You are on page 1of 4

NURUL AKMA BINTI ABDUL RANI 840708115420 P8.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH


(PBS)

KELEBIHAN PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

· Pentaksiran Rujukan Standard

Pentaksiran Rujukan Stardard diperkenalkan dan merupakan kelebihan kepada


Penilaian Berasaskan Sekolah. Pentaksiran Rujukan Standard menggunakan
Stardard Prestasi demi untuk menambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia
ada. Melalui kaedah ini, guru dapat melihat kemajuan dan pertumbuhan
pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat
atau telah menguasai sesuatu yang telah dipelajari berdasarkan pernyataan
standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang
dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

· Murid-murid dinilai secara adil dan saksama

Selain itu, kelebihan penilaian berasaskan sekolah ialah murid-murid dinilai secara
adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,
kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang
lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk
data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri
seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali,
memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insane
yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada
pembangunan Negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-
masing.

· Mendidik guru berintegriti

Disamping itu juga, kelebihan penilaian berasaskan sekolah adalah mendidik guru
berintegriti. Merujuk kepada maksud integriti dalam Kamus Dwibahasa DBP, 1985,
integrity ialah kejujuran, ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan. Oleh itu, integrity
adalah merujuk kepada prinsip moral bagi seseorang individu. Guru sebagai
penjawat awam perlulah melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggunjawabkan mengikut kepentingan profesionnya. Oleh hal demikian,
dengan melakukan tugas penilaian berasaskan sekolah ini terhadap murid-murid
dengan penuh ikhlas dan jujur maka terdidiklah sifat integrity seseorang guru
tersebut. Penilaian berasaskan sekolah ini memerlukan kejujuran, keutuhan mental
dan fizikal, kesempurnaan dalam melakukan tanggungjawab dan tulus adalah
penting bagi melancarkan lagi proses tersebut. Maka, tanggungjawab seseorang
guru amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran
untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masyarakat dan Negara kita.
NURUL AKMA BINTI ABDUL RANI 840708115420 P8.5

· Mudah merujuk pencapaian murid

Seterusnya ialah mudah untuk merujuk pencapaian murid dalam sesebuah kelas
mahupun sekolah. Sistem penilaian berasaskan sekolah berkait rapat dengan
penggunaan ICT. Semua data-data tentang murid-murid akan disimpan rapi. Oleh
itu, jika ingin membuat perbandingan pencapaian yang lepas dengan yang terbaru
guru hanya perlu membuka data-data tersebut dan sudah mendapat maklumatnya.
Dengan ini, terlalu mudah untuk guru membuat laporan dan tidak perlu membelek-
belek dan mencari fail yang tersimpan data-data murid-murid. Selain itu, guru juga
dapat mengetahui dengan cepat pelajar yang cemerlang dan lemah. Dari situ, guru-
guru berkenaan dapat memperbaiki prestasi murid yang lemah kearah cemerlang
dan meningkat dalam pencapaian pembelajaran mereka.

· Menunjukkan pertumbuhan murid dalam pembelajaran dan


pengajaran

Kelebihan penilaian berasaskan sekolah juga adalah dapat menunjukkan


pertumbuhan murid dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Melalui proses
penilaian berasaskan sekolah ini, akan berlaku pertumbuhan dan perkembangan
terhadap murid-murid. Pertumbuhan menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah
perihal atau proses tumbuh (tentang manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang),
tumbesaran. Oleh itu boleh dirumuskan pertumbuhan ialah merujuk kepada
perubahan fizikal dan struktur badan secara kuantitatif. Ianya akan terhenti atau
mengalami sedikit peruhan pada tahap kematangan. Manakala, perkembangan pula
mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah perihgal atau proses berkembang
menjadi maju atau tersebar dan membiak. Daripada maksud ini, boleh dirumuskan
perkembangan adalah proses perubahan individu menyesuaikan diri dengan
persekitaran secara kualitatif. Ianya berlaku secara berterusan hasil daripada
pengalaman dan pembelajaran. Oleh itu, murid-murid akan bertambah
pengetahuan am dan semakin bijak menilai sesuatu. Hal ini kerana guru lebih
banyak mendedahkan murid-murid dengan soalan-soalan yang menguji minda
mereka. Sekiranya mereka tidak tahu sesuatu maksud mereka akna berusaha untuk
menerokai ataupun menanyakan guru. Oleh itu, perkembangan dan pertumbuhan
murid-murid semakin cemerlang.

KELEMAHAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

· Membebankan guru
NURUL AKMA BINTI ABDUL RANI 840708115420 P8.5

Setiap sesuatu perkara atau benda mesti terdapat kelebihan dan kelemahan. Hal
yang sama juga berlaku dalam pentaksiran berasaskan sekolah. Pertama sekali
kelemahan pentaksiran berasaskan sekolah ialah membebankan guru-guru di
sekolah. Hal ini demikian kerana terdapat kelemahan dalam sistem yang
ditubuhkan. Antara kelemahannya ialah guru perlu mengekod band murid-murid.
Jika setiap guru mengajar dalam 120 orang murid dalam satu sekolah, maka hal ini
akan membebankan. Kenapa saya menyatakan begitu kerana guru bukan sahaja
memfokuskan untuk menyiapkan kerja ini sahaja malah tanggungjawab lain yang
ditanggung lagi terlalu banyak. Masa yang diberikan juga amat terhad. Selain itu,
hal ini juga pernah dinyatakan dalam dada-dada akhbar tentang perungutan guru-
guru tentang beban ini. Disamping itu juga, sekiranya pentaksiran ini tidak dapat
disiapkan di sekolah, guru akan membawa pulang kerja ini kerumah dan ini akan
mengganggu masa guru tersebut bersama keluarga. Maka, jelaslah bahawa
pentaksiran berasaskan sekolah ini amat membebankan guru-guru.

· Tiada capaian yang cepat dalam menyiapkan PBS

Pentaksiran berasaskan sekolah ini berkait rapat dengan penggunaan ICT. Semua
guru perlu ada jalur lebar atau dalam kata lain “broadband” untuk menyiapkan
program ini. Tiada capaian yang cepat dalam menyiapkan pentaksiran berasaskan
sekolah berlaku apabila jika seseorang guru melakukan aktiviti mengekod band-
band murid kedalam data, dan berhenti seketika untuk melakukan tugas lain.
Kemudian guru tersebut ingin menyambung kembali tugas itu, beliau perlu bermula
dari awal dan menekan butang “next” sehinggalah sampai rekod yang terakhir. Hal
ini amat menyukarkan guru dan telah mengambil masa yang lama, tambahan lagi
jika jalur lebar yang ada adalah lembab. Masalah ini juga pernah dinyatakan oleh
guru dalam blog dan akhbar-akhbar yang lepas dan mengharapkan pihak
berkenaan ubah proses ini kearah yang lebih cepat dan maju.

· Ibu bapa tidak mengetahui tahap IQ anak-anak

Sistem yang digunakan oleh pentaksiran berasaskan sekolah adalah band iaitu dari
band 1 hingga band 6. Berbeza dengan sebelum ini yang menggunkan gred iaitu
gred A, B, C dan seterusnya. Pengggunaan band ini tidak disukai oleh para ibu bapa
kerana mereka tidak dapat mengetahui lebih terperinci tentang tahap kecerdasan
anak-anak. Sesetengah ibu bapa yang kurang pandai pula tidak tahu apa itu band?,
anak-anak lemah dimana? Dan sebagainya persoalan yang timbul dalam fikiran ibu
bapa. Selain itu, melalui penggunaan pentaksiran berasaskan sekolah ini juga
menyebabkan ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen. Hal
ini berlaku kerana takut anak-anak akan gagal pada masa peperiksaan sebenar.
Disamping itu juga, ibu bapa tidak dapat tahu terperinci tentang tahap kecerdasan
anak-anak kerana guru sahaja yang menyimpan maklumat murid-murid yang
sebenar dan ibu bapa hanya dapat maklumat yang umum sahaja. Tuntasnya,
kelemahan ini amat dikesali oleh ibu bapa kerana mereka menginginkan yang
NURUL AKMA BINTI ABDUL RANI 840708115420 P8.5

terbaik untuk anak-anak tetapi sebaliknya berlaku iaitu ibu bapa tidak dapat
mengukur tahap kecerdasan anak-anak mereka

You might also like