You are on page 1of 3

Isu : GURU MEMUKUL MURID

Pelbagai masalah yang melibatkan etika perguruan sering


dilaporkan dan melibatkan beberapa kes tingkah laku negatif yang
dilakukan oleh guru seperti kes rasuah, gangguan seksual, dera dan
sebagainya. Guru masa kini tidaklah semudah yang disangka.
Cabaran tugas dan tanggungjawab yang diletakkan di bahu guru-
guru kini ternyata amat berat.

Seorang guru lelaki yang memukul murid perempuan darjah satu


sehingga berbirat dan lebam pada lengan kiri mangsa kerana murid
itu salah menulis huruf "Y dan W" hari ini didenda RM900 oleh
Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur.

Majistret Namirah Hanum Mohamed menjatuhi hukuman itu


terhadap Hii Sii Teck, 36, selepas dia mengaku bersalah atas
tuduhan sengaja mencederakan murid berumur tujuh tahun dengan
memukul tangannya di dalam kelas, di sebuah sekolah di Jalan
Gombak, Setapak pada 8 pagi, 8 Feb lalu.

Hii didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang


memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda
sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman


penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu. Dia membayar
denda.
FAKTOR

Kurang Memahami Etika Perguruan

Selain itu, punca berlakunya kes penderaan yang melibatkan guru ini adalah disebabkan guru
tersebut kurang memahami etika keguruan yang telah digariskan. Guru yang memahami etika
keguruan tidak akan tergamak untuk melakukan perkara sedemikian terhadap anak muridnya
sendiri. Hal ini berbeza pula dengan kes yang telah berlaku kepada guru tersebut kerana telah
melanggar kod etika guru yang telah digariskan ini. Hal ini sedikit sebanyak telah memberikan
gambaran bahawa guru tersebut tidak mengerti dan memahami kandungan yang telah termaktub di
dalam kod etika guru.

Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971),
mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan bagi pembentukan tatasusila guru. Etika
perguruan ini akan menjadi satu panduan kepada guru dalam melaksanakan tugasan harian sebagai
guru. Berdasarkan kod etika perguruan yang telah ditetapkan, sepatutnya setiap ahli profesion iaitu
guru sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan serta perkara yang tidak boleh dilakukan
sebagai seorang guru. Tetapi, apa yang berlaku di dalam kes ini adalah sebaliknya.

Tekanan Bebanan Kerja

Menurut Kamus Dewan (1999), tekanan membawa maksud sesuatu desakan atau paksaan yang
diterima oleh seseorang. Manakala Kamus Oxford Advanced Learner’s (1983) mendefinisikan
tekanan atau dalam Bahasa Inggerisnya stress sebagai pressure; condition causing hardship,
disquiet. Seyle (1964) adalah orang yan pertama menggunakan terma ‘tekanan’ mendefinisikannya
sebagai satu set fizikal dan psikologikal yang bertindak balas kepada keadaan dan pengaruh yang
sebaliknya. Manakala Kamus Behavioral Science medefinisikan tekanan sebagai satu keadaan fizikal
atau tekanan mental yang menyebabkan perubahan dalam sistem saraf autonomi.

Kyriacou & Sutcliffe, (1978) menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan
tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca
dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru yang menghadapi tekanan adalah
guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan
sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi modal insan
yang berguna kepada masyarakat.

Guru terpaksa melakukan kerja lebih masa, perkeranian, menyediakan alat bantu mengajar,
menghadiri kursus atau bengkel sepanjang minggu sambil terpaksa melakukan penyesuaian
terhadap kaedah pengajaran yang baru sehingga mengabaikan emosi dan kehendak dalaman
mereka. Oleh itu, kadangkala mereka akan bertindak diluar jangkaan semata-mata untuk
memuaskan kehendak dalaman mereka yang selama ini tidak dapat dipenuhi berikutan bebanan
kerja yang terlalu banyak.
Gini deh..flow forum

Pusingan Pertama :

Moderator kecek dan kenalkan ahli panel - 3 minit

Moderator tunjuk slide sikit ttg isu2 guru, - 5 minit

Moderator akan tnya soalan pda ahli panel secara selang seli.( nati kawe wi soalan dgn merujuk isu
panel ) - 10 minit

Pusingan kedua

Moderator kecek – 3 minit

Moderator tanya soalan pada panel – 10 minit

Pusingan ketiga Penggulungan

Moderator kecek – 2 minit

Ahli panel gulung – 6 minit.

Moderator tutup forum – 1 minit

You might also like