SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU Sebelum kedatangan Islam, masyrakat Melayu menganut fahaman animisme.

Keadaan ini berubah selepas kedatanagan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur (Ruslan Zainuddin, 2004: 91-92). Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu (Ruslan Zainuddin, 2004: 91). Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undangundang Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga

berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam. PENGHAYATAN ISLAM BERTERUSAN DI ZAMAN PENJAJAHAN Proses Islamisasi Undang-undang & Sosio-Budaya dan Politik tergugat dengan kedatangan penjajah British, tetapi tidak banyak terjejas di zaman Portugis dan Belanda. Di zaman penjajahan British peranan Undang-undang Islam diperkecilkan bidang perlaksanaannya & golongan yang terlibat dengan Undang-undang Islam, iaitu hanya untuk orang-orang Islam dan bidangnya hanya bidang undang-undang diri dan kekeluargaan. Sesungguhnya begitu, kita dapati dalam bidang-bidang yang lain, seperti pendidikan agama, kehidupan keagamaan dan kehidupan individu dan keluarga serta masyarakat masih diberi ruang untuk dihayati dan tidak diganggu-gugat. Justeru itulah kita dapati perkembangan Islam dan penghayatannya masih dapat dipertahankan (JAKIM). PENGHAYATAN ISLAM DI ZAMAN KEMERDEKAAN Kemerdekaan Malaysia yang dicapai pada 31 Ogos 1957 adalah usaha daripada UMNO, yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman. UMNO cuba menunjukkan kekuatannya kepada pihak berkuasa British dengan menggabungkan parti China (MCA) dan parti India (MIC) dalam gagasan “Perikatan”, dengan mengekalkan identiti parti masingmasing dalam perkara-perkara tertentu (JAKIM). Berasaskan perikatan ini didapati pensyarikatan kuasa politik berlaku antara etnik China, India dan Melayu, tetapi walau bagaimanapun UMNO masih merupakan kuasa politik dominan dalam pemerintahan. Sejak daripada tahun 1957 sehingga kini kedominan parti UMNO dapat dipertahankan dalam menguasai pemerintahan negara. Sungguhpun UMNO sebuah parti sekular, pendukung-pendukungnya adalah dari golongan Melayu Muslim yang masih sensitif kepada Islam kerana adanya sensitif ini didapati kedudukan Islam dan orang Melayu Islam ada keistimewaan-keistimewaan tertentu dan begitu juga intitusi-intitusi Islam di peringkat negeri dan pusat masih diberi kedudukannya yang tersendiri (JAKIM).

Sejak daripada tercapainya kemerdekaan, perhatian kepada pembangunan masyarakat Islam terus berlaku dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial cuma yang agak tersekat dalam proses Islamisasi ialah bidang undang-undang yang disegi kenyataannya untuk dibuat perubahan secara menyeluruh terhalang disebabkan beberapa peruntukan yang ditinggalkan oleh penjajah dalam perlembagaan, Undang-undang Federal dan Pusat. Undang-undang yang agak ketara percanggahannya adalah di bidang jenayah hudud, adapun di bidang jenayah membunuh & mencederakan sebahagian daripada prinsip dan hukumnya tidak banyak beza dengan Islam, demikian juga dalam hukum ta’zirkesalahankesalahan maksiat. Selain daripada itu dalam muamalat hanya unsur riba yang ketara bercanggah dengan Islam, tetapi dalam bahagian yang lain tidak banyak percanggahannya. Dalam bidang kekeluargaan didapati sepenuhnya undang-undang Islam dilaksanakan, kecuali negeri yang masih berpegang, kepada adat perpatih (JAKIM). Dalam proses meneruskan Islamisasi di bidang undang-undang didapati peruntukanperuntukan khas diwujudkan untuk kepentingan Islam dan masyarakat Islam seperti Akta Bank Islam, Akta Takaful, Falsafah Pendidikan Negara, Akta Universiti Antarabangsa, Akta Koperasi dan sebagainya. Melihat kepada perkembangan ini ternyata proses Islamisasi berterusan berjalan dengan adanya ruang peruntukan dalam Undang-undang Negeri & Persekutuan, Cuma yang perlu diusahakan ialah bahagian-bahagian tertentu dalam Undang-undang Federal, Perlembagaan dan undang-undang Negeri yang menghalang perlaksanaan Islam yang menyeluruh perlu dipinda (JAKIM). SISTEM DEMOKRASI & PENGHAYATAN ISLAM Selepas merdeka kita didedahkan dengan sistem demokrasi berparlimen, yang ditaja oleh penjajah British sebelum Malaysia diberi kemerdekaan. Untuk melaksanakan sistem demokrasi dalam pemerintahan maka parti politik ditubuhkan. Dalam sistem berparti ini terdapat peruntukan untuk parti pemerintah & parti pembakang. Dilihat dari sudut Islam sistem demokrasi ini dapat diterima dari satu sudut iaitu memberi suara kepada rakyat memilih pemimpin mereka secara bebas dan terbuka tetapi yang tidak cocok dengan Islam ialah ia membelah umat berterusan kepada dua kelompok, kelompok pemerintah dan kelompok pembangkang yang menentang pemerintah dalam ruang terbatas. Sedangkan dalam Islam mengajak kepada kesatuan umat dan mendekatkan jurang pemisahan di antara kelompok, bukan meluaskan jurang (JAKIM).

Kerakyatan negara Islam sama ada Muslim atau bukan Muslim adalah sama disegi hak dan kewajipan kecuali perkara-perkara khusus yang dikecualikan. Dalam pengalaman sejarah politik Islam tidak terdapat penentuan cara yang tetap dalam pemilihan pemimpin negara.Walau bagaimanapun kenyataan ini wujud di hadapan kita dan kita terpaksa menerima sistem ini dengan dibuat perhitungan bahawa sistem ini bukan suatu kebenaran mutlak dan ia adalah tajaan penjajah yang masih meneruskan polisinya “divide & rule”. Kalau tidak kita berterusan menjadi alat idea penjajah “divide & rule” yang kita sendiri memecahkan kelompok kita dengan tangan kita sendiri. Kalau diambil asas yang masakini iaitu kuasa politik Melayu Muslim masih ada sebagai titik tolak untuk menyatukan Kelompok Islam. kelayakan ilmu siasah. Ulama juga tidak sepakat pendapat tentang syaratsyarat yang ditetapkan bagi ketua negara. tetapi semua bentuk pemimpin yang ditentukan itu diterima sah oleh ulama yang membincangkan teori politik Islam. KESIMPULAN Tidak ada kesepakatan dikalangan ulama tentang kriteria negara Islam kerana tidak terdapat nas Qat’i yang menentukannya. Malaysia adalah sebuah negara Islam berdasarkan kepada majoriti penduduk Islam. kelayakan undang-undang. Kesempurnaannya perlu kepada pengisian daripada kita. Ada secara pemilihan terbuka dan ada secara warisan. Justeru itu ulama berbeza pandangan dalam ijtihadnya dalam menentukan ciri-cirinya. Mereka dikira sebahagian daripada umat Islam (ummatun min alMuslimin). maka dirasakan ini lebih bermanfaat untuk kekuatan masa depan politik orang Islam. perlaksanaan undang-undang Islam sebahagian besarnya dan kepimpinan negara dikuasai oleh orang Melayu Muslim (JAKIM). Ada yang mencirikan bilangan majoriti Muslim sebagai penentu dan ada mencirikan perlaksanaan syari’ah sebagai penentu. kesempurnaan Islamnya bergantung kepada proses peningkatan ilmu & penghayatan Islam pada dirinya (JAKIM). kecuali beberapa syarat sahaja seperti keupayaan jasmani. adil. keamanan yang dinikmati. Dengan menerima negara ini sebagai sebuah negara Islam bukan bermakna ianya telah selesai segala tuntutannya. Oleh itu bagi memudahkan proses penyatuan umat di masa depan kita perlu menerima sebagai suatu kenyataan bahawa negara ini ialah sebuah negara Islam. sama juga seorang Muslim yang diakui sebagai Muslim selepas mengucap dua kalimah syahadah bukan bermakna Muslimnya sudah sempurna. dengan mengambil kira Islam sebagai asas dalam penyelesaian kuasa politik dan cuba menjauhkan titik-titik perbezaan serta mencari titik-titik persamaan yang membina. PENUTUP . peperangan dan pentadbiran.

1. kerana tidak dirasakan ada sesuatu yang bercanggah yang patut dielakkan dalam kehidupannya. di mana perubahan ini telah menjadikan daya fikir intelektual Melayu terus berkembang sehingga kerajaan Melaka abad ke 15 menjadi pusat intelektual Islam sedunia berkumpul untuk . Mahyuddin Yahya. (2004). Ruslan Zainuddin. RUJUKAN Afifah Abu Yazid. Muslim berhak menuntut pemerintah melaksanakan Islam sepenuhnya kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai pemerintah Islam. 3. Membina sikap positif dan membuat kritikan yang membina untuk kepentingan Islam. Sejarah Malaysia (edisi ke-2). Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn. Tamadun Dunia. BEBERAPA Wahad TEORI Kedatangan Islam ke alam Melayu telah banyak merubah alam pemikiran masyarakat Melayu. kerana terdapat sikap baik sangka antara satu dengan yang lain. Setiap individu Muslim merasa berkewajipan untuk membangun negara dan umatnya dalam keupayaan masing-masing. Pengajian Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. 2. (1998). Menimbulkan tanggungjawab yang lebih kepada Muslim untuk melaksanakan Islam di mana saja dia berada. Bhd. Muslim dapat hidup dengan harmoni dan dapat berusaha meningkatan produktiviti untuk kepentingan Islam. (1999). DAN Abd. Bhd.multiply. Bhd. Bhd. Ayadurai. http://aisaluddin. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Tamadun Islam. 4. (2003). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.com/journal/item/14/SEJARAH_KEDATANGAN_ISLAM_K E_TANAH_MELAYU KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU Oleh Milus PENGENALAN Hj. 5. serta berpatisipasi dalam memenuhi tuntutan Islam di mana saja ada kekurangan.Dengan penerimaan negara ini sebagai sebuah negara Islam menimbulkan beberapa implikasi dalam kehidupan Muslim.

maka pihak barat terpaksa mengambil peranan sama untuk menilai keupayaan Islam membentuk tamadun Melayu Islam yang telah mengancam gerakan ‘imperialisme’ terhadap negara-negara Nusantara. dengan itu mereka mengutarakan beberapa pandangan tentang kedatangan Islam supaya agenda Islamisasi di Nusantara berjalan dengan perlahan. di mana dalam Sejarah Melayu ini menyatakan bahawa Islam telah sampai ke Melaka sekitar tahun 1409. ini dibuktikan dengan wujudnya kerajaan Islam Kelantan dan penggunaan wang dinar. Manakala di Filipina menurut Cesar Adib Majul. agama Hindu sudah pun bertapak lebih awal. di mana beliau mengatakan bahawa Islam telah sampai ke alam Melayu Melalui China.membahaskan pelbagai disiplin keilmuan Islam serta isu masyarakat semasa. Manakala hujah kedua telah dikemukakan oleh Snouck Hurgronje merupakan seorang sarjana Belanda yang mendakwa bahawa Islam yang ada di alam Melayu pada masa ini telah disebarkan oleh para pedagang India. Secara rasionalnya. SEJARAH AWAL KEDATANGAN ISLAM Sejarah kedatangan Islam ini boleh dilihat dlam beberapa catatan dan antaranya Sejarah Melayu. Pandangan Tempatan Menurut Syed Naquib al-Attas seorang sarjana tempatan. Tujuan mereka adalah untuk mengelirukan umat Melayu Islam terhadap peranan Islam. Islam telah mula bertapak sekitar 1400an terutama di kepulauan Sulu. Semasa I-Tsing berkunjung ke Srivijaya beliau juga mendapati bahawa orang Melayu sudah menerima Islam sekitar tahun 671 masihi. . Maka itu. Begitu juga di Kelantan turut menerima Islam sekitar 1181. Oleh kerana kepesatan Islam berkembang di alam Melayu. manakala di Mindanao sekitar 1520an apabila Melaka jatuh kepada Portugis pada tahun 1511. Pandangan Barat Antaranya ialah teori kedatangan Islam ke alam Melayu yang dikemukakan oleh Eredia Gadinho. apabila pedagang yang menyebarkan Islam. menyatakan bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu adalah dibawa oleh orang Arab sama ada melalui perdagangan atau juga usaha dakwah yang dibawa oleh para ahli sufi dan ilmuan Islam. dan juga seorang sarjana barat lagi iaitu John Crowford menyatakan bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu adalah dibawa oleh para pedagang Arab. dan hujah ini amat lemah berbanding peranan besar yang dimainkan oleh tokoh-tokoh awal Islam. maka pemikiran Melayu Islam amat rendah nilainya. Secara jelas al-Attas menyatakan keupayaan penyebar Islam sebenar seperti Shamsuddin al-Sumatrani. Abdul Rauf Singkel. pihak barat cuba mengheret golongan intelektual dan para sejarawan tempatan terhadap kedatangan Islam ke alam Melayu sebagai tumpuan perdebatan. Nurudin ar-Raniri serta lain-lain pendakwah telah berjaya mendidik masyarakat memahami Islam yang syumul. Umumnya kedatangan Islam ke alam Melayu adalah lebih awal daripada penyebaran agama Kristian dan pada masa Islam datang. Hujah ini cuba memperkecilkan golongan pendakwah sebenar yang telah menyebarkan Islam dengan harapan pembentukan awal Tamadun Melayu tidak disandarkan kepada peranan utama Islam dan seterusnya memperlihatkan betapa rendahnya intelektual Islam yang hanya disebarkan oleh golongan para pedagang. di mana Parameswara selaku Raja Melaka pada masa itu telah memeluk Islam dengan membawa gelaran Sultan Iskandar Syah. beliau mendakwa bahawa pedagang-pedagang China dan Arab telah menyebarkan Islam di kepulauan Nusantara. Di Pulau Borneo kedatangan Islam adalah merujuk kepada penerimaan Islam oleh kerajaan Brunei sekitar 1400an. Pendapat al-Attas ini cukup kukuh dan utuh untuk menjelaskan kedatangan Islam sebenar serta juga gerakan Islamisasi yang berlaku di Nusantara.

Melaka dan Aceh telah menjadi pusat keilmuan dengan lahirnya tokoh-tokoh ilmuan Nusantara seperti Hamzah Fansuri. Abdul Rauf Singkel dan lain-lainnya. di mana penggunaan mata wang Dinar juga melambangkan pengaruh Islam. Selain itu. Apabila Islam datang. Islam juga telah membentuk pemikiran politik yang berdasarkan prinsip-prinsip ajaran Islam. dan antaranya ialah wujudnya kerajaan Melayu yang menggunakan undang-undang Islam sebagai undang-undang negara. Islam telah menyatukan masyarakat melalui asimilasi budaya yang dapat diterima oleh masyarakat Melayu. Budi bahasa serta adab masyarakat banyak berteraskan ajaran Islam. Kerajaan Melaka juga telah mengadakan hubungan diplomasi kerajaan China. Kesan terhadap sistem ekonomi yang berlandaskan Islam ini telah menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa. antaranya China. sistem perdagangan yang diamalkan terutama di Melaka pada masa itu banyak merujuk kepada perniagaan yang berlandaskan Islam.Apa yang jelas kedatangan Islam telah memberi makna besar terhadap Tamadun Melayu Islam di Nusantara. Shamsuddin al-Sumatrani. India (Gujerat). Sebelum Islam. Ekonomi Kedatangan Islam juga turut memberi kesan terhadap sistem ekonomi. Kegiatan para ilmuan ini telah mendorong pemikiran masyarakat Melayu Nusantara kepada realiti pentauhidan dan kekhalikan Maha Pencipta. Hukum Jual Beli dan Hukum Riba turut dikuatkuasakan. daripada masyarakat animisme kepada masyarakat Melayu yang mentauhidkan Penciptanya iaitu ALLAH SWT. Menurut Syed Naquib al-Attas perubahan sosial dan budaya pada masyarakat adalah amat jelas terutama yang berkaitan undang-undang kekeluargaan. Antaranya ialah pembentukan Sosial dan Budaya Melayu Islam. Kemunculan empayar Melaka dan Aceh telah meluaskan lagi pengaruh Islam di sekitar kepulauan Nusantara dan dilihat oleh barat sebagai halangan utama terhadap cita-cita mereka. Nurudin Ar-Raniri. Contohnya. Keselamatan di perairan Nusantara juga turut mempengaruhi kegiatan ekonomi Islam. segala kekhurafatan dan ketahyulan dapat dijelaskan dan dirungkai dalam pemikiran masyarakat. Parsi dan negara-negara di Nusantara sendiri. Kedatangan Islam telah banyak merubah budaya dan sosial masyarakat Nusantara. Alam Pemikiran Penyebaran Islam juga turut memberi kesan kepada alam pemikiran masyarakat Nusantara. Para pedagang luar datang ke Melaka untuk menguruskan perniagaan mereka. terutama Selat Melaka yang telah membantu merancakkan lagi hubungan perdagangan serta kegiatan ekonomi rantau Nusantara. cContohnya kerajaan Melaka dan Aceh. Politik Selain itu. KESANNYA Sosial dan Budaya Islamisasi yang berlaku di alam Melayu pada ketika itu telah memberi kesan besar terhadap dunia Melayu. masyarakat lebih terikat dengan faham agama Hindu yang banyak memasukkan unsur-unsur mistik sebagai anutan. Ketika Melaka muncul sebagai kerajaan yang tersohor. hubungan dengan kerajaan China terutama semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo semakin erat kerana pada ketika itu Islam sistem Islam banyak memainkan peranan dalam pentadbiran. Bahasa dan Tulisan TERHADAP MASYARAKAT . Kewujudan Tamadun Melayu Islam telah merubah peradaban masyarakat Melayu. Arab.

Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003. Kobkua Suwannathat ~ Pian. Surau. penggunaan tulisan jawi sebagai alat komunikasi utama menunjukkan bagaimana Islam merubah dan meletakkan nilai insani kepada tahap yang betul. 1998.1997. Masjid.Semangat jihad juga turut didedahkan kepada masyarakat. Daniel Perret dan Puteri Rashidah Megat Ramli. Kehadiran Islam juga telah mengeluarkan masyarakat dari kegelapan pemikiran ortodok yang bersifat kabur dan khayalan kepada realiti hidup yang sebenar. Kuala Lumpur. ‘ibadat’. Muamalat. Istana turut dijadikan kutab dan medan pembicaraan keilmuan yang turut melibatkan pihak pemerintah pada masa itu. Fekah. Kuala Lumpur. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa penyebaran Islam di alam Melayu atau Nusantara. Di samping itu. bahkan tulisan jawi masih berterusan terutama apabila berhubung dengan raja-raja Melayu. kelas-kelas al-Quran dibuka oleh guru-guru agama dan imam-imam. Kuala Lumpur. 1986. Fajar Bakti. Walaupun ada pertikaian berkaitan dakwaan ini. Adzman Shamsudin. Aziz Deraman. Tamadun Islam STPM. Hubungan Budaya Dalam Sejarah Dunia Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka serta Kementerian Pendidikan Malaysia. Kanak-kanak mula mempelajari al-Quran sebagai asas utama. Abu Bakar Abdullah. Rangkang dan Pondok didirikan bagi memberi ruang kepada masyarakat mempelajari agama dengan lebih luas lagi. Said). bahkan boleh disifatkan kedatangan Islam merupakan pemodenan budaya. tetapi lebih kepada pusat pentadbiran dan perbincangan. Ke Arah Perlaksanaan Undang-Undang Islam di Malaysia: Masalah dan Penyelesaiannya. Kuala Terengganu. Kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa Islam telah memantapkan kekuatan Islam di Nusantara. Pendidikan lebih kepada memahami Khaliq atau Maha Pencipta. ‘amal’. seperti pengenalan ilmu Tauhid. Usuluddin dan Syariah.Faktor bahasa dan tulisan juga turut mempengaruhi masyarakat Melayu. . Mahayudin Hj. 1995. 1999. Kuala Lumpur. contohnya ‘ilmu’. Yahaya. Sejarah Pemikiran Ekonomi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Tulisan jawi digunakan secara meluas. ‘alam’. Pendidikan Perubahan terhadap alam pendidikan turut berlaku dalam masyarakat Melayu. Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau. Pustaka Damai. ia juga menjadi bahasa ilmu yang boleh menyesuaikan pelbagai istilah Arab sebagai kata pinjam. Bibliografi A. ekonomi dan pemikiran masyarakat Melayu. Eric Roll (terj. Latifah Othman dan Shamsiah Md. kedatangan Islam ke alam Melayu telah membawa satu perubahan yang besar. kesannya masyarakat sanggup mempertaruhkan diri demi mempertahankan agama Islam. sosial. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Peranan institusi pendidikan ini juga bukan sahaja terhad kepada bidang keilmuan. Shah Alam. sebelum itu pendidikan masyarakat lebih menjurus kepada adat-istiadat terutama faham Hindu dan unsur animisme. ‘zakat’ dan sebagainya. tetapi setelah Islam sampai pendidikan lebih kepada penilaian akal budi serta adab dan akhlak. KESIMPULAN Apa yang jelas. namun al-Attas tetap mempertahankan kewajaran bagaimana Islam merubah dimensi pemikiran serta sifat kerohanian yang amat mendalam.

Aziz Deraman Kuala Lumpur MUKADIMAH Islam dan peradaban Melayu tidak boleh dipisahkan. Dewan Bahasa dan Pustaka serta Kementerian Pendidikan Malaysia. 1990. Kuala Lumpur. Pembangunan Watak Bangsa: Pemerkasaan Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan. Kuala Lumpur.com/2010/05/kedatangan-islam-ke-alam-melayu-dan. tetapi kesan terbesar terjadi hanya sesudah terbentuknya Kerajaan Melayu Melaka dengan kekuatan sistem pemerintahan dalam bidang siasah. Kedatangan Islam telah mengubah dan merobah kehidupan keagamaan yang sebelum itu berabad-abad lamanya dipengaruhi oleh kepercayaan Hindu-Buddha. Kajang. sosial dan kebudayaan.Mohd Sukki Othman & Wan Muhammad Wan Sulong. Pustaka Sarjana. Singosari.html Kedatangan Islam dan Pembudayaan Alam Melayu – 1 Oleh Dato’ Haji A. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Akademi Kajian Ketamadunan Kolej Dar al-Hikmah. Kutai Kartanegara. 1990. _______. Dalam tempoh hampir 15 abad dari awal Masihi sehingga permulaan abad ke-15. Sriwijaya. Syed Muhammad Naquib Al-Attas.blogspot. Universiti Kebangsaan Malaysia. Majapahit dan kerajaan-kerajaan wilayah seperti di Kediri. turun naiknya Kerajaan-Kerajaan Melayu boleh ditelusuri dari Zaman Funan. serentak dengan peranannya dalam penyebaran Islam ke seluruh Alam Melayu. ekonomi. Sungguhpun disebut hubungan Tanah Melayu dengan dunia Arab sudah terjadi sejak abad ke-9 Masihi mungkin kerana dagang. Islam di Sabah. . http://abuhilmie. Langkasuka. Muhiddin Yusin. 2001. Siddiq Fadzil. Subang Jaya. Sejarah Kertas 940/1 Tamadun Islam.

Barat telah menggerakkan Zaman Pembaharuan (Renaissance) yang bertujuan mengubah dan menukar segala kemajuan ilmu dan pengetahuan termasuk sains Islam mengikut kehendak dan kaca mata mereka. Islam dalam kebudayaan Melayu dikatakan denyut nadi dan degup jantung kepada kesinambungan sejarah rantau. Mindanao dan keluasan pengaruh kuasa Empayar Melayu Melaka itu melebar dari seluruh Tanah Melayu sehingga ke Pattani di selatan Thai. Makassar. Sulu. Terengganu. Inderagiri dan sebagainya]. Kesan kedatangan Islam terhadap kehidupan sosial dan kebudayaan Melayu dan sistem berkerajaan merupakan suatu proses pembudayaan yang boleh dikaji dari pelbagai sudut seperti pendidikan dan . Banjar. tetapi hakikat penerimaan aqidah Islamiyyah dan tradisi keilmuan sudah cukup bagi mewarnai corak keperibadian baru dan pedoman hala tuju sebuah peradaban di timur. KEDATANGAN ISLAM Setelah kedatangan Islam. Yang paling penting lagi Alam Melayu seolah-olah menjadi penyambut kepada kejatuhan Islam di Andalusia yang mencapai kegemilangannya pada abad 7 hingga 14 Masihi dan Empayar Melaka muncul sewaktu Barat memulakan penerokaan dunia baru dan bertarung dalam Perang Salib. Medang Bhumi (Kelantan). persuratan dan budaya dalam suatu bahagian tamadun manusia di bahagian timur dunia sejak berabad-abad yang lalu. menjadikannya sebuah pemerintahan yang disegani timur dan barat. kehidupan baru manusia Alam Melayu atau Nusantara dalam keserumpunan itu bertukar daripada kepercayaan tahyul kepada suatu keyakinan yang berpaksikan aqidah yang didasari intelektualisme dan rasionalisme. Mungkin Alam Melayu tidak menerima keseluruhan isi peradaban Zaman Andalusia. Champa. kemajuan bahasa. India. Jawa dan kemudiannya pengaruh Melaka dalam konteks hubungan serantau dan dengan Dinasti China. menguasai sebahagian besar timur Sumatera [kota-kota pelabuhan seperti Siak. Islam telah membawa kesan yang meluas dan mendalam terhadap kehidupan sosio-budaya massa dan membentuk corak kerajaan-kerajaan Melayu di Dunia Melayu dengan memperkenalkan pelbagai sistem. Rom dan Eropah – kekuatannya yang dibentuk oleh Islam itu – menandakan telah wujud pengembangan Warisan Nabawi yang luar biasa dalam konteks keserumpunan dan keserantauan yang tersendiri. Kampar.Kemunculan kerajaan-keajaan Melayu Kesultanan Brunei. Pontianak. Tegaknya Kesultanan Melayu-Islam di Acheh (Perlak). Sambas. serta memperkenal dan meninggalkan tradisi keilmuan.

intelektualisme. saya ingin menyentuh beberapa aspek penting yang berhubung dengan (a) Pendidikan dan pengembangan ilmu (b) Bahasa dan persuratan (c) Kebudayaan dan kesenian (d) Politik dan pentadbiran. ketatanegaraan. termasuk juga binatang-binatang halal yang tidak disembelih secara Islam. bahasa dan persuratan. aspek nilai dan sebagainya.pengembangan ilmu. sejarah wilayah. Setidak-tidaknya penghayatan syiar-syiar agama masih bersemarak. kebudayaan dan kesenian. Selain itu. sejak zaman berzaman umat Melayu mungkin dapat digolongkan sebagai umat yang taat beragama. soal hukum hakam. sistem sosial. fenomena bertukar agama atau keluar dari Islam boleh dikatakan jarang sekali terjadi. Suatu macam transformasi sosial dan transformasi budaya yang mengagumkan telah terjadi. Lebih-lebih lagi di Malaysia. pembaharuan pemikiran. (a) Pendidikan Dan Pengembangan Ilmu . Yang paling jelas orang Melayu atau umat serumpunnya – betapa pun lemah penghayatan Islam mereka – masih menghormati ajaran-ajaran Islam tertentu seperti larangan makan babi dan binatang-binatang lain yang diharamkan. Sebahagian besar umat Melayu masih menghormati hukum-hakam agama. di mana Melayu telah begitu menyatu dengan Islam sehingga kejadian Melayu keluar dari Islam pasti menimbulkan kegemparan besar. keadilan dan menempatkan kemuliaan serta keperibadian insan pada tempatnya yang layak dan wajar. Dilihat secara menyeluruh. dan (e) isu dan cabaran semasa kehidupan sosial umat. gerakan kesedaran politik dan pentadbiran. Kedatangan Islam Dan Pembudayaan Alam Melayu | 2 ISLAM: KESANNYA TERHADAP SOSIO-BUDAYA DAN PEMERINTAHAN Dalam konteks kesan kedatangan Islam terhadap perubahan sosio budaya ini. Paksi kehidupan umat Melayu dan sejarah kebudayaannya menuju ke suatu sinar zaman baharu yang mendukung ciri-ciri rasionalisme. Setiap tahun jemaah haji dari rantau ini terutamanya dari Malaysia dan Indonesia adalah antara yang terbesar jumlahnya.

Firman Allah yang pertama disampaikan melalui Jibril kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s. bukan sahaja melalui pengajian pondok atau kegiatan dakwah seperti yang dinyatakan. India-Islam dan Turki-Islam. adalah kewajipan terhadap pencarian ilmu dengan perintah ‘Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Bacalah. Pontianak. gerakan ulama mengembangkan ilmu menerusi pendidikan agama tidak pernah surut. Peradaban Melayu-Islam berada dan berkembang di wilayah Alam Melayu. Nama-nama ulama besar itu termasuklah ulama-ulama dari Kelantan-Pattani. dan kemudiannya Kelantan–Patani. langgar dan masjid atau di kalangan istana. Banten dengan tokoh besarnya – Syeikh . Sambas. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Palembang dan Banjar. Sehingga suku pertama abad ke 20. Acheh. Pasai. Kedah. Proses pembudayaan rantau Melayu banyak sekali dimainkan peranannya oleh para ulama yang berrmula dari pusat-pusat pemerintahan Islam-Melayu seperti Melaka seawal abad ke-15. Jawa. Parsi-Islam. Sumbawa. Makasar. Lingga dan sebagainya. pada abad ke-19. Di pelbagai wilayah Alam Melayu luas. sehingga kemudiannya terdirinya pondok dan pesantren di serata wilayah dan daerah kepulauan Melayu.w.Pendidikan dan pengembagan ilmu adalah warisan Nabawi yang sangat utama. selain dari pusat-pusat kebudayaan Islam di atas tadi. Mesir dan Turki. bahkan tidak terkecuali. juga India dan Pakistan. ditambah oleh hubungan dengan pusat-pusat kebudayaan Islam di al-Haramain atau Tanah Arab. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya’ Al ‘Alaq (Segumpal Darah) 96:1-5. Banten dan Minangkabau. Sistem awal yang diperkenalkan. mungkin pada mulanya dengan menadah kitab di surau. Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. tetapi juga lewat pengaruh perdagangan dan perluasan wilayah geopolitik baharu seperti Aceh-Pasai dan Johor-Riau itu. dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Terengganu. Minangkabau. Perkembangan ilmu telah membawa kesan yang cukup besar terhadap perubahan sosio-budaya umat Melayu sesudah kedatangan Islam. Ilmu adalah alat pertama bagi kesempurnaan keperibadian seseorang insan dan pembentukan akhlak. Sumbangan seperti ini. terdapat cukup ramai para ulama yang berjasa besar dan terserlah sumbangan mereka dalam pembangunan tamadun Melayu. telah memberikan ciri-ciri khusus terhadap sebuah tamadun Islam di Asia Tenggara yang dikenali sebagai peradaban Melayu-Islam sebagaimana kita kenali adanya peradaban Arab-Islam.a. Dari pusat-pusat inilah terpancar keluarnya pengaruh kebudayaan Islam di Alam Melayu dari Semenanjung sehingga ke kepulauan Indonesia.

Haji Mohd Yusoff Ahmad al-Kenali (Tuk Kenali). Beberapa peribadi Islam yang dikenal masyhur dalam menghuraikan ilmu ini seperti al-Ash’ari. Kemudian Terengganu dengan Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis. ulama-ulama tadi cukup aktif menghasilkan karya tulis dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan agama. Selepas ilmu tentang ketuhanan dan world view. kesenian dan kebudayan selain dari keagamaan. Palembang dengan Syeikh Abdul Samad al-Palembani. persuratan. dan kemudian Patani dan Kelantan dengan tokoh-tokohnya dikenal seperti Syeikh Abdul Rahman Pauh Bok. tentu sahaja ilmu-ilmu yang membahaskan tentang ketuhanan dan tasawwur (world view) Islam.Nawawie al-Bantaniy. iaitu ilmu yang mengatur cara berhubung antara manusia sesama manusia dan manusia dengan Tuhannya. Dalam bidang karya tulis. dengan tokoh-tokoh di Acheh seperti Hamzah Fansuri. berlanjut di Banjar dengan tokohtokoh seperti Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari dan Muhammad Nafis al-Banjari. lebih awal lagi di Jawa dengan Wali Songo dan ulama-ulama besar Minangkabau yang bergerak secara langsung dalam gerakan bahasa. menghuraikan dasar-dasar pandangan hidup Islam dengan menerangkan hakikat ketuhanan dan hubungannya dengan kenyataan-kenyataan yang perlu diketahui dan direalisasi dalam kehidupan seorang Muslim. Syeikh Abdul Rauf Singkel. Antaranya. al-Maturidi dan al-Ghazaliy. yang paling awal. Dengan kedatangan Islam dan tersebar ajarannya di Nusantara atau Alam Melayu. kita lihat tradisi yang sangat penting ini yang boleh disebut pada abad ke 16 dan 17. maka telah tumbuh dan berkembang ilmu-ilmu yang menentukan ciri-ciri kebudayaan Melayu besar serantau itu. Hubungan antara manusia dengan . dasardasar pandangan hidup Muslim menjadi lebih jelas dan tidak hanya sekadar menjadi suatu rukun daripada rukun-rukun iman yang dihafal dalam kepala sahaja. Hasil karya para ulama Melayu itu. Syeikh Haji Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-Fatani. Kalau diteliti lanjut. antara lain. sehingga dengan demikian. Tuk Wan Ali Kutan. Penerimaan terhadap ajaran Islam dan kebudayaannya menyebabkan kebudayaan Melayu disejajarkan dengan Islam. Tuan Tabal dan lain-lain. Maka Islam itu tidak sukar diterima oleh sebahagian besar umat serumpun Melayu itu. Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani. mempunyai penerjemah-penerjemah dan penghurai-penghurainya di Nusantara. Tuan Minal. penulis kitab Syarh Hikam yang terkenal itu. iaitu ilmu yang menghuraikan dasar-dasar aqidah Islam. Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Shamsuddin al-Sumatrani. antara lainnya. maka ilmu yang paling dekat selepasnya ialah ilmu-ilmu tentang ibadat dan hukum-hakam atau fiqh.

Tradisi pengajian pondok (pesantren) yang dianggap oleh setengah kalangan peneliti sebagai bersifat indigenous itu telah memainkan peranan besar sebagai jambatan budaya yang menghubungkan tradisi keilmuan rantau ini dengan tradisi keilmuan Dunia Islam terutama yang berpusat di Asia Barat. maka terbentuklah suatu sistem nilai dan etika Islam di Nusantara. Para ilmuwan Melayu tidak hanya menterjemah dan menyadur karya-karya dari luar.. dihurai dengan jelas dengan cara menghubungkannya dengan kehidupan sosial dan kehidupan seseorang. tidak jarang perbahasan tentang ilmu ini dikaitkan dengan soal-soal metafizika dan ketuhanan.t. tetapi ada juga yang menghasilkan karya-karya asli termasuk karya-karya dalam bahasa Arab. Malah. Dari segi budaya intelektual. Khazanah intelektualisme Melayu tidak cuma mengandungi sastera lipur lara. al-Mawardiy. Dalam bidang ini sifat-sifat utama yang merupakan nilai-nilai baik atau al-Mahmudah dan sifat-sifat tercela keji yang menjadi lawannya atau al-Mazmumah. Kemudian. Ash-Syeikh Nawawiy al-Bantaniy (Banten) misalnya telah menghasilkan beberapa buah kitab dalam bahasa Arab yang menjadi rujukan para ulama Hijaz. Antara namanama yang sangat terkemuka dalam bidang ini ialah Syeikh Abdul Samad al-Palembani dengan karya besarnya Siyar al-Salikin dan Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari dengan karya kontroversinya – al-Durr al-Nafis. Manusia membentuk kebudayaan dan tamadun mereka tetapi terasnya adalah agama yang datangnya dari Allah s. yang kemudiannya menjadi wadah dan acuan kepada sistem moral dan akhlak yang sekarang kita anuti sebagai nilai-nilai bersama. Kedatangan Islam ke rantau ini telah memulakan tamadun keilmuan dan melibatkan para ilmuwan Melayu dalam perkembangan intelektualisme Dunia Islam. Dunia Melayu mempunyai sejarah dan tradisi intelektualismenya sendiri. Memang rantau ini belum pernah melahirkan seorang ash-Shafiy atau al-Ghazaliy. Tuhan Yang Maha Esa.manusia itu telah membentuk kebudayaan dan tata kehidupan sehingga proses penciptaan mereka tetap berpaut kepada aqidah dan tauhid.w. Dengan berdasar kepada pemahaman doktrin dalam bidang ini serta pelaksanaannya dalam kehidupan perseorangan dan jamaah. tetapi meliputi juga terjemahan dan saduran karya-karya besar al-Baydawiy. al-Ghazaliy dan lain-lain di samping karya-karya asli ulama Melayu. . tetapi setidak-tidaknya rantau ini memang sentiasa terdedah kepada pemikiran para ilmuwan besar Dunia Islam. terhurai juga ilmu-ilmu yang menyangkut bidang etika dalam kerangka syariat yang syumul dan meliputi.

memang sejarah pengislaman rantau ini berkait erat dengan peranan kaum sufi. Tradisi kerohanian masyarakat Melayu pernah membuktikan peranan positifnya sebagai salah satu kekuatan umat. Perkembangan-perkembangan mutakhir dalam bidang pendidikan di rantau ini telah membuka kemungkinan-kemungkinan baru. Ilmu Tasawwuf adalah merupakan antara jenis ilmu yang popular dalam masyarakat Melayu. Kerana itu hingga sekarang rantau Melayu adalah termasuk daerah yang paling subur dengan tradisi kesufian. Sejarah zaman penjajahan di Indonesia mencatatkan bahawa antara kekuatan yang paling ditakuti oleh Belanda ialah kumpulan-kumpulan tarekat pimpinan ulama-ulama rohaniah yang sangat berkarisma.Sejarah intelektualisme rantau ini juga mencatatkan adanya polemik-polemik intelektual yang menyegarkan budaya berfikir.com/2007/05/25/kedatangan-islam-dan-pembudayaan-alammelayu-1/ BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT . polemik di sekitar faham sekular.wordpress. Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa dan ISTAC (Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa) di Malaysia umpamanya telah menjadikan rantau ini sebagai salah satu pusat tumpuan para ilmuwan dunia. Dari segi tradisi kerohanian pula. Karya-karya al-Ghazaliy khususnya kitab ihya’ Ulumi ‘d-Din telah sejak lama diterjemah dan tersebar luas. http://nabawi. polemik politik tentang Islam dan kenegaraan (antara Soekarno dengan Natsir) polemik Kaum Tua-Kaum Muda (tentang pembaharuan Islam). Pada zaman tamadun Aceh telah terjadi polemik di sekitar faham wujudiyyah dan pada zaman kebelakangan ini lebih banyak lagi polemik-polemik tentang pelbagai isu termasuklah polemik Islam dan adat tentang pembahagian harta pusaka dalam sistem adat perpatih. reaktualisasi Islam dan sebagainya. Sekarang ini pun kita sudah menyaksikan semakin ramainya para pelajar dari pelbagai rantau dunia termasuk Dunia Arab yang datang untuk belajar di kampus-kampus kita.

penghulu bendahari dan laksamana ). Terbahagi 2 iaitu undang – undang bertulis dan tidak bertulis. Konsep Khalifatul Mukminin pula bermakna pemimpin orang mukmin. Undang – undang bertulis ialah peraturan atau hokum dalam sebuah masyarakat. Sultan dibantu oleh pembesar 4 ( bendahara. gelaran ini digunakan oleh Sultan Mahmud Syah Melaka dan Sultan Abdul Ghaffur Pahang. Sultan juga mendapat nasihat daripada ulama seperti Sayid Abdul Aziz di Melaka. kuasa tertinggi terletak di tangan Yang – dipertuan Besar. 8. 7. 4. 6. 3. Kedatangan Islam membawa konsep Zillullah fil – alam dan Zillullah fi – ardh yang bermaksud bayangan Allah di muka Bumi. termenggong. . 2. Sebelum Islam institusi raja dipengaruhi konsep dewa – raja ( tradisi Hindu – Buddha ). 5. 9. bahasa contohnya istiadat pertabalan.( 1 ) Pengaruh Islam terhadap politik. Daulat diperkukuhkan lagi dengan adat istiadat seperti pakaian. 10. 1. 1. pada zaman Islam sultan dinasabkan kepada tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain. a) Pentadbiran. Dalam tradisi Hindu Buddha raja dinasabkan kepada keturunan dewa. b) Perundangan. Zaman Islam sultan masih kuasa tertinggi. tingkahlaku. Konsep daulat telah mengukuhkan kuasa sultan – konsep ini tidak bertulis tetapi dipercayai kebenarannya sehingga menaikkan penghormatan rakyat kepada sultan. 2. Adat Perpatih – sistem ini diamalkan di Negeri Sembilan. Bermakna pengesahan kewibawaan raja berlandaskan Islam di beri kepada raja. tetapi sistem pewarisan masih diteruskan.

besar). Sumatera. Anakperepmuan diberi hak mewarisi harta. Undang-undang Pahang. 4. Undang-undang Laut Melaka. Melaka. Tradisi Hindu berpegang kepada Hukum Kanun Manu yang membezakan hukuman berdasarkan kelas. Setiap suku ini pula mempunyai ketua iaitu Lembaga. Johor. Kedah. Raja selalunya dikecualikan daripada undang – undang secara praktiknya. Pada mulanya adat ini dipengaruhi ajaran Hindu. Buapak memilih Lembaga memilih Undang memilih Yang Dipertuan Besar. Perundangan sebelum Islam – tradisi Hindu Buddha: • • Tradisi Hindu Buddha disesuai dengan budaya temaptan. Perak. Undang – undang tidak bertulis dikenali juga sebagai adat speerti adat Pepatih dan adat Temenggong. Melaka. Adat Temenggong: • • • • • Di jalankan di Tanah Melayu selain negeri Sembilan. Perundangan selepas Islam: • • Undang – undang Islam di negeri –negeri Melayu wujud sebelum kedatangan pengaruh Kehadiran Islam memperkembangkan undang – undang bertulis seperti Hukum Kanun British. Islam mazhab Shafie. naming. yang mementingkan keturunan lelaki. Bersifat matrilineal iaitu mengutamakan jurai keturunan ibu. Berasaskan sistem perilineal. Anak lelaki diutamakan dalam pembahagian pusaka (bertepatan denga hukum faraid Diasakan oleh Datuk ketumanggungan dari Palembang. Adat Perpatih : • • • • • • • • Dijalankan di Negeri Sembilan dan Naning. Menyelesaikan masalah secara musyawarah yang dihadiri oleh 12 suku (keluarga Tidak membenarkan perkahwinan sama suku. Perlantikan ketua secara demokrasi dari peringkat bawah iaitu Anak Buah memilih Diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Pagar Ruyung.3. kemudian disesuaikan dengan ajaran Islam). Hukum Kanun Melaka : .

Penekanannya ialah nilai moral. adat. Pendidikan tidak formal terawal melalui asuhan keluarga. Pendidikan juga dilakukan melalui pantun. (2) Pengaruh Islam terhadap sosiobudaya a) Pendidikan tidak formal. teka teki. Undang – undang keluarga. sopan santun. Pantang larang anggota masyarakat. 6. pertukangan. 7. peribahasa. perikanan. Undang – undang Laut Melaka. . pembelajaran melalui pendengaran. Pendidikan formal berkaitan keagamaan di rumah. 1.• • • • • Menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar. Niali murni diterap melalui cerita lisan seperti cerita binatang dan jenaka yang memberi teladan dan pengajaran. madrasah dan pondok. Di rumah tok guru. penglihatan dan pemerhatian. 2. Ibu bapa turut mengajar hal agama. Kanak-kanak mempelajari kemahiran ibu bapa seperti pertanian. kraftangan. pendidikan al-Quran diajar melibatkan anak – anak berusia 7 hingga 15 tahun. 4. Undang – undang Laut Melaka : • • Nakhoda (kapten) dalam kapal diertikan sebagai imam dan anak buah kapal sebagai Undang – undang Pelabuahn di negeri Kedah mempunyai peranan yang sama dengan makmum. 2. Permasalahan ibadah. Pantang-larang dan adat dipelajari melalui pergaulan sosial seperti tunduk apabila lalu di hadapan orang tua. masjid. 1. 3. istana. 5. b) Pendidikan formal. Hukuman jenayah. surau.

10. usuludin. Di istana. 9. pertengahan. kanak-kanak diajar ilmu tajwid. Batak dan Rencong. 6. Di masjid dan surau. Pelajar akan belajar sehingga 10 tahun sebelum tamat pengajiannya. Gujerat. Kitab al-Dur al Manzum (kitab Tasawuf) – sangat terkenal di istana Melaka hingga ke istana kerajaan Johor. 12. fikah dan bacaan sembahyang. hadis. 5. Ramai ulama menetap di Melaka antaranya orang Arab. Sultan Mansur Syah telah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar.3. Sebelum lahirnya tulisan jawi telah wujud tulisan dalam sastera Melayu seperti tulisan Pallva. Sunda. kerana pengaruh pemnerintah Melaka. Parsi. menurut Sejarah Melayu – pusat pengajian agama terdapat di istana Melaka. Terengganu (Pondok Pulau Manis) dan Kedah (Pondok Titi Gajah). 7. pengkhususan. pengajiannya menyediakan pelajar yang bakal menjadi guru agama dan berkhidmat kepada masyarakat. orang dewasa pula belajar ilmu fikah. Pendidikan madrasah ini mengikut tahap iaitu tahap permulaan. Pendidikan pondok pula. Sistem ini berdasarkan sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas. Tulisan jawi hasil penyesuaian bahasa melayu dan tulisan Arab menjadi saluran pembacaan dan penulisan utama. Sistem madrasah – diperkenalkan oleh Bani Saljuk di Iraq. c) Bahasa dan Kesusasteraan. Ia diawasi oleh Mudir (Guru Besar) dan diselia oleh sebuah lembaga. 1. Pengajaran buku hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah turut disimpan di Istana Melaka. 11. Kawi (Jawa kuno). 8. Pondok terkenal terdapat di Kelantan (Pondok Pulau Condong). . kuno. 4. tasawuf pada tahap lebih tinggi. Di istana juga mengajar ilmu politik dan pentadbiran negara. 2.

nyanyian yang dipersembahkan dalam majlis perkahwinan. tauhid. Zaman Islam – seni bina masjid terdapat ciri khas seperti mihrab. berkhatan dan upacara bersifat keagamaan. Kemudiannya ditambah dengan istilah fikah. dan seloka. Seni persembahan merangkumi tarian. Keindahan ini dapat dilihat daripada seni halus. Rumah pula mempunyai seni ukiran tumbuhan. Seni epigrafi ada pada batu bersurat dan batu nisan. 7. Seni khat atau kaligrafi digunakan sebagai hiasan di Masjid dan madrasah. tempat bersemayam. tembikar atau mata wang. Hikayat berkaitan kisah Nabi Muhammad s. telaga. d) Kesenian. Kesusasteraan rakyat. jenaka. 5. 3. Istilah bahasa Melayu bertambah kesan pengaruh Bahasa Arab. seni tekstil. 2. Seni zaman Hindu Buddha seperti seni candi. muzik. Masjid terkenal contohnya Masjid Kg. Hikayat Abu Bakar. geometri. seperti perkataan adat. Hikayat Saduran Arab Parsi – Hikayat Abu Nawas. binatang.3. batu nisan. balai istiadat contohnya istana Melaka. Laut Kelantan dan Masjid Tengkera Melaka. 6. Istana raja pula dilengkapi dengan balairung. 4. seni arca di Lembah Bujang. 8. Seni bermakna suatu yang indah pada penciptanya. bumbung. seni bina. dongeng dan puisi seperti pantun. hukum. gurindam. 5. 7.a. 9. .w dan sahabat seperti Hikayat Nur Muhammad. 1. disampaikan secara lisan seperti cerita asal-usul. Bentuk puisi syair – Syair Dahulu Kala ( di Terengganu ). hakim. seni tampak. seni rupa. mimbar. 6. 4.

bekerjasama dan perpaduan. tarian inang di istana Melaka.10. Syahbandar menjadi ketua perlabuhan. Pengaruh perdagangan amat kuat kepada umat Islam kerana Nabi Muhammad s. ( 3 ) Pengaruh Islam terhadap ekonomi.a. 3. Tarian pengaruh Arab seperti tarian dabus di Perak. . Pelabuhan Melaka mempunyai kemudahan yang lengkap. Melaka menjadi pusat dagang kerana strategik ( laluan timur dan barat turut melibatkan pedagang Islam ). berkhatan al – Quran diadakan mengikut Islam. 5. Majlis seperti ini juga menekankan nilai gotong – royong. Majlis perkahwinan. jiran dianggap seperti keluarga. nazam. tetamu dilayan dan dihormati dengan hidangan makan minum.w terlibat secara langsung dalam perdagangan ( memperdagangkan barang Khatijah ). panggilan pangkat diberi seperti Pak Long dan Mak Long. perlantikan pengganti sultan sebelum istiadat pemakaman ditiru daripada kerajaan Bani Umaiyah. bacaan ikrar diteruskan kerana ia menyerupai baiah. 2. 3. ghazal. 4. apabila orang muda bercakap dengan orang tua suara perlu rendah. bacaan bismillah dimulakan untuk menjamu makan minum. e) Gaya hidup. Perubahan akhlak rakyat – ibu bapa amat dihormati. Perubahan iatiadat pemerintah – dalam pertabalan raja kandungan bacaan ciri di mansuhkan. 4. 6. 11. Adab berziarah – seseorang perlu memberi salam dan tuan rumah wajib menjawab salam. 1. Undang – undang Laut Melaka membantu menentukan tugas nakhoda. Seni muzik pula seperti seni dikir diiringi rebana dan kompang. a) Perdagangan. jurumudi. Laksamana membantu menguruskan hal kelautan. 1. 2. kemudian bersalaman. Kanak – kanak mencium tangan orang yang lebih tua.

Mata wang emas ini mencatatkan nama dan pangkat Sultan iaitu Khalifatul Muslimin. Melaka turut memperkenalkan sistem timbang dan sukat seperti kati dan tahil yang dipertanggungjawabkan kepada Syahbandar. 6. Kaedah yang digunakan ialah tukar barang dan jual beli. Barangan yang dtimbang seperti emas. 4. 5. tetapi pedagang Eropah menggunakan wang perak. 1. 8. 11. Di Johor wang timah dikenali sebagai wang katun yang mempunyai tulisan jawi atau Arab. perak. Mata wang ini boleh ditukar dengan mata wang tempatan.7. Pedagang Arab menggunakan wang emas. Mata wang emas Johor digunakan ketika Sultan Alaudin. Sistem mata wang adalah alternatif kepada sistem tukar barang atau barter. 3. Mata wang asing juga digunakan di Melaka seperti mata wang Pasai. Kedah. Kelantan dan Terengganu. wang emas Johor digelar kupang. b) Mata wang. 2. Kejatuhan Melaka mengalih perkembangan perdagangan ke Johor. Hormuz dan Cambay. Umumnya negeri Melayu menggunakan timah sebagai wang dan nama sultan serta tarikh Islam dicatat pada mata wang. 8. Mata wang emas Kelantan dikenali sebagai kijang. 10. Mata wang timah Kedah berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin. dan rempah menggunakan dachim ( dacing ). dikatakan tidak kurang 84 bahasa dipertuturkan di Melaka. Di Melaka amat ramai pedagang. 7. 9. 9. .

1. Barang yang tidak dikenakan cukai ialah beras. 2. Penegasan tentang riba ini dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka. 7. http://cikguazid. contohnya orang asing Kepulauan Melayu (cukai diraja 3%) dan orang asing lain (cukai diraja 6%). 4. Cukai ialah bayaran yang dikenakan oleh pemerintah terhadap aktiviti tertentu atau barang tertentu. Setelah cukai dibayar. Wang zakat disimpan oleh Baitulmal yang menyelenggarakan harta kerajaan. cukai dibayar oleh pedagang sebelum memulakan perniagaan. 8. Walau bagaimanapun golongan ceti yang memberi pinjaman dibenarkan menjalankan aktiviti riba mereka. Di Melaka. 9. Orang Islam yang berkemampuan dikenakan zakat harta. 3. 5. 6. makanan.c) Percukaian. Cukai paling asas ialah cukai tetap (cukai import) – contohnya pedagang dari India dan Arab (6% daripada jumlah barang ). Aziz Deraman Kuala Lumpur . wang Baitulmal digunakan untuk pembangunan negara dan masyarakat. mereka boleh berniaga di bazaar – bazaar di sepanjang Sungai Melaka. 10.com/nota-sejarah-ting-4/bab-8-pembaharuan-dan-pengaruh-islam-dimalaysia-sebelum-kedatangan-barat/ Kedatangan Islam dan Pembudayaan Alam Melayu Dicatat oleh Tawel Sensei di 8:58 AM Oleh: Dato’ Haji A. Jepun dan China (5%). Orang asing yang menetap di Melaka juga dikenakan cukai. Amalan riba dikalangan orang Islam tidak dibenarkan di negeri melayu.

Majapahit dan kerajaan-kerajaan wilayah seperti di Kediri. Islam telah membawa kesan yang meluas dan mendalam terhadap kehidupan sosio-budaya massa dan membentuk corak kerajaan-kerajaan Melayu di Dunia Melayu dengan memperkenalkan pelbagai sistem. Rom dan Eropah . Sambas. Sulu. Tegaknya Kesultanan Melayu-Islam di Acheh (Perlak). menguasai sebahagian besar timur Sumatera [kota-kota pelabuhan seperti Siak. Islam dalam kebudayaan Melayu dikatakan denyut nadi dan degup jantung kepada kesinambungan sejarah rantau. Singosari.kekuatannya yang dibentuk oleh Islam itu menandakan telah wujud pengembangan Warisan Nabawi yang luar biasa dalam konteks keserumpunan dan keserantauan yang tersendiri. Kertas kerja ini sebenarnya ada sedikit bahagiannya yang tercicir. India. persuratan dan budaya dalam suatu bahagian tamadun manusia di bahagian timur dunia sejak berabad-abad yang lalu. serentak dengan peranannya dalam penyebaran Islam ke seluruh Alam Melayu. Kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu Kesultanan Brunei. Dalam tempoh hampir 15 abad dari awal Masihi sehingga permulaan abad ke-15. tetapi kesan terbesar terjadi hanya sesudah terbentuknya Kerajaan Melayu Melaka dengan kekuatan sistem pemerintahan dalam bidang siasah. sosial dan kebudayaan. serta memperkenal dan meninggalkan tradisi keilmuan. Kedatangan Islam Setelah kedatangan Islam. Sungguh pun disebut hubungan Tanah Melayu dengan dunia Arab sudah terjadi sejak abad ke-9 Masihi mungkin kerana dagang. turun naiknya Kerajaan-Kerajaan Melayu boleh ditelusuri dari Zaman Funan. Insya-Allah bila sudah jumpa. Medang Bhumi (Kelantan). Mindanao dan keluasan pengaruh kuasa Empayar Melayu Melaka itu melebar dari seluruh Tanah Melayu sehingga ke Pattani di selatan Thai. menjadikannya sebuah pemerintahan yang disegani timur dan barat. ekonomi. sila hubungi saya di protajdid [at] gmail [dot] com --- Mukadimah Islam dan peradaban Melayu tidak boleh dipisahkan. Pontianak. Makassar. akan saya letakkan di sini. kehidupan baru manusia Alam Melayu atau Nusantara dalam keserumpunan itu bertukar daripada kepercayaan tahyul kepada suatu keyakinan yang berpaksikan aqidah yang didasari intelektualisme dan rasionalisme. Kedatangan Islam telah mengubah dan merobah kehidupan keagamaan yang sebelum itu berabad-abad lamanya dipengaruhi oleh kepercayaan Hindu-Buddha. Terengganu. Kampar. Champa. Banjar. kemajuan bahasa. Langkasuka.Tulisan ini pertama kali disiarkan di blog Ustaz Fauzi (tak begitu aktif). Jika anda memilikinya. Yang paling penting lagi Alam Melayu seolah-olah menjadi penyambut kepada kejatuhan Islam di Andalusia yang mencapai kegemilangannya pada abad 7 hingga 14 Masihi dan Empayar Melaka muncul sewaktu Barat memulakan penerokaan dunia baru dan bertarung dalam . Inderagiri dan sebagainya]. Sriwijaya. Kutai Kartanegara. Jawa dan kemudiannya pengaruh Melaka dalam konteks hubungan serantau dan dengan Dinasti China.

keadilan dan menempatkan kemuliaan serta keperibadian insan pada tempatnya yang layak dan wajar. Mungkin Alam Melayu tidak menerima keseluruhan isi peradaban Zaman Andalusia. Dilihat secara menyeluruh. di mana Melayu telah begitu menyatu dengan Islam sehingga kejadian Melayu keluar dari Islam pasti menimbulkan kegemparan besar. (c) Kebudayaan dan kesenian.Perang Salib. intelektualisme. saya ingin menyentuh beberapa aspek penting yang berhubung dengan: • • • • • (a) Pendidikan dan pengembangan ilmu. tetapi hakikat penerimaan aqidah Islamiyyah dan tradisi keilmuan sudah cukup bagi mewarnai corak keperibadian baru dan pedoman hala tuju sebuah peradaban di timur. (e) Isu dan cabaran semasa kehidupan sosial umat. Islam: Kesannya Terhadap Sosio-Budaya dan Pemerintahan Dalam konteks kesan kedatangan Islam terhadap perubahan sosio budaya ini. ketatanegaraan. soal hukum hakam. gerakan kesedaran politik dan pentadbiran. Suatu macam transformasi sosial dan transformasi budaya yang mengagumkan telah terjadi. Paksi kehidupan umat Melayu dan sejarah kebudayaannya menuju ke suatu sinar zaman baharu yang mendukung ciri-ciri rasionalisme. Kesan kedatangan Islam terhadap kehidupan sosial dan kebudayaan Melayu dan sistem berkerajaan merupakan suatu proses pembudayaan yang boleh dikaji dari pelbagai sudut seperti pendidikan dan pengembangan ilmu. (a) Pendidikan Dan Pengembangan Ilmu . (d) Politik dan pentadbiran. bahasa dan persuratan. Lebih-lebih lagi di Malaysia. sejak zaman-berzaman umat Melayu mungkin dapat digolongkan sebagai umat yang taat beragama. Setiap tahun jemaah haji dari rantau ini terutamanya dari Malaysia dan Indonesia adalah antara yang terbesar jumlahnya. (b) Bahasa dan persuratan. pembaharuan pemikiran. Yang paling jelas orang Melayu atau umat serumpunnya – betapa pun lemah penghayatan Islam mereka – masih menghormati ajaran-ajaran Islam tertentu seperti larangan makan babi dan binatang-binatang lain yang diharamkan. sistem sosial. Barat telah menggerakkan Zaman Pembaharuan (Renaissance) yang bertujuan mengubah dan menukar segala kemajuan ilmu dan pengetahuan termasuk sains Islam mengikut kehendak dan kaca mata mereka. sejarah wilayah. Sebahagian besar umat Melayu masih menghormati hukum-hakam agama. kebudayaan dan kesenian. Setidak-tidaknya penghayatan syiar-syiar agama masih bersemarak. fenomena bertukar agama atau keluar dari Islam boleh dikatakan jarang sekali terjadi. Selain itu. aspek nilai dan sebagainya. termasuk juga binatang-binatang halal yang tidak disembelih secara Islam.

Palembang dan Banjar. tetapi juga lewat pengaruh perdagangan dan perluasan wilayah geopolitik baharu seperti Aceh-Pasai dan Johor-Riau itu. Di pelbagai wilayah Alam Melayu luas. Banten dan Minangkabau. gerakan ulama mengembangkan ilmu menerusi pendidikan agama tidak pernah surut. Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Maka Islam itu tidak sukar diterima oleh sebahagian besar umat serumpun Melayu itu. Parsi-Islam. Nama-nama ulama besar itu termasuklah ulama-ulama dari Kelantan-Pattani. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya". telah memberikan ciriciri khusus terhadap sebuah tamadun Islam di Asia Tenggara yang dikenali sebagai peradaban Melayu-Islam sebagaimana kita kenali adanya peradaban Arab-Islam. Kalau diteliti lanjut. Minangkabau. Peradaban Melayu-Islam berada dan berkembang di wilayah Alam Melayu.a. Sambas. Bacalah. Proses pembudayaan rantau Melayu banyak sekali dimainkan peranannya oleh para ulama yang bermula dari pusat-pusat pemerintahan Islam-Melayu seperti Melaka seawal abad ke-15. Kedah. juga India dan Pakistan. Banten dengan tokoh besarnya – Syeikh Nawawie al-Bantaniy. bukan sahaja melalui pengajian pondok atau kegiatan dakwah seperti yang dinyatakan. Ilmu adalah alat pertama bagi kesempurnaan keperibadian seseorang insan dan pembentukan akhlak. Lingga dan sebagainya. Firman Allah yang pertama disampaikan melalui Jibril kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s. Al ‘Alaq (Segumpal Darah) 96:1-5. Mesir dan Turki. ulama-ulama tadi cukup aktif menghasilkan karya tulis dalam pelbagai . Sumbangan seperti ini. Makasar. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. bahkan tidak terkecuali. Pasai. Penerimaan terhadap ajaran Islam dan kebudayaannya menyebabkan kebudayaan Melayu disejajarkan dengan Islam. Pontianak. Terengganu. Sistem awal yang diperkenalkan. ditambah oleh hubungan dengan pusat-pusat kebudayaan Islam di alHaramain atau Tanah Arab. langgar dan masjid atau di kalangan istana. mungkin pada mulanya dengan menadah kitab di surau. Sehingga suku pertama abad ke-20. India-Islam dan Turki-Islam. dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Dari pusat-pusat inilah terpancar keluarnya pengaruh kebudayaan Islam di Alam Melayu dari Semenanjung sehingga ke kepulauan Indonesia. Jawa. Perkembangan ilmu telah membawa kesan yang cukup besar terhadap perubahan sosiobudaya umat Melayu sesudah kedatangan Islam. Acheh. pada abad ke-19. selain dari pusat-pusat kebudayaan Islam di atas tadi. dan kemudiannya Kelantan–Patani. sehingga kemudiannya terdirinya pondok dan pesantren di serata wilayah dan daerah kepulauan Melayu.Pendidikan dan pengembangan ilmu adalah warisan Nabawi yang sangat utama. terdapat cukup ramai para ulama yang berjasa besar dan terserlah sumbangan mereka dalam pembangunan tamadun Melayu. adalah kewajipan terhadap pencarian ilmu dengan perintah: "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan.w. Sumbawa.

Manusia membentuk kebudayaan dan tamadun mereka tetapi terasnya adalah agama yang datangnya dari Allah s. berlanjut di Banjar dengan tokoh-tokoh seperti Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari dan Muhammad Nafis al-Banjari. Tuan Minal. Tuk Wan Ali Kutan. Hasil karya para ulama Melayu itu. Syeikh Haji Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain alFatani.t. maka telah tumbuh dan berkembang ilmu-ilmu yang menentukan ciri-ciri kebudayaan Melayu besar serantau itu. kita lihat tradisi yang sangat penting ini yang boleh disebut pada abad ke 16 dan 17. yang paling awal. Haji Mohd Yusoff Ahmad al-Kenali (Tuk Kenali). al-Maturidi dan al-Ghazaliy. Dalam bidang karya tulis.. mempunyai penerjemah-penerjemah dan penghurai-penghurainya di Nusantara. sehingga dengan demikian. Hubungan antara manusia dengan manusia itu telah membentuk kebudayaan dan tata kehidupan sehingga proses penciptaan mereka tetap berpaut kepada aqidah dan tauhid. dihurai dengan jelas dengan cara menghubungkannya dengan kehidupan sosial dan kehidupan seseorang. Syeikh Abdul Rauf Singkel. tentu sahaja ilmu-ilmu yang membahaskan tentang ketuhanan dan tasawwur (world view) Islam. maka ilmu yang paling dekat selepasnya ialah ilmu-ilmu tentang ibadat dan hukum-hakam atau fiqh. dan kemudian Patani dan Kelantan dengan tokoh-tokohnya dikenal seperti Syeikh Abdul Rahman Pauh Bok. dengan tokoh-tokoh di Acheh seperti Hamzah Fansuri. Dalam bidang ini sifat-sifat utama yang merupakan nilai-nilai baik atau al-Mahmudah dan sifat-sifat tercela keji yang menjadi lawannya atau al-Mazmumah. menghuraikan dasar-dasar pandangan hidup Islam dengan menerangkan hakikat ketuhanan dan hubungannya dengan kenyataankenyataan yang perlu diketahui dan direalisasi dalam kehidupan seorang Muslim. Malah. Antara nama-nama yang sangat terkemuka dalam bidang ini ialah Syeikh Abdul Samad al-Palembani dengan karya besarnya Siyar al-Salikin dan Syeikh Muhammad Nafis al- . lebih awal lagi di Jawa dengan Wali Songo dan ulama-ulama besar Minangkabau yang bergerak secara langsung dalam gerakan bahasa. Dengan kedatangan Islam dan tersebar ajarannya di Nusantara atau Alam Melayu. iaitu ilmu yang menghuraikan dasar-dasar aqidah Islam. Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Shamsuddin al-Sumatrani. antara lainnya. Tuan Tabal dan lain-lain. penulis kitab Syarh Hikam yang terkenal itu. Beberapa peribadi Islam yang dikenal masyhur dalam menghuraikan ilmu ini seperti alAsh’ari. tidak jarang perbahasan tentang ilmu ini dikaitkan dengan soal-soal metafizika dan ketuhanan. Selepas ilmu tentang ketuhanan dan world view. Kemudian. Kemudian Terengganu dengan Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis. Antaranya. Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani. dasar-dasar pandangan hidup Muslim menjadi lebih jelas dan tidak hanya sekadar menjadi suatu rukun daripada rukun-rukun iman yang dihafal dalam kepala sahaja. antara lain. persuratan. kesenian dan kebudayan selain dari keagamaan. terhurai juga ilmu-ilmu yang menyangkut bidang etika dalam kerangka syariat yang syumul dan meliputi. Tuhan Yang Maha Esa. iaitu ilmu yang mengatur cara berhubung antara manusia sesama manusia dan manusia dengan Tuhannya. Palembang dengan Syeikh Abdul Samad al-Palembani.w.bidang ilmu pengetahuan agama.

Karya-karya al-Ghazaliy khususnya kitab ihya’ Ulumi ‘dDin telah sejak lama diterjemah dan tersebar luas. Dari segi tradisi kerohanian pula. Pada zaman tamadun Aceh telah terjadi polemik di sekitar faham wujudiyyah dan pada zaman kebelakangan ini lebih banyak lagi polemik-polemik tentang pelbagai isu termasuklah polemik Islam dan adat tentang pembahagian harta pusaka dalam sistem adat perpatih. tetapi ada juga yang menghasilkan karya-karya asli termasuk karya-karya dalam bahasa Arab. Dari segi budaya intelektual. polemik di sekitar faham sekular. Kerana itu hingga sekarang rantau Melayu adalah termasuk daerah yang paling subur dengan tradisi kesufian. reaktualisasi Islam dan sebagainya. tetapi setidak-tidaknya rantau ini memang sentiasa terdedah kepada pemikiran para ilmuwan besar Dunia Islam. Sekarang ini pun kita sudah menyaksikan semakin ramainya para pelajar dari pelbagai rantau dunia termasuk Dunia Arab yang datang untuk belajar di kampus-kampus kita. AshSyeikh Nawawiy al-Bantaniy (Banten) misalnya telah menghasilkan beberapa buah kitab dalam bahasa Arab yang menjadi rujukan para ulama Hijaz. Sejarah intelektualisme rantau ini juga mencatatkan adanya polemik-polemik intelektual yang menyegarkan budaya berfikir. al-Mawardiy. Dunia Melayu mempunyai sejarah dan tradisi intelektualismenya sendiri. Tradisi kerohanian masyarakat Melayu pernah membuktikan peranan positifnya sebagai salah satu kekuatan umat. Ilmu Tasawwuf adalah merupakan antara jenis ilmu yang popular dalam masyarakat Melayu. al-Ghazaliy dan lain-lain di samping karya-karya asli ulama Melayu. Kedatangan Islam ke rantau ini telah memulakan tamadun keilmuan dan melibatkan para ilmuwan Melayu dalam perkembangan intelektualisme Dunia Islam. Tradisi pengajian pondok (pesantren) yang dianggap oleh setengah kalangan peneliti sebagai bersifat indigenous itu telah memainkan peranan besar sebagai jambatan budaya yang menghubungkan tradisi keilmuan rantau ini dengan tradisi keilmuan Dunia Islam terutama yang berpusat di Asia Barat. Para ilmuwan Melayu tidak hanya menterjemah dan menyadur karya-karya dari luar. tetapi meliputi juga terjemahan dan saduran karya-karya besar al-Baydawiy. Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa dan ISTAC (Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa) di Malaysia umpamanya telah menjadikan rantau ini sebagai salah satu pusat tumpuan para ilmuwan dunia. maka terbentuklah suatu sistem nilai dan etika Islam di Nusantara. yang kemudiannya menjadi wadah dan acuan kepada sistem moral dan akhlak yang sekarang kita anuti sebagai nilai-nilai bersama. Memang rantau ini belum pernah melahirkan seorang ash-Shafiy atau al-Ghazaliy. Khazanah intelektualisme Melayu tidak cuma mengandungi sastera lipur lara. memang sejarah pengislaman rantau ini berkait erat dengan peranan kaum sufi. . polemik politik tentang Islam dan kenegaraan (antara Soekarno dengan Natsir) polemik Kaum Tua-Kaum Muda (tentang pembaharuan Islam). Perkembangan-perkembangan mutakhir dalam bidang pendidikan di rantau ini telah membuka kemungkinan-kemungkinan baru.Banjari dengan karya kontroversinya – al-Durr al-Nafis. Dengan berdasar kepada pemahaman doktrin dalam bidang ini serta pelaksanaannya dalam kehidupan perseorangan dan jamaah.

Cabaran pada abad ke 21. Namun begitu dengan kepakaran dan pencapaian manusia sehebat itu pun. adalah bukti jelas daripada tindak tanduk penyimpangan daripada pola yang diterima turun temurun ini. (b) Bahasa dan persuratan Bahagian ini tercicir (c) Kebudayaan dan kesenian Bahagian ini tercicir (d) Politik dan pentadbiran Bahagian ini tercicir (e) Isu dan cabaran semasa kehidupan sosial umat. mahu tidak mahu umat serumpun Melayu sama ada yang beragama Islam atau beragama lain akan menghadapi suatu zaman kemajuan yang luar biasa khususnya pengaruh teknologi moden. suatu akibat daripada kecuaian dan kelalaian yang membawa kepada terhakisnya pendidikan agama dan nilai budaya. sehingga sesuatu yang tidak dapat kita bayangkan. . Ada suatu macam penolakan tentang the grand narrativeyang ditanzilkan dari langit itu. Manusia kadangkala terjebak oleh akal dengan pengaruh pemikiran dan falsafah atau berasaskan kepercayaan ciptaan manusia sendiri. Pengaruh globalisasi. Manusia mula menunjukkan tanda-tanda penolakan terhadap agama wahyu. Maraknya gejala sosial dan budaya hedonisme di kalangan generasi muda terutama di kalangan anak-anak remaja dan penyakit rakus serta gila kuasa di kalangan orang dewasa dan para pemimpin. pascamodenisme dan liberalisasi menuntut gerakan agama dan para ulamanya perlu bersama melibatkan diri menghuraikan kekusutan konflik peradaban corak baharu yang mengasak kesejahteraan dan kebahagian manusia. Pencapaian manusia dalam ilmu sains ini menjadikan kita berhadapan dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi.Sejarah zaman penjajahan di Indonesia mencatatkan bahawa antara kekuatan yang paling ditakuti oleh Belanda ialah kumpulan-kumpulan tarekat pimpinan ulama-ulama rohaniah yang sangat berkarisma. Peredaran sejarah seperti telah membawa kembali unsur-unsur imperialisme budaya baru dalam konteks sezaman. Kebudayaan asing terutama budaya hedonisme Amerika dan Barat diterima tanpa ukuran moral atau akhlak dalam perspektif budaya dan agama sendiri lagi. manusia belum dapat atau tidak berjaya sepenuhnya memberikan ketenangan kepada manusia sendiri.

seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom. luntur kebahagiaan. manusia dan alam tabii. Di kalangan umat Islam global juga mula dibimbangi bahawa pengaruh-pengaruh sedemikian akan mula menyelinap masuk mempengaruhi kehidupan kebudayaan sejahtera yang mereka miliki. pemerintah dan rakyat. Jalan penyelesaian gagal dicari dan umat kekal terbelenggu dalam kemelut yang tidak menentu. ketakwaan. resah gelisah. Hal ini ternyata bercanggah dengan lunas-lunas Islam kerana Islam menganjurkan kasih sayang sepanjang masa dengan keutamaan kepada ibu bapa. Krisis aqidah dan lunturnya teladan Islam daripada para ilmuwan tadi mengakibatkan timbulnya aneka masalah keruntuhan akhlak umat Islam zaman moden ini. Ancaman pengaruh itu tersebar melalui media elektronik seperti televisyen. keikhlasan. Kristian. Umpamanya sudah ada tendensi di kalangan belia Islam bukan sahaja di rantau Melayu bahkan di seluruh dunia Islam mengambil bahagian dan merayakan Hari Memperingati Kekasih (Valentine’s Day) pada 14 Februari setiap tahun. berduka cita dan sakit jiwa. kerana mengahwinkan seorang askar secara rahsia yang ditegah oleh undang-undang Rom ketika itu. Kini kerana pengaruh asing yang tidak terkawal dan salah tafsiran dalam kesepaduan ilmu antara tuntutan duniawi dan ukhrawi. Di Eropah dan Amerika atau di kalangan penganut agama falsafah ciptaan manusia itu. sesuatu yang mirip dengan agama asal perayaan itu. umat dan negara. maka perlumbaan memperoleh ilmu dibataskan kepada kemakmuran duniawi semata-mata. Musuh-musuh Islam di mana-mana telah memulakan agenda dan menggunakan segala . urusan agama dan dunia. radio. Negara-negara Islam dijebak oleh agenda perangkap persaingan agama atau perancangan strategik global yang dipasang oleh Yahudi dan Nasrani. wahyu Ilahi dan kreativiti terlihat kehilangan konsep ‘al-hikmah’ dan ‘al-mizan’. Mereka sendiri oleh kurangnya penghayatan dan gagalnya menghayati panduan sebenar terus tidak berdaya mengubatinya hatta dengan menggunakan unsur-unsur kemajuan dan kecanggihan teknologi baru yang dicipta itu. keluarga. ada penyakit rohani yang sukar diubati lagi. sebagai hari mencari pasangan atau jodoh. suami isteri. benda dan roh. anggapan ‘hari burung-burung mencari pasangan’. hak dan kekuatan. saudara Muslim dan sesama manusia.Mereka mengadu takut. Matlamat keilmuan demi keimanan. Tujuan keseimbangan kehidupan antara duniawi dan ukhrawi. CD Rom dan internet atau banyak juga melalui filem Hollywood dan Bollywood. Perayaan zaman pertengahan di Perancis dan England itu mengaitkan tarikh memperingati peristiwa Saint Valentine. Sesuatu perlu dilakukan bertujuan membetulkan kembali konflik budaya dan isu akidah umat masa kini. Claudius II. Manusia dibelenggui belitan syaitan dengan kegilaan kepada kekayaan harta benda dan ketinggian darjat serta terpinggirnya upaya memperjuangkan ‘ketinggian kalimatullah’ dalam pendidikan manusia. warak dan tawadhuk dengan keunggulan akhlak mulia hilang daripada sahsiah para ilmuwan sendiri.

ilmu dan amal. terpesong oleh arah pandu musuh dan semata-mata mempersoalkan perkara remeh temeh secara berlarutan tanpa mengambil kira masalah-masalah kehidupan dengan tidak meletakkan fiqh mengikut keutamaan (fiqh al-awlawiyat) dengan segala tindakan berpandukan kepada al-Quran dan al-Hadith. Risalah ini dimiliki oleh umat Islam. Umat Islam bukan lahir untuk hidup bersendirian dan meletakkan kepentingan diri sebagai agenda utama. ikut terlibat membangunkan kebudayaan tinggi dan mengisi segala sumber kekuatan peradaban Melayu. Umat perlu sedar dan insaf serta kembali kepada kesedaran aqidah yang lebih mendasari berlandaskan ajaran Islam yang sebenar. Risalahnya menuntut perseimbangan antara keperluan jasmaniah dengan rohaniah. bermuafakat. Bosnia-Herzevogina dan Chechen sukar sekali untuk dirasionalisasikan kebenaran dan keadilan tindakan oleh sesuatu adikuasa asing yang terlibat. Kelihatan benar bahawa tiada risalah lain lagi kecuali Islam. Sesungguhnya kita ingin melihat suatu kesegaran baru kebangkitan semula umat Islam di Dunia Melayu melalui dorongan keikhlasan para ulama di serata wilayah dan kota-kota penting dalam gerakan intelektualisme bangsa. Suatu risalah yang membawa kepada kebahagiaan di akhirat dan tidak menegah kehidupan dengan segala kesejahteraannya di dunia dengan pola hubungan manusia dengan Tuhan (hablunminallah) dan hubungan yang saling membantu sesama manusia (hablunminannas). Di tangan umat Islam adalah Al-Quran. Umat Islam pula sebagai suatu umat pilihan tidak harus terperangkap oleh kelemahan diri. Peperangan dan pencerobohan di Afghanistan dan Iraq atau isu-isu kemanusiaan di Kosova.macam alasan bagi mensahihkan sesuatu tindakan termasuk pencerobohan. sesuai dengan Islam itu sebagai agama samawi dan kitabnya ditanzilkan. menghimpunkan antara iman. sebuah kitab yang satu-satunya dipelihara Allah sesudah Taurat. . Zabur dan Injil itu terbatal. penaklukan dan peperangan. Hakikat umat Islam itu sebagai umat yang satu perlu sentiasa kekal disemadikan di lubuk hati. Umat Melayu Islam seharusnya berada sama di barisan hadapan membawa risalah perjuangan (jihad) sejagat dengan mendukung kehidupan berpakat. tetapi bertindak membawa kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat. Isu keganasan yang dicanangkan seawal abad ke 21 dengan mencorengkan arang fitnah ke muka Islam sengaja diada-adakan yang perlu diberikan penjelasan secara ilmu dan hakikat kebenaran. Krisis umat Islam hari ini adalah krisis aqidah sehingga tidak tahu lagi membezakan halal haram atau buruk baik. Dunia amat memerlukan suatu risalah yang boleh mengubah keadaan ini. Kitab itu menjadi bahtera kebahagiaan untuk umat Islam dan umat manusia sejagat. mengimbangi dunia dan akhirat dan menyemarakkan kepentingan individu dengan kepentingan umum. Kekuatan rohani dan risalah Islamiah yang dimiliki umat Islam adalah anugerah yang teristimewa berbanding dengan mana-mana umat sebelumnya. bermesyuarah atau mengamalkan tradisi budaya Melayu yang menekankan kerjasama dan gotong-royong itu dalam membangunkan umat sesuai dengan tuntutan Islam.

budaya. terutama televisyen memaparkan segala keburukan Barat sebagai kebaikan untuk timur. apa lagi Islam. saya ingin menyentuh beberapa aspek penting yang berhubung dengan (a) Pendidikan dan pengembangan . atau setidak-tidaknya menyingkap kembali citra yang pernah dimainkan para ulama terdahulu dalam usahanya membimbing umat ke jalan hidup yang benar. liberalisasi dan pascamodenisme sekarang ini. citra dakwah dan jihad. kertas kerja. Thailand dan Filipina tidak boleh dibiarkan tanpa perimbangan atau selitan keagamaan dan nilai budaya.blogspot. baik di Malaysia mahu pun di Indonesia. nusantara. tanpa mengabaikan kemudahan kebendaan dan kesenangan hidup demi hasanah dunia dan hasanah akhirat.com/2008/09/kedatangan-islam-dan-pembudayaan-alam. sejarah tanah melayu. juga citra hidup bersih dan benar. Penutup Sesungguhnya citra Islam adalah citra ilmu. Lambat laun Dunia Melayu akan berwajahkan barat dan mengamalkan kebiasaan-kebiasaan budaya Barat.Tradisi ilmu semakin menyempit dan gejala hiburan melampaui batas agama dan fitrah kemanusiaan sedang berleluasa. Kemajuan ekonomi dan kesejahteraan sosial bangsa. Brunei. Sistem politik sebagai teras kepemimpinan yang menentukan dasar-dasar sesebuah negara tadi tidak terlepas bebas dari keperluan kepada panduan Islam. ulama sufi http://protajdid. Label: andalusia. Semoga kita pada hari ini mampu sedikit sebanyak memulihkan citra ini. Sesuatu tindakan mesti dilakukan segera agar umat Islam serantau tidak terjebak lebih meluas dan mendalam. disamping sekaligus membentuk budaya hidup dan pola berfikir masyarakatnya. Saluran media elektronik rantau Melayu.html Kedatangan Islam Dan Pembudayaan Alam Melayu | 2 ISLAM: KESANNYA TERHADAP SOSIO-BUDAYA DAN PEMERINTAHAN Dalam konteks kesan kedatangan Islam terhadap perubahan sosio budaya ini. Kita ingin melihat satu suasana ilmu dan budaya berfikir kembali cemerlang dan mendapat tempatnya yang layak dalam era globalisasi. seandainya tidak berpegang kepada keagamaan kerana ternyata gelombang baru peradaban manusia dalam konsep pascamodenismenya itu terang-terang menolak kehidupan yang berdasarkan kepada agama wahyu. di samping tentunya. Manusia akan menghadapi krisis tamadun atau pertembungan peradaban.

juga India dan Pakistan. Peradaban Melayu-Islam berada dan berkembang di wilayah Alam Melayu. tetapi juga lewat pengaruh perdagangan dan perluasan wilayah geopolitik baharu seperti Aceh-Pasai dan Johor-Riau itu. . Jawa. dan kemudiannya Kelantan–Patani. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya’ Al ‘Alaq (Segumpal Darah) 96:1-5. dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Firman Allah yang pertama disampaikan melalui Jibril kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s. India-Islam dan Turki-Islam. sehingga kemudiannya terdirinya pondok dan pesantren di serata wilayah dan daerah kepulauan Melayu. Dari pusat-pusat inilah terpancar keluarnya pengaruh kebudayaan Islam di Alam Melayu dari Semenanjung sehingga ke kepulauan Indonesia. Parsi-Islam. gerakan ulama mengembangkan ilmu menerusi pendidikan agama tidak pernah surut. telah memberikan ciri-ciri khusus terhadap sebuah tamadun Islam di Asia Tenggara yang dikenali sebagai peradaban Melayu-Islam sebagaimana kita kenali adanya peradaban Arab-Islam. Proses pembudayaan rantau Melayu banyak sekali dimainkan peranannya oleh para ulama yang berrmula dari pusat-pusat pemerintahan Islam-Melayu seperti Melaka seawal abad ke-15. ditambah oleh hubungan dengan pusat-pusat kebudayaan Islam di al-Haramain atau Tanah Arab. adalah kewajipan terhadap pencarian ilmu dengan perintah ‘Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Pasai. langgar dan masjid atau di kalangan istana. (a) Pendidikan Dan Pengembangan Ilmu Pendidikan dan pengembagan ilmu adalah warisan Nabawi yang sangat utama.ilmu (b) Bahasa dan persuratan (c) Kebudayaan dan kesenian (d) Politik dan pentadbiran. Sumbangan seperti ini. Sistem awal yang diperkenalkan. Palembang dan Banjar. Perkembangan ilmu telah membawa kesan yang cukup besar terhadap perubahan sosio-budaya umat Melayu sesudah kedatangan Islam. Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Bacalah. mungkin pada mulanya dengan menadah kitab di surau. Acheh. Sehingga suku pertama abad ke 20. Banten dan Minangkabau. dan (e) isu dan cabaran semasa kehidupan sosial umat.w. Ilmu adalah alat pertama bagi kesempurnaan keperibadian seseorang insan dan pembentukan akhlak.a. Mesir dan Turki. bukan sahaja melalui pengajian pondok atau kegiatan dakwah seperti yang dinyatakan.

pada abad ke-19. Dengan kedatangan Islam dan tersebar ajarannya di Nusantara atau Alam Melayu. dengan tokoh-tokoh di Acheh seperti Hamzah Fansuri. Sumbawa. ulama-ulama tadi cukup aktif menghasilkan karya tulis dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan agama. Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Shamsuddin al-Sumatrani. Antaranya. dasardasar pandangan hidup Muslim menjadi lebih jelas dan tidak hanya sekadar menjadi suatu rukun daripada rukun-rukun iman yang dihafal dalam kepala sahaja. Maka Islam itu tidak sukar diterima oleh sebahagian besar umat serumpun Melayu itu. Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani. Tuk Wan Ali Kutan. menghuraikan dasar-dasar pandangan hidup Islam dengan menerangkan hakikat ketuhanan dan hubungannya dengan kenyataan-kenyataan yang perlu diketahui dan direalisasi dalam kehidupan seorang Muslim. terdapat cukup ramai para ulama yang berjasa besar dan terserlah sumbangan mereka dalam pembangunan tamadun Melayu. iaitu ilmu yang menghuraikan dasar-dasar aqidah Islam. Palembang dengan Syeikh Abdul Samad al-Palembani. Hasil karya para ulama Melayu itu. berlanjut di Banjar dengan tokohtokoh seperti Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari dan Muhammad Nafis al-Banjari. Pontianak. antara lain. Kedah. Dalam bidang karya tulis. Syeikh Haji Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-Fatani. bahkan tidak terkecuali. Minangkabau. Terengganu. Tuan Minal. maka telah tumbuh dan berkembang ilmu-ilmu yang menentukan ciri-ciri kebudayaan Melayu besar serantau itu. Nama-nama ulama besar itu termasuklah ulama-ulama dari Kelantan-Pattani. lebih awal lagi di Jawa dengan Wali Songo dan ulama-ulama besar Minangkabau yang bergerak secara langsung dalam gerakan bahasa. Tuan Tabal dan lain-lain. Kalau diteliti lanjut. Haji Mohd Yusoff Ahmad al-Kenali (Tuk Kenali). Syeikh Abdul Rauf Singkel. Sambas.Di pelbagai wilayah Alam Melayu luas. penulis kitab Syarh Hikam yang terkenal itu. tentu sahaja ilmu-ilmu yang membahaskan tentang ketuhanan dan tasawwur (world view) Islam. kesenian dan kebudayan selain dari keagamaan. yang paling awal. persuratan. Lingga dan sebagainya. dan kemudian Patani dan Kelantan dengan tokoh-tokohnya dikenal seperti Syeikh Abdul Rahman Pauh Bok. selain dari pusat-pusat kebudayaan Islam di atas tadi. Kemudian Terengganu dengan Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis. Beberapa peribadi Islam yang dikenal . Banten dengan tokoh besarnya – Syeikh Nawawie al-Bantaniy. sehingga dengan demikian. Penerimaan terhadap ajaran Islam dan kebudayaannya menyebabkan kebudayaan Melayu disejajarkan dengan Islam. Makasar. kita lihat tradisi yang sangat penting ini yang boleh disebut pada abad ke 16 dan 17.

tidak jarang perbahasan tentang ilmu ini dikaitkan dengan soal-soal metafizika dan ketuhanan. Malah. maka terbentuklah suatu sistem nilai dan etika Islam di Nusantara. Kemudian. Manusia membentuk kebudayaan dan tamadun mereka tetapi terasnya adalah agama yang datangnya dari Allah s..w. Dunia Melayu mempunyai sejarah dan tradisi intelektualismenya sendiri. Khazanah intelektualisme Melayu tidak cuma mengandungi sastera lipur lara. iaitu ilmu yang mengatur cara berhubung antara manusia sesama manusia dan manusia dengan Tuhannya. mempunyai penerjemah-penerjemah dan penghurai-penghurainya di Nusantara. Selepas ilmu tentang ketuhanan dan world view. Kedatangan Islam ke rantau ini telah memulakan tamadun keilmuan dan melibatkan para ilmuwan Melayu dalam perkembangan intelektualisme Dunia Islam.t. al-Mawardiy. al-Ghazaliy dan lain-lain di samping karya-karya asli ulama Melayu. Tuhan Yang Maha Esa. yang kemudiannya menjadi wadah dan acuan kepada sistem moral dan akhlak yang sekarang kita anuti sebagai nilai-nilai bersama. terhurai juga ilmu-ilmu yang menyangkut bidang etika dalam kerangka syariat yang syumul dan meliputi. Memang rantau ini belum pernah melahirkan seorang ash-Shafiy atau al-Ghazaliy. Hubungan antara manusia dengan manusia itu telah membentuk kebudayaan dan tata kehidupan sehingga proses penciptaan mereka tetap berpaut kepada aqidah dan tauhid. Antara namanama yang sangat terkemuka dalam bidang ini ialah Syeikh Abdul Samad al-Palembani dengan karya besarnya Siyar al-Salikin dan Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari dengan karya kontroversinya – al-Durr al-Nafis.masyhur dalam menghuraikan ilmu ini seperti al-Ash’ari. maka ilmu yang paling dekat selepasnya ialah ilmu-ilmu tentang ibadat dan hukum-hakam atau fiqh. Dari segi budaya intelektual. Dalam bidang ini sifat-sifat utama yang merupakan nilai-nilai baik atau al-Mahmudah dan sifat-sifat tercela keji yang menjadi lawannya atau al-Mazmumah. al-Maturidi dan al-Ghazaliy. tetapi meliputi juga terjemahan dan saduran karya-karya besar al-Baydawiy. tetapi setidak-tidaknya rantau ini memang sentiasa terdedah kepada pemikiran para ilmuwan besar Dunia Islam. antara lainnya.Tradisi pengajian pondok (pesantren) yang dianggap oleh setengah kalangan peneliti sebagai bersifat indigenous itu telah memainkan peranan besar sebagai jambatan budaya yang menghubungkan tradisi keilmuan rantau ini dengan tradisi keilmuan Dunia Islam terutama yang . Dengan berdasar kepada pemahaman doktrin dalam bidang ini serta pelaksanaannya dalam kehidupan perseorangan dan jamaah. dihurai dengan jelas dengan cara menghubungkannya dengan kehidupan sosial dan kehidupan seseorang.

pdf . http://www. Kerana itu hingga sekarang rantau Melayu adalah termasuk daerah yang paling subur dengan tradisi kesufian. Dari segi tradisi kerohanian pula. polemik politik tentang Islam dan kenegaraan (antara Soekarno dengan Natsir) polemik Kaum Tua-Kaum Muda (tentang pembaharuan Islam). Sejarah zaman penjajahan di Indonesia mencatatkan bahawa antara kekuatan yang paling ditakuti oleh Belanda ialah kumpulan-kumpulan tarekat pimpinan ulama-ulama rohaniah yang sangat berkarisma. Sekarang ini pun kita sudah menyaksikan semakin ramainya para pelajar dari pelbagai rantau dunia termasuk Dunia Arab yang datang untuk belajar di kampus-kampus kita. Pada zaman tamadun Aceh telah terjadi polemik di sekitar faham wujudiyyah dan pada zaman kebelakangan ini lebih banyak lagi polemik-polemik tentang pelbagai isu termasuklah polemik Islam dan adat tentang pembahagian harta pusaka dalam sistem adat perpatih. Perkembangan-perkembangan mutakhir dalam bidang pendidikan di rantau ini telah membuka kemungkinan-kemungkinan baru. reaktualisasi Islam dan sebagainya. polemik di sekitar faham sekular. Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa dan ISTAC (Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa) di Malaysia umpamanya telah menjadikan rantau ini sebagai salah satu pusat tumpuan para ilmuwan dunia.dapat. Sejarah intelektualisme rantau ini juga mencatatkan adanya polemik-polemik intelektual yang menyegarkan budaya berfikir. Tradisi kerohanian masyarakat Melayu pernah membuktikan peranan positifnya sebagai salah satu kekuatan umat. Karya-karya al-Ghazaliy khususnya kitab ihya’ Ulumi ‘d-Din telah sejak lama diterjemah dan tersebar luas.net/MYMALAYSIA/Bab3%20Tamadun%20Melayu. Ilmu Tasawwuf adalah merupakan antara jenis ilmu yang popular dalam masyarakat Melayu. memang sejarah pengislaman rantau ini berkait erat dengan peranan kaum sufi. Para ilmuwan Melayu tidak hanya menterjemah dan menyadur karya-karya dari luar. tetapi ada juga yang menghasilkan karya-karya asli termasuk karya-karya dalam bahasa Arab. Ash-Syeikh Nawawiy al-Bantaniy (Banten) misalnya telah menghasilkan beberapa buah kitab dalam bahasa Arab yang menjadi rujukan para ulama Hijaz.berpusat di Asia Barat.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful