You are on page 1of 1

Tembaga adalah logam kemerahan, dengan pengalir eletrik dan pengalir haba yang baik (antara semua

logam-logam tulen dalam suhu bilik, hanya perak mempunyai kekonduksian elektrik yang lebih tinggi
daripadanya). Apabila dioksidakan, tembaga adalah bes lemah. Tembaga memiliki ciri warnanya itu oleh
sebab struktur jalurnya, iaitu ia memantulkan cahaya merah dan jingga dan menyerap frekuensi-
frekuensi lain dalam spektrum tampak. Bandingkan ciri-ciri optik ini dengan ciri-ciri optik perak, emas
dan aluminium.

Tembaga terletak dalam keluarga yang sama seperti perak dan emas dalam jadual berkala, oleh itu ia
mempunyai sifat-sifat yang serupa dengan kedua-dua logam itu. Kesemuanya mempunyai kekonduksian
elektrik dan haba yang tinggi. Kesemua adalah logam yang mudah tertempa. Dalam keadaan cecair,
suatu permukaan jelas (apabila tiada cahaya sekitar) logam itu kelihatan agak kehijauan, dan begitu juga
dengan emas. Perak tidak memiliki sifat ini, maka ia bukan merupakan warna pelengkap untuk warna
pijar jingga. Apabila tembaga lebur berada dalam keadaan cahaya terang, kita dapat melihat kilau merah
jambunya. Logam lebur tembaga tidak membasahkan permukaan dan mempunyai tegangan permukaan
yang sangat kuat dan membentuk titisan hampir sfera apabila dituangkan atas suatu permukaan.

Tembaga tidak larut dalam air (H2O) dan isopropanol, atau isopropil alkohol.

Terdapatnya dua isotop stabil, 63Cu dan 65Cu, dan berpuluhan jenis radioisotop. Kebanyakan
radioisotop-radioisotop ini mempunyai separuh hayat pada tertib minit atau kurang daripada itu; dan
yang mempunyai hayat terpanjang, 64Cu, mempunyai separah hayat selama 12.7 jam, dengan dua mod
reputan, menjurus kepada dua hasil yang berbeza.

Terdapat sebilangan jenis aloi tembaga—logam spekulum adalah aloi tembaga/timah, loyang adalah aloi
tembaga/zink, dan gangsa adalah aloi tembaga/timah. Logam monel merupakan aloi tembaga/nikel, dan
juga dipanggil kupronikel. Sementara gangsa biasanya merujuk kepada aloi tembaga/timah, ia juga
merupakan istilah umum bagi bermacam-macam jenis aloi tembaga, contohnya gangsa aluminium,
gangsa silikon, dan gangsa mangan.

Ketulenan tembaga dinyatakan sebagai 4N bagi yang mempunyai ketulenan 99.9999% dan 7N bagi
99.9999999%. Angka menunjukkan bilangan nombor sembilan selepas titik perpuluhan.

You might also like

  • Psikologi Sosial
    Psikologi Sosial
    Document1 page
    Psikologi Sosial
    Y.M TENGKU AHMAD HAKIMI BIN TUAN YACOB (JKM)
    No ratings yet
  • Psikologi
    Psikologi
    Document2 pages
    Psikologi
    Y.M TENGKU AHMAD HAKIMI BIN TUAN YACOB (JKM)
    No ratings yet
  • Kerja Sosial
    Kerja Sosial
    Document1 page
    Kerja Sosial
    Y.M TENGKU AHMAD HAKIMI BIN TUAN YACOB (JKM)
    No ratings yet
  • Muzik
    Muzik
    Document2 pages
    Muzik
    Y.M TENGKU AHMAD HAKIMI BIN TUAN YACOB (JKM)
    No ratings yet
  • Indonesia
    Indonesia
    Document3 pages
    Indonesia
    Y.M TENGKU AHMAD HAKIMI BIN TUAN YACOB (JKM)
    No ratings yet
  • Nitrogen
    Nitrogen
    Document5 pages
    Nitrogen
    Y.M TENGKU AHMAD HAKIMI BIN TUAN YACOB (JKM)
    No ratings yet