You are on page 1of 5

A07200 Pendidikan Moral

BAHAGIAN PENDIDIKAN LATIHAN DAN TEKNIKAL VOKASIONAL

PENDIDIKAN MORAL

UNIT KEMANUSIAAN
TAHUN PENGAJIAN TAHUN 1(SEMESTER 2)
BIDANG 3.0 MORAL DAN KENEGARAAN
3.3 PENGURUSAN PERBELANJAAN SECARA
STANDARD KANDUNGAN
BERETIKA

3.3.1 Memberi maksud perbelanjaan beretika.


3.3.2 Menjelaskan kesan perbelanjaan secara
beretika kepada diri.
3.3.3 Menghuraikan kepentingan pengurusan
STANDARD perbelanjaan secara beretika kepada
PEMBELAJARAN kesejahteraan diri.
3.3.4 Mengekspresikan perasaan apabila
menguruskan perbelanjaansecara beretika.
3.3.5 Mengamalkan perbelanjaan secara beretika
dalam kehidupan harian.

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:


1. Menghuraikan kepentingan menguruskan
OBJEKTIF
kewangan secara beretika

NO. KOD A07200

3.3 PENGURUSAN PERBELANJAAN SECARA BERETIKA

TUJUAN:

Supaya pelajar dapat membentuk individu memperoleh kewangan secara beretika dan
berbangga sebagai rakyat Malaysia dalam mengekalkan kedaulatan negara.

1
A07200 Pendidikan Moral

BIDANG 3: MORAL DAN KENEGARAAN


3.3 Pengurusan Perbelanjaan Secara Beretika

Kemampanan ekonomi isi rumah dapat dicapai seandainya gaya hidup berhemah
dipupuk oleh setiap individu. Sikap berbelanja secara beretika adalah berbelanja
mengikut keperluan dan kemampuan diri sendiri, keluarga dan tidak didasari oleh
kemampuan dan keinginan semata-mata.
Dengan kata lain memupuk gaya hidup beretika adalah berkaitan dengan sifat berjimat
cermat dalam berbelanja dan tidak membazir.
Perbelanjaan secara beretika bermaksud berbelanja secara berhemah dengan
mengambil kira keperluaan, kemampuan dan beban kewangan untuk menampung
perbelanjaan harian. Amalan berbelanja secara berlebihan sehingga berhutang tidak
sepatutnya dijadikan budaya kerana akan menimbulkan banyak keburukan pada diri,
keluarga dan masyarakat. Justeru itu adalah amat penting kita menguruskan sebarang
perbelanjaan secara bijak untuk menjamin kehidupan yang baik atau dalam kata lain
bebas daripada cengkaman hutang. Sehubungan dengan itu, pengurusan perbelanjaan
secara beretika penting bagi memastikan kehidupan seseorang tenang dengan nilai
kesederhanaan, bertanggungjawab, berdikari dan rasional.

3.3.1 KESAN PERBELANJAAN SECARA BERETIKA KEPADA DIRI

Mampu membayar Mengurangkan tekanan


Mengelakkan muflis
hutang hidup atau stres

2
A07200 Pendidikan Moral

3.3.2 KEPENTINGAN PERBELANJAAN SECARA BERETIKA


.

Menjamin masa depan yang Kehidupan lebih tenang dan


sejahtera bahagia
Kepentingan
perbelanjaan
secara beretika
Mempunyai wang ketika Berpegang teguh kepada
kecemasan nilai moral

3.3.3 CARA MENGURUS PERBELANJAAN SECARA BERETIKA

Mengenali terlebih dahulu Membeli barang yang


tempat berbelanja diperlukan sahaja

Merekod perbelanjaan

Memupuk tabiat
menyimpan dahulu Berfikir sebelum membeli
sebelum berbelanja.

3
A07200 Pendidikan Moral

3.3.4 NILAI UNIVERSAL


Perbelanjaan boleh dipraktikkan nilai-nilai seperti berikut

BERTANGGUNGJAWAB
KESEDERHAAN
- Kesanggupan untuk memikul dan
- Bersikap tidak keterlaluan dalam
melaksanakan tugas serta kewajipan
membuat pertimbangan atau perlakuan
dengan sempurna
tanpa mengabaikan kepentingan diri
dan orang lain

RASIONAL
BERDIKARI - Boleh berfikir berdasarkan alas an atau
- Kebolehan dan kesanggupan melakukan bukti yang nyata dan dapat mengambil
sesuatu tanpa bergantung pada orang lain tindakan yang wajar.

4
A07200 Pendidikan Moral

SOALAN PENGUKUHAN
Isi tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
Pembaziran Kecemasan Hutang
Tenteram Merancang Menjimatkan

1. Dapat _____________________ wang.


2. Kehidupan menjadi lebih_______________________.
3. Dapat mengelakkan _______________________ wang.
4. Dapat mengelakkan bebanan ___________________ yang banyak.
5. Dapat digunakan semasa___________________ .

TAMAT STANDARD KANDUNGAN PENGURUSAN PERBELANJAAN SECARA


BERETIKA

You might also like