You are on page 1of 5

AG 10103

GEOGRAFI MANUSIA

TAJUK:

TUGASAN ULASAN

PENILAIAN 5

NAMA PELAJAR: NUR HUDA MAISARAH ALI NAPIAH


NOMBOR MATRIK : BA21110315
FAKULTI : FAKULITI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
NAMA UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
TAHUN : SEM 2 2020/2021
NAMA PENSYARAH: DR. COLONIUS ATANG
SOALAN : Pandemik covid19 yang melanda dunia pada masa kini bukan sahaja
memberi impak kepada aspek kesejateraaan kesihatan dalam kalangan masyarakat
dunia tetapi turut menjadi krisis sosial yang parah menjejaskan aspek ekonomi
ekoran perintah kawalan pergerakan yang dikenakan untuk membendung penularan
pendemik ini. Berdasarkan kefahaman anda terhadap disiplin dalam geografi manusia
bincangkan  isu tentang penyebaran dan proses kawalan Covid19 dari perspektif
geografi manusia.

PENGENALAN
Memang tidak dinafikan bahawa isu pandemik covid19 yang sedang melanda seluruh
dunia pada masa kini bukan sahaja memberi impak kepada aspek kesejahteraan kesihatan
dalam kalangan masyarakat dunia tetapi juga menjadi krisis sosial yang agak parah
sehingga menjejaskan aspek ekonomi ekoran perintah kawalan pergerakan yang dikenakan
untuk membendung penularan pendamik ini. Pandemik covid19 ini memang tidak asing lagi
di mata masyarakat kerana ianya sudah melanda seluruh negara sejak tahun 2019 lagi.
Sehingga kini kes-kes covid19 masih lagi dicatatkan di seluruh negara walaupun program
pemberian vaksin telah pun dijalankan bagi mengurangkan penularan wabak ini. Malaysia
telah mengisytiharkan bahawa covid19 ini telah beralih dari fasa pandemik kepada fasa
endemik yang mana kehidupan masyarakat kembali seperti biasa tetapi pada norma yang
baharu.

ISU
1. KESIHATAN
Isu yang pertama yang saya dapati dan memang tidak dapat dinafikan adalah
isu kesihatan yang mana juga merupakan satu daripada elemen geografi. Kesihatan
merujuk satu keadaan yang mana tubuh badan seseorang individu yang tidak
mengalami sebarang masalah seperti adanya penyakit kencing manis dan tidak
mudah untuk dijangkiti oleh sebarang jenis penyakit lain. Seperti yang kita tahu
apabila kita didapati positif untuk covid19, terdapat beberapa penyakit yang akan
mudah mengjangkiti kita seperti demam, batuk, sesak nafa, pening kepala dan lain-
lain. Hal ini dapat dibuktikan melalui penulisan Nabila Azmi (2020) yang mana
menyatakan gejala yang kita perlu waspada kerana ianya mungkin menandakan kita
positif covid19 seperti demam, batuk kering, sesak nafas, kurang deria bau dan rasa
dan lain-lain. Ini jelas menunjukkan bahawa apabila berlakunya covid19 ini dan tidak
terkawal, ini menyebabkan taraf kesihatan masyarakat di seluruh dunia merosot dari
semasa ke semasa.

2. PELANCONGAN
Seperti yang kita tahu, Malaysia juga merupakan satu daripada tempat
pelancongan yang diminati oleh mayarakat luar negara. Tanpa kita sedari setiap
tahun mesti ada sahaja pelancon asing yang masuk ke dalam negara kita untuk
menikmati musim dan suhu yang dinegara kita. Isu kedua yang saya dapati apabila
berlaku penyebaran covid19 ini adalah isu pelancongan yang mana ianya juga
merupakan satu daripada elemen geografi manusia. Aktiviti pelancongan
sememangnya juga asas kepada kemajuan kepada sesebuah negara kerana
dengan adanya tarikan pelancongan di sesebuah negara, ianya turut
membangunkan ekonomi sesebuah negara. Apabila berlakunya covid19 pada awal
tahun 2020, aktiviti ekonomi seperti aktivi pelancongan diarahkan untuk tutup serta
merta untuk mengelakkan penularan wabak covid19 ini. Selain daripada penutupan
sementara aktiviti pelancongan dari luar negara ke dalam negara, ianya juga telah
menyebabkan pekerja-pekerja di dalam aktivit pelancongan ini terpaksa di
berhentikan kerana ekonomi pada masa tersebut boleh dikatakan merosot kerana
covid19. Hal ini dibuktikan melalui penulisan Nurul Huda (2020) yang mana
menyatakan bahawa Kementerian Pelancngan, Seni dn Budaya (Motac)
menganggarkan bahawa sector pelancongan negara mengalami kerugian sebanyak
RM45 bilion akibat daripada kesan penularan wabak koronavirus (covid19).

3. KEMISKINAN
Secara umumnya kemiskinan boleh didefiniskan sebagai individu yang tidak
mempunyai cukup pendapatan dalam mencukupi dan memenuhi kesejahteraan
ekonominya. Boleh saya ringkas kemiskinan ini berlaku apabila pendapatannya tidak
selarasan dengan tingkat ekonomi yang mana semakin hari semakin meningkat naik
sehingga menyebabkan kuasa beli isi rumah tersebut menjadi kurang. Elemen
geografi yang ketiga yang saya dapati semasa berlakunya penyebaran covid19 ini
adalah elemen kemiskinan. Seperti yang saya telah nyatakan sebelum ini, apabila
berlakunya penyebaran covid19 di seluruh dunia ini menyebabkan negara kita
mengisytiharkan perintah berkurung yang mana semua aktiviti ekonomi ditutup
kecuali yang berkeperluan sahaja dan setiap keluarga juga diwakili oleh seorang
sahaja yang keluar untuk membeli keperluan. Ekoran daripada kes tersebut, gaji
yang didapati dalam suatu isi rumah tersebut adalah rendah kerana tidak dapat
keluar bekerja, apatah lagi kepada yang berkerja sendiri dan bagi yang menganggur.
Ini menyebabkan mereka tidak berkemampuan untuk membeli keperluan semasa
perintah berkurung menyebabkan banyak kes bunuh diri dan kemurungan. Ini dapat
dibuktikan melalui Mohd Farid Noh (2020) yang menyatakan bahawa suatu kajian
telah dijalankan secara menyuluruh kerana status sosial masyarakat telah berubah
terutamanya golongan B40 berikutan penularan wabak berkenaan. Ini jelas
menunjukkan bahawa covid19 ini telah memberikan impak yang besar yang mana
menyebabkan tahap kemiskinan menjadi tinggi.

PROSES KAWALAN
1. EKONOMI
Elemen geografi yang pertama yang dapat saya kenalpasti dalam proses
mengawal penyebaran wabak covid19 elemen ekonomi. Proses ekonomi yang
dijalankan ini adalah dengan memberhentikan aktiviti yang tidak berkeperluan dan
hanya yang berkeperluan sahaja yang dibenarkan beroperasi seperti pasaraya yang
mana menjual makanan sahaja. Untuk pasaraya yang menjual barangan seperti
pakaian juga diarahkan tutup, hal ini adaah bertujuan untuk mengelakkan sentuhan
secara fizikal berlaku dan mengelakkan orang ramai keluar serta menganggap
covid19 ini suatu wabak yang biasa. Oleh sebab itu juga ramai yang terkesa akibat
daripada penutupan serta merta aktiviti ekonomi ini seperti yang saya jelaskan
sebelum ini. Bukan sahaja perniagaan yang terpaksa di tutup, aktiviti Pendidikan
seperti pergi mengajar dan belajar juga terpaksa diarahkan untuk dijalankan secara
dalam talian bagi mengelakkan kawasan yang sesak, bersemuka dan juga
bersentuhan secara fizikal. Terdapat juga beberapa prosedur yang telah dikeluarkan
oleh kerajaan sebagai panduan kepada masyarakat bagi mengelakkan penularan
waka covid19 ini. Selain daripada itu, suka untuk saya jelaskan walaupun ekonomi
sedang dilanda kemerostoan pada zaman tersebut, kerajaan tetap memperuntukkan
bantuan terhadap masyarakat bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh
masyarakat.

2. SOSIAL
Elemen geografi manusia kedua yang saya dapati sewaktu berlakunya proses
kawalan covid19 adalah elemen sosial. Sosial adalah suatu sistem yang terdiri atas
tindakan-tindakan sosial yang dilakukan individu-individu yang berinteraksi antara
satu dengan yang lainnya. Berikutan dengan penularan wabak covid19 ini, semua
masyarakat menjadi takut untuk berinteraksi antara satu sama lain kerana takut
untuk dijangkiti wabak tersebut. Pihak kerajaan juga memberi amaran supaya tidak
keluar dari rumah dan tetap bersama keluarga supaya tidak berjangkit dan
menularkan lagi wabak tersebut. Ini juga dapat membuktikan bahawa tahap sosial
pada ketika itu adalah sangat rendah. Selain daripada hubungan sosial, masyarakat
juga tidak dibenarkan dahulu untuk berekreasi di taman permainan dan lain-lain. Ini
menyebabkan masyarakat terutamanya kanak-kanak terpaksa meluangkan masa
hanya dirumah. Walaupun sebenarnya banyak aktiviti yang dapat dilakukan dirumah
bersama keluarga, tapi telifon pada zaman kini lebih menguasai segala-galanya.
Dalam pada yang sama ini menyebabkan hubungan sosial dalam keluarga juga
boleh berubah akibat daripada penggunaan telifon sahaja.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, terdapat banyak pihak yang memainkan peranan masing-masing


dalam membanteras penularan wabak penyakit covid19 tersebut. Kerjasama daripada
masyarakat juga sangatlah baik dalam mengikuti segala prosedur dan juga dalam
pemberian vaksin yang mana secara berkala. Segala usaha yang dilakukan adalah demi
kebaikan bersama yang mana bukan sahaj untuk negara, pemimpin tetapi juga semua
golongan masyarakat. Tambahan lagi, berkat usaha dan kerjasama semua masyarakat, kini
negara kita telah beralih ke fasa endemik yang mana semuanya kembali seperti sedia kala
tetapi ada juga prosedur yang masih dugna pakai bagi mengurangkan lagi catatan kes
covid19 ini. Harapan saya agar negara kita kembali seperti sedia kala dan dapat menikmati
kehidupan seperti sebelum adanya penularan wabak ini.

RUJUKAN
Mohd Farid Noh, 13 Disember 2020. Tahap kemiskinan Rakyat Terkesan Covid-19 Dikaji.
Harian Metro. Diperoleh daripada
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/652740/tahap-kemiskinan-rakyat-
terkesan-covid-19-dikaji

Nabila Azmi, 18 Disember 2020. Begini Gejala COVID-19 yang perlu Anda Waspadai.
Diperoleh daripada https://hellosehat.com/infeksi/covid19/gejala-coronavirus-covid-
19/

Nurul Huda Husain, 15 Julai 2020. Sektor Pelancongan Negara Rudi RM45 Bilion, Kata
Menteri. Sinar Harian. Diperoleh daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/92252/BERITA/Nasional/Sektor-pelancongan-
negara-rugi-RM45-bilion-kata-menteri

You might also like