You are on page 1of 7

SYARAT DAN PERATURAN

PERTANDINGAN
VIRTUAL RUN KATEGORI LELAKI DAN WANITA
Sempena
e-KARNIVAL PSKPP PERINGKAT DAERAH BARAM

ANJURAN:
PSKPP CAWANGAN PPD BARAM

Tarikh Perlaksanaan:
Perkara Tarikh

Pelaksanaan di peringkat cawangan/ Daerah 11 Okt – 11 Nov 2021

Penilaian dan pendaftaran peserta yang mewakili 12 Nov 2021


cawangan/ daerah
1. Undang-undang dan peraturan-peraturan pertandingan
1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia
( KOAM ) 2014 – 2015 dan Peraturan-Peraturan Am PSKPP.

1.2 Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PSKPP Sarawak yang telah berdaftar
dan menjelaskan Yuran Keahlian PSKPP Sarawak 2021.

1.3 Setiap peserta hanya boleh menyertai satu kategori umur sahaja.

Kategori Umur (dikira berdasarkan 1 Januari tahun semasa)

2.1 Senior Lelaki : 39 Tahun ke bawah (lahir pada 1982 dan selepas)
Veteran Lelaki : 40 Tahun ke atas (Lahir pada tahun 1981 dan sebelum)
Senior wanita : 34 Tahun ke bawah (lahir pada 1987 dan selepas)
Veteran wanita : 35 Tahun ke atas (lahir pada 1984 dan sebelum)

2. Jarak larian secara maya (Virtual Run)

3.1 Senior Lelaki : 8 kilometer


3.2 Veteran Lelaki : 6 kilometer
3.3 Senior wanita : 8 kilometer
3.4 Veteran wanita : 6 kilometer

3. Trek larian dan pakaian

4.1 Kawasan kejiranan / kawasan perumahan/ taman awam


4.2 Bebas, selamat, bersesuaian dan mengamalkan penjarakan sosial.
4.3 Looping course atau trek ulangan pusingan (contoh: padang awam) dibenarkan.
4.4 Peserta digalakkan memilih laluan yang paling mudah untuk menjalankan aktiviti larian.
4.5 Larian perlu dilakukan pada tempat terbuka. Larian di atas treadmill adalah tidak sah dan
tidak diterima sebagai bukti larian telah dilaksanakan.
4.6 Peserta larian perlu menggunakan pakaian sukan yang lengkap dan sesuai semasa
melakukan aktiviti larian maya ini.

4. Masa dan tempoh pelaksanaan larian

5.1 Taklimat kepada semua Setiausaha Cawangan: 5 Oktober 2021


5.2 Penataran di peringkat cawangan/ daerah: 6-10 Oktober 2021
5.3 Pelaksanaan di peringkat cawangan/ Daerah: 11 Oktober – 11 November 2021
5.4 Penilaian dan pendaftaran peserta yang mewakili cawangan/ daerah: 12-18 November
2021
5.5 Pertandingan dan pendaftaran peringkat negeri : 19 – 24 November 2021
5.6 Tarikh tutup pendaftaran di peringkat negeri: 25 November 2021
5.7 Penilaian di peringkat negeri: 26 November - 5 Disember 2021
5.8 Pengumuman keputusan dan majlis penutupan: 16 Disember 2021

5. Tatacara Pengurusan dan Peraturan Virtual Run Merentas Desa

6.1 Penyertaan Larian Merentas Desa secara maya (Virtual Run) PSKPP Sarawak 2021
terbuka kepada semua ahli PSKPP yang berdaftar dengan cawangan daerah
masingmasing termasuk Cawangan Ibu Pejabat.

6.2 Penyertaan di peringkat daerah adalah terbuka dan bilangan had penyertaan adalah
bergantung kepada pengurusan PSKPP cawangan Daerah tersebut.

6.3 Untuk penyertaan di peringkat negeri, hanya seorang (1) orang peserta
terbaik bagi setiap kategori sahaja yang akan dipilih mewakili daerah masing-
masing.
6.4 Semua peserta perlu melengkapkan borang deklarasi atau persetujuan untuk menyertai
pertandingan sebelum melakukan aktiviti larian.

6.5 Peserta harus melengkapkan jarak larian sekali gus dalam satu sesi rakaman larian dan
mengambil gambar swafoto (selfie) dan tangkapan skrin (screenshot) jarak, masa,
tarikh dan keputusan larian menggunakan aplikasi STRAVA SAHAJA yang berupaya
merekod jarak dan masa larian. Akaun aplikasi Strava yang digunakan WAJIB
didaftarkan menggunakan nama peserta itu sendiri. Larian di peringkat cawangan/
daerah boleh dilakukan bermula dari 11 Oktober hingga 11 November 2021.

6.6 Peserta akan menghantar bukti larian yang mengandungi gambar selfie, nama penuh,
screenshot maklumat larian beserta dengan Borang Keahlian PSKPP (dalam bentuk
pdf) yang telah diisi dengan lengkap dah disahkan kepada urus setia PSKPP Daerah
masing-masing. Peserta juga perlu setkan open to all bagi history Strava
masingmasing.

6.7 Urus setia di peringkat PSKPP setiap daerah akan membuat penilaian dan memilih
seorang (1) peserta terbaik setiap kategori untuk dihantar mewakili PSKPP Daerah
tersebut ke Penilaian di Peringkat Negeri. Penilaian peringkat daerah pada 12
hingga 18 November 2021.

6.8 Urus setia PSKPP Daerah akan menghantar maklumat lengkap senarai peserta terbaik
setiap kategoriberserta dengan maklumat seperti Borang Keahlian PSKPP dan bukti
larian peserta tersebut melalui google form ataupun sistem e-PSKPP yang akan
dimaklumkan kemudian.

6.9 Setiap fail peserta perlu dinamakan seperti format berikut:


Ali bin Abu_7001201-13-5779_Virtual run_Lelaki Veteran_PSKPP Kuching

6.10 Tarikh tutup pendaftaran ke peringkat negeri adalah pada : 25 November 2021

6. Panel Hakim/ Penilai di peringkat negeri

7.1 Pihak urus setia akan melantik sekurang-kurangnya 3-5 orang panel untuk membuat
penilaian serta pengesahan bukti larian yang telah dihantar oleh setiap PSKPP
daerah/ cawangan.

7.2 Jika terdapat unsur-unsur penipuan pada maklumat larian yang telah dihantarkan oleh
peserta, pihak Panel Penilai/ Hakim berhak untuk membatalkan terus penyertaan
tersebut.

7.2 Keputusan Panel Penilai/ hakim adalah MUKTAMAD.

7. Keputusan dan Hadiah

8.1 Keputusan akan diumumkan serentak untuk semua jenis sukan yang
dipertandingkan secara dalam talian sempena e-Karnival PSKPP Sarawak 2021.

8.2 Pengumuman keputusan akan dilakukan melalui Facebook Live ataupun Youtube Live.
Masa dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.
8.3 Sijil Penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang telah terpilih mewakili daerah
masing-masing ke peringkat negeri.

8.4 Hadiah dan Sijil kepada pemenang adalah seperti berikut:

Bil. Kategori Emas Perak Gangsa Ke-4 hingga


Ke-10
1. Lelaki Senior 1 1 1 7
2. Lelaki Veteran 1 1 1 7
3. Wanita Senior 1 1 1 7
4. Wanita Veteran 1 1 1 7
Piala dan Piala dan Piala dan Pingat dan
sijil sijil sijil sijil

BORANG PENDAFTARAN PESERTA MERENTAS DESA VIRTUAL RUN 2021


PENDAFTARAN PENYERTAAN KE PERINGKAT NEGERI

A. KATEGORI LELAKI SENIOR ( 8


KM )
Bil, Nama Penuh No.kad Sekolah Daerah Catatan masa
pengenalan (min:saat: mili
saat)

KATEGORI LELAKI VETERAN ( 6


B.
KM )
Bil, Nama Penuh No.kad Sekolah Daerah Catatan masa
pengenalan (min:saat: mili
saat)

KATEGORI WANITA SENIOR ( 8


C.
KM )
Bil, Nama Penuh No.kad Sekolah Daerah Catatan masa
pengenalan (min:saat: mili
saat)

KATEGORI WANITA VETERAN ( 6


D.
KM )
Bil, Nama Penuh No.kad Sekolah Daerah Catatan masa
pengenalan (min:saat: mili
saat)

Disediakan oleh : ……………………… Disahkan oleh: …………………

Nama dan cap jawatan Nama dan cap jawatan


Setiausaha PSKPP Daerah Pegawai Pendidikan Daerah

Cop
PSKPP
Daerah

Contoh Format Penghantaran Bukti Larian yang mengandungi maklumat seperti:

1. Nama pemilik akaun / peserta


2. Tarikh dan masa larian
3. Peta dan jarak larian
4. Catatan masa larian
5. Gambar swafoto (selfie) dalam bentuk collage bersama dengan screenshot larian
6. Sertakan juga Borang Keahlian PSKPP yang telah diisi dengan lengkap dan disahkan oleh
Pengetua/ Guru Besar (scan dalam bentuk pdf dan muatnaikkan melalui sistem pendaftaran
smis.events).

Ali bin Abu_7001201-13-5779_Virtual run_Lelaki Veteran_PSKPP Kuching


CONTOH BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN PSKPP

You might also like