You are on page 1of 2

Monaco (Jawi: ‫ )موناکو‬ialah sebuah negara kota diperintah putera terletak di Riviera Perancis

berhampiran kawasan Liguria di pesisiran Laut Mediterranean Eropah Barat dikelilingi Perancis, serta
beberapa batu dari sempadan bersama Perancis dengan Itali. Ia merupakan negara berdaulat kedua
terkecil di Eropah selepas Kota Vatican dengan sempadan darat berukuran sepanjang 5.47 km serta
pesisiran paling terpendek dunia sepanjang 3.83 km.[9] Monaco mempunyai kepadatan penduduk yang
tertinggi1 serta mempunyai pasukan dan kehadiran polis yang terbesar di dunia, baik dari segi per kapita
mahupun dari segi keluasan.

Pembangunan ekonomi di negara ini banyak bergantung kepada perjudian khususnya di Kasino Monte
Carlo yang didirikan lewat abad ke-19 serta pembinaan jalan kereta api Marseille–Ventimiglia yang
menghubungkan ke rangkaian berpusat di Paris,[10] Negara ini tidak melaksanakan pencukaian
pendapatan dan perniagaan malah menjadi tumpuan kerana kurangnya pelaksanaan cukai berkaitan;
sebanyak 30% penduduk yang mendiami negara ini adalah jutawan[11] dengan pemilikan estet
terkumpul mencecah sebanyak €100,000 ($142,000) setiap meter persegi pada tahun 2018.

Monaco ialah negara yang kedua terkecil di dunia, selepas Bandaraya Vatikan. Monaco terletak 18
kilometer di timur bandar raya Nice, berhampiran dengan sempadan Itali, dan dikelilingi pada tiga sisinya
oleh Kawasan Provence-Alpes-Côte d'Azur di Perancis. Ia terdiri daripada satu jalur pantai yang sempit
antara Laut Mediterranean dan bukit-bukit kaki Banjaran Alp, dengan titik tertingginya di "Le Rocher"
yang setinggi 141 meter (459 kaki).

Monaco terbahagi kepada tujuh bahagian atau quartiers, iaitu:

Monaco-Ville, ibu negara dan bandar raya lama, yang terletak di Batu Monaco, tanjung tinggi yang
berbatu-batan dan yang menganjur ke Mediterranean;

La Condamine, bahagian di sepanjang pelabuhan;

Monte Carlo, kawasan kediaman serta tempat peranginan yang memiliki sebuah kasino;

Fontvieille, kawasan baru yang ditebus guna dari laut;

Moneghetti yang menyempadani Cap d'Ail di barat;

Larvotto - Tenao yang merangkumi kawasan pantai di timur kawasan kerajaan;

Santo Roman yang menyempadani Tenao dan yang merupakan hujung yang paling timur.

Monaco terkenal kerana pemandangan semula jadinya yang sungguh indah, dengan iklim yang
sederhana dan cerah. Bulan-bulan yang paling dingin ialah Januari dan Februari dengan suhu minimum
purata serendah 8 °C (47 °F), manakala bulan-bulan yang paling panas ialah Julai dan Ogos, dengan suhu
maksimum purata setinggi 26 °C (78 °F).

You might also like