You are on page 1of 4

LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM)

IPG KAMPUS TE

Nama Slot : Slot 5

Topik Segmen II (Bahagian 1)

Tanggungjawab dan Peranan Pegawai

Penceramah : Dr. Zairi

Tarikh / Hari : 15 Oktober 2021 (Selasa)

Masa : 08:30 am - 10:30 am

Kumpulan Bertugas : Kumpulan 2 (Alder)

Mohd Naim bin Mat Saad (Ketua/Bacaan Doa)

Mohd Syariz Hakim bin Razali (Pengerusi Majlis)

Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin (Pencatat)

Mohd. Misyuari bin Maning (Fasilitator 1)

Mohd. Zakwan bin Salleh (Fasilitator 2)

Muhammad Azri bin Rosman (Fasilitator 3)

Mohd Syawal bin Charo (AJK)

Mohd Noor Afiq bin Abdul Raof (AJK)

Muhamaad Sabfil bin Sabri (AJK)

Muhammad Asyraf bin Norli (AJK)

Laporan Aktiviti:

Aktiviti dalam Slot 3 bermula dengan kehadiran para urus setia, para peserta, para pemantau dan
seterusnya penceramah. Setelah itu, slot diteruskan lagi dengan nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Sabah
Tanah Airku. Sebaik sahaja nyanyian lagu tersebut selesai, wakil kumpulan bertugas iaitu Mohd Naim bin
Mat Saad memimpin bacaan doa. Pada pukul 08:45 pagi, sesi ceramah untuk Slot 3 telah bermula. Slot 3
yang disampaikan oleh Puan Fazura binti Othman (Ketua Unit Khidmat Pengurusan IPGK Tawau)
memberi fokus terhadap tanggungjawab dan peranan pegawai. Sepanjang slot tersebut berlangsung,
penceramah telah mengimplementasikan pendekatan yang amat menarik untuk membolehkan para
peserta memahami perkara penting dalam slot tersebut.
 

Pada permulaan, peserta diberi pendedahan berkenaan dengan overview  integriti. Dalam subtopik ini,
para peserta diberi pengetahuan berkenaan dengan definisi dan kesan integrity secara keseluruhan
kepada negara. Secara amnya, integrity dalam perkhidmatan awam merujuk kepada nilai ketelusan yang
harus dipraktikkan dari peringkat atasan sehingga peringkat pelaksana perkhidmatan awam. Turut
didedahkan oleh penceramah adalah kes kecurangan dalam SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH
(SPRM) yang terbaru. Konklusinya, pegawai perkhidmatan pendidikan yang juga merupakan sebahagian
daripada entiti perkhidmatan awam seharusnya mengetahui overview  di negara Malaysia.

Sebaik sahaja subtopik overview nilai integriti selesai, penceramah menerangkan berkenaan dengan


subtopik pengenalan kepada isu integriti. Dalam subtopik ini, para peserta diberi penerangan berkenaan
dengan organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Antara perkara yang didedahkan ialah visi
dan misi, anggota pentadbiran, pengurusan tertinggi, carta organisasi KPM dan juga statistik berkaitan
dengan KPM seperti bilangan institusi di bawah KPM, enrolmen kakitangan dan sebagainya. Dalam pada
itu, para peserta juga didedahkan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
yang bertujuan untuk meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia setanding dengan pendidikan para
peringkat antarabangsa. Penceramah juga mendedahkan perkara-perkara yang terkandung dalam PPPM
2013-2025 iaitu objektif, aspirasi sistem, aspirasi murid dan anjakan utama untuk mentransformasikan
sistem pendidikan. Turut disentuh adalah prestasi Malaysia dalam pentaksiran antarabangsa
iaitu Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics
and Science Study (TIMSS) yang menunjukkan peningkatan dari segi kedudukan. Intihanya, subtopik ini
memberi pengetahuan kepada para peserta berkenaan dengan organisasi KPM, visi dan misi. Perkara
yang penting dalam slot ini ialah pemahaman para peserta PPPM 2013-2025 dapat dipertingkat.
Tuntasnya, pegawai perkhidmatan pendidikan seharusnya mengetahui matlamat KPM seterusnya
merealisasikan matlamat tersebut ke arah peningkatan sistem pendidikan negara.

Subtopik terakhir yang disampaikan oleh penceramah ialah laluan kerjaya dalam perkhidmatan awam.
Perkara pertama yang disampaikan dalam subtopik ini ialah latihan dalam perkhidmatan. Dalam hal ini,
terdapat lima jenis latihan dalam perkhidmatan iaitu kursus 7 hari, kursus jangka pendek, kursus jangka
sederhana, kursus jangka panjang dan kursus sambilan. Latihan dalam perkhidmatan ini mempunyai
beberapa tujuan iaitu menyediakan anggota yang berkebolehan dan berkeupayaan untuk melaksanakan
tugas dengan cepat, meningkatkan kemahiran sedia ada anggota dan untuk mendedahkan kemahiran
baru kepada anggota.Setiap kursus ini dibezakan mengikut tempoh masa pelaksanaan atau penyertaan.
Seterusnya, para peserta diberi penerangan berkenaan dengan.kenaikan pangkat laluan hakiki dan
kenaikan laluan KUP. Kenaikan pangkat laluan hakiki merujuk kepada kenaikan pangkat seseorang dari
suatu gred jawatan yang rendah ke suatu gred jawatan yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan yang
sama tertakluk kepada wujudnya kekosongan jawatan kenaikan pangkat tersebut, manakala kenaikan
pangkat laluan KUP pula merujuk kepada Kenaikan pangkat dari suatu gred yang rendah kepada suatu
gred yang lebih tinggi yang   mana   berasaskan   tempoh masa perkhidmatan seseorang itu berada di
dalam sesuatu gred yang rendah sebelum dipertimbangkan untuk dinaikkan pangkat ke gred yang lebih
tinggi. Setelah itu, para peserta diberi pendedahan berkenaan dengan peluang melanjutkan pelajaran
menerusi Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Deduksinya, pegawai perkhidmatan pendidikan seharusnya
melaksanakan latihan dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kompetensi diri sejajar dengan
keperluan semasa dunia pendidikan pada masa ini.

Slot 3 diakhiri dengan sesi soal jawab antara para peserta dengan penceramah. Antara soalan yang
ditanya ialah berkaitan dengan penukaran skim perkhidmatan kepada gred yang lain. Selain itu, terdapat
juga soalan berkenaan dengan perbezaan antara guru interim (DC41) dan guru interim (DG41 Contract
of Service). Soalan terakhir yang dikemukakan adalah berkenaan dengan permohonan HLP dan kriteria-
kriteria untuk mendapat tawaran HLP,

Kekuatan:

l Kumpulan bertugas menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengendalikan slot tersebut.

l Tidak terdapat masalah teknikal terutama audio nyanyian lagu sepanjang slot berlangsung kerana
kumpulan bertugas telah melakukan pengujian terlebih dahulu.

l Semua peserta PTM melibatkan diri secara aktif ketika slot berlangsung

Kelemahan:

l Sesetengah peserta menghadapi masalah rangkaian internet.

l Pengurusan masa agak kurang baik kerana slot tidak dapat ditamatkan mengikut perancangan.

Cadangan Penambahbaikan:

l Meminta para peserta bersedia dengan lebih awal atau memaklumkan kepada urus setia berkenaan
dengan masalah rangkaian yang dihadapi.

l Membuat perancangan teliti untuk memastikan pengurusan masa dalam keadaan yang baik.

Laporan Disediakan oleh:

Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin

(Pencatat Slot 3)

You might also like