Menteri

PENUTUP

Kebahagiaan di dalam kelas adalah atom pendidikan


negara. Oleh itu, seluruh ekosistem pendidikan dan sistem
penyampaian perkhidmatan akan diperkemas untuk
mencapai hasrat ini.

KPM akan terus mendokong misi dan visi kementerian serta


berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan
untuk memacu pendidikan negara di dalam mendepani
cabaran semasa dan masa hadapan. Pada masa sama,
KPM memiliki pemegang taruh yang besar meliputi segenap
lapisan masyarakat, umur dan latar belakang yang berbeza.

Menguruskan jangkaan umum (public expectation) adalah


satu cabaran yang harus dipikul oleh KPM bagi memastikan

6
satu titik pertemuan yang adil lagi saksama dapat
direalisasikan oleh pentadbiran Kerajaan Perpaduan ini.

Sekian, terima kasih.

- TAMAT –

Kementerian Pendidikan Malaysia


15 Disember 2022

You might also like