You are on page 1of 5

AG 10103

GEOGRAFI MANUSIA

TAJUK:

TUGASAN ULASAN ARTIKEL GROGRAFI MANUSIA : ARTIKEL


BERKAITAN DENGAN GEOGRAFI KESIHATAN

NAMA PELAJAR: NUR HUDA MAISARAH ALI NAPIAH


NOMBOR MATRIK : BA21110315
FAKULTI : FAKULITI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
NAMA UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
TAHUN : SEM 2 2020/2021
NAMA PENSYARAH: DR. COLONIUS ATANG
Artikel 1 : Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati: Penerimaan khidmat
saringan kesihatan percuma dalam kalangan masyarakat Pulau Pangkor

1.0 PENGENALAN
Artikel yang dipilih oleh pengkaji untuk diulaskan ialah artikel ‘Mencegah Lebih Baik
Daripada Mengubati: Penerimaan Khidmat Saringan Kesihatan Percuma Dalam Kalangan
Masyarakat Pulai Pangkor’ yang di tulis oleh Rosniza Aznie Hj. Che Rose dan Novel Lyndon
yang mana merupakan GEOGRAFIA Online TM Malaysian Journal Of Society and Space 10
Issue 6 (170-178). Secara umumnya, artikel ini menyatakan tentang pencegahan penyakit
adalah lebih baik daripada mengubati penyakit. Suatu kajian telah dilaksanakan oleh penulis di
sebuah komuniti untuk menganilisis sejauhmanakah mereka mematuhi ataupun tidak amalan
baik ini dengan meneliti, kesanggupan dan penyertaan mereka dalam program-program
khidmat kesihatan masyarakat iaitu dengan pemeriksaan kesihatan percuma termasuk
pemeriksaan pencegahan payudara sendiri (BSE).

2.0 METODOLOGI KAJIAN

Berdasarkan artikel yang diulas, pengkaji telah bersama-sama pelajar Ijazah Sarjana
Muda Kejururawatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengambil kursus Sosiologi
Perubatan (FFJ4612) mengadakan kempen kesedaran, terutamanya saringan payudara dalam
kalangan Wanita di Pulau Pangkor, Perak. Tujuan kempen tersebut diadakan adalah untuk
meningkatkan tahap kesedaran berkenaan kanser payudara kepada seluruh masyarakat.
Terdapat beberapa aktiviti yang dilaksanakan sewaktu kempen itu berlaku seperti saringan
status kesihatan wanita melalui pengesanan awal kanser payudara, penerangan berkaitan
dengan kanser payudara untuk kesedaran awal, pertunjukkan demonstrasi pengesanan awal
kaser payudara dan juga memberi latihan pemeriksaan sendiri.

Seterrusnya, pengkaji telah menggunakan borang selidik untuk mengenal pasti profil
wanita Pulau Pangkor, sejarah kesihatan individu dan latar belakang keluarga, profil perubatan
responden dan penglibatan dalam pemeriksaan secara berkala. Responden pengkaji hanyalah
wanita yang pernah mendapat maklumat berkaitan BSE di Dewan Orang Ramai Kampung
Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor dan hanya sebanyak 68 borang kaji selidik yang diterima
oleh pengkaji. Data yang diperoleh akan dianalisis melalui aplikasi perisian SPSS 19.0 yang
mana menggunkan kaedah parameter dan penilaian berdasarkan analisis deskriftif.
3.0 HASIL KAJIAN

Berdasarkan artikel yang saya kaji, terdapat tiga bahagian yang ditelitikan oleh pengkaji
iaitu latar belakang penduduk, kesedaran dan penerimaan terhadap saringan kesihatan dan juga
penerimaan terhadap pelaksaan pemeriksaan payudara sendiri (BSE). Dalam bahagian pertama
pengkaji mengkaji berkenaan maklumat demografi penduduk di Pulau Pangkor seperti umur
dan jelas jantina yang diutamakan adalah wanita kerana fokus utamanya pada kanser payudara.
Seterusnya, pengkaji juga mengkaji berkenaan jangka masa tinggal, jenis penginapan, sejarah
kesihatan dan juga sejarah perubatan. Kebanyakkan penduduk yang menjadi responden adalah
berusia lingkungan 64 tahun dan ke atas. Pengkaji mendapati sebanyak 87% penduduk Pulau
Pangkor mempunyai simptom masalah kesihatan.

Pada bahagian kedua iaitu kesedaran dan penerimaan terhadap saringan kesihatan pula,
pengkaji menyatakan bahawa kebanyakkan penduduk di Pulau Pangkor bekerja sendiri,
bekerja sebagai nelayan dan juga bekerja di industri kecil yang lain. Pengkaji juga menyatakan
bahawa keadaan di kawasan tersebut sukar untuk mendapatkan perkhidmatan, dan sibuk
dengan pekerjaan menyebabkan mereka kurang untuk membuat saringan kesihatan. Ini
menyebabkan masalah indeks jisim badan yang tinggi di kawasan tersebut kerana pengamalan
gaya hidup yang tidak sihat. Selain daripada peningkatan indeks badan, pengambilan gula
secara berlebihan juga merupakan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tersebut
yang mana mengundang kepada penyakit darah tinggi, diabetes dan juga obesiti.

4.0 ULASAN KAJIAN

Pada pandangan pengulas artikel ini sangat menarik kerana menyatakan tentang
kesihatan yang mana merupakan satu daripada perkara yang paling penting bagi semua
manusia yang hidup di seluruh dunia kerana kesihatan menjamin keceriaan hidup setiap
individu. Menurut World Health Organization (WHO), kesihatan adalah keadaan yang
sempurna, sihat dari segi fizikal, mental, rohani dan sosial. Tambahannya lagi, kesihatan fizikal
mengandungi beberapa aspek seperti sihat dan sempurna tubuh badan, keadaan rumah yang
bersih dan teratur, keadaan sekeliling yang tidak menjejaskan kehidupan, pemakanan yang
seimbang, bekalan air yang bersih dan udara yang bersih. Manakala kesihatan mental dan juga
rohani pula mengandungi beberapa bidang utama seperti daya pemikiran dan sikap yang
positif, dapat menyesuaikan diri dengan keluarga, rakan sebaya dan masyarakat, ada perasaan
kasih dan sayang dan yang terakhir ialah ada rasa penerimaan, penghargaan dan bersyukur.
Menurut Md Safian, kesihatan merupakan mutu fizikal, psikologi dan sosial yang
membolehkan manusia mengurus diri mereka dalam pelbagai situasi.

Berdasarkan pembacaan dan pandangan pengulas pada artikel ini, apa yang pengulas
dapati bahawa darjah ketersampaian menyebabkan penduduk di kawasan Pulau Pangkor
tersebut susah untuk mendapatkan rawatan ataupun saringan kesihatan yang lebih canggih di
kawasan-kawasan bandar. Sebagai contoh, darjah ketersampaian antara sebuah desa dengan
kawasan bandar adalah rendah menyebabkan mereka sukar untuk mendapati suatu
perkhidmatan ataupun kemudahan. Hal ini dapat dibuktikan melalui hasil kajian seperti yang
saya ringkaskan di perenggan kedua, jelas menunjukkan bahawa kawasan Pulau Pangkor
merupakan sebuah kawasan yang sedang membangun pada tahun tersebut. Selain daripada itu,
artikel tersebut juga jelas menyatakan bahawa taraf kesihatan penduduk di kawasan tersebut
adalah rendah disebabkan oleh perkhidmatan kesihatan adalah tidak lengkap. Ini merupakan
satu daripada sebab penduduk di kawasan tersebut kurang akan pendedahan terhadap saringan
kesihatan diri.

Seterusnya, apa yang didapati dalam artikel tersebut adalah demotrasi cara untuk
mencegah penularan penyakit kanser dan juga sebagai langkah awal untuk mengetahui keadaan
badan kita. Selain daripada itu, perkara yang menarik pengulas adalah kempen yang dijalankan
pada masa tersebut juga telah menyediakan saringan kesihatan untuk penduduk di Pulau
Pangkor yang mana memudahkan penduduk di sana mengetahui penyakit yang mereka hidapi.
Pada pendapat pengulas, penulisan artikel yang ditulis pengkaji adalah sangat jelas berkenaan
kanser payudara seperti demonstrasi pengesanan dan rawatan yang ditelitikan kepada
penghidap kanser tersebut. Selain daripada pendedahan berkenaan kanser payudara, pengkaji
menggunakan gaya penulisan artikel yang bersifat jurnal dan sistem APA (American
Psychological Association).

Cadangan daripada pengulas, pengkaji boleh meletakkan langkah untuk mengelakkan


kanser daripada merebak di dalam badan seseorang. Sebagai contoh, elakkan daripada
merokok, elakkan daripada asap rokok, makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan
sayur-sayuran dan melakukan senaman. Seterusnya, pengkaji juga boleh menyatakan tanda-
tanda amaran kanser secara umumunya sebagai panduan pembaca artikel tersebut. Sebagai
contoh, perubahan pada amalan membuang air besar, ulser yang lambat untuk sembuh, suara
garau melebihi dua minggu, batuk yang berterusan, kahak yang berdarah dan banyak lagi.
(Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2022)
5.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, memang tidak dinafikan bahawa kesihatan amatlah penting bagi
setiap individu yang ada dipermukaan bumi demi melangsungkan kelangsungan hidup. Semua
pihak seperti kementerian kesihatan, pihak sekolah, keluarga mahupun individu tersebut
haruslah memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan diri sendiri. Tajuk artikel yang
diulas oleh pengulas amatlah dipersetujui pengulas kerana mencegah lebih baik daripada
mengubati yang mana kita sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.
Harapan pengulas agar taraf kesihatan di seluruh negara dapat meningkat dari semasa ke
semasa demi meneraju masa depan negara.

6.0 RUJUKAN
Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, 20 Mei 2022. Kanser: Awal
Dijejak Langkah Yang Bijak.

Md Safian Bin Mohd Tajuddin, April 2007. Kesan Aspek Kesihatan Terhadap Produktiviti
Kerja Dalam Kalangan Pensyarah Maktab Perguruan.

Mhsalleh, 21 Mac 2018. Punca dan Cara Mencegah Kanser Paru-Paru. Diperoleh daripada
https://www.hk3.com.my/ms/kanser-paru-paru/

You might also like