You are on page 1of 6

A07200 Pendidikan Moral

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

PENDIDIKAN MORAL

UNIT KEMANUSIAAN
TAHUN PENGAJIAN TAHUN 1(SEMESTER 2)
BIDANG 3.0 MORAL DAN KENEGARAAN
STANDARD KANDUNGAN 3.2 Kerjasama dalam Masyarakat Majmuk
3.2.1 Memberi maksud masyarakat majmuk.
3.2.2 Menjelaskan cara memupuk kerjasama dalam
masyarakat majmuk.
3.2.3 Menghuraikan kepentingan bekerjasama dalam
STANDARD masyarakat majmuk.
PEMBELAJARAN 3.2.4 Mengekspresikan perasaan apabila dapat
bekerjasama dalam masyarakat majmuk.
3.2.5 Mengamalkan sikap bekerjasama dalam
masyarakat majmuk.

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:


1. Menyatakan maksud masyarakat majmuk
dalam sesuatu situasi.
OBJEKTIF
2. Menerangkan dengan contoh masyarakat
majmuk dan menunjukkan masyarakat
majmuk dalam sesuatu situasi.
NO. KOD A07200

3.2 KERJASAMA DALAM MASYARAKAT MAJMUK

TUJUAN:

Supaya pelajar dapat memerihalkan cara mengamalkan sikap bekerjasama dalam


masyarakat majmuk dan mengaplikasikannya dalam pelbagai situasi serta dapat menilai
kepentingan bekerjasama dalam kehidupan harian di kalangan masyarakat majmuk dan
mengamalkannya dalam pelbagai situasi.

1
A07200 Pendidikan Moral

BIDANG : MORAL DAN KENEGARAAN


3.2 KERJASAMA DALAM MASYARAKAT MAJMUK

MASYARAKAT MAJMUK
Masyarakat majmuk bermaksud kelompok manusia yang terdiri daripada beberapa kaum
atau suku bangsa yang mempunyai agama, bangsa, budaya dan bahasa yang tersendiri.
Antara contoh masyarakat majmuk di Malaysia termasuklah kaum Melayu, Cina, India,
Punjabi, Siam, Kadazandusun, Iban, Bajau, Dayak, Murut, Suluk, Orang Asli dan
Peranakan. Kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat majmuk tersebut tidak
menghalang rakyat untuk hidup berbaik-baik dan bekerjasama.

CARA MEMUPUK KERJASAMA

Mengamalkan nilai murni


sebagai budaya hidup seperti
ramah mesra dan saling
menghormati.

Turut serta bersama-sama


keluarga dalam aktiviti yang
diadakan di kawasan Mempelajari bahasa kaum
kediaman seperti ziarah- lain.
menziarahi semasa hari
perayaan.

Berkawan dan bergaul mesra Mengenali dan menghormati


dengan rakan yang pelbagai kepelbagaian budaya serta
kaum. adat kaum lain.

2
A07200 Pendidikan Moral

KEPENTINGAN BEKERJASAMA

Rakyat hidup
gembira serta
bahagia kerana
hubungan baik yang
terjalin dan tidak
berlaku pergaduhan.

Imej negara Perpaduan terjalin


meningkat kerana erat kerana
semua kaum hidup hubungan mesra
aman harmoni. antara kaum.

KEPENTINGAN
BEKERJASAMA

Aktiviti dan program


yang diadakan pada
peringkat komuniti
setempat,
masyarakat dan Politik negara kukuh
negara dapat kerana rakyat
dijayakan. mempunyai
semangat patriotik.
Ekonomi
berkembang maju
dan menggalakkan
kemasukan
pelancong serta
pelabur asing.

3
A07200 Pendidikan Moral

NILAI UNIVERSAL

i. Toleransi
Bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup diri dan orang
lain.

ii. Kerjasama
Melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan semua.

iii. Baik Hati


Kepekaan terhadap keperluan dan kebajikan diri dan orang lain dengan
memberikan bantuan serta sokongan moral secara ikhlas.

iv. Hormat
Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi
sosial.

4
A07200 Pendidikan Moral

LATIHAN PENGAYAAN

1. Baca pernyataan di bawah dan tandakan ( / ) bagi jawapan yang betul dan ( X ) bagi
jawapan yang salah.

Bil. Pernyataan ( / ) atau ( X )


Masyarakat majmuk merujuk
a) golongan yang mengamalkan budaya
yang berbeza.
Permainan tradisional perlu
b) dihidupkan semula untuk
menunjukkan identiti sesuatu kaum.
Mengetahui dan memahami budaya
c) kaum lain dapat mengeratkan
hubungan antara kaum.
Rakyat Malaysia tidak perlu
mempelajari bahasa Melayu
d) sekiranya sudah menguasai bahasa
Inggeris kerana dapat berkomunikasi
dengan kaum lain.
Rumah terbuka yang diadakan oleh
kerajaan bertujuan untuk
e)
menyediakan pelbagai makanan yang
lazat untuk menjamu rakyat.
Kerjasama antara rakyat pelbagai
f) kaum akan menyebabkan negara
aman dan harmoni.

5
A07200 Pendidikan Moral

2. Pernyataan di bawah berkaitan dengan amalan mulia. Tulis nilai yang diamalkan.

Bil. Amalan Mulia Nilai

Tze Xian perlu menghormati


(a) amalan agama dan keprcayaan
yang diamalkan oleh jirannya.

Nilai toleransi harus diamalkan oleh


(b) setiap kaum demi kepentingan
semua.

Warga Sekolah Menengah


Kebangsaan Kejora mengamalkan
(c) nilai kerjasama semasa karnival
sukan rakyat diadakan.

Puan Yee peka terhadap jirannya


yang sakit. Dia menawarkan diri
(d) untuk menumpangkan anak
jirannya itu ke sekolah.

TAMAT STANDARD KANDUNGAN KERJASAMA DALAM MASYARAKAT MAJMUK

You might also like