You are on page 1of 11

KOD / KURSUS:

LMCW 2022 / PENGURUSAN DAN ANALITIK DATA

SEMESTER / SESI

SEMESTER 2 / 20192020

TAJUK TUGASAN KERTAS KERJA:

JUMLAH PERKAHWINAN DI MALAYSIA ANTARA TAHUN 2000-2007

PENYSARAH:

ENCIK AHMAD RAFIZI BIN SALLEH

NAMA PELAJAR / NO MATRIK:

AMMAR SYARIFUDDIN BIN ANUAR (A171128)

MOHAMAD AZIRUL HANIF BIN MOHAMAD SRI (A167573)

NORADIBAH ELKHA BINTI RAMLI (A171846)

NORANAH AFIDAH GARAHANA (A172088)

NUR AIZAFATIHA EISYA BINTI AMEIRUL ESHAM (A170925)

NURUL HUWAIDA BINTI MOHD HAFIDZ (A172080)


PENGENALAN

LMCW 2022 ialah kursus Pengurusan dan Analitik Data yang merupakan satu kursus yang
penting dalam meningkatkan kemahiran pengurusan data dalam kalangan pelajar. Di dalam kursus
ini pengurusan data telah menjadi satu proses yang utama dalam memberi kesedaran kepada
pelajar berkenaan kepentingan pengurusan data dalam sesuatu kajian. Terdapat perkara yang
memangkin kesedaran pelajar berkenaan kepentingan pengurusan data serta memperkenalkan
aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan data. Oleh kerana kesukaran dari segi
memahami data-data yang terlalu banyak dan tidak mempunyai struktur, manusia pada masa kini
seringkali memilih untuk mengambil keputusan analisis atau kesimpulan hanya daripada melihat
dan menilai data itu sendiri. Fenomena lambakan data yang diperoleh memerlukan pengurusan
data yang sistematik. Oleh itu, bagaimanakah keputusan analisi data tersebut dapat difahami
dengan mudah? Oleh sebab itu, kursus ini amat memberikan nilai penting dalam kefahaman
pengurusan data secara saintifik dan menjadikan nilai data tersebut sangat berharga.

SUMBER DATA

Kursus ini memerlukan perbincangan dalam menganalisa data mentah atau dikenali dengan
data sekunder. Semua ahli didalam kumpulan telah bersetuju berkaitan tajuk yang ingin dianalisa
iaitu Jumlah Perkahwinan di Malaysia Antara Tahun 2000 hingga 2007. Data ini diperoleh dari
laman web Blog di dalam internet. Data ini telah dikupas atau diceritakan oleh seorang penulis
Blog yang telah merahsiakan identiti beliau dengan meletakkan nama samaran. Beliau telah
bercerita tentang kes perkahwinan yang berlaku di Malaysia pada waktu tersebut. Beliau juga
sempat menyentuh tajuk berkaitan perceraian. Data ini merupakan data sekunder dan telah
digunakan bersama data perceraian yang dikupas dalam cerita penulis ini. Data ini seolah-olah
menjadi sokongan dalam membangkitkan isu perkahwinan pada waktu tersebut. Dari segi
pencarian data mentah dan data sekunder, pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan dalam
mengenal pasti jenis data yang diminta. Seluruh ahli kumpulan dapat bekerjasama dalam
meningkatkan kefahaman sesama sendiri dan dapat mempersembahkan data dalam bentuk yang
lebih difahami seperti graf dan visual.
JENIS DATA

Tahun 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007

Negeri
Kedah 14,120 14,886 15,198 16,735 16,751 17,147 17,142 20,899
Kelantan 12,471 12,389 12,365 13,205 13,334 13,943 3,902 17,201
Perak 10,410 9,063 8,524 8,249 9,507 10,522 10,464 11,446
Johor 10,222 6,289 9,687 10,5410 13,751 14,747 11,943 13,241
Selangor 9,597 10,990 11,428 12,314 16,426 13,312 12,824 14,817
Pahang 6,247 6,323 7,009 7,521 5,116 7,342 9,097 9,519
Terengganu 6,194 6,641 6,877 5,965 7,746 7,731 8,232 8,953
Sabah 5,660 5,528 3,261 7,112 8,083 5,514 8,281 9,941
Sarawak 4,093 4,804 4,556 4,333 4,648 5,051 5,396 5,393
Pulau Pinang 4,341 3,764 4,043 3,226 3,368 3,914 3,568 4,458
Negeri Sembilan 3,345 3,491 3,540 3,706 4,301 4,496 4,449 5,151
Kuala Lumpur 2,750 3,112 4,172 4,531 3,616 4,230 4,455 3,538
Melaka 2,552 2,680 2,923 3,067 318 3,210 3,334 3,559
Perlis 1,710 1,275 1,390 1,351 2,153 1,615 1,304 2,484
Labuan 253 244 218 237 280 394 391 486
Jumlah 94,055 91,489 95,182 102,062 112,262 113,132 114,812 131,086

Data yang digunakan dalam projek ini adalah jenis data berstruktur (kuantitatif). Jenis data
ini adalah yang paling terorganisasi dan bentuk data yang paling mudah untuk dianalisis. Data
jenis ini juga sering dipersembahkan dalam bentik jadual dengan lajur dan baris. Pada bahagian
lajur terdapat tahun dari 2000 hingga 2007 dan baris terdapat 15 buah negeri. Data berstruktur ini
merupakan pada bahagian diskret yang mempunyai sukatan data tertentu yang mana hanya
mengambil niai integer sahaja. Tambahan pula, data diskret ini adalah pada jenis bilangan di mana
daya jenis ini berbentuk bilangan dan mempunyai jujukan. Dengan data yang tersusun makan
semakin mudah kita ingin memahami dan menganalisa sesuatu data dengan baik.
OBJEKTIF KAJIAN

1) Mengkaji statistik perkahwinan antara tahun 2000 hingga 2007 di Malaysia


2) Membuat perbandingan perkahwinan antara negeri utara dan negeri selatan pada tahun
2000 hingga 2007 di Malaysia
3) Mengenalpasti negeri yang mempunyai catatan tertinggi dan terendah dalam perkahwinan
antara tahun 2000 hingga 2007 di Malaysia.

METODOLOGI ANALISIS DATA

Dalam kajian ini, analisis deskriptif akan dilakukan dengan menggunakan dua kaedah iaitu
analisis deskriptif berangka dan analisis deskriptif bergraf. Perisian yang digunakan dalam
menyediakan dan menganalisis data adalah perisian Microsoft Excel 365

ANALISIS DESKRIPTIF BERANGKA

Analisis deskriptif berangka akan meringkaskan data yang telah dikategorikan dalam satu
nilai bagi menggambarkan sukatan memusat dan taburan data. Analisis deskriptif berangka yang
akan digunakan bagi menggambarkan setiap objektif adalah kaedah mendapatkan min dan sisihan
piawai. Min ialah purata sesuatu data manakala sisihan piawai pula memberi gambaran kepadatan
dan penyebaran sesuatu set data.

Tujuan utama kaedah ini dipilih adalah kerana ianya dapat meringkaskan data yang
diperolehi dengan hanya menggunakan satu nilai yang boleh menggambarkan purata dan pusat
lokasi data mentah tersebut. Bagi objektif pertama iaitu mengkaji statistik perkahwinan antara
tahun 2000 hingga 2007 di Malaysia, teknik min dan sisihan piawai akan digunakan. Setiap data
mentah yang diperoleh akan dikumpul dan dimasukkan ke dalam perisian Microsoft Excel bagi
membuat pengajian dan pengumpulan data. Hasil daripada keseluruhan analisa akan dapat dilihat
bahawa min akan menggambarkan purata jumlah perkahwinan antara tahun 2000-2007 di
Malaysia manakala sisihan piawai akan menunjukkan taburan dan kepadatan jumlah perkahwinan
antara tahun 2000 hingga tahun 2007 di Malaysia.

Objektif kedua yang memerlukan untuk membuat perbandingan jumlah perkahwinan


antara negeri utara dan negeri selatan pada tahun 2000 hingga tahun 2007 di Malaysia, teknik
pengiraan data yang digunakan adalah min. Nilai min digunakan bagi tujuan membuat
perbandingan nilai kes antara negeri utara dan negeri selatan. Dengan menggunkan nilai min,
perbandingan antara purata jumlah perkahwinan yang terdapat antara negeri utara dan selatan
dapat dilakukan dengan mudah.

Bagi objektif ketiga iaitu mengenalpasti negeri yang mempunyai catatan tertinggi dan
terendah dalam jumlah perkahwinan di Malaysia, teknik hasil tambah data pada setiap negeri
bermula tahun 2000 hingga 2007 akan digunakan bagi memenuhi hasil keseluruhan jumlah data.
Tujuannya adalah untuk membuat perbandingan jumlah data yang telah direkodkan pada setiap
negeri sekitar tahun 2000 hingga 2007. Hasilnya akan dapat dilihat negeri mana yang paling tinggi
dan yang paling rendah mencatatkan jumlah perkahwinan antara tahun 2000 hingga tahun 2007.

ANALISIS DESKRIPTIF BERGRAF

Dalam memahami sesuatu data, rata-rata akan menggambarkan sesuatu data tersebut secara
visual sama ada menggunakan carta atau graf bagi menghasilkan penceritaan yang lebih visual
untuk sesuatu hasil data berbanding hanya dengan menunjukkan taburan kekerapan data tersebut.
Ternyata teknik sebegini adalah lebih berkesan membuat pengukuran data tersebut. Maka, analisis
deskriptif bergraf akan dilakukan dalam kajian ini dengan menggunakan kaedah visual asas seperti
carta pai, carta palang, carta palang bertindih dan juga histogram. Tujuannya adalah untuk
mempersembahkan data secara visual dan membolehkan perbandingan data dilihat dengan lebih
jelas.

Bagi analisis deskriptif bergraf objektif pertama, carta pai akan digunakan sebagai medium
untuk mempersembahkan data. Carta pai akan dibina bermula dengan pengiraan peratusan bagi
jumlah perkahwinan setiap tahun antara 2000 hingga 2007. Kemudian, carta pai tersebut
dibahagikan mengikut taburan peratusan yang telah dikira berdasarkan tahun. Tujuan penggunaan
carta pai dengan mengambil nilai peratusan data mentah yang diperolehi adalah untuk memberi
gambaran yang lebih jelas berkenaan data yang akan dianalisis.

Pemilihan analisis deskriptif bergraf bagi objektif kedua adalah menggunakan graf garis.
Pembinaan graf garis menggunakan min yang telah dianalisis pada analisis deskriptif berangka
bagi menjelaskan trend perbandingan antara kedua-dua negeri Utara dan Selatan. Ia
menggabungkan titik-titik min pada titik tengah setiap selang dan terus disambung dengan garis.
Tujuan penggunaan graf garis adalah untuk melihat pola perubahan atau trend perkahwinan setiap
negeri Utara dan Selatan pada tahun antara 2000 hingga 2007 serta dalam masa yang sama dapat
membandingkan min perkahwinan yang tercatat pada data mentah.

Bagi objektif ketiga, carta bar akan dipilih bagi melengkapkan analisis deskriptif bergraf.
Hal ini kerana kaedah carta bar amat berkesan memberi penilaian yang akan dibuat pada objektif
ketiga. Objektif ketiga memerlukan kepada kajian untuk membuat perbandingan negeri yang
paling tinggi dan paling rendah jumlah perkahwinan yang dicatatkan antara tahun 2000 hingga
2007. Permulaan pembinaan carta bar ini adalah dengan menyusun negeri yang paling tinggi
tercatat jumlah perkahwinan antara tahun 2001-2007.

RUMUSAN

Di penghujung kajian yang dijalankan ini, dapat disimpulkan bahawa ilmu mengenai
pengurusan dan analitik data menjadi suatu keperluan dan kemahiran yang penting untuk dipelajari
oleh semua mahasiswa tidak kira dalam profesion apa sekalipun. Hal ini kerana ia mampu
mendedahkan para mahasiswa tentang kaedah-kaedah dalam mengurus dan mengalisis data
dengan baik. Ia secara tidak langsung membantu para mahasiswa dalam menguruskan data semasa
di alam pekerjaan masing-masing dengan lebih mudah pada masa hadapan. Pengetahuan seperti
ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam menambah nilai tambah dalam diri para mahasiswa,
kerana ia merupakan suatu kemahiran yang kurang diberi pendedahan dalam kalangan majoriti
masyarakat dunia.
Dengan terhasilnya laporan akhir tugasan ini, dmahasiswa didapati lebih menghargai
kewujudan data yang sedia ada. Mahasiswa dapat memahami dan membezakan jenis data,
contohnya data berstruktur dan tidak berstruktur beserta perinciannya. Data berstrukur iaitu data
diskret berangka-bilangan adalah data yang digunakan dalam kajian ini. Seterusnya, mahasiswa
juga dapat mempelajari tentang sumber data yang diperoleh dalam melakukan sesuatu kajian dan
betapa pentingnya meletakkan nilai integriti dalam memperolehi sesebuah data yang akan
digunakan. Dalam kajian ini, data yang digunakan adalah daripada sumber data sekunder yang
didapati daripada laman sesawang.

Malahan, mahasiswa turut mempelajari langkah-langkah penyediaan data sebelum ia boleh


dianalisis dan dirumuskan. Penyediaan data adalah penting bagi memudahkan proses analisis data
yang akan dilakukan. Penyediaan data merangkumi cara mencipta hamparan data dan penyusunan
data. Setelah data berjaya disediakan dengan baik dan teratur, maka barulah ia boleh diteruskan
dengan proses analisis data. Kajian ini telah menjalankan analisis deskriptif berangka dan bergraf
bagi setiap objektif kajian. Penghasilan kajian ini juga mengajar mahasiswa melakukan
pengvisualan data yang bukan sahaja lebih menarik malah dapat membantu mahasiswa memahami
set data dalam masa yang lebih singkat. Sebagai contoh, penggunaan carta atau graf yang sesuai
dengan set data seperti carta pai, carta palang bertindan dan graf garis.

Tambahan pula, tugasan ini dilihat mampu memberi pendedahan kepada mahasiswa dalam
membuat pelaporan data yang merangkumi kedua-dua jenis laporan iaitu laporan akademik dan
laporan bukan akademik. Laporan akhir tugasan ini ditulis dalam bentuk laporan akademik
manakala mahasiswa telah mencipta sebuah laporan infografik bagi hasil kajian ini sebagai hasil
laporan bukan akademik. Sebagai kesimpulan, penghasilan tugasan ini telah banyak mendedahkan
para mahasiswa kepada kaedah mengaplikasi ilmu pengurusan dan analitik data ini yang secara
tidak langsungnya membuka minda para mahasiswa bahawa mengurus dan memahami data
tidaklah serumit yang dibayangkan.
SENARAI RUJUKAN

Universiti Kebangsaan Malaysia. 2020. Modul 1 LMCW2022 Pengenalan.


https://ukmfolio.ukm.my/pluginfile.php/35080/mod_resource/content/2/MODUL_
1_LMCW2022.pdf (26 March 2020)

Universiti Kebangsaan Malaysia. 2020. Modul 2 LMCW2022 Jenis Data.


https://ukmfolio.ukm.my/pluginfile.php/35106/mod_resource/content/2/MODUL_
2_LMCW2022.pdf (26 March 2020)

Universiti Kebangsaan Malaysia. 2020. Modul 3 LMCW2022 Sumber Data.


https://ukmfolio.ukm.my/pluginfile.php/35108/mod_resource/content/2/MODUL_
3_LMCW2022.pdf

Google from laman-seri.blogspot. 2008. Statistik Perceraian dan Perkahwinan Pasangan Islam di
Malaysia
http://laman-seri.blogspot.com/2008/11/statistik-perceraian-dan-
perkahwinan.html?m=1 (26 March 2020)
CARTA GANT JADUAL PELAKSANAAN TUGAS PROJEK

Bil Perkara/Minggu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

1 Pembentukan kumpulan

2 Perbincangan tajuk projek

3 Penyediaan kertas kerja

4 Perbincangan pertama bersama pensyarah


5 Pembaikan kertas kerja

6 Pembahagian tugas

7 Pengurusan data

8 Analisis data

9 Perbincangan kedua bersama pensyarah

10 Laporan akhir projek

11 Penghasilan poster

12 Pembangunan klip video projek

13 Mengumpul semua keperluan kursus

14 Memuatnaik semua keperluan dalam Google Drive


JEJAK PERBATUAN JADUAL PELAKSANAAN TUGAS PROJEK

Bil Tugasan Tarikh Pelaksanaan

1 Pembentukan Kumpulan 26/2/2020

2 Perbincangan Tajuk Projek 9/3/2020

3 Penyediaan Kertas Kerja 23/3/2020

4 Perbincangan Pertama Bersama Pensyarah

5 Pembaikan Kertas Kerja

6 Pembahagian Tugas

7 Pengurusan Data

8 Analisis Data

9 Perbincangan Kedua Bersama Pensyarah

10 Laporan Akhir Projek

11 Penghasilan Poster

12 Pembangunan Klip Video Projek

13 Mengumpul Semua keperluan Kursus

14 Memuatnaik Semua Keperluan Dalam Google Drive


SENARAI TUGAS DAN PEMBAHAGIAN TUGAS

Bil Tugasan Ahli

1 Pembentukan Kumpulan Semua ahli

2 Perbincangan Tajuk Projek Semua ahli

3 Penyedian Kertas Kerja Semua ahli

4 Perbincangan Pertama Bersama Pensyarah Semua ahli

5 Pembaikan Kertas Kerja Semua ahli

6 Pembahagian Tugas Semua ahli

7 Pengurusan Data Semua ahli

8 Analisis Data Dan Perbincangan Semua ahli

9 Laporan Akhir Projek Semua ahli

10 Penghasilan Poster Infografik Semua ahli

11 Pembangunan Klip Video Projek Semua ahli

12 Perbincangan Kedua Bersama Pensyarah Semua ahli

13 Mengumpul Semua Keperluan Kursus Semua ahli

14 Memuatnaik Semua Keperluan Dalam Google Drive Semua ahli

15 Laporan Aktiviti Kumpulan 1-5 Semua ahli

You might also like