You are on page 1of 26

PENGENALAN

1
1.0 PENGENALAN

Pengurusan kewangan merujuk kepada perancangan dan kawalan aset serta hal ehwal
kewangan termasuk perbelanjaan, pendapatan dan risiko. Konsep dan amalan
pengurusan kewangan memastikan status aliran wang individu serta membantu untuk
menilai keuntungan mahupun kerugian perniagaan tersebut. Menurut Nuraini Abdullah
(2010), amalan pengurusan kewangan merangkumi aspek hutang, pelaburan, insurans,
persaraan dan perancangan estet.

Sesebuah perniagaan memerlukan kefahaman tentang konsep dan amalan pengurusan


kewangan bagi memastikan kesejahteraan kewangan. Dalam masa yang sama
simpanan individu juga merupakan sesuatu yang amat penting untuk diuruskan dengan
baik. Pelaburan dan simpanan ini merupakan perkara utama dalam memulakan
perniagaan.

Pelaburan didefinisikan sebagai jumlah wang yang digunakan dalam sesuatu urus
niaga, iaitu penanaman modal. Wang tersebut dilabur dengan harapan akan mendapat
keuntungan berlipat ganda pada masa hadapan. Pelaburan juga bermaksud pertukaran
wang kepada aset agar aset itu akan mendatangkan pendapatan atau keuntungan
serta memperoleh pertambahan nilai pada masa akan datang.

Simpanan ialah penting dan ia adalah asas kepada pengurusan kewangan. Simpanan
adalah amat penting bagi setiap individu untuk diuruskan sebelum mereka ingin
membuat keputusan atau menjalankan sebarang aktiviti yang memerlukan wang.
Simpanan merupakan sejumlah duit yang disimpan di bank atau institusi kewangan
yang boleh dikeluarkan dari semasa ke semasa apabila diperlukan.

Pada tugasan kali ini, saya telah satu portfolio kewangan berkenaan dengan
perniagaan yang saya akan jalankan. Portfolio ini akan mempunyai beberapa aspek
penting yang saya akan sentuh seperti diskripsi perniagaan, analisis pasaran, pelan
kewangan dan banyak lagi.

2
MATLAMAT
PORTFOLIO
KEWANGAN

3
2.0 MATLAMAT PORTFOLIO KEWANGAN

Tujuan portfolio kewangan ini diwujudkan adalah bagi memudahkan saya untuk
menguruskan aliran wang dalam perniagaan saya yang akan saya kendalikan dalam
tempoh masa lima bulan. Sejurus sahaja tamat pengajian sebagai guru pelatih di
Maktab Perguruan Abdul Razak di Kota Samarahan, saya akan menjalankan
perniagaan kecil-kecilan untuk menjana pendapatan dalam tempoh lima bulan ini,
kerana pada masa tersebut saya tidak lagi menerima elaun sara hidup yang berjumlah
RM 430 seperti sebelumnya. Hasil titik peluh daripada perniagaan kecil ini nanti akan
digunakan untuk persiapan serta perbelanjaan saya ketika ditempatkan sekolah setelah
sah menjawat jawatan seorang guru nanti. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan saya
menggunakan duit orang tua saya kerana ianya sudah tentu memerlukan banyak kos.
Dalam tempoh 5 bulan tersebut, saya telah menetapkan sasaran keuntungan sebanyak
RM 5000. Modal perniagaan kecil tersebut akan diperolehi daripada simpanan peribadi
saya yang sedia ada dengan jumlah RM 3500.

Saya juga merancang perniagaan ini atas tujuan menimba pengalaman untuk berniaga
dan mencari sumber pendapatan sendiri. Dalam masa yang sama, perniagaan kecil ini
dapat mengajar saya cara menguruskan kewangan dengan lebih sistematik dan
berkesan

4
PENILAIAN
TRENDA BISNES
CHOCOJAR

5
3.0 PENILAIAN TRENDA BISNES CHOCOJAR

Produk yang berasaskan coklat buat masa sekarang merupakan kegilaan ramai
terutamanya golongan muda. Contohnya, Kek Coklat Leleh, Brownies Coklat, Muffin
Coklat Chip dan banyak lagi. Makanan pencuci mulut sebegini telah pun menjadi pilihan
utama golongan muda apabila mereka keluar bersama rakan dan menyambut perayaan
seperti hari lahir. Fenomena ini kebanyakan berlaku di kawasan bandar dan selalunya
menjadi pilihan orang ramai di kawasan bandar walaupun harga bagi makanan
berasaskan coklat ini adalah agak mahal jika dibandingkan dengan makanan manis
yang biasa. Harga paling tinggi bagi minuman sebegini biasanya adalah antara RM 10
hingga RM 15 bergantung kepada ‘topping’ dan juga saiz jamuannya.

Dalam masa yang sama, tidak kurang juga permintaan makanan-makanan yang
berunsurkan coklat ini diluar bandar. Di Asajaya, iaitu tempat asal saya, kedai-kedai
yang menjual makanan manis berunsurkan coklat atau pencuci mulut agak mendapat
perhatian. Kebiasaannya, ramai pelanggan terutamanya golongan remaja akan
mengunjungi kedai-kedai ini selepas balik daripada sekolah. Ini menunjukkan penduduk
setempat di Asajaya terutamanya remaja agak tertarik dengan produk pencuci mulut
yang berasaskan coklat.

Setelah diteliti secara terperinci, saya telah membuat keputusan untuk melaksanakan
perniagaan produk Chocojar dengan tawaran harga yang lebih berpatutan dan sesuai
untuk penduduk tempatan di daerah Sarikei. Keputusan ini dibuat atas hasil
pemerhatian saya mengenai pembelian kek coklat leleh dalam kalangan penduduk
tempatan. Produk tersebut akan dapat diperluaskan dan dikekalkan jika harganya
disesuaikan dengan status perbelanjaan serta kemampuan penduduk tempatan untuk
membelinya kerana masih ada permintaan dari pihak pengguna.

6
DISKRIPSI
PERNIAGAAN

7
4.0 DISKRIPSI PERNIAGAAN

4.1 Nama Perniagaan

Nama perniagaan saya ialah Chocodlicious

4.2 Lokasi Perniagaan

Saya telah memilih kawasan pekan, iaitu kawasan tumpuan penduduk di sekitar
Asajaya. Saya akan menjalankan perniagaan saya di bahagian hadapan Asajaya
Cafeteria. Kawasan yang saya pilih tersebut mempunyai tapak yang telah disediakan
untuk peniaga-peniaga kecil. Dalam masa yang sama, ianya merupakan kawasan yang
berdekatan dengan lokasi-lokasi dan tempat yang menjadi kunjungan ramai seperti
Café, klinik, Laundry, pejabat pos, kedai makan, dan sebagainya seperti yang
ditunjukkan dalam rajah di bawah. Jadi, lokasi ini amat sesuai bagi saya untuk

8
menjalankan perniagaan saya kerana kawasan ini adalah kawasan tumpuan orang
ramai.

4.3 Sasaran Pelanggan

Sasaran pelanggan bagi perniagaan saya adalah penduduk tempatan dan pelanggan-
pelanggan di kedai sekitar pekan Asajaya. Golongan ini merangkumi orang dewasa,
iaitu ibu bapa yang menghantar anak balik dari sekolah serta golongan muda, iaitu
kanak-kanak serta para remaja.

4.4 Waktu Operasi

Waktu operasi yang telah saya tetapkan untuk gerai perniagaan saya adalah dari pukul
1.00 petang hingga 6.00 petang. Kebanyakan ibu bapa atau penjaga akan menghantar
anak-anak balik dari sekolah di sebelah petang, iaitu lebih kurang pukul 1.00 petang
hingga pukul 2.00 petang. Pada waktu ini juga biasanya setiap orang akan lapar dan
menginginkan benda manis. Di samping itu, kanak-kanak dan remaja yang
kebanyakannya suka berbasikal pada waktu petang turut boleh mengunjungi gerai
saya.

4.5 Cara Pengurusan

Untuk urusan jual beli, saya akan mengendalikan dan menguruskan perniagaan saya
ini dengan daya usaha diri. Saya turut akan mendapatkan bantuan dari ahli keluarga
saya, iaitu sepupu lelaki saya jika mereka berkemampuan.

9
4.6 Produk Perniagaan

Nama Produk Harga

RM 6.00

ChocoJar

RM 6.50

ChocoJar Cookies

10
ANALISIS
PASARAN

11
5.0 ANALISIS PASARAN

5.1 Analisis Pesaing

Saya telah mencari maklumat berkaitan kedai-kedai atau gerai-gerai perniagaan


makanan serta minuman di sekitar Pekan Asajaya. Saya mendapati bahawa terdapat
beberapa buah kedai makanan, iaitu Hasnah Jaya Cafe, ‘Asajaya Cafeteris, Family
Cafe, Happy House, dan Fong Conner yang terletak di kawasan sekitar kawasan
tersebut. Setelah mengunjungi dan mendapat tahu menu makanan dan minuman di
kedai-kedai tersebut, saya mendapati bahawa tiada kedai makanan dan minuman yang
menghidangkan menu pencuci mulut yang sama, iaitu ChocoJar. Ini akan
mengurangkan persaingan pasaran kerana kumpulan sasaran serta pelanggan adalah
berbeza.

12
5.2 Pelan Pemasaran Produk

Bagi merancang pemasaran produk saya, saya akan menghasilkan poster dan juga
sepanduk untuk tujuan pengiklanan produk coklat saya. Saya akan menggantung
sepanduk yang dihasilkan dihadapan kedai saya sekali gus memaparkan maklumat
terperinci mengenai perniagaan yang akan dikendalikan. Sebagai contoh, jenis
chocojar, number telefon untuk tempahan dan slogan-slogan menarik yang berkaitan
dengan produk perniagaan. Rajah di bawah menunjukkan sepanduk yang telah saya
hasilkan:

Bukan itu sahaja, saya turut akan memanfaatkan rangkaian media sosial untuk tujuan
pemasaran produk bisnes saya. Menurut Nor Aishah Buang dan Suriatie Mohd Yunus
(2017), penggunaan internet untuk tujuan pemasaran produk semakin meningkat dalam
kalangan rakyat Malaysia, khususnya usahawan wanita dan telah dibuktikan bahawa
media sosial memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan prestasi
perniagaan. Saya akan muat naik dan kemas kini status profil saya untuk berkongsi
maklumat berkaitan dengan bisnes saya. Saya turut akan mempromosikan produk saya
di halaman web Jual Beli Asajaya di ‘Facebook’ agar pendudukan tempatan berpeluang
mengunjungi gerai Chocojar saya. Saya akan muat naik dan memaparkan alamat gerai,
gambar produk serta menu Chocojar dan nombor telefon untuk tujuan tempahan agar
penduduk tempatan akan mendapat informasi terkini. Gambar yang seterusnya
menunjukkan halaman komuniti Sarikei di ‘Facebook’.

13
14
PELAN

15
6.0 PELAN

6.1 Penyata Kedudukan Kewangan Peribadi Semasa

Butiran Aset (RM) Liabiliti (RM)


Akaun Bank
Akaun simpanan 3 000 -
Akaun semasa - -
Akaun simpanan tetap - -
Wang tunai di tangan 500 -

Harta
Rumah - -

Tanah - -

Kereta - -

Barangan Kemas - -

Pelaburan
Kumpulan Wang Simpanan - -

Pekerja
- -
Amanah Saham
- -
Saham
- -

Pinjaman Bank
3 500 -

Jumlah 3 500

Nilai Harta Bersih

16
6.2 Kos Pelaburan Bisnes

PERKARA / MODEL JUMLAH (RM)


Pembelian Aset Tetap
Kanopi 150.00
Meja Lipat Kaki Besi 150.00
Kipas 116.00

Belanja Permulaan
Daftar Perniagaan 50.00
Lesen Majlis Perbandaran 200.00
Kos Operasi dan Modal Kerja
(Bulanan)
Air dan Elektrik 100.00

Alat Tulis 30.00

Telefon dan Internet 60.00

Pembaikan dan Penyelenggaraan 150.00

Cukai 300.00

Lain-lain 150.00

Kos Pemasaran dan Promosi


Sepanduk 100.00
Jumlah Kos Pelaburan Bisnes 1706.00

6.3 Sumber Pembiayaan Bisnes

Saya mempunyai wang sebanyak RM 3000 di dalam akaun simpanan saya dan juga
RM 500 di tangan saya. Oleh itu, keseluruhan jumlah wang yang saya miliki ialah
sebanyak RM 3500 dan jumlah ini adalah mencukupi untuk membiayai bisnes saya
yang memerlukan kos sebanyak RM 1706.00. Ini bermaksud setengah daripada jumlah
wang yang saya miliki telah digunakan untuk tujuan kos pelaburan bisnes.

17
6.4 Anggaran Jualan dan Kos

Anggaran jualan harian chocojar saya adalah sebanyak 25 bekas. Maka bagi
anggaran kos untuk menyediakan 25 bekas chocojar pula ditunjukkan dalam jadual di
bawah:

Bahan Harga / unit Kuantiti Harga


Coklat Susu RM 16.00 / kg 1.5 kg RM 24.00
Bubble Rice RM 9.30 / kg 1.5 kg RM 13.95
Coklat Cadbury RM 7 / paket 1 paket RM 7.00
Pelangi Marjerin RM 32.00 / paket 1/2 kg RM 16.00
Topping (Nestum / Oreo / Choc RM 6.00 / paket 1 paket RM 6.00
Chip / Choc Rice / Cornflakes)
Sudu plastik (100 batang) RM 1.00 / paket 1 paket RM 1.00
Bekas Plastik RM 14.00 / 50 25 RM 7.00
Jumlah anggaran kos harian untuk 25 bekas RM 75.95
Kos purata satu bekas chocojar RM 3.00

Berdasarkan jadual di atas, jumlah anggaran kos untuk menyediakan 25 bekas


chocojar untuk sehari adalah sebanyak RM 76.00. Maka, harga purata sebekas
chocojar ialah lebih kurang RM 3.00.

18
6.5 Anggaran Untung Rugi

Anggaran Untung Harian, Mingguan, dan Bulanan

Tempoh
Kos
Harian Mingguan Bulanan
Kos hasil jualan chocojar
(purata harga sebekas chocojar RM 150 RM 1050 RM 4200
RM 6)
Kos menyediakan produk
RM 76 RM 532 RM 2128
chocojar
Keuntungan bersih RM 74 RM 518 RM 2072

Anggaran Untung dalam Tempoh 5 Bulan

PERKARA / MODEL Jumlah dalam Tempoh 5 Bulan (RM)

Hasil Jualan 21 000.00

Tolak:

Kos menyediakan produk chocojar 10640.00

UNTUNG KASAR 10360.00

Tolak:

Kos Operasi dan Modal Kerja


(Bulanan)

Air dan Elektrik 500.00

Alat Tulis 150.00

19
Telefon dan Internet 300.00

Pembaikan dan Penyelenggaraan 750.00

Cukai 1500.00

Lain-lain 750.00

Jumlah Kos 3950.00

UNTUNG BERSIH 6410.00

20
POTENSI
MENCAPAI
MATLAMAT
KEWANGAN

21
7.0 POTENSI MENCAPAI MATLAMAT KEWANGAN

7.1 Risiko

Risiko yang mungkin menjejaskan perniagaan saya adalah keadaan cuaca. Perniagaan
kecil seperti gerai makanan atau minuman bergantung kepada faktor cuaca. Keadaan
cuaca akan memberi impak yang besar kepada perniagaan saya samada positif
ataupun negatif. Jika hujan, pelanggan susah untuk singgah membeli dan dalam masa
yang sama juga golongan muda tidak keluar beriadah. Oleh kerana kekurangan
pelanggan, ini akan menjejaskan perniagaan saya.

Seterusnya, risiko yang mungkin akan menimpa saya adalah kerugian. Seperti yang
kita tahu, perniagaan sememangnya mempunyai risiko yang sangat tinggi dimana ianya
boleh menyebabkan kerugian. Sekiranya hasil jualan pada hari tertentu tidak menepati
sasaran yang ditetapkan, maka akan berlaku kerugian. Sebagai contoh, sasaran harian
untuk menjual chocojar ialah 25 bekas dan sekiranya saya gagal mencapai sasaran
tersebut, saya terpaksa membuang chocojar yang sudah rosak. Ini akan menyebabkan
kerugian kepada perniagaan saya.

7.2 Pencapaian Matlamat Kewangan

Keuntungan yang telah diperoleh daripada bisnes ‘Chocojar’ ialah RM 6410.00. Jumlah
keuntungan ini telah berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan iaitu RM 5000.
Jumlah keuntungan yang diperoleh boleh digunakan untuk menampung kos
perbelanjaan saya ketika ditempatkan sekolah setelah sah menjawat jawatan seorang
guru nanti.

22
8.0 PELUANG PENAMBAHBAIKKAN

Shuhymee Ahmad dan Abdullah Abdul Ghani (2013) menyatakan bahawa


pembolehubah proaktif mempunyai kolerasi yang kuat dengan prestasi perniagaan.
Sikap proaktif boleh memberi kesan positif kepada pertumbuhan jualan, pulangan
jualan dan juga keuntungan. Saya akan sentiasa proaktif untuk mengenalpasti kekuatan
dan kelemahan diri bagi membolehkan saya untuk memajukan perniagaan.

Untuk meningkatkan prestasi perniagaan, hubungan perniagaan dengan organisasi lain


juga memainkan peranan yang sangat penting. Ini termasuk hubungan dengan
pembekal, pengedar dan pelanggan (iaitu individu yang terlibat dalam proses
perniagaan). Azahari Ramli, Fadzil Mohd Husin, dan Khairunnisak Ahmad Shakir (2013)
turut menyatakan bahawa organisasi yang memupuk dan mengekalkan hubungannya
akan lebih berjaya dan mampu menggalakkan kesetiaan pelanggan.

Saya akan berusaha untuk memberikan pelanggan saya perkhidmatan yang terbaik,
harga yang berpatutan, tingkah laku yang positif dan mesra untuk memastikan
hubungan sosial yang baik antara satu sama lain. Kajian oleh Nurdin, Chan, Selvadurai,
dan Ishak (2014) merumuskan bahawa jalinan hubungan sosial telah menyumbang
kepada perkembangan dan pemantapan perniagaan dalam kalangan usahawan wanita.
Ini meliputi layanan pelanggan yang mesra, harga yang berpatutan dan juga tingkah
laku serta sikap terhadap pelanggan.

Mohd Fauzi Mohd Jani, Suraiya Ishak , Abdullah Sanusi Othman, dan Amal Hayati
Ishak (2012) berpendapat bahawa masalah kewangan merupakan salah satu masalah
yang sering dihadapi oleh perniagaan kecil kerana sukar mendapatkan bantuan
kewangan daripada institusi atau agensi kewangan. Perkara ini memerlukan setiap
pengusaha perniagaan kecil perlu lebih kreatif untuk mencari jalan penyelesaian
kepada masalah kewangan yang dihadapi. Oleh hal itu, saya perlu mengadakan
promosi di gerai saya untuk menarik lebih ramai pelanggan sekaligus dapat
mengurangkan risiko berlakunya masalah kewangan. Promosi harga Chocojar akan
diadakan pada sambutan-sambutan tertentu. Saya akan mengumumkan tarikh serta
masa mengenai promosi yang akan diadakan melalui ‘Whataspp’ dan juga halaman

23
Jual Beli Asajaya di ‘Facebook’. Contoh promosi produk ialah ‘Beli 2 bekas Percuma 1’
dan ‘50% diskaun untuk Hari Jadi’.

9.0 KESIMPULAN

Dapat disimpulkan bahawa kemahiran pengurusan kewangan adalah satu aspek yang
sangat penting bagi memulakan sebarang perniagaan sama ada perniagaan yang
berskala kecil atau besar. Nazrolnizah Mohamad Noorzeli dan Muhammad Nubli Abdul
Wahab (2017) mengibaratkan peniaga kecil sebagai anak benih kepada usahawan dan
kelahiran para usahawan berskala kecil pada mulanya adalah berpunca daripada
adanya mereka yang berazam ingin memajukan diri melalui aktiviti yang boleh
memberikan pulangan yang lumayan ekoran daripada perkembangan aktiviti ekonomi.

Setiap individu yang berniaga perlu bijak dalam membuat keputusan kewangan dan
mesti berusaha untuk membangunkan perniagaan bagi mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Kita mesti mengenalpasti keupayaan dan kemampuan diri sendiri dari segi
aspek kewangan terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Contohnya,
simpanan tetap dan simpanan semasa, tunai di tangan, liabiliti, harta, dan lain-lain. Hal
ini kerana, setiap individu perlu mempunyai sumber kewangan yang mencukupi sebagai
modal untuk memulakan perniagaan. Kos untuk memulakan dan melaksanakan
sesuatu perniagaan juga harus dikira dengan betul. Aspek-aspek lain juga penting
untuk diteliti dengan baik sepertii matlamat kewangan yang jelas, kiraan untung atau
rugi serta risiko yang mungkin berlaku. Setiap individu berpotensi untuk
membangunkan perniagaan sendiri jika mereka memahami konsep dan pengetahuan
mengenai pengurusan kewangan.

24
10.0 RUJUKAN

Rujukan

Azahari Ramli, Fadzil Mohd Husin, & Khairunnisak Ahmad Shakir. (2013). Impak
Hubungan Perniagaan Ke Atas Prestasi Organisasi: Penelitian Ke Atas
Hubungan Dan Pengaruh Hubungan Perniagaan Ke Atas Prestasi Operasi
Gudang Pengilang Di Semenanjung Malaysia. Conference on Business
Management Research.

Mohd Fauzi Mohd Jani, Suraiya Ishak , Abdullah Sanusi Othman, & Amal Hayati Ishak.
(2012). Pencapaian, Permasalahan dan Strategi Perniagaan Usahawan Asnaf:
Kajian Kes di Negeri Selangor. Prosiding Perkem VI, 750-761.

Nazrolnizah Mohamad Noorzeli, & Muhammad Nubli Abdul Wahab. (2017). Keupayaan
Usahawan Kecil Melaksanakan Kemahiran Keusahawanan Menggunakan
Kaedah HRV Biofeedback. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities , 66-77.

Nor Aishah Buang , & Suriatie Mohd Yunus. (2017). Pendekatan Penggunaan Medium
e-Pemasaran Dalam Kalangan Usahawan Wanita. Journal of Global Business
and Social Entrepreneurship (GBSE), 47-57.

Nuraini Abdullah, Mohamad Fazli Sabri, Husniyah Abdul Rahim, Mohd. Amim Othman,
Afida Mastura Muhammad Arif, & Nurul Farhana Zakaria. (2010). Pengurusan
Kewangan dalam Kalangan Pekerja Muda. Jurnal Pengguna Malaysia, 16-34.

Nurdin, G., Chan, G. K., Selvadurai, S., & Ishak, S. (2014). Hubungan sosial dan
perniagaan kecil-kecilan di Malaysia - Tingkah laku inovatif usahawan wanita
atas talian. Malaysia Journal of Society and Space, 206-218.

Shuhymee Ahmad, & Abdullah Abdul Ghani. (2013). Orientasi Keusahawanan dan
Prestasi Perniagaan: Pengaruh Penyederhana Gaya. Jurnal Pengurusan, 115-
123.

25
26

You might also like