You are on page 1of 5

ANUGERAH KHAS KOKURIKULUM (1)

Adik Tuan Muhammad Fatihah Al Amin bin Tuan Muhammad Fazli dilahirkan pada 8 Ogos
2007. Beliau merupakan cahaya mata kepada Encik Tuan Muhamad Fazli bin Tuan Ibrahim
dan Puan Siti Adira binti Ramli dan merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik.

Anugerah ini diberikan kepada beliau atas pencapaian cemerlang dari segi kokurikulum.
Amin telah terlibat dengan aktif dalam sukan kriket di mana beliau telah menyandang
jawatan Naib Pengerusi Kelab Kriket Sekolah. Beliau telah menyertai pertandingan kriket
peringkat daerah dan berjaya mendapat johan. Dalam pertandingan yang sama juga, beliau
telah dianugerahkan dengan anugerah “The Best Bowler’. Seterusnya, beliau telah terpilih
mewakili daerah bagi pertandingan kriket MSSJ peringkat negeri dan telah berjaya
merangkul Naib Johan. Bakat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh adik Amin telah sekali
lagi membolehkan beliau menyertai Pertandingan Kriket Elit Kebangsaan serta Kejohanan
Kriket Champion School iaitu kejohanan yang dianjurkan khas untuk johan-johan kriket bagi
daerah-daerah di negeri Johor. Potensi yang dimiliki oleh Adik Amin juga telah berjaya
membuatkannya terpilih untuk menyertai program Outreach negeri Johor yang baru saja
berlangsung pada minggu lepas.

Selain itu, beliau juga telah menunjukkan kecemerlangan dalam sukan bola sepak dan
olahraga. Beliau telah mewakili sekolah ke Kejohanan Bola Sepak bawah 11 peringkat
daerah serta Bola Sepak bawah 12. Adik Amin juga cemerlang dalam olahraga. Beliau telah
mewakili sekolah dalam acara lompat tinggi, 100meter lelaki bawah 11 dan acara 4x100m
lelaki bawah 11.

Di atas prestasi dan kejayaan yang begitu membanggakan ini, adik Amin telah berjaya
mendapat Gred A di dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Pihak sekolah sangat berbangga dengan pencapaian yang sangat cemerlang yang telah
ditunjukkan oleh adik Amin. Oleh yang demikian, majlis berbesar hati untuk
menganugerahkan Anugerah Khas Kokurikulum kepada adik Tuan Muhammad Amin. Pihak
sekolah berharap agar dengan penganugerahan ini akan membakar semangat Amin dan
murid-murid lain untuk cemerlang dalam bidang kokurikulum dan juga akademik.
Dipersilakan Amin untuk naik ke pentas dan menerima anugerah.
ANUGERAH KHAS KOKURIKULUM (2)

Penerima anugerah khas kokurikulum yang seterusnya ialah adik Muhammad Amir Haziq
bin Kamal Ariffin. Anak bongsu kepada pasangan En Kamal Ariffin dan Puan Azura bt Ishak
ini telah bergiat aktif di dalam pelbagai bidang kokurikulum dan telah mendapat kejayaan
yang sangat membanggakan.

Beliau telah mewakili sekolah dalam pertandingan kriket peringkat daerah dan berjaya
mendapat johan. Berkat dari usaha dan komitmen yang ditunjukkan, beliau telah terpilih
mewakili daerah bagi pertandingan kriket MSSJ peringkat negeri dan telah berjaya
merangkul gelaran Naib Johan.

Adik Amir turut mengambil bahagian dalam sukan bolasepak. Beliau merupakan penjaga gol
bagi pasukan bola sepak sekolah dan telah mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak
bawah 11 dan 12 tahun peringkat daerah.

Selain itu, beliau juga telah banyak melibatkan diri dalam pertandingan bercerita. Di dalam
pertandingan bercerita BM peringkat zon, atas usaha gigih beliau, beliau telah berjaya
merangkul gelaran johan. Seterusya, di dalam pertandingan bercerita peringkat daerah pula,
beliau telah berjaya merangkul tempat ketiga. Selain itu, adik Amir Haziq juga telah
menyertai pertandingan bercerita Festivel Antarabangsa Transformasi Sekolah dan berjaya
mendapat tempat keempat.

Selain itu, beliau juga telah berjaya memakai pangkat Lans Koperal di dalam Persatuan
Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Sepanjang tahun ini juga, beliau telah menunjukkan bakat kepimpinan yang terpuji dan
menunjukkan minat dan kesungguhan di dalam semua bidang yang diceburinya. Oleh yg
demikian, pihak sekolah berbesar hati untuk menganugerahkan Anugerah Khas Kokurikulum
kepada Muhammad Amir Haziq bin Kamal Ariffin. Dijemput adik Amir untuk naik ke pentas
dan menerima anugerah ini. Tahniah diucapkan!
ANUGERAH KHAS KOKURIKULUM (3)

Anugerah khas kokurikulum yang seterusnya diberikan kepada adik Mohamad Hawish
Shamil bin Zulkarnain. Anak sulung kepada pasangan Encik Zulkarnain bin Abdul Samad dan
Puan Maizura binti Johari ini dilahirkan pada 30 September 2006. Beliau menyandang
jawatan Pengerusi Kelab Kriket Sekolah serta AJK Kelab ICT. Adik Hawish telah mewakili
sekolah dalam pertandingan kriket peringkat daerah dan berjaya mendapat johan. Berkat
dari usaha dan komitmen yang ditunjukkan, beliau telah terpilih mewakili daerah bagi
pertandingan kriket MSSJ peringkat negeri dan telah berjaya merangkul gelaran Naib Johan.

Adik Hawish turut mengambil bahagian dalam sukan bolasepak. Beliau merupakan pemain
bola sepak sekolah dan telah mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak bawah 12
tahun. Adik Hawish juga berbakat besar dalam sukan olahraga. Beliau telah memenangi
tempat ketiga dalam pertandingan lompat tinggi peringkat zon Paloh. Beliau sekali lagi telah
bersinar dengan mewakili zon Paloh bagi pertandingan lompat tinggi peringkat daerah.

Minat dan komitmen yang tinggi disertai dengan sikap yang positif yang dimiliki oleh adik
Hawish telah melayakkan beliau untuk menyandang Anugerah Khas Kokurikulum. Majlis
berbesar hati menjemput adik Hawish untuk naik ke pentas dan menerima anugerah ini.
Tahniah diucapkan!
ANUGERAH KHAS KOKURIKULUM (4)

Anugerah khas kokurikulum yang seterusnya diberikan kepada adik Puteri Nureen Alleyshah
binti Zainudin. Anak bongsu dari 5 orang adik beradik ini merupakan cahaya mata kepada
pasangan En. Zainudin bin Jaafar dan Pn Normah binti Lasman. Beliau menyandang jawatan
Pengerusi Kelab Hoki Sekolah serta Bendahari Persatuan Doktor Muda.

Adik Puteri telah mewakili sekolah dalam pertandingan hoki peringkat daerah dan berjaya
membantu pasukan hoki sekolah kita mendapat tempat keempat. Skill dan bakat yang
dimiliki adik Puteri juga telah menarik hati jurulatih pasukan hoki daerah Kluang dan
menyerapnya sebagai salah seorang pemain dalam pasukan hoki bagi daerah Kluang. Puteri
telah membanggakan sekolah kerana berjaya membantu pasukan hoki daerah Kluang
merangkul Johan di dalam pertandingan hoki peringkat negeri.

Selain itu, beliau juga turut berbakat dalam bidang acara padang. Beliau telah mewakili zon
dalam acara rejam lembing serta acara 4x100m perempuan.

Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh adik Puteri telah melayakkan beliau
untuk menyandang Anugerah Khas Kokurikulum. Majlis berbesar hati menjemput adik
Puteri untuk naik ke pentas dan menerima anugerah ini. Tahniah diucapkan!
ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN SAHSIAH (IZZAH)

Sekarang kita beralih pula kepada Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Sahsiah. Berikut
dibacakan sedikit biodata penerima kedua-dua anugerah ini.

Dilahirkan pada 11 Mei 2006, di Hospital ________________________ .Merupakan anak


sulung daripada 3 orang adik beradik .Permata hati kepada En Mohamad Kifli dan Puan
________________________. Memulakan alam persekolahan di
________________________ dan seterusnya menyambung persekolahan di SK Sultan Sir
Ibrahim.

Beliau merupakan seorang murid yang tekun di dalam kelas selain komited dan bersungguh-
sungguh di dalam pelajarannya. Tidak culas dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang
diberikan, pihak sekolah sangat berbangga dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh
pelajar ini. Beliau juga turut disenangi oleh guru-guru dan rakan-rakan kerana tidak lokek
memberikan tunjuk ajar kepada rakan-rakan yang lain. Diam-diam ubi berisi, itulah yang
boleh kita rangkumkan tentang pelajar ini.

Sikap yang positif ini jelas terserlah pada setiap peperiksaan yang diduduki oleh pelajar ini.
Sejak dari awal lagi beliau telah menunjukkan kecemerlangan demi kecemerlangan. Dalam
peperiksaan percubaan UPSR, beliau telah berjaya mendapat keputusan 4A ,2B. Seterusnya
bagi Gerak Gempur 1, beliau sekali lagi telah berjaya dengan cemerlang dengan mendapat
keputusan 4A, 1B. Di dalam Gerak Gempur yang kedua pula, beliau telah menunjukkan
peningkatan dengan mendapat keputusan 5A dan 1B.

Penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Sahsiah yang dimaksudkan adalah adik
Izzah Hazwani binti Mohamad Kifli. Dijemput adik Izzah bersama ibu dan bapa naik ke
pentas untuk sama-sama menerima anugerah ini.

Pihak sekolah berharap Izzah akan terus maju di masa hadapan di samping mengekalkan
nilai-nilai positif yang ada di dalam diri beliau. Diharapkan dengan penganugerahan
anugerah ini akan menyuntik semangat kepada pelajar yang lain untuk mencontohi
kecemerlangan akademik dan sahsiah yang ditunjukkan oleh adik Izzah.

You might also like